ONE & ONLY

Baby...
dcbMwrU.png
 
RULER COUPLE
Deringan telefon bimbit 'love light' seakan menyentap roh Sohyun yang sedang khusyuk berlayar di angkasa puri. Terpanggil oleh realiti, kelopak mata gadis berwajah bujur sireh itu berkerdip-kerdip mahu menjelaskan imej di hadapan mata.
"Arghhh!"
Terperanjat bukan main lagi apabila menyedari yang dia berada di dalam bilik tunangnya. Hendak berjalan, namun akibat terlalu cepat berdiri, dia terjatuh bersila di atas lantai. "S-Sakit..." Sohyun mengeong, mencapai tepi pehanya yang mencium muka marmar lantai. Di saat lemah pun, Sohyun berusaha menggapai tas tangan sebelum mengeluarkan telefon bimbit dari situ.
"Mmm..." Jawabnya malas setelah menekan punat. Tangan yang satu masih menggosok perlahan kawasan lenguh pehanya tadi.
Tanpa perlu melihat pada muka skrin pun dia tahu identiti si pemanggil—kerana hanya ada dua manusia sahaja yang mengetahui nombornya, iaitu Yoojung dan juga tunangnya, Sun. Tidak pernah sekalipun Yoojung menelefonnya. Andai keadaan memerlukan saja barulah teman sekerjanya itu akan menghantar mesej, itupun boleh dikira dengan jari.
Dan konklusinya, yang menelefon itu tidak lain tidak bukan ialah baby Sun. 
"Baby, Sun dah dekat bawah ni," Lembut saja suara tunangnya itu berbicara. Dari dulu sampai lah sekarang, tunang yang berusia matang daripadanya itu tidak pernah tidak menggelarnya 'baby'.
Spontan, anak mata Sohyun mengerling sepintas lalu ke arah cincin yang tersarung pada jari manisnya. Daripada umuran lima belas tahun dia sudah bergelar tunang Yoo Seungho, atau dikenali sebagai Sun. Dan memang tipu kalau sampai ke saat ini, Sohyun tidak menganggap yang ikatan di antara mereka adalah bertunjangkan belas kasihan daripada jejaka itu sendiri terhadapnya dirinya yang sudah lah hidup sebatang kara, malah pula menghidap penyakit kronik.
"Mmm..." sahut Sohyun lagi. Sambil menyandar di bucu katil, wajahnya mempamerkan ekspresi yang sukar tuk ditafsirkan namun yang pasti, 'gembira' bukan lah penaung emosinya. "Mmm..." sambungnya lagi, tanpa dia sendiri sedar yang semenjak tadi, Sun masih belum meneruskan kata-katanya.
"Kim Sohyun..." Nada suara Sun di sebalik talian berubah sedikit mendatar, malah ada ketegasan terselit di situ.
Bulat terbuka kedua anak matanya. Bergendangan penuh amaran bunyi jantung di sebalik dadanya. "Uh?" Ujarnya sambil menggigit kulit kuku, perbuatan lazim yang dilakukannya setiap kali dia diselubungi perasaan cemas.
"Baby, stop biting your nail..." suara Sun bergema di bilik tidur jejaka itu sendiri. Ada keluhan pendek tunangnya yang sempat ditangkap oleh Sohyun sewaktu suara tadi berlegeran di dalam dinding otaknya.
Sohyun berdehem sebagai respon. Mula lah jarinya pula memicit-micit pelipis sisi kepala. "S-Sohyun akan balik sendiri. A-Awak kan ada k-kerja d-dengan Myungso oppa...t-tak baik buat oppa buat kerja sorang-sorang," Kedua bahu Sohyun rebah di penghujung kata-katanya tadi.
'tt...apa kau cakap ni, Sohyun?'
Pada saat-saat berikutnya, Sohyun seakan menahan nafasnya tatkala menunggu balasan daripada Sun. Sudah tentu, Sun akan terdiam. 'Why? Why must you mentioned Myungso, dammit!' gerutu Sohyun di dalam hatinya. 
"O...kay, so sekarang ni aku masih ialah 'awak', dan Myungso pula 'oppa'..." Sun mengujar satu persatu perkataan, dengan penuh penekanan. "Baby..." sambungnya lagi, tetapi dengan suara garau dan seksi, bagaikan kejutan elektrik yang mengamit jiwa sang pendengar.
Permukaan muka Sohyun seperti bermandian dengan wap. Tangan kanan yang tadi menekan pelipis kepala kini sudah mengipas-ngipas sisi pipinya yang merah merona.
"Sohyun ah...you still there? Baby? Baby?"
Sambil memulas rambutnya, dalam keadaan separa sedar, Sohyun menjerit, "Arrrggghhh! Stop BABY me! It's driving me nutsss!
Sohyun benar-benar berharap agar serangan lelah berlaku ke atas dirinya sekarang. Degup jantungnya sekarang tidak ubah seperti apabila dia diserang penyakit lelah, tambahan lagi, suara milik Sun yang memanggilnya 'baby' itu seolah-olah melekat di dalam kotak ingatannya. Macam pita perakam pun ada. Auto Replay.
Tawa riang Sun dari talian semakin semarak apabila jeritan Sohyun tadi dilontarkan. "It's fine baby, even if you're crazy, I'd still want to be with you..." kata-kata Sun yang tenggelam timbul akibat ketawanya itu masih lagi kedengaran seksi pada penerimaan Sohyun. Mana lah perempuan yang tak cair mendengar suara sang jejaka yang bagai bulan dan bintang itu.
"Jinjaa..." Mahu terbelalak anak mata Sohyun apabila perkataan tadi terpacul dari mulutnya, tanpa disengajakan. Seraya menggigit bahagian bawah bibit, Sohyun mula menghentak-hentakkan kepalanya di bucu katil.
"Baby, stop hitting your head..." gema suara Sun ibarat renjatan elektrik yang menyerap ke seluruh urat saraf Sohyun hinggakan setiap perbuataannya terhenti.
"Sayang pakai baju cantik-cantik sekarang. Nanti lambat pula jumpa doktor," Belum pun sang otak selesai memproses kata-kata Sun yang tadi, suara jejaka itu kembali menerpa ke ruang pemikiran Sohyun.
Memuncung bibir Sohyun apabila terfikiran idea dia berpakaian cantik semata-mata demi jejaka itu. Namun beberapa saat kemudian, sesuatu yang dikatakan oleh Sun tadi telah membawa suatu kesedaran yang lain kepadanya. Serta merta air mukanya berubah menjadi pucat lesi. "Jum-Jumpa doktor?" Laju saja perkataan itu terpacul dari bibirnya. Sambil mengerutkan dahi, wajahnya pula menjunjung seribu persoalan.
Sejurus itu juga, Sun menjawab, "Yes baby. Baby ada appointment dengan Doktor Jingoo..." perlahan saja suaranya bertutur kali ini. Sun tahu betapa sensitif isu berjumpa doktor terhadap tunangnya itu.
Seraya meletakkan tangan ke atas dada, lalu menepuknya perlahan, Sohyun mengeluh panjang. Gelisah menemani pemikirannya ketika itu. Pasti doktor itu nanti akan dapat tahu yang sudah lama dia tidak mengambil ubatnya. Dan paling teruk, andai pengetahuan itu sampai ke telinga Sun, mengamuk sakan lah dia nanti. Pusing kepala Sohyun membayangkan segala kemungkinan yang bisa berlaku.
Sun menaikkan kening kanan setelah masih tiada balasan daripada tunangnya semenjak tadi. "Hello, Sohyun ah..."
1 saat, 2 saat, 3 saat; namun talian kekal menyepi.
Bucu bibir Sun terangkat sedikit sebelum dia bersuara lagi, "Kalau baby tak turun dalam masa 15 minit lagi, I'll go and dress you up pretilly myself..." Itulah strategi mutlak yang dilemparkan kepada Sohyun. Tersenyum puas Sun setelah berjaya menyampaikan ucapan itu tadi.
Kata-kata ancaman berbaur nakal daripada tunangnya membuatkan Sohyun terkesima. Pada saat seterusnya, telefon bimbit di tangan langsung terlucut daripada pegangannya. Sepantas kilat, Sohyun sudah meluru ke arah almari. "Baju...mana baju aku?!" Soalnya cemas sambil berdiri di hadapan almari.
Kekesalan timbul di dalam hatinya kerana tidak membaca nota Sun yang terpampang pada cermin tadi. Tanpa berfikir panjang, dia terus mencari nota-nota yang telah direnyuk tadi di dalam tas tangannya. Tergetar-getar tangannya membuka setiap nota yang telah renyuk itu.
"Stupid..stupid..stupid..fast..fast..fast..Sohyun.." omelnya, dan berteriak anak. Bila saja dia berjaya mencari nota yang memberitahu kedudukan bajunya, dengan tergopoh-gapah laci yang berada di bawah sekali dibukanya. Lantaran itu, dia terus menggapai baju pertama yang berjaya digarap sebeum memecut ke bilik air. 
Bukan sekali dua yang kakinya pasti tersadung di hadapan bilik air sehingga menyebabkan tubuhnya jatuh terjelepok ke atas lantai.
"..." rintihnya sendirian. Dan, meskipun begitu, saat seterusnya dia sudah kembali bangkit dengan kakinya, terinjut-injut memasuki bilik air.
Dan di dalam kekecohan itu tadi, sudah tentu Sohyun lupa memutuskan talian telefonnya dengan Sun. Setiap bunyi, rungutan, dan desahan, segalanya berjaya didengar oleh tunangnya dengan dramatik sekali. Di dalam kereta, bibir Sun tidak henti-henti tersengih, membayangkan aksi cemerkap tunangnya itu. "Aww baby..." bicaranya sendiri lalu memejamkan kedua mata seraya menyandarkan tubuh ke belakang di samping melapangkan kedua belah tangannya ke udara.
"My one and only baby..." bisiknya sambil tersenyum lebar.
 
 
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet