; Princess and the Pauper

Unplanned Love

16 Januari 20xx

Yena bersiap sedia untuk ke sekolah. Minggu ketiga persekolahannya amat baik. Dia dipilih menjadi pengerusi kelab muzik di sekolahnya. dan pada hari ini dia akan mempersembahkan lagu yang baru di'cover'nya setelah seminggu dia berlatih. Dia pasti akan di pilih oleh guru untuk menyertai pertandingan violin.

 

Beg violin di kerusi dicapainya untuk ke sekolah. Langkahnya terhenti apabila pintu utama rumah dikuak. Ayah tirinya muncul dalam keadaan mabuk. Dia terkejut dan mengambil langkah ke belakang.

 

“hehehe...kau nak pergi mana ni...hehehe” 

 

“err ahjussi Yena nak pergi sekolah” Yena seboleh-boleh ingin mengelak daripada ayah tirinya itu. Siapa tahu kalau ayah tirinya ingin mengapa-apakannya?

 

Akibat kesan daripada arak yang diteguk oleh ayah tirinya, dia telah pun pengsan di ruang tamu. Cepat-cepat Yena melangkah keluar dari rumah itu. Dia bersyukur kerana setakat ni ayah tirinya masih waras bila berhadapan dengannya setelah apa yang ayah tirinya telah lakukan kepada ibu kandungnya sendiri.

 

Ya, Chang Ye Na merupakan anak tunggal. Ayah kandungnya, Chang Ki Hyun dibunuh tanpa sebab dan sejak itu dia tinggal berdua bersama ibunya, Hwang Min Jung. Akibat kesilapan ibunya, Yena menerima seorang ayah tiri yang bernama Kyuso.

 

Pada mulanya, mereka bertiga hidup bahagia tetapi sampai lah suatu hari itu, Kyusoo mengamuk tak tentu pasal. Disebabkan lelaki itu menginginkan wang untuk berjudi, dia sanggup membunuh ibu Yena di hadapan mata Yena sendiri. 

 

Bila diingatkan kembali kisah kematian ngeri ibunya itu, dia menangis. Kini dia seorang anak yatim piatu yang hanya berharap agar kehidupannya seperti Cinderella.

 

Kelas 2-A, Seohwa Girl High School

Yena termenung. Bait-bait Puan Jung seolah-olah bermain di kepalanya.

 

“Finalis yang bertuah untuk mewakili sekolah dalam pertandingan violin di Jepun ialah Kang Hanna”

 

Hanna? Dialah pesaing Yena. Orang tengok mereka ni macam kembar tapi sebenarnya dia pesaing merupakan pesaing Yena.

 

“Kenapa Hanna...kenapa...” 

 

Air mata Yena menitis dia pipinya. Dia tak sangka bahawa dia akan kalah dengan Hanna, anak Presiden sekolah itu.

 

Sepanjang hari itu, mood Yena hilang kerana dia dah simpan impian nak ke Jepun dengan tiket percuma dan tidak akan pulang ke Korea selamanya tapi impiannya musnah apabila Hanna dipilih untuk mewakili sekolahnya.

 

Jauh di sudut hatinya, Yena cemburukan Hanna. Hanna tu cantik, kaya, berbakat. Hanna lahir sebagai seorang Cinderella pada pandangannya. tapi Yena? berbeza 360 dengan Hanna. Senang cerita mereka berdua macam cerita Barbie as the Princess and the Pauper. Hanna lah Princess nya dan Yena lah Pauper nya.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
kingbeta
#1
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking the time to read this advertise.
taenovella
#2
Chapter 1: Wahh amat tertarik dengan chapter 1 dia! Fighting author-nim~!