prologue - faith (repost)

Cik Maskot Encik Gula

"It all starts with a little faith."

.

.

.

.

.

"Selamat datang!"

"Datanglah ke sini!"

"Sini sedap-sedap belaka!"

"Cubalah rasa ayam pedas ni!"

 

Semua cara telah aku cuba tapi nampaknya usaha aku sia-sia.

 

"No. Thanks."

"Maaf. Saya ada hal."

"Saya lupa bawa duit."

"Ke tepilah!"

 

"Aduh!"

 

Pelanggannya tak dapat tapi sakitnya aku dapat. Malang sungguh nasibku. Dengan kudrat aku sebagai seorang wanita yang lemah, aku cuba untuk bangun tapi malangnya aku terjatuh semula kerana berat baju maskot yang sedang aku pakai. 

"Oh! Tidak! Kertas promosi!"

Aku menahan kuat tapak tanganku untuk bangun dan segera berlari mendapatkan kertas promosi yang terlepas daripada tanganku semasa terjatuh tadi.

"Maaf! Tolong jangan pijak kertas tu!"

"Tumpang lalu!"

"Maafkan saya!"

Aku hampir berjaya mengutip semula kertas-kertas tersebut cuma tinggal beberapa helaian lagi. Ketika aku sedang berlari mendapatkan helaian terakhir, seseorang telah mendapatkannya terlebih dahulu. Dia berambut pendek, berpakaian serba hitam dan menyandang beg kecil. Mata kami bertentangan. Aku kaku.

"Nah!"

Aku tersedar dari lamunan. Aku teragak-agak untuk mengambilnya kerana penampilan si lelaki tersebut. Tanganku tergetar-getar sewaktu menyambut huluran kertas tersebut. Perlahan saja aku menyambut hulurannya.

"T-terima kasih!"

"Sama-sama."

Dia tersenyum. Secara automatik, badan aku yang tergetar tadi perlahan-lahan berhenti. Lelaki tadi berlalu pergi meninggalkan aku. 

"Terima kasih...untuk senyuman yang belum pernah aku jumpa tu."

 

***

 

"Ah! Penat!"

Aku membuka kepala maskot yang aku pakai tadi. Huh! Panas. Ikatan rambut yang hampir terbuka aku ikat kembali. Aku mengibas-ngibas muka aku dengan kipas tangan kerana cuaca pada waktu tengah hari sememangnya panas terik. Habis lencun baju maskot yang aku pakai! Perlahan-lahan aku melabuhkan punggung di atas bangku lalu mencapai botol mineral di sebelah bangku. Dengan lahapnya, aku meminum air mineral tersebut.

"Ah..."

"Woi! Kim Sejeong!"

Tersembur air yang aku minum selepas namaku dijerit seseorang. Aku memalingkan muka menghadap ke belakang. Muka aku menjadi pucat.

"Mati aku!"

Tanpa berlengah, aku berlari dengan baju maskot aku mencari tempat bersembunyi. Pemiutang yang memanggil aku tadi masih di belakang mengikut jejak aku. Nampaknya mereka sangat marahkan aku kerana duit pinjaman mendiang ayah yang belum aku langsaikan. 

"Jangan lari!"

Aku memecut laju ke arah kerumunan orang yang sedang menonton persembahan di taman tema. Tanpa mempedulikan reaksi orang, aku menolak mereka ke tepi.

"Baiklah! Ada sesiapa yang suka rela menawarkan diri untuk silap mata kali ni?"

"Saya!"

Aku berlari menuju ke arah pentas. Lelaki tersebut seolah-olah terkejut melihat aku. Aku pun sama. Lelaki tersebut yang membantu aku tadi. Dia tersenyum ke arah aku.

"Baiklah. Cik Maskot, awak masuk ke dalam kotak ni."

Tanpa berlengah aku masuk ke dalam kotak agar aku dapat bersembunyi dari pemiutang tersebut. Aku terkejut apabila mendengar satu ketukan dari luar. 

"Awak nak ke mana?"

"Ke mana-mana. Asalkan bukan taman tema ni."

"Baiklah. Tutup mata rapat. Fikirkan tempat yang paling awak nak pergi."

Aku tergelak. Bolehkah dia menghilangkan aku dari tempat ni? Semestinya mustahil kerana manusia mana yang boleh hilangkan manusia? Tiada.

"Baiklah. Saya kira 1,2 dan 3, dia akan hilang dari kotak ni."

"1...2..."

Aku segera tutup mata aku rapat. 

"...3."

.

.

.

.

.

Angin sejuk menampar lembut ke muka aku. Bunyi loceng bergema memecahkan sunyi. Udara segar aku hirup. Sekali sekala lalang-lalang di sekeliling yang ditiup angin memukul lembut tubuh belakangku. Aku tersenyum. Perlahan-lahan aku membuka mataku.

"Aku ada di mana?"

Aku cuak. Aku menolah kiri dan kanan untuk mengetahui tempat tersebut.

"Tempat ni...kawasan rumah lama aku."

Aku pelik. Bagaimanakah aku boleh berada di sini? Kali terakhir aku berada dalam kotak...

"Tak mungkin."

Kata-kata lelaki tersebut terngiang-ngiang dalam fikiran aku. Aku seolah-olah tidak percaya. 

 

"Awak nak ke mana?"

"Baiklah. Tutup mata rapat. Fikirkan tempat yang paling awak nak pergi."

.

.

.

.

.

595 patah perkataan

Authornim note: Hai awak! Harap terhibur membaca cerita ni. Maaf sebab lambat update. Semalam ingatkan nak update tapi dah siap tulis, tetiba tekan butang saved...dia tertera 'no internet connection.' Aku kecewa gila. Penat aku taip. Aku cuba refresh semula tapi semua yang aku tulis, dah hilang. Nak nangis rasa. Aku macam nak putus asa tulis semula cerita tu. Aku cuba tenangkan fikiran dnegan tengok produce 101 season 2 xD Aku pergi usha Kang Daniel. hahaha. Lepastu tertidur. Ingatkan apabila dah tenang, nak kembali menulis. hehehe. ^^ Apapun, terima kasih membaca! Annyeong!

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
shinrabansho-
#1
NICE ONE
aquariusxpisces
#2
Chapter 1: HahahahahXD situasi tak-sempat-save saya pun pernah kenaXD

Bestnya kalau boleh pergi tempat yang kita paling nak pergi :)))))
lilylunalove
#3
Chapter 1: Quite nice! I'm waiting for your next update! Fighting!
Ohh, untuk mengelakkan awak lupa apa yang awak nak tulis, saya sarankan sebelum awak post dekat aff, awak type la dulu story awak dekat microsoft words. Or kalau awak pakai phone, awak tulis la plot dekat memo. Nnti bila awak nak post, boleh awak review utk igt balik apa yg awak akan tulis. Hehe just some advice, kot la awak boleh guna idea saya ni.
Seasony
#4
Chapter 1: This is soooo cute!
Waiting for next update <3
aquariusxpisces
#5
AwwwwwXD fighting!!