The Song Of Hope

The Song Of Hope

 

   Yoseob melangkah masuk perlahan-lahan. Dilihatnya Nara sedang tidur. Yoseob merenung Nara. Wajahnya semakin pucat. Bibirnya tidak lagi semerah dulu. Turut sama pucat. Badannya semakin kurus.

 

                Yoseob duduk di tepi katil Nara lalu mengusap lembut rambut Nara. Tiba-tiba, dia mendapati rambut Nara gugur dengan banyaknya. Yoseob sangat terkejut. Hatinya lantas menjadi sebak dan air matanya tidak dapat ditahan lagi. Dia mencapai tangan Nara lalu digenggam seerat-eratnya.

 

                “Kemungkinan besar Nara memang tiada harapan lagi. Symptom yang lebih teruk telah kelihatan. Pandangan mata Nara semakin kabur, rambutnya semakin banyak yang gugur, kemungkinan besar dia akan lumpuh. Keadaanya semakin kritikal dan doctor kata pembedahan pun mungkin tidak akan dapat menyelamatkan Nara. Oleh itu Yoseob, aku memang amat berharap kau dapat menggembirakan Nara dengan masa yang tinggal ini. Jangan biarkan dia berada dalam kesedihan. Aku amat berterima kasih sebab kau menggantikan tempat aku di sisi Nara selama aku tiada.Aku percaya kau mampu membahagiakan Nara. Aku yakin kau boleh! Yoseob, aku minta tolong dengan kau demi Nara. ”

 

                Itulah kata-kata Kikwang.

 

                Yoseob menggengam tangan Nara dengan erat. Tangan itu bagaikan tidak mahu dilepaskannya. Kalau boleh setiap masa dia ingin menggengam tangan kecil itu. Tidak ingin dilepaskan walaupun sesaat.

 

                “yoseob???”

 

                Yoseob menoleh. Nara kini memandang tepat ke arahnya. Dari mata redup Nara, mutiara jernih mula mengalir keluar.

 

                “kenapa kau menangis? Ada apa-apa yang tak kena?” Nara menyoal seolah-olah tiada apa yang berlaku.

 

                “jangan risau. Aku menangis sebab aku gembira.” Yoseob menjawab dan cuba mengukir senyuman. Walaupun begitu, air mata tetap mengalir dengan lajunya.

 

                “kenapa kau gembira? Kau menang award ka??” Nara cuba bergurau dan itu membuatkan Yoseob ketawa kecil.

 

                “aku pasti menang award tapi mungkin lambat lagi.tunggulah sehingga aku jadi penulis lirik yang terkenal. Aku pasti menang”

 

                Yoseob menyeka air mata Nara yang laju mengalir keluar.

 

                “dah, jangan nagis lagi. Segalanya pasti okey.” Yoseob cuba memujuk Nara.

 

                “lembap! Macam mana aku nak berhenti menangis kalau kau terus-terusan menangis?”

 

                Keadaan itu mencetuskan ketawa kecil diantara mereka. Yoseob segera memeluk Nara.

 

                “Yoseob....”

 

                Yoseob tidak menjawab. Dia bersedia untuk mendengar.

 

                “kenapa aku tak dapat gerakkan kakiku?” Nara berasa hairan dengan keadaanya.

 

                “aku tak dapat merasai kakiku? Kakiku masih ada,ka??” Nara semakin risau dengan keadaannya.

 

                Serentak dengan itu, pelukan Yoseob semakin kuat. Yoseob hanya mengangguk. Dia tidak dapat berkata-kata lagi. Hatinya benar-benar sebak melihat keadaan Nara. Apatah lagi Nara yang mengalaminya.

 

Kikwang yang berada di luar bilik hanya memerhatikan keadaan Nara dan Yoseob. dia turut sama mengalirkan air mata. Tidak tahan dengan keadaan itu, dia segera pergi.

 

                “Harap dapat jumpa kamu lain kali..” Kata Kikwang dalam hati.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
hello77-11 #1
wow! good job
b2stFanz
#2
Chapter 6: daebak authornim...gomawo sbb buat ff beast...hehehhe*sengih* huhuh
Overdose_Kpopers
#3
Chapter 6: Huuu daebak author nim! Huhu air mata saya dh mengalir cam air terjun ~T_T~
EpalHijau
#4
Chapter 4: TT^TT uhuk . geniusnya author citer nih . sedeyh siot~ *crying* hope you can write more ^.^ Yehet .
MunJae99
#5
Chapter 6: fanfict ini sedih T^T
angelily95
#6
Chapter 6: kring kring!!~~

fanfic ini beta letakkan di library beta. sila la jenguk ya :)

http://www.asianfanfics.com/story/view/756407/
rismaKPOPERS #7
Chapter 6: your fanfic make me cry a lot .
lau bole buat fanfic sedih lgi ye ?
Nichkhun_Horvejkul #8
Chapter 5: YA ALLAH ! Sedihnya cerita ni !! :'( :'(
yEsuiUnNie
#9
best la...cite ni...:)....