What?
A Boyfriend To RentPada pagi yang cerah, burung-burung berterbangan mencari makanan. Anak-anak burung berkicauan memanggil ibunya selepas menetas keluar daripada telurnya. Namun, pada pagi itu juga, langit seolah-olah bergegar dek pekikan makhluk bergelar manusia sehinggakan burung yang sedang memakan cacing pun boleh tercekik. Ish..ish...ish...
"ONG SEONG WOOOOOOOOO!!!"
Jeritan nyaring daripada Minhyun telah membangkitkan seluruh isi rumah mahupun manusia dan kucing Si Daniel, Peter dan Rooney. Habis terloncat Rooney ke atas badan Daniel yang membuatkan Daniel yang terkejut lantas membaling kucingnya ke arah katil Jisung. Hampir saja kucing itu mencakar muka flawless Jisung.
"Ahhhh! Setan!!"
Jisung yang terkejut lantas menjerit membuatkan rumah tersebut riuh dengan jeritan harmoni daripada dua jejaka idaman korea tersebut. Jejaka idaman? Oh My Gosh!
"Apa yang berlaku ni? Aku tahu yang kalian berdua pandai buat high note tapi please jangan buat waktu pagi. Aku nak tidur," ucap Daehwi sambil membawa patung Pororonya. Matanya masih terkatup dan jalannya juga longlai kerana masih mamai. Dia kembali masuk ke dalam bilik tidurnya. Jisung yang berada di tingkat atas katil double-decker masih dalam trauma dengan kejadian 'hampir mati terkejut kerana kucing'. Dia duduk sambil lututnya dibawa ke dada lalu dipeluknya erat. Dia bergoyang ke depan dan ke belakang persis orang gila. Rambutnya diramas perlahan.
"Aku hampir mati. Aku hampir mati. Aku...hampir mati."
Manakala Seongwoo yang berada di bahagian bawah katil double-decker bangun dengan aman dan sempat menggeliat. Mukanya berseri-seri dan menghasilkan nur cahaya. Ceh!
"Oh dunia! Selamat pagi!"
Penyumbat gabus dikeluarkan daripada lubang telinganya. Patutlah dia tidak mendengar gabungan harmoni antara Jisung dengan Minhyun. Tidak adil! Dia mula memandang sekeliling. Adakah sesuatu baru berlaku? Dia berasa pelik. Dia menggaru lengan kirinya kerana digigit nyamuk. Nampaknya nyamuk ni tidak serik walaupun telah dibanteras oleh Daniel, Si Pencinta Pembenci Serangga.
"Aku terlepas sesuatu ke?" soal Seongwoo dengan muka yang tidak bersalah. Sempat lagi dia mengorek telinganya kerana gatal. Dia memandang Daniel manakala Daniel pula menunjuk ke arah tingkat atas katil double-decker tersebut. Membulat mata Seongwoo.
"Oh! Terkejut aku! Hyung, kenapa ni?"
Seongwoo cuba memanjat tangga di tepi untuk pergi ke arah Jisung. Tanpa angin, tanpa ribut, Jisung tiba-tiba membaling bantalnya tepat ke muka Seongwoo. Debu berterbangan apabila bantal itu mengenai muka kacak Seongwoo.
"My Gosh! Hyung!"
"Jangan dekat! Jangan bunuh aku! Aku nak hidup lagi!" ucap Jisung sambil menjadikan bantal peluknya sebagai senjata. Bantal peluknya diacukan ke arah Seongwoo.
Pap!
Satu tamparan hinggap di pipi Jisung.
"Ouch! Sakitlah!"
"Syukurlah. Akhirnya kau kembali ke pangkal jalan. Tak sia-sia aku menjadi kurang beradab dengan menampar kau," ucap Daniel lalu turun dari katil tersebut. Seongwoo pula masih tercengang melihat perkara yang berlaku. Jisung memandang Seongwoo pelik kerana dia baru saja sedar. Seongwoo mengangkat bahu tanda tidak tahu. Dia segera turun dari katil dan mengikuti jejak langkah Daniel.
"Seongwoo! Apa ni!?" soal Minhyun laju seraya menghulurkan telefon pintarnya kepada Seongwoo. Dahi Seongwoo berkerut dan keningnya hampir taut. Daniel di sebelahnya pula masih mamai dan tergaru-garu sambil memerhati setiap ayat yang tertera di kaca skrin telefon pintar dan serta-merta matanya membulat.
"Yah! What is this?!" soal Daniel lalu merampas telefon pintar Minhyun dari tangan Seongwoo. Seongwoo pula menggaru lehernya yang tidak gatal. Dia tersenyum awkward sebelum dia menyorok di belakang badan sasa Daniel. Lol.
"Aku tak bersalah. Lagipun kalian dah setuju," balas Seongwoo dengan masih menyorok di belakang Daniel manakala Daniel pula sibuk scroll setiap paparan di kaca skrin tersebut.
"Wow! Hyung! Siapa ni?" ucap Daniel lalu menunjukkan paparan yang telah dilihatnya kepada Minhyun. Naik merah muka Minhyun menahan geram dan malu lantas pantas saja tangan Minhyun mencapai kembali telefon pintarnya. Penumbuk dikepal dan ditunjukkan ke arah Daniel.
"Nak rasa ni? Aku suruh tengok benda lain, benda lain kau scroll. Aish!" Minhyun memuncungkan bibirnya tanda tidak berpuas hati. Oleh sebab riuh yang terjadi, seluruh ahli penghuni rumah telah terjaga. Rata-rata rambutnya serabai dan tercacak seperti sarang burung dan duri landak terutamanya Jaehwan, hampir tercacak rambutnya ditambah pula dengan air liur basi terlekat di hujung bibir. Sungwoon yang perasan keadaan tidak terurus Ja
Comments