Pertemuan Pertama

Bila Hati Berbicara

"Ain.. jadi tak esok awak nak datang rumah saya?" Farah bertanya saat melangkah masuk ke dalam kafeteria untuk sessi rehat mereka. Para pelajar berpusu-pusu beratur untuk membeli makanan dan minuman sebelum masing-masing mengambil tempat duduk yg telah disediakan. Farah dan Ain lantas memasuki 'line' untuk turut beratur.

"Eh, mestilah jadi. Assignment sejarah tu kan nak kena siap sebelum hari rabu. Lagi cepat lagi bagus. Lagipun, subjek sejarah ni nak kena tumpu betul, kalau tak nanti kita mengubah sejarah pulak. Esok insyaAllah saya datang pukul 9 pagi," balas Ain sambil tersenyum kecil.

Apabila sampai giliran mereka, masing-masing mengambil pinggan dan mengisi lauk kesukaan mereka. Ain gemarkan ikan keli berlada manakala Farah lebih meminati masakan ayam. Selepas membayar makanan, mereka terus ke tempat yg biasa mereka duduk dan menjamah juadah yg telah dibeli.

 

Ain dan Farah berkawan baik sejak sekolah menengah lagi. Tapi watak mereka bagai langit dan bumi. Ain seorang gadis yang pendiam dan pemalu manakala Farah berpewatakan sebaliknya. Sungguhpun begitu, masing-masing senang dengan watak masing-masing menyebabkan mereka begitu 'kamceng'. Dalam setiap projek atau assignment, mereka akan bekerjasama sebagai 'partner' dan tidak pernah gagal menyiapkn tugasan yg diberikan. Bahkan kadang-kadang, projek mereka mendapat markah kepujian drpd dekan. Kali ini, assignment terbaru mereka ialah subjek sejarah yg memerlukan mereka mengkaji sejarah manusia kanibal, satu puak yg hidup dgn memakan daging manusia suatu masa dahulu.

Oleh kerana esok hari minggu, Farah telah mencadangkan rumahnya sebagai tempat mereka berkumpul utk menyiapkan assignment itu. Selalunya rumah Ain lah yg menjadi mangsa. Jarang sekali mereka berkumpul di rumah Farah, atas alasan Ain kurang selesa, takut terserempak dengan ayah atau abang-abang Farah. Almaklumlah, Ain sangat pemalu dengan spesies lelaki. Pemalu dan takut. Dalam erti kata lain, Ain ada sejarah hitamnya tersendiri yg menyebabkn dirinya takut utk bertentang mata dengan mereka. 

Kali ini, Farah telah memujuk Ain utk ke rumahnya pula dgn alasan ayah dan abang sulungnya tiada kerana 'outstation'. Farah ada dua orang abang. Yang sulung pernah Ain jumpa semasa majlis pertunangan abangnya itu tiga bulan lepas. Tapi Ain belum pernah berjumpa abang Farah yg kedua kerana Farah kata dia sedang menyambung pelajaran berada di London. 

Keesokan harinya, lepas siap bersarapan, Ain segera bersiap untuk ke rumah Farah. Dengan mengenakan blouse hitam ber'lining' putih dipadankan dengan skirt labuh berwarna hitam, dan juga sehelai selendang putih dililitkn di kepalanya, dia nampak manis sekali. Jam besi dipergelangan tangan dipandang sekilas menunjukkan pukul 9.05 minit.

"Alamak.. dah lebih masa ni! Kesian Farah kena tunggu pulak!" Pantas Ain berlari turun dan bersalaman dengan ibunya sebelum keluar menaiki kereta jenis Perodua Viva milik ibunya. Dia terus memandu keluar dari perkarangan rumah menghala ke arah kawasan rumah Farah yg terletak tidak jauh dri rumahnya.

Dalam masa yg sama, Farah dan mamanya di rumah sedang mengalami kejutan besar kerana abangnya yg dikatakankan belajar di London itu telah muncul di pintu rumah mereka pukul 8.15 pagi tdi. Apabila ditanya kenapa tidak beritahu awal mengenai kepulangannya, sambil tersengih bagai kerang busuk dia mengatakan sengaja hendak buat suprise kepada mereka.

Alif Zayyad, berumur 25 tahun, telah menyambung pelajarannya dalam bidang kedoktoran di London dua tahun lepas. Selama dua tahun itu, belum pernah lagi dia pulang ke tanah air. Jadi, bila tiba-tiba muncul depan pintu, keluarga mana yg tak terkejut beruk!

Dalam kekalutan dan kegembiraan itu, Farah terlupa utk memberitahu kawannya Ain tentang kepulangannya abangnya itu. Dia memang rapat dengan Alif atau lebih mesra dipanggil angah sejak kecil. Abng sulungnya pula sebagai along, dan dia digelar adik dalam keluarga kerana berstatus anak bongsu. 

Mereka berdua rancak berbual di sofa, sementara mama dan bibik mereka menyiapkan hidangan di dapur, khusus utk menyambut kepulangan anak tercinta. 

"Alamakk.. buat hal pulak perut ni pagi-pagi ni," rungut Farah sambil menekan perutnya. Apabila satu bunyi diikuti bau busuk menerpa hidung mereka berdua, segera Farah mengambil langkah seribu ke bilik air sambil tersengih-sengih meminta maaf kepada abangnya itu.

"Ishh.. tak senonoh betul adik ni. Orang nak masuk meminang terus cancel tak jadi." Alif mengomel sambil menutup hidungnya. Dia bersandar kepenatan di sofa. Penerbangan drpd London yg memakan masa berjam-jam meletihkan badannya. Tapi apabila berjumpa keluarga tercinta, semua penat itu hilang tiba-tiba. Dicapainya remote control di atas meja dan menekan punat bagi menukar channel di televisyen lcd 34" dihadapannya itu. 

Sedang asyik menukar-nukar channel, Alif terdengar bunyi loceng rumah, menunjukkan ada orang di luar pintu. Terus dia bangun menuju ke pintu. 

"Ye.. siapa ye?"

Kelihatan seorang gadis seusia adiknya sedang berdiri di depan pintu dengan riak wajah terkejut. Tapi pertanyaannya tidak dijawab malah gadis itu terus memandang lantai sambil berdiri kaku. 

 

Ain terkejut sangat! Ingatkan Farah yg buka pintu, baru hendak disapa tapi terus terkaku dan 'bisu' di depan pintu apabila seorang mamat hensem yg menyapanya. 

'Siapa ni? Farah tak cakap pun ada tetamu datang rumah dia hari ni?! Alamak..macam mana ni?? Nak balik terus ke? Mana pulak Farah ni????' Ain bermonolog sendiri sambil mengepal tangannya. Dia langsung tidak mampu bersuara. Bagaikan suaranya hilang tiba-tiba. 

"Assalamualaikum.. awak cari siapa ye? Awak kawan Farah ke?" Alif bertanya lagi kerana pertanyaan pertamanya tiada respon. Gadis itu masih terdiam kaku sebelum tiba-tiba berpaling dan pergi ke arah keretanya dan memandu pergi. Alif terlopong. 'Biar betul minah ni?! Pergi macam tu je? Dah lah orang tanya tak jawab. Pelik betul!' 

Pintu ditutup dan dia kembali merebahkan badannya di sofa empuk berwarna coklat itu dan melelapkn matanya. Beberapa minit kemudian, Farah kembali drpd bilik air dan duduk di sebelah abangnya.

Alif membuka sebelah matanya dan berkata, "Tadi ada seorang perempuan pelik datang. Abang tanya dia cari siapa, terus dia blah macam tu je. memang pelik. Kawan adik ke tu?"

Farah membulatkan matanya! "Kawan? Ya Allah.. adik lupa gila! Ain nak datang harini sebab kitorg nk siapkan assignment sejarah tu! Ohmygod! Habislah Farah macam ni!!! Mesti Ain marah nanti...." Farah terus berlari naik ke biliknya. 

Alif bingung. 'Kenapa pulak nk marah? Dia yg terus pergi macam tu je. Bukan aku ada ckp jangan masuk pon. Ke muka aku ni garang sangat tu yg dia takut tu? Takkanlah..' 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet