01 - Ego vs Friend

Don't Worry
Please Subscribe to read the full chapter

Mana Jimin yang dulu?
Aku rindu Jimin yang dulu.
Jimin yang sekarang lain.
Dia menyendiri,
Dia menangis,
Dia berlapar,
Dia sembunyikan semua tu dari aku.
Dia cuba sembunyikannya.
Dia sakit...dia sembunyikan.
Dia sedih...dia sembunyikan.
Aku rasa sakit...
Aku rasa sedih...
Apabila dia sekadar tersenyum dan tertawa,
Aku tahu semua itu palsu.
Jimin...kenapa kau buat aku macam ni?

 

"Taetae! Jimin dah sedar. Kau tak nak join kitaorang tengok ke?" suara garau Namjoon hyung menyentap aku yang sedang mengelamun. Dairi ungu bercorak bunga ros putih yang tadi terbuka aku lantas menutupnya kerana risau jika Namjoon hyung membaca dairi tersebut. Aku segera memalingkan wajah aku ke arah Namjoon hyung. Jelas pada wajahnya terdapat kegembiraan tertampal di situ.

Aku tahu yang semua risau akan keadaan Jimin termasuk aku. Kejadian Jimin tidak sedarkan diri bukan pertama kali berlaku. Ni sudah masuk tiga kali cuma kami rahsiakan daripada peminat. Kami tak nak peminat sedih dan risau dengan Jimin. Jimin pun satu. Dia kerap berlatih tapi dia berlapar. Katanya dia mahu diet tapi bukankah itu berbahaya? Jimin...Jimin...

"Woi! Udah-udahlah termenung!" Kali ni Yoongi hyung menyetakkan aku. Segera aku mengambil buku dairi lalu meletakkannya ke dalam laci. Baju sejuk pemberian Jimin yang tergantung di belakang pintu aku capai lalu disarungkan pada badan. Baju sejuk ini sentiasa menjadi kenangan paling manis aku dengan Jimin. Hadiah pertama daripada Jimin.

"Park Jimin! Mana kau?!" Aku menjerit, melolong memanggil nama si pendek yang bergelar Park Jimin merangkap kawan baik aku. Niat asal aku mahu menolong Jimin selepas dia memberi mesej kepada aku yang dia sesat dalam sekolah ni. Aku tak tahu lah macam mana dia boleh sesat sedangkan dia sudah masuk lima bulan belajar di sekolah ni. Jimin...Jimin...

"Pendek! Mana kau?!"

Aku mengeluh sebelum aku terlihat seseorang menarik Jimin dengan kasar ke dalam sebuah bilik stor.

"Jimin!" Darah aku berderau laju. Jangan apa-apakan dia! Jangan! Penumbuk aku dikepal dan kaki aku mula bergerak laju menuju ke arah bilik tersebut.

"Park Jimin!!"

Aku menolak kuat pintu bilik tersebut. Gelap dan sunyi sebelum aku mendengar

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
bigbangtanboys
sila komen. saya tahu awak semua sayang saya kan? so komen la banyak-banyak

Comments

You must be logged in to comment
nanadjiyongie_01
#1
Chapter 3: kesian jimin..mana ada kawan yg sanggup tgk jimin sakit camtu..TT kalau saya jadi tae,mau remuk hati saya ni..hwaiting authornim!! keep updating! love ya
nanadjiyongie_01
#2
Chapter 2: waee...jimin sakit? huhuhuh..ermmm its gonna be a sad story laa..
nanadjiyongie_01
#3
hwaiting authornim!!! mesti best ff ni! ^-^ fighting! i will support u //mini heart//