Selamat Datang, Kim Sunghyun

Selamat Datang, Kim Sunghyun

Pagi hari yang indah diceriakan lagi dengan siulan burung burung yang sudah mula keluar untuk bekerja. Satu demi satu bunyi deruan enjin kereta melintasi banglo mewah Kim mula bergerak ke tempat kerja masing masing. Namun, ada satu lagi makhluk Tuhan yang paling seksi ini masih lagi lena diulit mimpi, berguling dengan selimut tebal atas katil. Ya, tidak asing lagi, makhluk tersebut ialah Kim Sunggyu, bakal CEO untuk Kim Corp.

 

Bantal empuk Vono dipeluk erat oleh lengan sasa Sunggyu, membenamkan mukanya pada objek empuk tersebut. Mata setebal garisan Sunggyu masih belum mahu terbuka walaupun dia sudah tersedar dua minit lalu. Rasa mengantuk masih lagi bermaharajalela dalam diri.

 

“Hooaaf…”

 

Rekod bukaan paling besar setakat ni mengalahkan badak menguap direkodkan Woohyun saat dia melangkah masuk ke dalam bilik untuk mengejut Sunggyu bangun. Tiada kata yang terucap hanya mampu geleng kepala. “Apa buruk sangat muka suami aku ni.”

 

“Besar lagi biar tanggal rahang tu, biar jadi patung singa dekat Singapore tu yang keluar air.” Bebel Woohyun tapi hanya dibalas dengan cengiran tanpa dosa dari Sunggyu.

 

“Amboi! Sedapnya kutuk, suami awak tu yang awak kutuk.” Perli Sunggyu sedikit merajuk. Dia sudah duduk bersandar di kepala katil, memberi sedikit ruang untuk Woohyun duduk.

 

“Bukan salah saya bila muka awak buruk macam tu.” Bidas semula Woohyun seraya melabuhkan punggungnya perlahan lahan di samping Sunggyu. Satu nafas kelegaan dilepaskan Woohyun bila punggungnya selamat melekat di atas katil sambil itu tangan kanannya sengaja diletakkan di atas perut buncitnya, sesekali mengusap perlahan anak di dalam kandungannya.

 

Mata Sunggyu jatuh ke arah perut isterinya. Senyuman manis terukir di bibir Sunggyu mengenangkan anaknya sedang membesar dengan sihat di dalam rahim Woohyun. Berita gembira tersebut diketahui mereka selepas tiga minggu kembali dari honeymoon di Itali 9 bulan lalu. Episode mual dan muntah muntah yang dialami Woohyun selama seminggu lebih memaksa Sunggyu untuk membawa isterinya berjumpa doktor. Memandangkan mereka baharu sahaja pulang dari luar negara, Sunggyu takut kalau kalau Woohyun dijangkiti wabak berbahaya. Kotlah kena selsema burung ke apa ke susah pula nanti.

 

Dahi Woohyun berkerut tengok Sunggyu tersengih sengih sendiri. Sekali tengok nampak handsome, dua kali tengok, macam orang Tanjung rambutan adalah. “Dah kenapa senyum ni?”

 

Sunggyu tersentak sikit bila pahanya ditepuk Woohyun. “Terkejut saya. Sayang ni, kalau saya mati macam mana?”

 

“Sorry lah. Saya cuma nak tanya kenapa awak senyum tadi. Ada apa apa yang saya tak tahu ke?” Ulang Woohyun semula walaupun hatinya sebal.

 

“Ingat tak masa first time kita tahu awak pregnant? Sebelum tu saya ingatkan awak kena selsema burung, yelah kita kan baru balik oversea.” Sunggyu memulakan bicaranya. Sambil itu, badannya mendekati Woohyun lalu melingkarkan tangannya ke pinggang Woohyun seraya membelai lembut perut buncit itu.

 

Ingatan Woohyun serta merta berputar kembali pada 9 bulan yang lalu. Dia masih ingat lagi muka cuak Sunggyu setiap kali dia muntah. Bukan tu sahaja, selera makan dia juga merundum, hatta bau sedikit pun Woohyun boleh muntah apatah lagi makan.

 

“Kalau ingat balik masa tu, saya rasa nak gelak sekarang sebab teringat muka ayam berak kapur awak. Nasib baik masa tu saya nak buka mata pun tak larat, kalau tak dah lama saya guling guling gelak tak ingat dunia.”

 

“Ish! Dia ni, kita risaukan dia boleh pula dia gelak. Mana saya tahu tu semua symptoms pregnant.”

 


 

Flashback…

 

Sunggyu menanti di luar tandas dengan hati yang resah. Woohyun dah hampir setengah jam bertapa dalam bilik air gigih mengeluarkan segala isi perut yang dah memang tak ada ke dalam mangkuk tandas. Niat untuk ke pejabat tadi terpaksa dibatalkan kerana Woohyun. Dia sudah memberitahu pembantunya bahawa dia akan lewat pagi ini.

 

“Sayang! Bukalah pintu ni bagi saya masuk.” Sunggyu ketuk sekali lagi pintu tapi masih tidak dapat jawapan. Yang dia dapat cumalah bunyi muntah yang tak henti henti.

 

Sunggyu menanti lagi beberapa minit sebelum pintu tandas terbuka menampilkan fizikal Woohyun yang terlalu lemah. Segera Sunggyu mengangkat Woohyun dan membawa dia ke katil. Air mineral di meja katil diambil kemudian dihulurkan kepada Woohyun untuk membasahkan tekak peritnya. Seketika kemudian, gelas tersebut kembali semula ke meja.

 

“Kita pergi klinik ya. Dah seminggu lebih sayang macam ni. In fact, lebih lama makin teruk saya tengok.” Sunggyu memujuk Woohyun. Kepala Woohyun yang berkeringat bersandar pada bahu suaminya. Seluruh tenaganya habis selepas muntah.

 

Woohyun rasa sedikit lega saat Sunggyu memicit jari jarinya dan mengurut belakangnya. Rasa mual tadi mula berkurang. Bila difikirkan cadangan Sunggyu untuk ke klinik, Woohyun bukannya tidak mahu, tapi sekarang ni nak angkat jari pun tak mampu!

 

“Saya tak larat. Lain kali?” Samar samar suara Woohyun kedengaran namun masih dapat lagi ditangkap telinga Sunggyu.

 

Rasa mahu menangis sahaja melihat keadaan Woohyun yang terlalu lemah. Tangannya menyeluk saku seluar, menarik telefon pintar lalu mendail nombor doctor peribadi keluarga Kim.

 

“Hello uncle. Saya ni, Sunggyu.”

 

Suara lelaki di hujung talian menjawab dengan ceria. “Ya Sunggyu. Ada apa call uncle pagi ni?”

 

“Uncle, saya ada nak minta tolong sikit. Boleh tak uncle datang rumah saya, tolong tengokkan isteri saya? Dia kurang sihat.” Terang Sunggyu panjang lebar, sepanjang pendahuluan karangan.

 

Selama Sunggyu berbual dengan Dr. Yoon, Woohyun hanya menjadi pendengar yang setia setiap butiran perbualan mereka. Matanya dipejam untuk melawan rasa mual yang datang semula, nafas Woohyun semakin pendek berkeras menahan rasa muntah.

 

“Uwekk!”

 

Belum sempat Sunggyu mematikan talian, Woohyun terlebih dahulu memecut 100 meter ke tandas sambil tangannya menekup mulut, menghalang isi perut tercicir dalam perjalanan. Sunggyu turut berlari mendapatkan Woohyun dan berlutut disebelahnya, mengurut belakang Woohyun sambil isterinya berhempas pulas mengeluarkan apa sahaja yang berbaki dalam perutnya.

 

“Uwekk!”

 

Sunggyu tak peduli kalau muntah Woohyun terkena kemejanya. Woohyun sekarang keutamaannya. Rambut hitam Woohyun yang basah kerana peluh diusap lembut ke belakang dengan penuh kasih.

 

Selesai muntah, Woohyun menjatuhkan badannya kedalam lengan Sunggyu yang sedari tadi merangkul badannya. Dada Sunggyu menjadi ubat penenang Woohyun sekarang ini. Aroma perfume maskulin bercampur dengan aroma asli tubuh Sunggyu benar benar menenangkan Woohyun sekarang.

 

 

 

“Macam mana Woohyun, Doojoon?” Sunggyu terus bertanya selepas Doojoon menyimpan alat alat pemeriksaan beliau ke dalam beg yang dibawa. Wajah Woohyun yang sedang tidur dipandang sekilas sambil menanti jawapan Doojoon.

 

Doojoon mengajak Sunggyu berbual di luar takut nanti mereka mengganggu rehat Woohyun. Sunggyu mengerti lalu mengambil beg jinjit Doojoon dan berjalan beriringan dengan Doojoon ke luar. Usai pintu bilik ditutup, segera Sunggyu mendapatkan Doojoon bertanya keadaan Woohyun.

 

“Pertama sekali appa on call tadi sebab tu aku yang datang.” Doojoon membuka bicara dengan santai. Dia perasan sahaja Sunggyu terkejut melihat dia yang keluar dari kereta bukannya ayah dia.

 

“Patutlah. Terkejut aku tadi tengok uncle tiba tiba muda. Berjaya betul surgery dia.” Untuk seketika resah Sunggyu yang macam kucing nak beranak tadi, hilang. Yang mendengar hanya tergelak kecil.

 

“Seronok kutuk bapak aku.” Sindir Doojoon bergurau. Langkah Doojoon terhenti, badannya dipaling agar berhadap dengan Sunggyu. Bahu Sunggyu diraih.

 

“Congrats, bro. You are going to be a daddy.” Ucap Doojoon. Senyuman merekah di bibir Doojoon saat dia menuturkan perkara tersebut.

 

Daddy?

 

Sunggyu jadi tergamam. Kaku berdiri tanpa reaksi.

 

1

 

2

 

3

 

“I‘M GOING TO BE A DADDY!!!!!!” Jerit Sunggyu sekuat hati membuat Doojoon terpaksa menutup telinga. Takut takut gegendangnya pecah.

 

Sumpah sekarang kalau tanya Doojoon, dia mesti akan cakap alangkah beruntungnya dia kalau bestfriend dia ni bisu seumur hidup, jadi tak adalah dia buat test vokal dekat tepi telinga. Dah lah tu apa Sunggyu ingat dia tu coconut shake ke? Habis bergegar limpa, hati, jantung semua sebab Sunggyu goncang badan dia.

 

“Hey lahanat! Lepas lah aku, dah nampak bulan bintang dah ni!” Sedaya upaya Doojoon cuba meleraikan tangan Sunggyu dari badannya. Dah serupa lintah tengah hisap darah gayanya.

 

“Me so happy!” Sengih Sunggyu serupa duta Darlie. Meremang bulu roma Doojoon tiba tiba.

 

“Sekali lagi kau tayang muka tu, aku pecahkan nanti.” Ugut Doojoon. Sebiji penumbuk dilayangkan depan muka Sunggyu membuatkan lelaki tersebut menarik muncung, acah acah merajuk.

 

“Dah lah. Aku nak balik ni. Nanti bayaran kau bank in jelah. Sat lagi aku whatsapp number akaun aku. Bye!”

 

“Kenapa akaun kau pula?”

 

“Lah, dah memang siapa yang datang? Logik lah akaun aku, sengal.” Kepala Sunggyu diketuk perlahan.

 

“Yelah. Dah balik sana. Terima kasih daun keladi!” Sunggyu menolak Doojoon sehingga badan doktor muda tersebut keluar dari rumah. Kemudian tanpa belas kasihan, Sunggyu menutup kuat pintu betu betul depan muka Doojoon. Tergamam seketika Doojoon dibuatnya.

 

“Hey lahanat! Kau ingat aku nyamuk Aedes ke hah!”

 


 

Mata Woohyun perlahan lahan terbuka. Kepalanya sedikit pening tapi rasa mual sudah hilang. Seingatnya tadi Doojoon datang memeriksa, tapi mana dia sekarang? Lepas bagi ubat, terus Woohyun berlayar jauh. Jauh dari realiti kehidupan.

 

Woohyun bangun dan bersandar ke kepala katil. Dia masih pelik lagi, mana pergi semua orang? Dia fahamlah Doojoon mungkin dah balik, tapi Sunggyu? Tak kan masuk office. Tadi bukan main manis mulut dia tabur janji politik tak jadi masuk office bagai. But now?

 

“Oh! Sayang dah bangun.” Woohyun mengalihkan pandangannya ke arah pintu yang menampilkan sosok Sunggyu yang masih lagi berbalut kemeja tadi.

 

“Awak dari mana?”

 

“Hantar Doojoon tadi, before tu kami borak sikit. Lama tak jumpa kan.” Sunggyu duduk di samping Woohyun sambil bercakap. Tangannya meraih tangan Woohyun yang berplaster sebab Doojoon masukkan air tadi.

 

Muka Sunggyu yang asyik tersengih menimbulkan perasaan pelik dalam hati Woohyun. “Kenapa awak nampak macam bahagia je ni?”

 

Soalan Woohyun tadi terbiar tergantung tanpa jawapan, malah sengihan Sunggyu tadi semakin melebar ke 50 centimeter pula.

 

“Gyu, jangan buat muka macam orang gila boleh tak. Rasa macam nak lempang je.”

 

“Gomawo.” Jawab Sunggyu pendek. Tapak tangannya elok melekat pada perut rata Woohyun. Satu kening Woohyun terangkat, meminta jawapan yang lebih jelas dari Sunggyu.

 

Wait. Does it mean…

 

“Am I pregnant, hubby?” Tanya Woohyun dengan puppy look dia. Sunggyu tidak menjawab hanya tersenyum sahaja. Namun pandangan itu sudah cukup untuk buat Woohyun faham.

 

Sunggyu hampir sahaja jatuh dari katil bila Woohyun tiba tiba menghamburkan dirinya kedalam pelukan Sunggyu. Tangan kecil Woohyun menggenggam erat fabric di belakang Sunggyu, sedaya upaya menahan perasaan yang bercampur baur.

 

Dada Sunggyu mula basah dengan air mata Woohyun. Badan kecil Woohyun dirangkul Sunggyu erat ke dalam lengannya, rocking the small body gently to ease his cries. Sunggyu tidak bersuara seketika bagi memberi ruang kepada Woohyun untuk meluahkan perasaannya.

 

“Sayang, dah lah menangis. Saya confuse tengok, tak pasti sama ada awak suka ke sedih. Tak ada beza dah sekarang.” Sunggyu mengangkat dagu Woohyun agar memandangnya. Kedua anak mata Woohyun sekarang basah dan air mata mengalir tanpa henti.

 

“Ss..saya gg..gembira sangat, hubby.”

 

“I know, sayang. Saya pun gembira. Finally Kim Junior ada dalam rahim sayang.”

 

“I love you hubby.”

 

“I love you too sayang. And baby Kim too.” Sunggyu mencium perut rata Woohyun.

 


 

“Sayang tau tak waktu kan, saya tak tahu nak react macam mana. Masa Doojoon cakap tu kan, saya jerit kuat gila kalah penyanyi opera sampai Doojoon ugut nak tumbuk saya. Terus saya diam lepas tu.”

 

“Ye ke?” Usik Woohyun.

 

“Iya sayang. Sumpah.” Beriya iya Sunggyu bersumpah segala bagai. Siap angkat tangan macam nak angat sumpah kat Parlimen tu yang Woohyun paling tak boleh tahan.

 

Woohyun cuma senyum mendengar cerita Sunggyu yang dia memang ulang setiap kali dia ingat dan akan berhenti sama ada dia amnesia atau mati. Dua tu sahaja. Tapi kadang kadang Woohyun seronok layan Sunggyu, macam layan budak. Bila bercerita mesti tone dia excited siap dengan expression lagi. Comel! Setiap kali layan Sunggyu, mesti Woohyun terfikir perangai anak diaorang. Mesti comel juga kalau anak dia ikut genetik appa dia yang ini.

 

“Kalau awak gembira, salah lagilah beratus kali gembira sebab terpilih untuk mengandungkan anak awak.” Serentak dengan itu, Woohyun terasa pergerakan halus dari dalam rahimnya. Nampaknya baby Kim setuju dengan apa yang Woohyun cakap. Nampak dah tanda tanda awal mommy boy.

 

“Baby Kim tendang ke?” Tanya Sunggyu bila dia melihat Woohyun mengusap perutnya. Cepat sahaja muka Sunggyu berada di perut Woohyun, berbual dengan baby Kim.

 

“Taklah. Baby Kim gerak je. Daripada pagi tadi dia asyik gerak. Biasa pagi tidur lagi ikut macam appa dia.” Woohyun membelai kepala Sunggyu dengan penuh kasih sambil Sunggyu terus berbual dengan baby Kim.

 

“Sayang tak ada rasa apa apa ke? Lebih kurang tiga minggu lagi due.”

 

“Contraction yang minor tu adalah, tapi kalau yang real punya tak lagi. Boleh tahan lagi setakat ni.”

 

“Sakit tak?” Sunggyu bertanya dengan muka innocence macam budak lima tahun tanya kat emak dia macam mana nak buat baby. Disebabkan geram dengan kecomelan Sunggyu, Woohyun cubit pipi Sunggyu sepuas hatinya sampai suaminya menjerit kesakitan, barulah dia lepaskan.

 

Pipi merah Sunggyu diusap Woohyun dan dihadiahkan satu ciuman untuk setiapnya, cukup untuk buat Sunggyu kembali jadi duta Darlie.

 

“Sakit tu sakitlah tapi masih boleh ditahan. Selalunya sakit dekat pinggang, rasa macam nak patah.” Woohyun mengadu. Dengar sahaja aduan Woohyun, pantas Sunggyu bergerak ke pinggang Woohyun lalu mengurut. Fuhh! Jangan ditanya nikmat dia macam mana. Rasa dah sampai langit ke tujuh Woohyun, tak turun turun.

 

“Okay dah?”

 

“Much better. Thank you hubby.”

 


 

Minggu ke-14 (Tiga bulan, dua minggu)

 

Di satu pagi yang tenang, kelihatan kelibat Sunggyu sedang bersilat di dapur menyediakan sarapan pagi. Insan yang sepatutnya menyediakan sarapan sedang beradu di dalam bilik. Sengaja Sunggyu matikan alarm di phone Woohyun sebab tak nak bagi dia bangun, dia nak buat surprise dekat Woohyun. Sebenarnya dia kesian sebab dalam pada tak larat tu pun gagahkan juga diri masak untuk dia semua. Jadinya, pagi ini Sunggyu pun nak balaslah sementara hari minggu dia cuti.

 

Memanglah urusan dapur Woohyun yang handle, tapi tak bermakna Sunggyu tak tahu menahu pasal dapur okay. Of course lah skill yang dia miliki tak mampu nak tandingi Woohyun but mampu untuk meneruskan kelangsungan hidup. Bab rasa, kadang kadang ok, kadang kadang tu pula ko. Tapi Sunggyu cuba yang terbaik untuk Woohyun pada pagi ini.

 

Memandangkan Woohyun sudah boleh menerima makanan setelah episode muntah muntah macam keracunan telah berakhir, maka dengan itulah bubur ayam menjadi pilihan Sunggyu untuk sarapan.

 

Api dapur ditutup. Sunggyu mengambil sudu kemudian merasa sedikit bubur tadi sebelum dia ceduk untuk Woohyun. Setelah berpuas hati dengan rasanya, Sunggyu pindahkan bubur tadi ke dalam mangkuk dan diletakkan di atas dulung beserta dengan air mineral untuk dibawa naik ke bilik.

 

 

“Sayang, bangun. Saya dah buat sarapan ni.” Bisik Sunggyu lembut ke telinga Woohyun. Dua bergerak sedikit bila melihat Woohyun mengeliat kecil sebelum membuka mata perlahan lahan.

 

Woohyun bangkit dan menoleh ke arah jam dinding yang tersergam indah setentang dengan katil mereka. Melihat jarum jam yang terpampang, hampir terkeluar biji mata Woohyun. Muka Sunggyu dipandang dengan rasa bersalah.

 

“Sorry, saya terbabas.”

 

“You don’t have to, sayang. Saya yang bertanggungjawab matikan alarm awak sebab nak buat surprise.”

 

Woohyun senyum. Bibir Sunggyu dicium sekilas, kemudian menundukkan muka untuk menyembunyikan muka merahnya.

 

“Dah lah blushing tu. Sini saya suapkan.”

 


 

“Okay, Woohyun, sekarang sudah masanya untuk kita tengok keadaan baby kamu.” Woohyun anggukkan kepalanya sambil memerhati doktor wanita tadi menanggalkan alat memeriksa tekanan darah.

 

Sunggyu menarik tangan Woohyun kedalam genggamannya lalu membawa dia ke katil untuk ultrasound. Woohyun baring sambil tangannya tidak lepas dari tangan Sunggyu. Baju Woohyun diangkat sebatas dada dan kemudian perutnya disapu gel membuat Woohyun geli sebab sejuk.

 

“Gyu, geli.” Sunggyu tersenyum lalu mencium pipi Woohyun.

 

Transducer mula bergerak di sekitar perut Woohyun meratakan gel tadi. Mata doktor tadi tidak nerganjak dari skrin komputer mencari imej janin Woohyun. Beberapa seketika kemudian, doktor tadi senyum dan menunjukkan imej yang dicari.

 

“Found it!” Serentak dengan itu Sunggyu dan Woohyun mengfokuskan pandangan mereka ke skrin selari dengan jari runcing doktor yanf menunjuk.

 

Mata Woohyun mula bergenang tapi tidak mengalir lagi. Dia membawa jarinya ke skrin lalu mengusap imej tersebut. Sunggyu yang memerhati turut behagia. Ciuman tak putus putus hinggap di pipi gebu Woohyun.

 

“Our baby, sayang.” Bisik Sunggyu. Woohyun menganggukkan kepala tanpa mengalihkan pandangannya.

 

“So far your fetus is fine. Tengok tu.” Doktor wanita tadi menggerakkan cursor dalam gerakkan membulat di kepala janin. “Dagu, dahi and hidung dia mula terbentuk. Lepas ni, next session you boleh tengok muka fetus you.”

 

“Really doctor!” Suara Sunggyu tinggi satu octave sebab excited. Woohyun hanya ketawa melihat telatah Sunggyu.

 

“Yes. From here overall I tengok organ organ dia dah mula matang and operate greatly. Would you like to hear the heartbeat?” Sunggyu dan Woohyun menganggukkan kepala. Keadaan bilik menjadi senyap sunyi sebelum doctor menekan satu button.

 

Dug..dug..

 

Dug..dug..

 

Tiada lain bunyi yang menenangkan dan melankolik selain dari mendengar bunyi degupan jantung kandungan anda. Perasaan teruja dan bahagia merangsang penghasilan air mata Woohyun dengan jayanya. Deras sahaja air mata Woohyun mengalir menuruni pipi saat degupan jantung kandungannya mengetuk gegendang telinga.

 

Woohyun berpaling ke sisi dan ketawa melihat Sunggyu yang lebih kurang sama dengan keadaannya. Serious dia rasa macam nak rakam je muka Sunggyu yang tengah meleleh leleh air mata. Segera tangannya disua ke muka Sunggyu, menyapu air mata yang mengalir membuat suaminya terkejut tapi kemudiannya menarik pergelangan tangan Woohyun dan mencium tapak tangannya.

 

“Gomawo.”

 

“Thank you to you too, hubby.”

 


 

Woohyun kini duduk bersandarkan Sunggyu yang bersandar di kepala katil. Dia membawa tangan Sunggyu ke depan perutnya dan menggerakkan mengikut gerakan baby Kim di dalam.

 

“Waktu tu kan, saya rasa bunyi tu yang paling indah pernah saya dengar. Even suara awak nyanyi pun tak seindah bunyi baby Kim punya heartbeat.”

 

Sunggyu mengeratkan lagi pelukannya tapi masih lagi berhati hati agar tidak terlalu memberi tekanan di perut Woohyun. “Yes sayang. I even cried. That was so beautiful.”

 

Senyap menyelubungi pasangan tersebut begi memberi peluang kepada mereka untuk hanyut ke dalam perasaan masing masing.

 

Saat Woohyun diberitahu ada nyawa lain di dalam dirinya, dia sangat bahagia kerana sudah melengkapkan tugasnya sebagai Kim Woohyun. Tapi bila saat denyutan jantung baby Kim diperdengarkan, dia sudah siap untuk bergelar mama, melangkah satu tapak lagi kehadapan dalam hidupnya. Berkahwin dengan Sunggyu adalah impiannya dan melahirkan anak anak Sunggyu merupakan tanggungjawabnya. Sejak cinta mereka disatukan, Woohyun sudah bersedia mengabdikan hidupnya kepada cinta sejatinya, Kim Sunggyu.

 

Bibir merah Woohyun yang sedang menguntumkan senyuman dicium perlahan Sunggyu, mengalirkan seluruh cinta dan rasa terima kasih kepada Woohyun. Sesungguhnya mengahwini Woohyun adalah perkara yang paling dia nantikan dalam hidupnya. Kalau sebelum ini dia tidak perlu fikirkan orang lain selain orang tuanya, tapi kini dia perlu meletakkan Woohyun di tempat paling atas. Sunggyu tak nafikan memilih Woohyun sebagai pasangan hidupnya merupakan keputusan yang paling tepat oleh Sunggyu. Ditambah lagi dengan bakal kehadiran baby Kim dalam hidup mereka, Sunggyu sangat bersyukur memilih Woohyun menjadi mama kepada anak anak mereka kerana sifat keibuannya sangat menyerlah.

 


 

Minggu ke-23 (5 bulan 3 minggu)

 

Janin yang sedang tumbuh di dalam rahim Woohyun membesar dengan sihat dan sempurna. Selepas sahaja melangkah ke trimester kedua, Woohyun menghela nafas kelegaan yang teramatlah sangat sebab tak perlu lagi menghadap mangkuk jamban tiap tiap pagi. Kalau dulu muka Sunggyu yang pertama sekali dijamu mata, tapi lepas pregnant, tak adanya. Pintu toilet dulu yang penting.

 

“Emmm, sedapnya bau. Sayang masak apa?” Rangkulan di pinggang Woohyun nyaris membuat si empunya diri terlepas pisau di tangan. Nasib baik refleks Woohyun cepat, dia biarkan biarkan sahaja tangan Sunggyu yang melingkar di pinggang.

 

Sunggyu mengeratkan lagi rangkulannya di pinggang Woohyun bila bibir merah isterinya hinggap di pipi. Dengan manjanya Sunggyu membenamkan mukanya ke leher Woohyun dan menggesekkan hidung mancungnya ke leher Woohyun. Aroma manis dari tubuh Woohyun dihirup dalam dalam.

 

“Hubby, saya tengah masak ni. Kalau awak melekat dengan saya, maka lagi lambatlah kita dapat makan.” Woohyun memujuk Sunggyu. Dia tahu Sunggyu dalam mode nak bermanja sebab pagi tadi Woohyun keluar pergi pasar sendiri tanpa Sunggyu and baru je balik sejam yang lepas.

 

Bukannya jawapan yang diperoleh, malah rengekan Sunggyu yang diterimanya. Dalam hati Woohyun dah buat kira kira macam mana nak kerat badan sendiri supaya nanti dua dua baby dimanjakan. Satu the real baby, satu lagi baby tua.

 

Pisau tadi diletakkan atas papan pemotong kemudian Woohyun menolak papan tersebut ke dalam sikit, takut nanti terjatuh. Tangan Sunggyu masih lagi setia berlingkar di pinggang Woohyun membuat Woohyun sedikit susah untuk bergerak. Tanpa meleraikan pelukan tersebut, Woohyun bersusah payah memusingkan badannya agar menghadap Sunggyu yang mukanya macam belacan expired.

 

Pipi tirus Sunggyu dibelai membuat tuan punya badan memejamkan mata melayan kehangatan sentuhan Woohyun. “Kenapa hubby saya manja sangat ni? Biasa kalau saya tinggal pun, hubby tak macam ni?” Sunggyu tidak menjawab sebaliknya dia membenamkan muka di dada Woohyun sambil merengek kecil.

 

“Saya rindu sayang. Tadi bangun tengok sayang tak ada rasa macam nak nangis.” Bukan kata nak, memang dah beri amaran nak menangis. Woohyun mula cuak bila tengok mata Sunggyu dah bergenang.

 

“Shhh.. Tak nak nangis, saya kat sini.” Woohyun menarik semula kepala Sunggyu dan membenamkan di dadanya. Belakang Sunggyu yang tegap diusap lembut menenangkan Sunggyu yang dah mula teresak esak. Sebenarnya Woohyun masih lagi pelik dengan perangai Sunggyu ini. Kalau ye pun dia nak bermanja, tak adalah sampai menangis bagai. Pelik.

 

“Hubby sayang, saya tak pergi manalah tadi. Macam biasakan, pagi saya pergi pasar then balik around 11. Selalu hubby tak macam ni pun.”

 

Tangisan Sunggyu mula reda tapi masih lagi kedengaran esakan halus didada Woohyun. “Entah. Tiba tiba je tadi buka mata nampak sayang tak ada, saya nangis. Hormone lah kot.”

 

Woohyun tergelak kecil mendengar alasan Sunggyu. “Memangnya siapa yang tengah pregnant sekarang, hubby? Awak ke saya?”

 

“Well, orang cakap tak semestinya isteri yang kena kadang kadang suami pun boleh.”

 

 

 

Selesai menyuci pinggan mangkuk makan tadi, Sunggyu segera meninggalkan dapur dan menuju ke bilik dia dan Woohyun. Terlebih dahulu lagi Woohyun pergi lepas Sunggyu volunteer nak bersihkan semua. Apa lagi, orang dah offer diri mestilah Woohyun terima dengan hati yang terbuka. Bilik air menjadi destinasi utama Woohyun selepas penat berperang di dapur. Peluh peluh dah mula mengering and memberi petanda supaya dia pergi bersiram dengan kadar yang segera. Tambah pula dari gaya Sunggyu tadi macam dia nak cuddle.

 

“Sayang~” Sunggyu terus mendaratkan dirinya disisi Woohyun yang sedang berbaring di atas katil sambil bermain phone. Sejurus melihat kelihat Sunggyu, Woohyun mengalihkan fokusnya daripada phone ke big baby di sebelah.

 

“Yes hubby. Come here closer.” Woohyun mengeratkan lagi tangannya di pinggang Sunggyu dan meletakkan kepala suaminya di atas dada. Rambut hitam Sunggyu dibelai lembut sambil tangan Sunggyu tidak tinggal diam mengelus perut bulat Woohyun perlahan.

 

“Sayang, kalau baby lahir nanti, sayang, sayang saya lagi tak?” Soalan cepumas Sunggyu berhasil membuat Woohyun ketawa sampai tegang urat. “Sayang, saya serious la ni.” Rajuk Sunggyu. Ketawa Woohyun mulai reda tapi masih lagi kedengaran.

 

“Apa hubby ni fikir macam tu. Of course saya sayang hubby, kalau tak tak ada saya dekat sini hari ini, faham.”

 

“Betul ni?” Tanya Sunggyu ragu ragu. Mata sepet Sunggyu merenung manik hitam Woohyun dengan penuh persoalan.

 

“Tak lah saya tipu. Nanti baby lahir mestilah dia my first priority, hubby tak ada dalam senarai kot?” Jari telunjuk Woohyun berada di dagu seperti dalam keadaan berfikir. Sengaja dia mahu mengusik Sunggyu. Jarak peluang datang nak tengok Sunggyu jadi manja.

 

“Sayang!”

 

“Aduh!”

 

Serentak dengan jeritan Sunggyu, Woohyun menerima satu tendangan padu di sisi perutnya. Refleks dari itu, Woohyun duduk mengusap tempat yang ditendang dan secara tak langsung Sunggyu ditolak ke tepi. Melihat muka Woohyun yang dalam kesakitan Sunggyu jadi simpati. Perlahan lahan dia mengesot mendekati Woohyun dan join isterinya menenangkan baby mereka yang terkejut.

 

“Appa minta maaf sebab terkejutkan baby. Appa tak sengaja, salahkan mama.” Bisik Sunggyu sambil tangannya tidak berhenti mengusap. Sesekali dia melirik ke arah Woohyun yang sedang memejamkan mata sambil menongkat tangan ke belakang. Dia perasan dahi Woohyun masih lagi berkerut and baby Kim masih lagi aktif menendang.

 

“Mengadu dekat baby. Baby boleh buat apa? Salah dia kata kita pula.”.

 

“Sorry la mama, appa tak sengaja tertinggi suara tadi. Appa lupa baby nanti terkejut.”

 

Dalam diam bibir Woohyun mengulumkan senyuman. Rasa sakit tadi sudah beransur hilang dan baby Kim juga dah mula bertenang. Hanya pergerakan kecil sahaja dapat dirasakan di bawah tapak tangan Woohyun.

 

“Sakit lagi tak?” Tanya Sunggyu dan dijawab dengan gelengan dari Woohyun. Sunggyu menundukkan dirinya selari dengan perut Woohyun sebelum mendaratkan satu ciuman di atas perut bulat tersebut. Usai sahaja, Sunggyu menghadiahkan pula satu lagi ciuman kepada Woohyun. Lebih special di bibir merah Woohyun membuatkan sang isteri tersipu malu.

“I’m sorry.” Bisik Sunggyu lembut di telinga Woohyun.

 

“It’s okay. But I just want you to know that there is only you in my heart, hubby.

 

“Promise?”

 

“I swear.”

 


 

Saat mata Woohyun terpandang jam dinding selari dengan katil mereka, Woohyun hampir sahaja tercekik air liur sendiri. Masakan tidak jam di dinding sudah pukul 9.30 dan encik suami merangkap CEO syarikat masih lagi dalam seragam tidur, setia atas katil bersama dengannya. Gelabah Woohyun seketika membuat Sunggyu dilanda kebingungan melampau.

 

“Sayang, kenapa kalut sangat ni? Nak beranak dah ke?”

 

“Tak payah nak sayang sayang! Tengok jam tu pukul berapa, tak reti nak masuk office ke?!” Bebel Woohyun panjang lebar sambil dia turun dari katil. Baru sahaja kaki mahu melangkah, Woohyun merasakan pergelangan tangannya ditahan.

 

“Where are you going?” Ya ampun! Kalau boleh dibunuh encik suami ni, dah lama Woohyun menjanda. Boleh orang tengah kalut dia tanya soalan macam tu. Hey! Akal ada mana?!

 

“Hubby ku sayang, dah tak reti baca jam ke? Sekarang pukul 9.30, bermakna awak dah lewat sejam setengah. Nak suruh daddy datang rumah ke bagi tarbiah sentap atau nak tunggu office tu tersergam indah tepi rumah?” Dah mula dah bebelan keretapi laju Woohyun. Jari jari Sunggyu yang berlingkar di pergelangan tangan dileraikan kemudian berjalan ke almari untuk menyediakan pakaian Sunggyu.

 

Sedang Woohyun tekun memilih kemeja untuk Sunggyu pakai, tiba tiba dia merasakan sesuatu melingkar di pinggangnya tapi kembali relax lepas tahu si pelaku. Terdengar keluhan perlahan dari bibir Woohyun saat Sunggyu meletakkan dagunya di atas kepala Woohyun. Woohyun merehatkan tangannya di atas tangan Sunggyu yang elok parking atas baby bump.

 

“Hubby, pergilah mandi. Dah lambat sangat ni.”

 

“Sayang nak tahu sesuatu tak?”

 

“Apa?” Jawab Woohyun malas. Kalau dilayan mamat ni makin mengada jadinya.

 

“Saya dah start cuti hari ni sampailah baby Kim lahir.”

 

Diam.

 

1

 

2

 

3

 

“Aduhhh!” Sunggyu terkinja kinja mengelak dari serangan ketam bertubi tubi dari Woohyun. Kali ni dia nasib baiklah sebab Woohyun pregnant, tak larat nak kejar cuba waktu dia tak pregnant, ada yang 400 meter kejap lagi.

 

“Dia ni kan. Bukannya nak bagitahu awal.” Masih lagi kesal dengan Sunggyu tapi Woohyun dah stop cubit. Dia bergerak ke katil untuk merehatkan diri tapi tetap tak pandang muka Sunggyu. Merajuk.

 

Sunggyu jadi serba salah. Bukan dia tak nak bagitahu, dia nak cakap semalam tapi Woohyun dah tidur takkanlah nak kejutkan dia semata mata pasal benda ni. Ada pula nanti isytihar perang dingin. Lagi satu pula, ada rasanya Sunggyu pernah cakap pasal dia cuti tiga minggu sebelum due date. Hah, ni mesti kes makan semut banyak sangat sampai lupa.

 

Nak tak nak terpaksalah Sunggyu meruntuhkan ego tembok besar china dia dan melutut depan Woohyun di hujung katil. Tangan Woohyun diraih ke dalam genggamannya yang lebih hangat. Satu persatu jari Woohyun dicium bibur nipis Sunggyu sebagai pembuka bicara. “Sayang,”

Satu lagi masalah besar ialah angin pasang Woohyun. Semenjak dah masuk last trimester ni, emosi dia tak boleh bawa bincang. Salah tekan suis, short habis. Kalau nasib baik kejap je, tapi kalau lama melukut lah engkau di tepi gantang wahai encik suami oii!

 

“Sayang” Sunggyu panggil lagi sekali. Woohyun tetap tak palingkan muka dia ke arah Sunggyu. Muncung itik dia dah dua depa panjang. Kalau ukur panjang dia sama macam dari Malaysia ke Korea.

 

“Baby Kim, mama marah appa. Mama tak nak tengok muka appa.” Langkah terakhir yang diambil Sunggyu adalah mengadu pada baby Kim and yes berjaya. Dia rasa pergerakan baby Kim pada pipinya memandangkan Sunggyu melentokkan kepala dia pada perut Woohyun.

 

“Tengok tu, dah lah berahsia dengan kita lepas tu suka tengok isteri dia kesakitan. Dah elok baby tu duduk diam dia kacau. Awak tak sayang saya ke?” Mata Woohyun mula bergenang bila dia memalingkan muka ke arah Sunggyu. Suara dia pun dah mula bergetar buat hati Sunggyu makin kacau.

 

“Sayang, kalau saya tak sayang sayang, tak ada maknanya baby Kim elok duduk dalam ni.” Tapak tangan Sunggyu melekap elok pada baby bump Woohyun. Rona merah lembut yang menghiasi kedua pipi Woohyun tidak terlepas dari pandangan Sunggyu.

 

“Then kenapa hubby jahat?”

 

“Mana ada hubby jahat. Sumpah saya nak cakap semalam tapi sayang dah tidur takkan saya nak kejut. Lepas tu pagi tadi kita kan sibuk flashback sampai saya lupa sekali lagi nak cakap. Tapi sumpah saya tak ada niat pun nak sorok.”

 

Woohyun cuma menggangguk. Senyum yang terukir bermakna Woohyun dah tak marah lagi maka dengan beraninya Sunggyu berubah tempat ke sebelah Woohyun. Badan kecil Woohyun ditarik kedalam pelukan hangatnya.

 

“I love you, sayang.”

 

“Love you too hubby.”

“Dah sekarang saya gunakan kuasa veto yang saya ada, awak kena ikut saya mandi.”

 

“Bila?”

 

“Seriously sayang? Sekarang lah.”

 


 

Minggu ke-30 (7 bulan 2 minggu)

 

Sunggyu mengemas kembali fail fail dan segala macam kertas yang bertimbun atas meja lepas selesai bekerja. Jam di sebelah komputer dilirik sekilas oleh Sunggyu. Jarum sudah berhenti pada angka 11.45 malam bermakna sudah lebih empat jam Sunggyu bertapa dalam bilik kerjanya selepas makan malam. Kali terakhir dia melihat Woohyun adalah bila isterinya menghantar nescafe suam ke dalam ruang kerjanya sebelum Woohyun beristirehat dalam bilik mereka.

 

Usai berkemas, Sunggyu melangkah keluar selepas menutup suis lampu dan air cond. Pintu kayu bilik utama menjadi destinasi utama Sunggyu sekarang. Perlahan daun pintu dikuak menampilkan sosok Woohyun yang sedang menjalankan ritual sebelum tidur di hadapan meja solek. Saat pandangan mereka bertaut, Woohyun melemparkan senyuman manis kepada Sunggyu.

 

Woohyun bangkit perlahan lahan sambil satu tangannya di pinggang untuk mengurang rasa pegal di bahagian tersebut. Langkah kakinya menuju kearah Sunggyu yang bersandar di kepala katil dengan kedua mata tertutup.

 

Terdetik perasaan kasihan melihat Sunggyu berhempas pulas menyelesaikan segala pekerjaannya semata mata untuk keluar dengan Woohyun esok. Dari minggu lepas lagi Woohyun ada mengusulkan untuk keluar cari barang baby tapi Sunggyu minta tangguh dulu ke hari ini sebab minggu lepas kerja banyak and dia tak dapat nak temankan.

 

Sebenarnya Woohyun tak kisah sangat kalau Sunggyu tak boleh teman sebab boleh je dia minta kawan ke mommy ke eomma ke temankan. Bukan isu besar pun. Tapi Sunggyu beriya iya suruh postpone sebab nak ikut, jadi Woohyun turutkan sahajalah permintaannya. Kesian pula kalau tak diikutkan memandangkan jadual Sunggyu padat kadang kadang check up pun Sunggyu tak boleh ikut.

 

Woohyun merebahkan kepalanya di atas dada bidang Sunggyu dan bermain main dengan jari manis Sunggyu yang tersarung cincin kahwin mereka. “Lewat hubby habis. Ingat tadi tertidur, baru nak tengok.”

 

Sunggyu tidak menjawab. Hanya berdehem perlahan seraya mengelus rambut lembut Woohyun. Haruman yang dihasilkan badan Woohyun benar benar memberikan ketenangan pada Sunggyu. Rasa penat dan stress tadi serta merta hilang bila Woohyun berada dekat dengannya.

 

“Kenapa sayang tak tidur lagi?”

 

“Nak tidur tapi baby Kim tak bagi.”

 

Tapi memang betul pun. Sejak dia keluar dari bilik kerja Sunggyu lepas hantar air, baby Kim asyik meragam. Kalau tak main bola, dia berpusing tak habis habis. Penat Woohyun pusing kanan, baby Kim meragam. Pusing kiri pun sama. Bila berdiri sakit pinggang pula. Akhirnya Woohyun simpulkan baby Kim rindu appa sebab biasa after lunch Sunggyu akan berbual dahulu dengan baby Kim tapi malam ni tak ada. Mungkin sebab tu baby Kim protes.

 

Sunggyu mengangkat kepala Woohyun perlahan kemudian mendudukkan dirinya menghadap perut Woohyun. Baju tidur nipis yang menutup baby bump Woohyun diselak Sunggyu memperlihatkan perut buncit Woohyun yang bersih tanpa stretch mark sebab Sunggyu rajin sapu losyen setiap malam sebelum tidur pada Woohyun. Macam sekarang.

 

Hidung mancung Sunggyu sengaja dia gesekkan pada kepala baby Kim membuat janin tadi bergerak ke tempat lain. Woohyun hanya mampu menahan ketawa sebab geli. Dia hanya jadi pemerhati setia setiap kali father and baby time. Sambil jari jemari runcing Sunggyu meratakan losyen disegenap penjuru perutnya, serentak itu jugalah Sunggyu akan berbual dengan baby Kim. Bila perlu sahaja Woohyun akan mencelah. Dia tahu Sunggyu dan baby Kim sendiri rindu sesama mereka. Woohyun sudah semestinya 24 hours dengan baby Kim.

“Baby, tadi mama cakap baby tak bagi mama tidur, betul ke?” Woohyun menggerakkan tangannya ke bahagian bawah perut sebab rasa nyeri kepala baby Kim menekan disana. Satu nafas berat dihembus bagi menghilangkan rasa sakit tadi.

 

Perasan dengan perubahan air muka Woohyun, Sunggyu meminta anak mereka untuk tidak menyakiti Woohyun terus. Tidak tegar rasanya melihat Woohyun terus kesakitan sepanjang kehamilan ini. Kasihan.

 

“Appa janganlah marah baby. Baby cuma rindu appa je.” Woohyun meniru suara baby bagi menjawab soalan Sunggyu untuk pihak baby mereka. Gemas dengan kelakian Woohyun, Sunggyu mendaratkan satu ciuman di hidung mancung Woohyun dan berhasil menukarkan warna muka Woohyun kepada kemerahan.

 

“Appa tak marah sayang. Tapi appa minta baby janganlah buat mama sakit selalu. Kesian mama, kalau appa tak ada siapa nak tolong mama? Mama kena banyak rehat sayang, nanti macam mana mama nak lahirkan anak appa, hmm?”

 

Jujur Woohyun mengaku dia tersentuh mendengar perbualan Sunggyu dengan bakal anak mereka. Tidak salah pilihan dia menjadikan Sunggyu sebagai suami dan ayah kepada bakal anak anak dia. Baby Kim belum lagi lahir tapi Sunggyu sudah menunjukkan kasih sayang yang tak berbelah bahagi. Tidak pernah sekali pun Sunggyu lupa untuk menyapa baby Kim. Paling paling pun dia akan cium sahaja kalau tak sempat. Kalau cakap phone pun, mesti Sunggyu akan minta Woohyun letak phone pada perutnya untuk menyapa baby Kim.

 

“Arasso appa. Baby minta maaf. Baby janji baby tak sakitkan mama lagi. Saranghae.” Sunggyu mendongak memandang Woohyun kemudian ikut tersenyum. Losyen tadi diletakkan semula di meja dan tangan Sunggyu menarik baju tidur Woohyun menutup kembali perutnya. Kemudian kedua mereka rebah sambil berpelukan sebelum bersama berlayar ke alam mimpi.

 


 

“Tengok ni! Comelkan!” Untuk kesekian kalinya Woohyun berdoa agar Sunggyu cepat cepat timbul kesedaran untuk berambus dari kedai ni. Dah lebih satu jam mereka bertapa disini dan tak pernah sekali pun Woohyun tengok Sunggyu duduk diam tak tergedik gedik pilih barang. Dia faham Sunggyu excited tapi cover sikit boleh. Bukannya diaorang je dalam kedai tu, banyak lagi mata yang memerhati.

 

“Hubby dah lah tu. Dah banyak dah baju ni. Cari barang lain pula lah.” Pujuk Woohyun dari kerusi yang ada dalam kedai tersebut. Jurujual yang menemani hanya mampu tersenyum melihat gelagat Sunggyu yang mengalahkan mak mak.

 

“Tapi yang ini comel. Mesti nanti baby Kim suka.” Sunggyu masih tak berputus asa. Mode comel segera diaktifkan untuk meraih undi.

 

“Hubby, dari awal kita masuk tadi itulah benda yang awak cakap. Sepuluh helai baju yang ada ni dua sahaja, saya ulang DUA SAHAJA yang saya pilih. The rest is yours.”

 

Mendengar bebelan Woohyun membuat Sunggyu punya mood tergedik gedik mati. At first yes Woohyun rasa macam nak menari je sebab Sunggyu akhirnya dikembalikan kewarasannya tapi lama lama dia jadi kesian pula. Matanya setia memerhati gerak geri Sunggyu macam baru lepas kena reject.

 

“Ok, but promise me yang itu LAST. No more baju lepas ni, okay?” Akhirnya Woohyun tewas juga dengan permainan Sunggyu. Tanpa disedari, Sunggyu tersengih jahat tapi cepat cepat cover dengan muka macam kucing dapat ikan bila Woohyun pandang muka dia.

 

“Thanks sayang!”

 


 

Kedai kelengkapan bayi Anak Aku menjadi tumpuan bakal pasangan ibu bapa baharu ini. Dengar daripada kawan kawan yang sudah ada pengalaman membeli barangan bayi, kebanyakan mereka mencadangkan butik tersebut kerana tawaran harga yang berpatutan dan pelbagai jenis barangan boleh diperoleh.

 

“Selamat datang ke butik Anak Aku.” Sambut seorang jurujual perempuan saat kaki mereka melangkah masuk ke dalam butik. Sunggyu hanya membalas sapaan tadi dengan senyuman dan berlalu masuk.

 

“Boleh saya bantu? Encik cari kelengkapan apa?” Orang yang sama menyambut mereka tadi mejadi jurujual. Rasa menyampah mula lah terbit dalam hati Woohyun bila tengok perempuan mula nak tergedik gedik dengan Sunggyu.

 

“Kami nak cari baby cot.” Jawab Sunggyu berhemah, masih lagi tak tahu perempuan tadi tengah menggatal. Woohyun dekat tepi mula lah keluar asap kepul kepul sikit tapi masih tak perlukan bomba buat masa ni.

 

“Follow me.”

 

Woohyun memandang tajam susuk perempuan yang menjadi jurujual mereka hari ini. Sengaja dia memeluk tangan Sunggyu untuk memberi isyarat hak milik sendirian berhad tapi tak diencahkan oleh perempuan durjana tadi. Malah, makin menggedik adalah. Boleh je kalau dia nak tanya Woohyun kenapa asyik Sunggyu je. Hello! Dia ingat aku bisu ke!

 

“Jantina baby apa? Saya boleh tolong recommend kan.” Sekali lagi senyuman semanis honey dia dilemparkan pada Sunggyu. Hello! Aku bukan tunggul kayu okay!

 

“Oh jantina kami sengaja tak scan sebab hubby I nak surprise konon. Sweet kan?” Kali ini Woohyun lebih cepat bersua sengaja tak beri peluang untuk Sunggyu menjawab. Dan reaksi perempuan tu sangat lah kecewa. Iyalah, dia mengharapkan Sunggyu yang jawab tapi isterinya pula. Padan muka!

 

“Kalau macam tu saya recommend design yang uni. Lelaki perempuan dua dua boleh pakai. Macam yang ini.” Deretan baby cot segera memenuhi ruang penglihatan Sunggyu dan Woohyun. Kesemuanya comel sampai bingung nak pilih yang mana.

 

“Sayang, yang ini macam okay je?” Sunggyu memanggil Woohyun yang sedang asyik memerhati baby cot lain. Mendengar namanya dipanggil, Woohyun menoleh dan menuju ke arah Sunggyu.

 

Design dia simple tapi comel. Corak yang tak over and safety dia secure. Kiri kanan penghadang boleh dilaraskan ikut ketinggian yang dimahukan and yang paling best sekali, baby cot ni boleh join dengan katil. Woohyun setakat ni setuju dengan dengan pilihan Sunggyu tapi dia masih mahu melihat yang lain dulu tapi belum sempat dia bersuara ada makhluk lain yang lebih cepat.

“Saya pun rasa sama macam encik. Kalau saya, saya pilih yang ini sebab dia convenience. Baby pun boleh tidur sekali dekat katil parent sebab penghadang tu boleh dikebawahkan atau dicabut.” Terang salesgirl tadi tanpa segan silu. Ada siapa mita pandangan dia? Tak ada! Ini yang menyebabkan darah Woohyun mula nak mendidih.

 

Woohyun menjeling Sunggyu sekilas. Melihat Sunggyu mula bertukar pendapat dengan perempuan durjana tu, hati Woohyun jadi bengkak. Tiba tiba rasa nak nangis, tapi dia kawal sebab tak nak buat drama swasta dekat public. Kalau ikut kan hati rasa macam nak pijak je perempuan tu sampai penyek. Biar dia hilang dari muka bumi.

 

“Hubby,” Panggil Woohyun lembut tapi cukup untuk Sunggyu palingkan wajahnya ke arah Woohyun. “Ya sayang?”

 

“Kenapa tak bincang dengan saya?” Mata Woohyun berkaca masa dia bertanya soalan tersebut pada Sunggyu. Melihat anak mata Woohyun yang bergenang, Sunggyu jadi salah tingkah. Apa pula salah dia kali ni…

 

“Maksud sayang?” Sunggyu memiringkan kepalanya sedikit tanda dia bingung dengan maksud Woohyun. Tanpa suara, Woohyun menjuihkan bibirnya pada perempuan tadi di belakang Sunggyu. Anak mata Sunggyu ikut sekali meninjau.

 

Sunggyu cuma tergelak kecil bila dia sudah faham maksud Woohyun tadi. Rupanya isteri kesayangannya jealous ke. Cakaplah awal awal. “Sayang jealous ke?” Tanya Sunggyu separa berbisik sambil belakang jarinya mengelus lembut pipi tembam Woohyun. Semenjak pregnant ni, Sunggyu tak nafikan muka Woohyun terlebih berseri dan cantik.

 

“Mestilah. Dari awal tadi saya perhati dia memang sengaja menggatal dengan awak. Padahal dia nampak kot awak datang dengan orang pregnant. Of course lah secara logiknya dia sepatutnya tahu saya isteri awak bukannya random people yang awak pick dekat public untuk bawa cari barang baby.” Hah! Ambik kau! Panjang lebar Woohyun mengadu pada Sunggyu. Badan suaminya dirangkul dan membenamkan mukanya ke dada Sunggyu. Biarkan perempuan tadi nampak. Sesuka hati dia je nak menggatal dengan husband orang,

 

Pinggang Woohyun dipeluk kejap oleh Sunggyu tapi tidak terlalu erat takut menekan perut Woohyun yang berada di antara mereka sekarang. Puncak kepala Woohyun dihadiahkan satu kucupan dengan penuh rasa kasih dan cinta. Sunggyu dapat rasakan salesgirl tersebut sedang menggerudi lubang di belakangnya menerusi renungan tajam milik beliau. Tapi apa Sunggyu peduli. Yang sedang berada dalam pelukan beliau adalah isteri sah dia, bukannya orang asing pun. Perempuan tadi tak ada hak untuk bersuara atau membantah.

 

“Ignore dia sayang. Saya tak selera pun tengok dia. Muka macam opera cina.” Umpat Sunggyu. Woohyun tersenyum mendengar umpatan Sunggyu.

 

“Tapi badan dia lebih cantik dari saya. Seksi. Saya dah gemuk, tak cantik lagi.” Tiba tiba rasa rendah diri muncul lepas Woohyun memerhati setiap leluk badan perempuan tu. Manalah tahu Sunggyu dah terjatuh hati dekat dia ke.

 

Sunggyu menggelangkan kepalanya dan memegang bahu Woohyun agar pandangan mereka selari. Mata sipit Sunggyu tajam merenung kedalam anak mata Woohyun, manzahirkan perasaannya. “Listen sayang, tak pernah sekali pun saya bosan dengan awak tau. Malah, setiap saat perasaan cinta tu makin bertambah. Dan perubahan fizikal yang sayang alami sekarang tak pernah mengurangkan perasan cinta saya terhadap sayang. Keadaan sayang sekarang inilah yang membuatkan saya sedar sayang adalah pilihan terbaik sebagai peneman hidup saya. I love you, sayang. With all my heart.”

 

“Ermm, maaf mengganggu tapi boleh tak kita proceed. Costumer lain pun nak membeli juga.” Suara jurujual tadi menarik semula Sunggyu dan Woohyun daripada dunia mereka sendiri. Woohyun seronok bila tengok muka dia menyampah masa Sunggyu cium dahinya.

 

“Respect my wife.”

 

“Maafkan saya.”

 


 

Sunggyu jadi tergelak sendiri bila dia teringat semula tragedi Woohyun cemburu masa beli barang baby. Nyaris sahaja Woohyun tak gaduh dengan jurujual tu, kalau tak ada yang terberanak nanti. Woohyun yang disebelah memandang Sunggyu pelik.

 

“Kenapa hubby gelak.”

 

“Tak, teringat masa sayang jealous dengan salesgirl waktu kita cari barang baby. Tak sangka yang sayang akan react macam tu.”

 

Muncung Woohyun jadi sedepa. Iyalah, bila dia terinagt peristiwa tu rasa macam nak baling budu je kat muka perempuan tu. Berani dia menggatal dengan suami orang yang bawa isteri dia tengah pregnant cari barang baby. Woah, another level perempuan tu.

 

“Mestilah jealous. Isteri mana tak cemburu tengok perempuan lain menggedik dengan suami dia depan mata. Naik berbulu mata ni tengok tau.”

 

“Sayang juga awak dekat saya kan?”

 

“Mestilah sayang. Kalau tak saya tak sudilah nak kahwin dengan hubby.”

 

Selesai sahaja Woohyun menuturkan ayatnya, tiba tiba rasa sakit yang teramat sangat menjalar di pinggang Woohyun membuat dia tak sengaja mencegkam tangan Sunggyu dengan kuat untuk mengurangkan kesakitannya. Sunggyu terjerit kecil bila Woohyun mencengkam kuat tangannya tiba tiba. Serta merta Sunggyu jadi nervous. Sudah tiba kah masanya?

 

Tangan Sunggyu satu lagi bergerak ke pinggang Woohyun, mengurut urat urat di sana dengan lembut. Tapi Sunggyu sedar, urat urat tersebut tidak lagi sama seperi sebelum ini. Bahagian tersebut mula tensed and hard. Beberapa minit kemudian, Woohyun mula bernafas dengan normal walaupun dahinya masih berkerut.

 

“Sayang kenapa tak cakap dah mula contraction?” Suara Sunggyu sedikit keras tapi dia masih lagi mengawal perasaannya. Tak nak nanti Woohyun rasa macam dia dimarahi walaupun hakikatnya Sunggyu memang tengah marah.

 

Woohyun mengatur semula nafasnya sebelum berbicara. “Tak nak awak risau sebab saya ingat awak masuk office tadi. Lagipun malam tadi tak ada lah sesakit ni. Cuma lepas beberapa kali tadi rasa sakit mula kuat and tadi memang saya tak boleh tahan.”

 

“Kalau saya masuk pun, cakap je saya boleh stay. You are my first priority, sayang. Now tell me dah berapa kerap sayang contraction?”

 

Woohyun diam seketika cuba untuk mengingati kekerapan dan jarak setiap contraction yang dia alami sejak malam tadi. Kalau dikira kira jarak untuk setiap contraction, Woohyun perasan jarak untuk yang tadi lebih kurang 55 minit dengan first strong contraction pagi tadi masa dia dengan Sunggyu sibuk flashback.

 

“Yang ini second contraction saya. Jarak dengan first tadi lebih kurang 55 minit.”

 

Sunggyu mengangguk. Nasib baik dia start cuti hari ni, buatnya kalau dia cuti esok alamatnya Woohyun keseorangan menanggung kesakitan. Sunggyu meninggalkan Woohyun seketika di katil dan bergerak ke almari Woohyun untuk mengemas kelengkapan Woohyun semasa di hospital nanti. Beg pakaian tersebut kemudian diletakkan disebelah beg baby yang dah memang tersedia di atas sofa bilik mereka.

 

Selesai berkemas, Sunggyu kembali semula ke sisi Woohyun dan dengan lapang dadanya Woohyun mengalu alukan Sunggyu and bersandar pada dada Sunggyu as husbandnya duduk di kepala katil. Mata Woohyun terpejam menikmati urutan Sunggyu disekitar pinggang dan perutnya yang sudah mula keras. Baby Kim juga beberapa kali berpusing di dalam rahim Woohyun. Mungkin sudah mula mencari jalan keluar.

 

“Sayang, nanti bila another contraction strike, jangan takut nak pegang saya. Cengkamlah kuat mana pun saya tak kisah asalkan sayang okay.” Woohyun cuma mengangguk.

 


 

Jarak the latest contraction dengan yang sebelum ini berkurang kepada 30 minit. Rasa sakit dia tak boleh bawa bincanglah. Nasib Sunggyu setia di sisi Woohyun setiap kali contraction datang. Sunggyu jugalah yang tolong lapkan air mata Woohyun yang mengalir setiap kali dia menahan sakit. Dia jugalah yang distract Woohyun bila sakit tu tak boleh dikawal.

 

“Hubby, boleh tolong saya jalan tak? Sekitar bilik ni je. Doktor galakkan banyak berjalan waktu macam ni untuk mudahkan baby keluar nanti.” Suara lemah Woohyun didengari Sunggyu. Pantas Sunggyu memimpin Woohyun menuruni katil kemudian memberi waktu untuk Woohyun mencari kekuatan untuk berdiri.

 

Tangan Sunggyu satu berlingkar di pinggang Woohyun satu lagi digunakan isterinya untuk menggenggam. Setapak demi setapak Woohyun melangkah sambil dibantu Sunggyu. “Hubby, sakit.” Woohyun menangis di bahu Sunggyu bila di merasakan contraction seterusnya.

 

Jam tangan dikerling untuk mengetahui jarak sekarang. 20 minit. Waktu yang paling ideal untuk mereka bergerak ke hospital sekarang. Takut nanti kalau air ketuban Woohyun pecah, lagi haru biru ceritanya.

 

“Kita pergi hospital sekarang ya.” Selepas menerima persetujuan Woohyun, Sunggyu mendudukkan Woohyun sebentar di atas sofa untuk dia bersiap siap. Beg pakaian Woohyun dan baby dicapai Sunggyu segera sebelum dia melangkah keluar menyediakan kereta.

 

Tiga minit kemudian, Sunggyu masuk kembali ke dalam bilik, menghampiri Woohyun yang sedang berperang. “Sayang boleh jalan tak?”

 

“Boleh tapi slow.”

 

“It’s okay. Saya bantu.”

 


 

Woohyun segera dimasukkan ke bilik menunggu(?) setelah dia tiba di hospital tadi. Air ketuban Woohyun pecah dalam kereta tepat setibanya mereka di perkarangan hospital. Doktor memaklumkan bukaan laluan baru 6 centimeter. Dia masih perlu menunggu beberapa minit lagi untuk laluan terbuka kepada 10 centimeter, barulah dia akan dipindahkan ke bilik bersalin.

 

“Sabar ya. Tak lama lagi awak akan pegang baby awak. Tunggu kejap je lagi.” Nurse yang bertugas berusaha sebaik mungkin memberikan semangat kepada Woohyun. Beg air yang tergantung pada tiang dibelek semula untuk semakan akhir sebelum dia meninggalkan pasangan tersebut.

 

“Hubby, kalau saya tak dapat jaga baby ni, janji dengan saya awak akan besarkan dia dengan elok. Berikan dia secukupnya kasih sayang dan perhatian. Jangan abaikan dia.” Woohyun menuturkan amanatnya sambil berlinangan air mata.

 

“Apa sayang cakap macam ni. Sayang boleh buatlah. I trust you.” Sunggyu membngkng seratus peratus andaian negatif Woohyun. Dia tidak bersedia untuk kehilangan Woohyun dan membesarkan zuriat mereka bersendirian. Sunggyu memerlukan Woohyun.

 

“Saya cakap kalau. Kita mana tahu apa yang akan terjadi nanti.”

 

“Say-“

 

“Tolong pilih baby kalau apa apa berlaku. Jangan selfish. Beri peluang pada anak kita untuk lihat dunia. Saya dah 25 tahun hidup.”

 

“Sayang please, jangan merepek lagi boleh? Saya tak sukalah. Tolonglah percaya yang sayang dan baby akan selamat.”

 


 

“Alright, bukaan awak sudah 10 cm. Awak dah ready untuk melahirkan. Bila contraction datang, barulah awak push okay. Jangan push sesuka hati.” Pesan doktor seklai lagi kepada Woohyun.

 

Peluh nervous membasahi seluruh badan Woohyun sekarang. Tangan Sunggyu digenggam erat bagi mengambil kekuatan untuk meneran. Sunggyu tak pernah henti membisikkan kata kata semangat ke telinga Woohyun sepanjang dia menemani Woohyun di dalam labour room. Sesekali tangan lebar suaminya mengelap peluh di dahi Woohyun kemudian mencium tempat tersebut.

“Okay now, push!”

 

“Nghh!” Woohyun sekuat tenaga meneran bila contraction datang. Dia dapat merasakan bayinya sedang menuruni birth canal. Badan Woohyun rasa seperti patah dua masa baby Kim lalu.

 

“Stop!” Serentak dengan itu Woohyun kembali bersandar di katil yang sudah dilaraskan ketinggiannya untuk proses melahirkan. Nafas Woohyun terengah menahan sakit yang masih panas terasa di bawah sana.

 

Sunggyu menitiskan air mata melihat perjuangan Woohyun yang begitu berat. Nyawanya menjadi pertaruhan demi melahirkan dia seorang zuriat. Belakang tapak tangan Woohyun dicium lama bagi menyalurkan kekuatan kepada isterinya.

 

“Another one Woohyun-shi. Give me a big push untuk keluarkan kepalanya.”

 

“1,2,3, push!”

 

“Nggahhhh!” Air mata dan peluh menjadi satu. Sia sia sahaja Sunggyu lap, cepat sahaja penghasilan cecair yang baharu. Woohyun menarik satu nafas yang dalam sebelum dia meneran sekali lagi sehingga dia merasakan seperti terbakar di bahagian bawahnya menandakan kepala bayinya sudah hampir keluar.

 

“Okay, relax Woohyun. Ambil nafas and push sekali lagi.”

 

Woohyun melakukan apa yang disuruh tapi kali ini lebih kuat. Sunggyu terpaksa menggigit bibir bawahnya masa Woohyun genggam sekuat habis tangannya. Tapi Sunggyu tak kisah sebab apalah sangat sakit yang dia rasa berbanding dekat sakit yang Woohyun rasa. Rambut hitam Woohyun yang kini sudah basah dielus Sunggyu lembut.

 

“Come on sayang, saya dah boleh nampak kepala baby. Push sikit lagi sayang.”

 

“The head is out. Would ypu like to feel it?” Tanya doktor. Woohyun mengangguk lemah dan kemudian jururawat yang memegang kakinya membawa tangan Woohyun menyentuh kepala baby yang masih berlendir. Satu senyuman terukir beserta dengn linangan air mata bila dia menyentuh bayinya pertama kali.

 

“Hubby, baby Kim dah semakin dekat dengan kita.” Woohyun memandang Sunggyu dengan pandangan yang bercampur baur.

 

“Yes sayang. I know you can do it. Now be a good boy and push when the contraction come, okay? Saya sentiasa ada disisi sayang.” Sunggyu mengakhiri ayatnya dengan sebuah ciuman di bibir pucat Woohyun.

 

Gelombang kontraksi seterusya berjaya menghentikan momen romantik Sunggyu dan Woohyun. Satu erangan terlepas dari mulut Woohyun dan serentak itu dia menggenggam kembali tangan Sunggyu. Desahan demi desahan keluar dari mulut Woohyun sepanjang dia meneran.

 

“Sekali lagi Woohyun, one big push and the shoulder is out.” Doktor sudah pun memposisikan tangannya untuk menyambut baby yang bakal keluar. Lepas sahaja bahu baby, doktor akan menarik terus bayi keluar dan perlu menunggu untuk last contraction for afterbirth.

 

“Come on sayang. It’s okay if you want to pull my hair or what so ever. Saya sanggup berkongsi sakit dengan sayang.”

 

“Come on Woohyun, anak awak tak sabar nak jumpa ibu dia. Please push harder on the next contraction.”

 

“1,2,3, push!”

 

“Nggghhhhhh..Argghhh!” / “Uwekkk! Uwekkk!”

 

Suara tangisan bayi memenuhi ruangan bersalin. Woohyun tak mampu menahan badannya dari terus bersandar kepenatan di katil. Air mata dia dan Sunggyu campur saat Sunggyu memeluk erat dadanya.

 

“Thank you so much sayang! Thank you!” Ucapan terima kasih berulang kali disebut Sunggyu. Woohyun tersenyum tatkala melihat muka Sunggyu dibasahi dengan air mata.

 

“Baby boy.” Bayi merah yang masih menangis diletakkan di atas dada Woohyun. Tangan Woohyun yang lemah tetap mahu memeluk bayi tersebut, mengangkat untuk mencium. Sunggyu tidak mahu ketinggalan momen indah tersebut lalu memeluk kedua insan yang paling berharga ke dalam pelukan hangatnya.

 

Sunggyu diberi penghormatan untuk memotong tali pusat anaknya selepas uri keluar. Seketika kemudian, bayi mereka diambil semula oleh jururawat untuk dibersihkan dan menjalani pemeriksaan wajib. Sunggyu mencium dahi Woohyun untuk kesekian kali dan tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih sekali lagi sebelum dia melangkah keluar dari dewan bersalin.

 

“Gomawa sayang. Saranghae.”

 


 

Sunggyu dan Woohyun mengalihkan pandangan mereka ke arah pintu yang terbuka menampilakan sosok jururawat beserta troli bayi yang terisi dengan seorang bayi lelaki yang comel berbalut dengan blanket biru. Bayi tersebut bertukar tangan dari jururawat ke dalam pelukan ibunya. Saat bayi lelaki tersebut sempurna dalam pelukannya, sekali lagi air mata kegembiraan Woohyun jatuh. Sunggyu yang menyaksikan momen indah itu turut mengalirkan air mata. Tubuhnya dirapatkan kepada Woohyun untuk melihat dengan lebih dekat permata hati mereka.

 

“Hubby nak pegang?” Dengan penuh hati hati Sunggyu menyambut anaknya dari Woohyun dan mengeratkan pelukannya. Dahi kecil baby Kim dicium lama, menghirup dalam dalam aroma khas bayi yang mendamaikan.

 

Woohyun tersenyum sendiri melihat pemandangan dihadapannya. Aura kebapaan Sunggyu begitu terserlah saat baby Kim berada dalam gendongannya. Penantian mereka selama 9 bulan akhirnya berbaloi. Baby Kim lahir tepat pada pukul 11.06 pagi, 27 Julai 2017 dengan berat 2.7 kg tanpa sebarang masalah atau komplikasi.

 

“Bayi anda perlu ransangan susu ibu pertamanya. Saya akan membantu anda.” Sunggyu bergerak sedikit memberi ruang kepada jururawat untuk mendekati Woohyun.

 

Woohyun membetulkan posisi duduknya sambil dibantu oleh jururawat. Dua butang baju Woohyun sudah dibuka untuk proses penyusuan. Baby Kim kembali ke tangan Woohyun untuk ransangan susu ibu pertamanya. Nurse yang bertugas membetulkan letak bibir baby Kim berhampiran dengan dada Woohyun. Dengan semula jadinya, baby Kim menggerakkan bibirnya mencari sumber makanan dan menghisap putting Woohyun setelah menjumpainya.

 

“Saya akan kembali selepas ini. Tahniah setelah bergelar ibu bapa, pasangan Kim.” Nurse tadi membongkok hormat sebelum dia keluar dari bilik rawatan Woohyun meninggalkan pasangan ibu bapa baharu tadi melayan perasaan mereka.

 

Sunggyu melabuhkan punggungnya disisimWoohyun dan merehatkan tangannya di kepala katil. Badan Sunggyu sedikit condong ke arah Woohyun dan baby Kim untuk melihat lebih dekat lagi baby mereka. Sunggyu menghulurkan jari kelingkingnya kepada baby Kim dan hampir sahaja menjerit bila jari jari kecil baby Kim menggenggam jarinya.

 

“He is so cute!” Sunggyu separa berbisik takut mengganggu baby Kim yang sedang menyusu. Woohyun menggangguk, mengiyakan komen Sunggyu. Tangannya yang bebas mengusap perlahan pipi lembut baby Kim dan mencium dahinya.

 

“Hubby ada nama untuk dia?” Tanya Woohyun tanpa mengalihkan pandangannya dari baby Kim.

 

“Sunghyun. Kim Sunghyun.”

 

Woohyun dan Sunggyu saling berpandangan dan kemudian tersenyum. “Saya suka nama tu hubby. Kim Sunghyun.”

 

“Selamat datang, Kim Sunghyun.”

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Alphabeta232 #1
Chapter 2: This story never make me bored, Love you aurthor-nim
janqjun
#2
aaa this is so sweet and cutee (●´∀`●)
Infnt791
#3
Chapter 2: Cerita ni sweet sngt >.< boleh dpt diabetes lps baca XD
vanilachoc
#4
Chapter 2: I was moody this all day till I found your story ♡♡♡♡♡ nice story author-nim !!
ambar_namstar
#5
Chapter 2: Huhu aku gak ngerti beberapa kata beruntung Indonesia sama melayu gak jauh beda. Aku senyum2 sensiri bacanya kkk
Blondehyun #6
Chapter 2: Awwwww..so sweet....part yang x boleh tahan...part woohyun nak lempang Sunggyu sebab tiba² sunggyu gelak..haih....anyway welcome to the world sunghyun..