Talk To The Moon

Description

Bulan menjadi saksi kepada Jinyoung bahawa dia tidak akan 
jatuh cinta dengan sahabatnya sendiri, YooA.
Bulan juga menyaksikan bahawa kata-kata 
yang keluar dari bibir Jinyoung adalah dusta semata-mata.
​​​​​​Dan pada bulan jugalah tempat Jinyoung mengadu perasaan kecewanya 
apabila YooA dijodohkan dengan Jihoon, lelaki pilihan hati keluarganya.




"Ini bunga taik ayam!" -YooA

"Walau taik kucing sekali pun,
 yang penting niat aku ikhlas nak berbaik dengan kau semula." -Jinyoung

 




"Eh, nak ke mana pula tu?" -Jihoon

"Nak lari dari awak!" -YooA 

"Aik, apa salah saya?" -Jihoon 

"Salah awak sebab awak hampir curi hati saya!" -YooA

 

Foreword

P R O L O G

Sinaran bulan mengambang menerangi Kota Seoul pada malam itu. Pada masa yang sama, Jinyoung dan YooA menghabiskan masa mereka duduk di atas bumbung apartment Jinyoung sambil menghirup udara segar dan mencuci mata melihat keindahan malam.

Tapi suasana pada malam ini terasa lain. Tiada gelak ketawa antara mereka. YooA dapat merasai ada aura 'janggal' antara dia dan lelaki itu. Seperti ada 'sesuatu' yang terpendam di antara mereka yang tak terluah. Dan YooA tahu Jinyoung juga peka dengan situasi ini. Namun masing-masing berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Patutkah aku cakap sekarang? YooA mendesah di dalam hati. Keadaan seperti tak mengizinkan tapi dia harus berjaya mengubah fikiran Jinyoung.

"Aku—" Dengan serentak mereka bersuara dan dengan serentak juga mereka terdiam. YooA tertawa geli. "Kau cakaplah dulu."

"Eh tak," Jinyoung menolak dengan tangannya. "Kau cakaplah dulu." 

YooA nampak sedang berfikir. Mungkin ini adalah masa yang sesuai. "Okay macam ni... Sebenarnya aku dah booked flight ke Australia. Minggu depan aku dah terbang ke sana sebab pihak universiti awalkan tarikh pendaftaran kemasukan pelajar baru. So ini bermakna..." YooA mengangkat pandangan matanya perlahan, "Ini bermakna aku dah tak ada pilihan selain bersetuju dengan pertunangan ni." Ucap YooA dengan sekali nafas. Dia cuba menilai reaksi Jinyoung yang tidak menunjukkan sebarang ekspresi dari tadi. Sukar untuk dia tafsirkan. Tapi satu yang pasti, Jinyoung tidak memandang langsung ke arahnya.

"Untuk kebaikan aku juga. Ye lah, betul juga kata parents aku, bila dah bertunang sekurang-kurangnya nanti ada juga yang temankan aku kat sana, jaga keselamatan aku..." 

Okay, teruskan...

"Aku dah berjumpa dengan lelaki tu, dan dia memang baik, good-looking, ada manner, and so on..." Cengkodoklah kau ni minah, bila masa kau ada berjumpa dengan lelaki tu? Rupa pun tak tahu macam apa. "...dan dia boleh terima aku seadanya. Dia kata bercinta selepas kahwin pun okay juga." Berkerut dahi YooA mendengar ayatnya sendiri. Tak sangka dia akan cakap benda alah tu.

Sekali lagi YooA menilai reaksi Jinyoung, tapi lelaki itu tetap dengan wajah selambanya. Dasar Jinyoung! YooA mengetap bibirnya dengan geram.

"So?" Tiba-tiba Jinyoung bersuara dengan mukanya yang tak ada perasaan. Boleh pula dia menatap YooA tanpa rasa terkejut sedikit pun. Terbuntang Mata YooA dengan pertanyaan itu. Bukan respon itu yang dia nak! Serius dia agak terkilan dengan Jinyoung yang acuh tak acuh dengan situasi sekarang. "So?? Itu je respon kau? Ish! Kau ni tak guna betul!" Lantas YooA memukul-mukul bahu Jinyoung dengan geram.

"Yah! Yah! Kau dah kenapa?" Jinyoung berusaha mengelak dari dipukul. Nak bertunang tu bertunang aje lah! Kau nak sangat, kan? Gerutu hati Jinyoung. Kalaulah YooA tahu macam mana jantung Jinyoung nak tercabut bila YooA kata dia terima pertunangan tu... Masalahnya YooA tak boleh tahu. Aihhh...

"Kau lah!" Sekali lagi YooA menampar lengan lelaki itu. "Kau tanya so? So kalau kau halang aku, aku akan batalkan pertunangan tak masuk akal ni serta-merta!" Luahnya dengan marah lalu tak sampai sesaat air mata mula bertakung di kolam matanya. "Kau ah bengap sangat! Aku dah kata aku cintakan kau. Aku tak pernah terbayang sikit pun akan bertunang dengan orang lain. Aku yakin omma aku akan batalkan pertunangan ni kalau dia tahu aku ada lelaki lain. Omma aku tunangkan aku secara mendadak pun sebab dia nak ada lelaki yang jaga aku masa dekat Australia nanti. Masalahnya aku tak cintakan lelaki tu. Aku cintakan kau, faham tak?!" Merah menyalah muka YooA akibat terlalu geram. Jinyoung pula terdiam dengan penyataan itu. Seolah-olah sedang mencerna setiap bait perkataan YooA sebentar tadi. Ya, dia sangat maklum yang YooA cintakan dia tapi...

"Kau tak faham, YooA." Ucap Jinyoung mendatar lalu melarikan pandangannya ke tempat lain, cuba menyembunyikan perasaannya yang runsing.

"Okay," YooA cuba bertenang, merasa bersalah memandang Jinyoung yang tak bersemangat. "...Cuba cakap apa yang aku tak faham." 

"No, aku dah cakap benda ni banyak kali." Tegas lelaki itu. "Aku dah kata aku hanya anggap kau sebagai sahabat aku dan aku sayangkan persahabatan kita. Once kita break up, semuanya akan berakhir... Persahabatan kita tak bermakna lagi, YooA." Kali ini Jinyoung menatap tulus ke arah YooA, cuba membuat gadis itu memahami situasinya saat ini. Jujur Jinyoung juga tak dapat tidur memikirkan kesudahan hubungan dia dan YooA, dia juga risau, bukan hanya YooA seorang saja yang rasa begitu. Tapi biarlah hanya dia saja yang tahu bagaimana perasaannya sekarang ini.

"Kau terima je lah pertunangan ni." Ucap Jinyoung selamba tak disangka-sangka. "Lagi pun itu keputusan orang tua kau. Tak baik menderhaka. Macam yang kau cakap, untuk kebaikan kau juga. At least ada orang temankan kau dekat sana nanti."

Tanpa sedar pandangan mata YooA bertukar tajam. "Kalau kau jadi tunang aku, kau pun boleh jaga aku dekat sana...." Sinisnya. Kedengaran seperti satu ancaman kepada Jinyoung. Tapi nampaknya Jinyoung tak ingin membahas lagi hal ini dengan panjang. Dia hanya membisukan diri dan termenung jauh.

"So betullah kau tak kisah aku bertunang dengan lelaki lain? Okay, fine..." YooA terangguk-angguk lemah. "Kau memang tak sayangkan aku, sebab kau langsung tak pertahankan aku sekarang ni. Aku kecewa dengan kau. Kau dah hancurkan hati aku tahu tak..." Lantas YooA menggamit dompet serta kunci keretanya lalu berdiri untuk segera beredar dari situ.

"YooA, nak pergi mana?" Barulah wajah risau Jinyoung kelihatan. Dia berdiri dengan tergesah-gesah untuk menahan gadis itu.

"Balik. Aku rasa aku dah tak diperlukan lagi." Dingin saja YooA menjawab. Kakinya melangkah laju meninggalkan tempat itu. Serentak dengan itu juga Jinyoung mengekorinya dari belakang.

"Aku hantar." Pujuknya.

"Tak payah. Aku pandai naik bas sendiri."
"Tapi apartment aku jauh dari bus stop. Dah lewat malam. Bahaya. Mari, aku hantar." Jinyoung cuba menahan tangan gadis itu, malahan pukulan yang dia dapat.

"Ark!" 

"Aku kata tak payah, tak payahlah!" Meletus kemarahan YooA dibuatnya. "Kau tahu tak semakin susah aku nak lepaskan kau kalau kau teruskan perangai kau yang berlagak caring ni! Pleaselah jangan mainkan perasaan aku. Sekarang ni aku tengah marah dengan kau, dan aku nak selama-lamanya marah dengan kau sebab aku tak akan maafkan kau sampai bila-bila!"

"Ya Tuhan, apa salah aku?" Jinyoung tak tahu adakah dia patut gelak atau marah dengan sikap YooA yang terlebih jujur dan dianggap agak lurus bendul itu.

"YooA! Tunggu! YooA!" Sekali lagi Jinyoung cuba menahan gadis itu dan kali ini tanpa teragak-agak Jinyoung  memeluk bahu YooA dengan kuat untuk menghalangnya dari terus pergi.

Rindulah dia dengan YooA lepas ni bila YooA sambung belajar di Australia. Tambahan lagi, kali ini dia sudah tidak boleh bergila-gila dengan minah ni lagi. Maklumlah, orang dah bertunang.

Menyesalkah aku melepaskan dia? Soalan yang terlintas di benak Jinyoung saat ini. 

"Lepaslah, orang gila!" YooA meronta-ronta melepaskan lingkaran tangan Jinyoung di bahunya. Dia hampir hilang keseimbangan kerana pelukan Jinyoung sangat kuat.

"YooA, kaulah sahabat aku dunia akhirat,  of course aku sayang kau!  Kalau kau nak marah aku, marahlah. Aku tak kisah. Yang penting aku tahu perasaan kau dekat aku macam mana. Aku hargai sangat-sangat—"

YooA mendengus geram. Ingat sweet lah macam ni? Rasakan gigitan ni!

"Yahhh!!!! Sakitlah bongok!" Serta-merta tangan Jinyoung terlepas. Lengannya dikibas-kibas kerana pedih. Mengalir air mata lelaki itu dibuatnya. Terlihat jelas bentuk bulatan bekas gigitan YooA di pergelangan tangan Jinyoung. "Yah! Kau ingat kau pirana ke nak gigit tangan aku! Mari aku gigit tangan kau! Rasa sakit dia macam mana!" 

Dengan laju YooA menjauhkan dirinya sambil menjelirkan lidah. Baru puas hatinya! "Aku akan terima pertunangan tu! Kau akan menyesal!" 
"Tak! Aku tak akan menyesal!" Balas Jinyoung sakit hati. Masih lagi memegang tangannya yang kini bertukar merah.

"Then aku akan buat kau menyesal!" Jerit YooA dua kali lebih tinggi dari suara Jinyoung. Kemudian dengan lagak diva dia menuruni tangga bumbung itu sehinggalah hilang dari pandangan, meninggalkan Jinyoung seorang diri dengan otaknya yang berserabut.

"Aish, sesange!" Jinyoung menggosok rambutnya dengan kasar. Tin minuman di tepinya ditendang kuat sehingga terpelanting mengenai besi. Apa yang patut dia lalakukan? Jinyoung benar-benar buntu!

 

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet