PERFECT

It Was Short (Enchanted Night)
Please log in to read the full chapter

 

  

Your eyes whispered, "Have we met?"
Across the room your silhouette
Starts to make its way to me

The playful conversation starts
Counter all your quick remarks
Like passing notes in secrecy

 

 

 

 

  Cahaya malam terlalu indah saat ini.Semuanya menarik aku untuk terus menghargai sinaran rembulan dan juga menghayati bunyi-bunyian kecil yang menghuni dunia ini. Aku disini sendiri menjauhkan diri daripada melibatkan diri dengan acara kebudayaan dikawasan ini. Aku tidak berminat untuk menambahkan lagi kebingitan malam yang mereka hasilkan. Menjauhkan diri adalah pilihan yang terbaik bagi aku. Aku bertuah kerana kawasan ini terletak dekat dengan pantai,sangat hampir sehingga aroma bayu laut mendayu menghanyutkan minda aku.

 

Ketenangan.

 

      “Hey Miya, jom menari dengan aku. Let’s free your mind and soul for tonight!”

 

Tangan Jaebum yang sudah melingkari bahu aku membuat aku bertambah tidak selesa. Bau Carlsberg yang keluar daripada mulutnya membuatkan aku hampir muntah. Sungguh meloyakan. Menurut perkiraan aku, Jaebum sedang separa sedar.

 

     “Aku tak nak Jae. Carilah orang lain.”

 

     “Okay.. Okayy.. Orang lain..Cari…”

 

Aku telah menolak badan dia jauh dari aku. Dia hanya tersenyum dan menyambung kembali meneguk air yang tidak membawa sebarang faedah itu. Aku bangun dan mencapai air soda yang terisi dalam botol kaca. Kemudian aku mengambil beberapa ketul sosej, udang, sotong dan ayam yang telah di grill lalu mencari tempat untuk duduk. Kali ini aku terpaksa mengelak hayunan badan beberapa orang manusia yang semakin laju dibuai muzik. Aku sendiri pun tidak pasti apa motif malam kebudayaan jikalau penamatnya seperti ini? Berseronok sehingga mati? Tolonglah.

 

     “Auchhh! Sakitnya pinggang aku beb!”

 

Aku yang baru hendak menyuap seketul sosej masuk kedalam mulut terus tidak menjadi. Lisa mengeliat dihadapan aku.

 

     “Apa yang kau dah buat?”

 

     “Menari, goyangkan badan… Cuci mata.. Seronok kan?”

 

Aku menjawab pertanyaan dia dengan gelengan. Kunyahan yang terlalu perlahan aku lakukan.

 

     “Miya, get a life.. Be fun you know. We are supposed to release our mind and chill like mad people.”

 

     “You are mad.”

 

     “Whatever beb, malam last kita kat sini kot. Enjoylah..”

 

     “Not interested..”

 

Aku meneguk pula air soda. Tak boleh ke aku jumpa seorang yang normal dan normal pada malam ini? Trust me next morning these people will wake up like zombies.

 

     “By the way Miya, I gotta go..Excitement’s calling me~!”

 

Lisa bangun dan dia mendapatkan seseorang. Jackson merangkul pinggang dia dan mereka menari seperti esok tiada lagi. Aku cepat-cepat menghabiskan makanan aku kerana mahu menghindarkan diri daripada ‘keseronokan’ ini.

 

 

Cardigan yang aku pakai aku tarik supaya membaluti tubuh aku. Bahu aku rapatkan ke dada dan tangan aku mengutip beberapa batu kerikil kecil untuk dicampak ke dalam laut. Aku tersenyum. Jika semudah ini masalah boleh dibuang, sudah lama aku memilih untuk melakukannya.

 

     “Jauh berkhayal..”

 

Aku memusingkan kepala aku kesebelah kanan. Seorang lelaki sudah mengambil tempat disebelahku.Dia bersila dan menghulurkan aku sesuatu. Ais krim potong. Aku teragak mahu mengambil kerana dia merupakan orang asing, ataupun kami pernah berjumpa tetapi aku tidak mengenalinya? Entahlah..

 

Lelaki itu ketawa kecil kerana aku hanya kaku melihat dia. Dia melambaikan sebelah tangannya dihadapan mukaku.

 

     “Hey.. Miya, awak sedar ke tak ni?”

 

Dia tahu nama aku maknanya aku kenal dia. Mungkinlah.

 

     “Nahlah.. Kalau saya offer lama-lama pun nanti ais krim tu cair. Rugi.”

 

Aku mengambil ais krim yang berbalut cantik itu setelah dia meletakkannya di sebelahku. Aku tahu dia sedang tersenyum tetapi kenapa?

 

     “Kenapa?”

 

     “Kenapa apa?”

 

Aik, orang tanya dia, dia tanya aku balik?

 

     “Kenapa datang sini? Kenapa tak stay kat sana?”

 

Dia ketawa lagi. Kelakar sangat ke soalan aku? Tidak bukan.

 

     “Sama macam awak, nak duduk kat sini. Tengok laut.”

 

Dia memandang kehadapan pantai. Cahaya bulan dan juga cahaya lampu ditepi pantai ini membolehkan aku melihat wajahnya dengan jelas.

 

     “Saya tak kata pun saya nak tengok laut..”

 

Aku membalas spontan tanpa aku sedari kerana entah tiba-tiba mulut aku ringan sahaja menjawab.

 

     “Tak payah nak menafikan.Terang-terang awak rimas kat situ tadi.”

 

      “Tskk… Like you know everything..”

 

      “Not everything Miya…”

 

      “Mana awak tahu nama saya? Saya tak pernah jumpa awak sebelum ni… Dua hari lepas pun saya tak nampak muka awak..”

 

     “Sah awak ni pelupa. Cuba tengok betul-betul sebab saya rasa lampu kat sini memang cukup terang.”

 

Aku melakukan seperti yang dia suruh.Wajah dia aku teliti. Aku mengimbas kembali wajah dia dan menganalisis apa-apa peristiwa yang berkaitan dengan dia. Senyuman dia yang sedikit sinis akhirnya membolehkan memori aku memproses siapa dia.

 

     “Kau, Hobi. Jung Hoseok!”

 

Ais krim potong yang aku pegang sudah tercampak ke atas pasir kerana terkejut. Hoseok sudah meletuskan tawanya. Muka aku merona merah. Aku cepat-cepat berdiri kerana mahu pergi daripada dia. Kenapa dalam dunia ini aku harus bertemu dengan dia lagi? Dia crush lama aku sewaktu sekolah rendah. Cinta monyet yang bertepuk sebelah tangan sewaktu aku darjah 5. Darjah 5!

 

     “Hey… Takkanlah nak pergi dah.. Duduklah sini..”

 

Pergelangan tangan aku dicapai dan dia berjaya membuatkan aku terduduk kembali dengan sekali tarikan.

 

      “Kenapa nak pergi lepas cam aku, sampai hati kan?”

 

Dia memandang aku. Aku menundukkan wajah. Malu. Tak sangka yang dia boleh berubah menjadi seperti Hoseok yang sekarang, tinggi, kuat dan kacak. Sewaktu zaman sekolah rendah dulu dia comel sangat. Sebab tu aku suka dia dan sebenarnya kami sebaya. Persoalannya, apa yang dia buat kat sini?

 

     “Tak lawaklah Hobi. Asal kau boleh muncul tiba-tiba?”

 

     “Umm.. I refuse to answer your question.. So how are you?”

 

     “I also refuse to answer your question.”

 

     “Tsskk… You are still the same, the same Song Miya that I knew. I guess you’re fine.”

 

Aku hanya tersenyum kecil.

 

     “I’m fine Jung Hoseok. It’s just kind of weird that I meet with you now. It’s awkward.”

 

Aku berterus-terang kepadanya. Hoseok mengangguk kecil kerana bersetuju dengan apa yang aku katakan.

 

     “It’s awkward sebab kau dulu pernah suka aku kan…” Sengih lelaki itu lebar.

 

     “Mana ada! Bila masa?”

 

Aku menafikan perkara itu. Cinta monyet sewaktu sekolah rendah. Mana valid lagi!

 

     “See… Pipi kau dah merah. Maybe aku akan kena soal dengan boyfriend kau nanti sebab buat kau macam ni.”Seloroh dia.

 

Bercakap mengenai boyfriend, aku pernah ada.

 

     “Ex-boyfriend maybe? Yeah, aku pernah suka kau tapi itu masa aku masih lagi darjah 5.”

 

Kali ini aku sendiri rasa kelakar apabila mengaku perasaan lama kepada empunya milik perasaan itu. Aku menarik rambut aku yang berjuntaian ke belakang badan. Ombak masih lagi memecah pantai.

 

     “Aku ada peluanglah macam ni, kalau kau confess kat aku dulu kan senang. Maybe sekarang kita dah kahwin.”

 

Aku memukul sedikit bahu Hoseok. Dia mengadu kesakitan.

 

     “Tak lawaklah Jung Hoseok. Entah-entah, kau yang dah kahwin..”

 

 

     “Ha-Ha..! Kahwin. Kau kahwin dengan aku nak? Tak payah aku risau omma aku membebel nak menantu.”

 

Tawaran dia membuat aku terdiam. Muka aku yang sudah panas cuba ditahan supaya tidak menjadi merah lagi. Dia buat lawak sangat sekarang ini. Dari menjawab soalan dia, aku sengaja batuk kecil dan menukar topik perbualan.

 

     “Kenapa kau pindah dulu? Bila masuk tahun baru, cikgu kata kau pindah. Menangis Hyemi bila dengar berita tu. Kau patut minta maaf kat dia tahu.”

 

Muka Hoseok teramat tenang. Dia berhenti menguis pasir menggunakan hujung jari telunjuknya.

 

     “Sebab ayah aku dapat offer kerja kat negeri lain. So nak tak nak terpaksa pindahlah, ikut sekali. Err..Hyemi? Aku tahulah aku dulu hotstuff…”

 

Senyuman penuh Hosoek teramat menawan. Sama seperti Hoseok yang 16 tahun lalu. Bagi aku, kerana senyuman dialah aku jatuh hati. I love it the most when he smiles, his smile can lights up the whole town ; especially my heart.

 

     “Puji diri sendiri nampak.. What about your family? Sihat? Sebab lepas kau pindah, satu khabar angin pun tak sampai kat Gwangju. ”

 

     “Family aku sihat, cuma yeah omma aku bising nak tengok aku kahwin.”

 

     “Lah, kahwin je lah.. Tak kan lah tak ada sorang pun yang sangkut dekat kau.. Well, kau dah lain sekarang ni sampai aku sendiri pun tak cam kau tadi.”

 

     “Aeeii, lain macam mana tu? Makin handsome right?” Sengih dia lagi. Alahai, janganlah buat aku cair dengan kau dua kali Jung Hoseok.

 

     “Yes, makin handsome…” Ujar aku mengiyakan. Dia tergelak kecil lalu menggelengkan kepalanya sedikit.

 

     “Mesti ramai perempuan cair bila tengok kau, aww.. Hoseok-ahhh~ Hoseok oppa~ Marry me please~” Aku mengusik dia. “Tell me, mesti kau ada kan??” Aku cuba mengorek isi hati dia. Dengan rupa dia yang kacak, alis mata terletak elok, bulu mata yang panjang, hidung mancung, dan bibir dia…

 

     Perfect.

 

Belakang rambutnya dia serabutkan. Aku menanti dia membalas jawapan aku. Dia memandang aku, anak mata aku bertemu dengan kedua anak matanya.

 

     “Yang sangkut tu ada cuma nak comfirmkan je. Aku plan nak kahwin dengan dia hujung tahun ni…”

 

Bila Hoseok berkata begitu, aku mengukirkan sebuah senyuman. Dia bakal mendirikan rumah tangga. Bertuahnya gadis yang bertakhta di hatinya. Beruntung aku katakan. Dan aku, masih lagi solo. Bayang jodoh langsung tak nampak. Bau lagilah tak ada. Hmm.. Takdir setiap orang sangatlah berbeza.

 

      “Bila kahwin nanti jangan lupa jemput aku.vBolehlah aku hantar hadiah kahwin untuk kau..”

 

Ujar aku bagi menutup rasa sayu dalam hati.Sedih pula kerana Hoseok tidak menyimpan perasaan yang sama dengan aku suatu ketika dahulu. Tapi bila difikirkan semula, itu hanyalah mainan perasaan ketika alam persekolahan. Darjah 5, apalah sangat yang boleh diharapkan.

 

     “Jangan risau, kau mesti ada sebab kau VVVIP masa wedding tu..”

 

     “Tak sangka pulak aku VVIP. Terima kasih… Wedding gift kau aku kasi yang paling best punya.”

 

      “Tskk.. Siap kau kalau kau tak bagi nanti..”

 

Ugutan Hoseok aku terima dengan anggukan.

 

     “Tapi kalau kau tarik balik VVIP tu, harap maaflah ye, hadiah tu cancel!”

 

Ujar aku lalu ketawa. MukaHoseok sedikit hampa tetapi aku tahu dia hanya buat-buat kerana Hoseok bukanlah seorang yang mudah kecil hati.

 

     “Alah..Cakap macam aku nak kahwin je esok, entah-entah kau yang kahwin dulu..”

 

     “Mana ada, aku tunggu putera bulan datang confess kat aku. Lepastu aku kahwinlah…”

 

     “Apa? Putera bulat? Hahahahahaha…”

 

Aku membaling batu kecil kepada dia kerana mempermainkan aku namun dia sempat mengelak. Hoseok sudah mengangkat kaki untuk mara ke hadapan. Dia berlari ke arah laut kerana aku masih lagi melemparkan beberapa batu kecil kepadanya.

 

     “Tak kena~!”

 

     “Yah! Jangan lari,putera bulat eh..Haishhh..!”

 

Aku mengejar dia yang kini sudah berada di gigi air.Aku tidak melepaskan peluang ini untuk membaling air laut kepadanya. Daripada kejar-mengejar bertukar pula lawan baling air. Hoseok sememangnya suka melihat aku basah dan aku pun suka melihat dia dibasahi air.

 

Barulah adil bukan?

 

     “Yah Jung Hoseok, mana aci macam ni,habis basah baju aku nanti!”

 

     “Ada aku kisah? Nah, ambik ni..!”

 

Dia mencedok air laut menggunakan kedua tangannya dan membaling air laut itu kepadaku. Aku berlari untuk menyelamatkan diri dengan tapak kaki kosong kerana selipar kami sudah ditinggalkan ditepi pantai. Mujur aku memakai short pants maka aku masih lagi selamat tidak perlu mengeringkan pakaianku manakala Hoseok dia sudah melipat seluar jeansnya sehingga ke paras lutut. Kami bukannya masuk betul-betul pun kedalam air laut sebab air laut sejuk. Hanya kami berdua disini, berkejar-jejaran dan bermain sepuas-puasnya seperti kanak-kanak riang. Hilangkan segala masalah.L upakan sahajalah bahawa Hoseok itu bekas crush aku darjah 5, terlalu lama untuk dikenang. Rasa kelakar pun ada bila teringat kembali. Lebih baik kami menjadi kawan setelah 13 tahun tidak bertemu.

 

What a small world actually.

 

 

 

     “Ahhh penatnyaa….!”

 

Kami berdua sudah merebahkan diri diatas pasir yang lembut dan halus ini. Suhu badan aku terasa tinggi dan tubuh badan aku berpeluh sedikit. Semua ni Jung Hoseok punya pasal. Kami berdua baring sebelah menyebelah dan mendiamkan diri untuk beberapa saat. Mengumpulkan kembali tenaga yang sudah hilang.

 

     “Teruknya kau berpeluh Miya.. Macam lepas mandi… Kekeke..”

 

     “Memang lepas mandi pun, salah kau lah ni. Kalau kau duduk diam je tak adalah aku berpeluh macam ni..”

 

Aku tidak mengesat peluh yang merintik itu, sebaliknya aku hanya membiarkannya hilang ditiup angin. Angin yang sepoi-sepoi bahasa membantu menurunkan suhu badan kami berdua.

 

     “Dah kau baling batu, aku larilah.. Ingat tak sakit ke kalau kena, sakit tau..!”

 

     “Alah mengada, batu kecik je pun. Badan besar, tapi batu kecik pun takut…”

 

Omel aku pula. Hoseok memukul lengan aku.

 

     “Sakitlah…”

 

     “Tahupun…”

 

Aku dan Hoseok sama-sama ketawa. Kami baring dan mememjamkan mata untuk seketika. Angin malam disini amat aku gemari. Hampir sahaja aku terlelap tetapi Hoseok membuka bibirnya untuk berbicara.

 

     “Kau ingat lagi tak classmate kita dulu, siapa tu yang kecik-kecik lepastu selalu berhingus..”

 

Aku berusaha untuk mengingat kembali gerangan pelajar itu.Aku pun turut sama cuba untuk mengingat.

 

     “Ni..Aku rasa aku tahu..Dia telinga capangkan? Apa nama dia, Taeyang? Taehyong?”

 

     “Taehyungl!”

 

Kata kami berdua serentak. Terbayang wajah Si Taehyung yang berhingus dahulu. Orang kata anti bodi dia lemah, sebab tu kud dia selalu berhingus.

 

     “Serius weyh, bila dia ada kat sebelah aku.. Mesti aku lari. Takut berjangkit..” Hoseok ketawa kecil.

 

     “Alah..Tapi tu masa darjah 3, dia belum reti nak guna sapu tangan. Tapi dengar cerita sekarang dia dah bertunang, dengan kawan sekelas kita jugak.. Jap, aku lupa..”

 

      “Dah bertunang? Woah.. Mesti dia handsome. tapi kurang sikit daripada aku..” Ujar Hoseok memuji diri sendiri. Aku mencebik.

 

      “Haishh, puji diri sendiri je tahu. Hah! Ni tunang dia Si Seolhyun. Yang selalu bawak makanan kat kelas. kalau kau ingat lah..”

 

Hoseok mengerutkan keningnya sedikit. “Yang mana eh? Tak cam lah..”

 

       “Dia kurus, lepastu tinggi. Senang cerita kalau dia makan pun, badan dia tetap tak naik. Dia selalu bawa Tupperware warna pink gambar Pooh. Takkan tak ingat?”

 

      “Macam ingat tapi… Tak.. Hehe..” Dia menghamburkan tawanya lagi.

 

Aku turut sama tergelak mendengar jawapannya. “Haih.. Cepat betul memory kau hilang..”

 

     “13 tahun yang lepas lah.. Sikit je yang aku ingat yang penting-penting, macam masa aku dapat surat cinta daripada budak kelas sebelah..”

 

Aku pula yang berkerut. Ah.. Apa nak heran, dia dulu jadi bualan sekolah.

 

      “Kau dapat surat cinta? Biar betul…Kau selekeh kud dulu..!”

 

Dia mencebik. Aku ketawa. Hakikatnya kami semua sewaktu dahulu memang selekeh. Baju tak tuck-in, kaki seluar mesti kotor sebab tak reti-reti nak lipat sampai paras buku lali. Lepastu main kotor, yang paling win bila kena denda berdiri atas meja. Rindu zaman sekolah rendah, baru aku sedar bahawa cepat sungguh masa meninggalkan aku pergi. Yesterday, I was small and the world is big but, today I’m big and the world is just getting wider.

 

      “Betullah, siap ada kesan lipstick merah lagi tau. Bila aku buka surat tu, penuh bau bedak! Terbatuk-batuk aku lepastu.” Bersungguh dia bercerita. Aishh.. Dia tersenyum lagi.

 

     “Lawaklah.. Bedak tu mesti bedak carrie junior bau strawberry.”

 

Laju Hoseok mengangguk. Reaksi dia lagilah membuat aku ketawa makin kuat.

 

     “Tak tahan aku dengan bau tu so aku buang, tak baca pun apa yang dia tulis. Choilah..” Dia ketawa lagi.

 

Geli perut kami apabila satu persatu peris

Please log in to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
sayhershe
Saya tahu banyak sangat khilaf cerita 'It Was Short' ini.. maaf sangat2 T_T

Comments

You must be logged in to comment
rp_pcy
#1
Chapter 1: ♡ Best.
leyna_nieka
#2
Chapter 1: Best story authornim. I wanna cry pada part hoseok died tu. Why so sad.
QuincyOat
#3
Chapter 1: It's hurt and short but at the same it's a beautiful memory. Man,this is so twisted. I thought that hoseok would be the one for Miya pastu tak expect pun dia tiba-tiba kemalangan and died. Sebab i was too overjoyed bila dapat tau tau hoseok tu tunang Miya tapi bahagia tu tak kekal. it hurts me so much tapi Miya lagi menderita sebab dia yang alami semua tu. man,i can't. I wanna cry!kita tak puas lagi nak tengok happiness diorang! kenapa takdir mesti macam ni?!
QuincyOat
#4
Hail Jung Hoseok!!! hail sayhershe authornim!!!