The Words That Hurt

The Words That Hurt
Please Subscribe to read the full chapter

 

">

 

 

          Jae In duduk bersendirian di taman pada malam itu. Cuaca sejuk langsung tidak dihiraukan olehnya. Hatinya pilu, pilu mengenangkan kembali kenangan lamanya bersama dengan Park Ji Min, lelaki yang selama ini menemani hidupnya tidak kira siang dan malam.

          Dia mendongak. Seperti biasa, setiap malam dia akan ke taman itu dan mendongak mencari bintang-bintang di langit.

          “Kau seorang penipu, Jimin. Kau kata aku kena tengok bintang dekat langit kalau aku rindukan kau, dan kau suruh aku untuk menganggap bahawa salah satu bintang dekat atas itu adalah kau. Tapi mana kau?” Suaranya merintih perlahan. Matanya membengkak dan memerah kerana sering menangis setelah Jimin memutuskan hubungan mereka berdua beberapa bulan yang lalu.

“Aku tak boleh. Tak boleh, Jae In.”

“Tak boleh apa, Jimin? Kau dah tak sayangkan aku lagi ke?!”

“Maafkan aku Jae In. Aku tak boleh teruskan hidup aku dengan kau selamanya. Kalau kau rindu aku, kau tengok bintang, dan kau anggaplah salah satu daripada bintang tu adalah aku.”

          Puas sudah dia menangis meratapi pemergian Jimin dari hidupnya setiap hari. Matanya semakin membengkak. Selera makannya sudah hilang. Segala kerja yang dilakukan olehnya  semuanya tidak menjadi kini.

          “Sampai hati kau nak tinggalkan aku, Jimin…”

“Aku tak pilih untuk jadi macam ni, Jae In. Ini takdir kita. Kau kena terima… aku pergi dulu.”

          “Dah 4 bulan… Aku masih mengharap yang kau akan datang dan merayu untuk kembali pada aku. Tapi… Kau masih tak datang juga. Aku rindukan kau, ChimChim…” Jae In menangis akhirnya setelah teringat semula kata-kata terakhir Jimin dan dia menggenggam erat bajunya.

          ‘Dia… dia pergi tanpa beritahu aku hal yang sebenarnya…’

          “Jae In-ah…”

          Jae In menoleh apabila mendengar panggilan itu. Taehyung.

          Taehyung menghampiri Jae In yang sedang mengesat air matanya agar tidak terlihat oleh Taehyung.

          “Jae In-ah… jangan lah menangis. Aku faham perasaan kau... aku datang ni, nak beritahu kau, yang Jimin…” Kata-kata nya terhenti apabila Jae In tiba-tiba bangun dari duduknya dan memegang lengan Taehyung erat.

          “Jimin  nak sambung semula hubungan kami yang terputus dulu tu ke? Cakap dengan dia, aku terima.” Jae In tersenyum lebar dan bercakap dalam nada teresak-esak. Taehyung hanya membalas senyumannya dengan senyuman kelat.

          “Jimin ajak kau datang rumah dia...”

          Jae In melepaskan pegangan di lengan Taehyung perlahan-lahan. Senyuman di wajahnya hilang serta merta.

          Jae In pergi ke rumah Jimin bersama Taehyung. Dia terkejut kerana setelah dia membuka pintu apartment itu, kelihatan belon-belon berwarna pink lembut dan putih serta banner kecil yang tergantung di dalam ruang tamu apartment Jimin.

          Saengil chukhahaeyo, uri Jae In…

          Jae In menangis kerana terharu dengan apa yang dilihat olehnya sebentar tadi. Taehyung disebelahnya terus menarik tangan Jae In dan membawanya ke sebuah bilik utama apartment tersebut.

          Kosong. Mana Jimin?

          Jae In menoleh memandang Taehyung disebelah.

          “Jimin… mana dia?” Dia menyoal dengan perasaan hairan.

Taehyung hanya diam. Dia mengeluarkan sesuatu dari dalam poket sweater hitam miliknya. Surat.

          Dia menghulurkan surat itu kapada Jae In. Dengan perasaan teragak-agak, Jae In mengambilnya dan membaca surat itu.

          Annyeong! ^^

          Jae In-ah... Saya minta maaf kalau saya ada sakitkan hati awak... Saya tahu awak banyak bersedih dengan hubungan kita. Saya tak dapat luangkan banyak masa bersama dengan awak selama ni. Maafkan saya. Saya terpaksa pergi ke appointment dengan doktor tu hampir setiap hari, awak. Apa-apa pun, awak suka tak dengan surprise party yang saya suruh Taehyung buat tu? Hehe. Maaflah kalau ada yang kurang dengan majlis itu.

          Hadiah awak ada pada Taehyung. Simpan ya, awak? Pakailah sampai bila-bila ya? Hadiah tu… awak ada kata yang awak nak sangat masa kal

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
HappyWawa #1
Chapter 1: Andwaeeee... kenapa Jae In pergi jugak huhu. Kesian Taehyung tinggal sorang TT. Anyways author-nim your story is jjang! :D