; Dirty

Unplanned Love

17 Januari 20xx

Pukul 3 pagi Yena tersedar dan pagi itu juga Yena rasa kesejukan. Kepalanya pening dan matanya berpinar-pinar. Dirasakannya seorang lelaki di sebelahnya sedang memeluknya. Yena terkejut.

 

"ya Tuhan...apa dah jadi ni"

 

Yena menekup mulut dan tangisannya kembali mengalir di pipi mulusnya. Dia bingkas bangun dari tempat itu. Dia mencapai baju dan skirt sekolahnya serta bag dan kemudian bergegas pulang ke rumah dan meninggalkan lelaki itu bersendirian.

 

Sepanjang perjalanan pulang ke rumahnya, tangisannya tidak berhenti sejak tadi. Dia menyesal balik lambat. Dia menyesal jalan kat lorong tu. Dia menyesal merelakan segalanya dan Dia menyesal tidak mengambil bag violinnya... oh god... dia hanya sempat ambil beg sekolah je.

 

"tsk...sumpah aku tak berani nak pergi tempat tu balik tapi violin tu aku beli dengan duit simpanan aku selama ni" 

 

"tak. kau takkan pergi sana Yena. kau nak kena rogol balik ke?" suara kecilnya menghalang.

 

"tapi kalau kau tak pergi, takkanlah kau nak beli violin baru? kau dahle takde duit" suara kecilnya sekali lagi bersuara

 

Sedang Yena bertarung dengan hatinya pasal beg violinnya tertinggal, dia tersedar bahawa dia telah sampai di depan pintu rumahnya.

 

Dia menoleh ke belakang. Tiada orang. Hanya kereta jirannya sahaja disekeliling rumahnya. Cepat-cepat dia masuk ke dalam rumah dan sambung menangis kembali.

 

"ya Tuhan, takdir apa yang kau berikan kepadaku sekarang ni? dahlah sedih tak dapat masuk competition, kena rogol pulak tu pastu beg violin tertinggal pulak. Aku tak kuat"

 

Yena bernasib baik kerana pada waktu pagi begini ayah tirinya memang tiada. Jadi dia selamat buat masa sekarang. Yena bingkas bangun dan menuju ke bilik air.

 

Dilihatnya beberapa kesan lebam di sekitar leher dan dadanya. Yena kembali menangis. Dia merasakan bahawa dirinya sangat kotor ketika itu. Pili shower dibuka bagi membersihkan dirinya. Ada juga dia menyental badannya supaya kesan lebam tu hilang tapi makin dia sental, makin sakit dan merah kesan tersebut.

 

Setelah selesai sahaja mandi, Yena menuju ke katilnya dan sambung menangis. Akibat kepenatan, dia tertidur.

 

👓👓👓

 

Yena tersedar daripada tidurnya. Dilihatnya jam yang diletakkan di tepi mejanya. Dah pukul 9 pagi.

 

"Aku dah lambat nak pergi sekolah. ah lantaklah dgn sekolah tu. lagipun beg violin aku dah hilang so buat apa aku pergi sekolah lagi?"

 

Selama ini, Yena hanya ke sekolah untuk bermain violin sahaja. Dia tak pernah serius dengan pelajarannya. Dia hanya fokus terhadap dirinya sebagai pengerusi kelab muzik sahaja.

 

"aku pun tak dapat masuk competition. so buat apa datang lagi. tidur pun baik"

ngomel Yena.

 

Badannya dibaringkan semula dan comforter ditarik. Tiba tiba dia bangun balik dari katilnya

 

"eh bapak tiri aku ni dah balik ke belum. risau gak kalau tetiba mintak makan"

 

Yena bangun dah keluar dari biliknya. Ruang tamu tiada orang. Selalu kalau ayah tirinya balik, sudah tentu dah tertidur kat ruang tamu sebab mabuk sangat. Tapi kali ni takde.

 

"tak balik kot malam tadi" Yena kembali ke biliknya.

 

Dia baring dan menarik selimut sekali lagi. Kemudian dia teringat peristiwa semalam. Dua benda jadi sekaligus dalam hidupnya semalam. 

 

"aku ingat aku mimpi... rupanya betullah kau kena rogol Yena. dengan sape pun kau tak tahu haha bodoh"

 

Yena mengomel sendirian kemudian dia menangis kembali bila terkenangkan peristiwa itu.

 

"kotornya aku ni. mesti Kangjun tak suka aku lepas ni... tsk...tsk..." Ngomelnya lagi sambil menangis.

 

Kangjun merupakan budak pandai kat sekolah Yena dan mempunyai perasaan terhadap Yena tapi Yena tak layan sebab dia hanya fokus terhadap karier violinnya sahaja. Sudah beberapa kali Kangjun membuat confession kepada Yena tapi Yena tetap tak nak layan dia.

 

Bagi Yena, dia tak sesuai dengan Kangjun. Hanna yang sesuai dengan dia sebab sama-sama pandai. sama-sama berbakat. Dia apa je yang ada. Dahle parents takde. Ayah tiri asyik mabuk dan suka berjudi. So, memang tak layak dengan Kangjun yang macam Prince tu.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
kingbeta
#1
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking the time to read this advertise.
taenovella
#2
Chapter 1: Wahh amat tertarik dengan chapter 1 dia! Fighting author-nim~!