Final ?

Sinning For You

"Saya tak pernah minta awak lakukan semua ni. Kenapa ?" Wajah lelaki didepannya itu ditatap lama.

Tangan yang memegang kedua- dua belah pipi remaja perempuan itu memandang kolam kristal yang mengalirkan cecair jernih dengan senyuman yang mempunyai 1001 makna.

Lelaki tersebut langsung meninggalkan bilik utama rumah agam itu dengan banduan didalamnya sebaik dia mengucup dahi dan telapak tangan Cho Sarang yang baru sahaja menyambut hari lahirnya yang ke-19 pada 2 hari yang lalu. Pintu keluar ditarik dan ditutup. Walaupun Kayu 4 segi itu dibiarkan tidak berkunci, Sarang masih tidak terdaya untuk melarikan diri.

Bukan kerana kaki dan tangannya digari. Mata dan telinganya juga masih berfungsi dengan baik.

"Kenapa Jungkook."

Ianya kerana kedua-dua belah kakinya tidak boleh berasakan apa-apa lagi apatah lagi untuk dipegang atas sebab anggota tersebut tiada di situ lagi. Dia kini cacat tanpa tulang penting yang mampu menampung dia untuk berpijak di bumi kurniaan tuhan.

***

Bualan mulut jiran tetangga telah menjadi makanan harian bagi telinga Cho Sarang yang kini tinggal bersama neneknya di bandar metropolitan Seoul, Korea Selatan. Hidupnya yang sememangnya sudah dihiasi dengan caci maki dan kekejaman manusia sejak dia lahir lagi telah menyebabkan dia membesar menjadi insan yang lemah dan mudah rapuh.

Hari-harinya yang kelihatan biasa dan kelam diteruskan seperti biasa. Wanita tua yang sedang lena dibuai mimpi di kerusi malas diselimutkan dengan lembut sebelum dia berangkat ke satu-satunya tempat yang dia akan tuju selain daripada rumah neneknya. Sekolah . Rambutnya yang panjang ditocang satu dan disimpul serabai. Beg sekolah yang tersedia di tepi dinding di capai dan di sadang seterusnya disarungkan kasut berwarna putih yang mempunyai lubang di bahagian belakang tanpa mempedulikan pandangan masyarakat sekeliling.

Sarang memulakan perjalanannya dengan langkah kanan dan diikuti langkah kiri. Langit 6.50 pagi yang biasanya sudah mula menyinarkan cahayanya tidak kelihatan dan apa yang menggantikan tempat sinaran jingga itu adalah awan mendung berwarna kelabu gelap yang mula bergerak pantas dan menyelubung bandar Seoul dan penduduknya. 

Cecair berasid yang turunnya dari langit mula membasahi jalan tar dan tanah bumi itu. Sarang memerhatikan sinaran putih yang menyusur laju dan hilang sekelip mata disebalik awan sebelum dia mengeluarkan payung yang disimpan di dalam beg sandang berwarna ungu itu. Hujan mula membanjiri tanah Seoul itu dengan lebatnya tetapi malang buat remaja perempuan itu apabila payungnya ditiup angin sehingga menyebabkan besi itu rosak dan bumbung bulatnya rosak teruk.

Cho Sarang mengeluh lemah dan mula berlari ke destinasinya sambil menggunakan beg sekolahnya sebagai bumbung sementara. Kasutnya yang berlubang mula memasahi stokin dan isi didalamnya. Pergerakan kakinya menjadi perlahan apabila jisim air memberatkan benda yang melindungi tapak kakinya itu. Perhentian bas mula muncul dalam penglihatan dan dengan pantas Sarang melajukan langkah untuk berteduh dibawah bumbung plastik itu. Malangnya orang ramai sudah memenuhi tempat lindungan itu jadi terpaksalah Sarang mandi buat kali ke-2 sebelum tibanya bas bernombor 23A untuk ke sekolah.

Perjalanan sambil menaiki bas ke tidaklah baik dan tidaklah buruk. Terdapat beberapa orang pelajar dari sekolahnya mula melemparkan kata-kata cacian dengan kuat tanpa menghiraukan penumpang yang terdiri daripada pelbagai golongan umur. Warga tua mula tidak senang duduk sambil memandang Sarang atas bawah yang hanya berdiri membisu di tepi tiang loceng dan kanak-kanak pula mula menangkap satu-satu perkatan yang buruk dari percakapan budak sekolahnya itu. 

Bas yang membawakan orang awam itu tiba-tiba berhenti dari destinasi sebenar mereka. Pemandu tetap kenderaan itu yang lebih mesra dikenali sebagai pakcik Ju Jong bangun dari kerusi memandunya dan dengan lantang mengarahkan 3 budak perempuan itu turun dari basnya.

" Turun sekarang. Jaga sikit mulut tu kalau korang tak nak jadi macam aku. Kerja bawa bas. Turun !"

Sekawan remaja perempuan itu pun turun dengan jelingan maut dan kata-kata ugutan seperti saman dan laporkan pada pihak berkuasa. Pak Cik Ju Jong memandang Sarang dan mengangguk kecil yang mana hanya dapat dilihat oleh watak utama tersebut. Sarang tunduk dan menyembunyikan senyuman dari menjadi tatapan awam. Dia bersyukur masih ada insan yang sudi menolong dan mempertahankan.

Sebelum turun dari bas. Sarang menunduk hormat pada pemandu tua itu dan menghulurkan sarung tangan yang dikait sendiri sebagai tanda terima kasih atas segala bantuan yang diterimanya. Lelaki 50-an itu mengusap kepala Sarang dengan lembut dan memberi kata-kata semangat dan nasihat.

"Jaga diri baik-baik Sarang. Pak cik dah anggap kamu macam anak sendiri. Jangan dengan cakap orang. Diorang tak tahu apa-apa."

***

Keadaan sekolah pun sebenarnya tak adalah bagus sangat. Masih terdapat cikgu yang pilih kasih dan mengabaikan tugasnya hanya kerana status keluarga pelajar mereka. Walaupun Sarang bukanlah seorang yang aktif di sekolah, dia masih tidak mengabaikan tugasnya sebagai seorang pelajar dalam menuntut ilmu. 

Kelas pertama iaitu Sejarah berjalan seperti biasa tetapi belum sampai 30 minit mereka mula membuka buku, pintu kelas 4 Sains 3 dikuak lebar oleh seorang lelaki yang tidak dikenali tetapi memakai uniform sekolah itu. Pn Suzy menghentikan pembelajarannya dan memerhatikan remaja lelaki tersebut melangkah masuk ke dalam kelas yang diajarnya itu. 

"Siapa kamu?" Tanya Pn Suzy pelik. Dia langsung tidak dikhabarkan tentang kemasukan pelajar baru disekolah mereka itu. 

"Pelajar baru." Lelaki yang mengatakan dirinya adalah penduduk baru bangunan pembelajaran itu berhenti tepat di bahagian tengah kelas Dia memandang sekeliling dan dengan kebetulan Sarang mengangkat muka untuk melihat ahli baru kelas sains itu. Mungkin hanya perasan Cho Sarang sahaja, tetapi kelihatan seperti lelaki berambut hitam lebat itu memandang tepat kearahnya buat 2 saat yang pertama dan menyambung dengan memandang muka bakal rakan barunya buat tahun 2016.

"Baiklah, jadi sila perkenalkan diri dan duduk sahaja dekat mana-mana meja kosong. Kamu dah buang 10 minit masa saya." Sambung Pn Suzy dan meneruskan kerjanya yang tertunggak sebentar tadi.

"Jeon Jungkook." Itu sahaja dan dia mengambil tempat di barisan akhir sekali yang terletak di hujung kanan kelas. Sarang memusing kepalanya sedikit dan mengerling ke arah pelajar baru itu. Susah nak mengaku tetapi Jungkook adalah lelaki yang paling menarik di mata dia. Sarang yang hampir terbawa-bawa dengan lamunanya, menampar pipi dia lembut dan kembali fokus pada sejarah korea 1672 di papan putih itu. Tidak sedar akan perkara yang bakal meninggalkan impak paling besar dalam hidup dia tidak lama lagi.

 

Mungkin perasaan dia sahaja tetapi semenjak dua menjak ini, dia merasakan diri dia sedang diperhatikan oleh seseorang. Kelas, Kantin, perpustakaan malah dirumahnya sendiri. Setiap sudut terasa tidak selamat. Dan dia juga perasan, lokernya tidak lagi dihiasi dengan cat serta sampah sarap yang sering kali didermakan di bekas besi bernombor 23 itu.

Ketika dalam perjalanan hendak mengambil buku untuk ke makmal, langkahnya terhenti apabila pelajar baru yang masuk seminggu yang lalu bersandar pada loker miliknya. Jungkook langsung tidak berganjak dari tempat dia berdiri. Sarang kaku walaupun jarak mereka adalah sejauh 5 meter. Patutkah dia bersuara ataupun terus ke kelas seterusnya tanpa sebarang bahan yang diperlukan.

Sarang memandang sekeliling, mengapalah masa begini, kaki lima tingkat 3 itu kosong. Dia memberanikan diri dengan mendekati Jungkook yang masih tidak menyedari pemilik empunya loker tersebut menghampiri dia. 

"Ju-Jungkook?" Laju matanya merenung lantai marmar yang kelihatan menarik sebaik sahaja lelaki tersebut pusing memandang dan menghadap dia. Jungkook masih diam seribu bahasa. "Awak san-sandar dekat loker saya." Ayat yang disusun, dikeluarkan dengan gagapnya.

Secara automatiknya, Jungkook beralih dari destinasi dia tetapi masih berdiri rapat dengan loker tersebut. Sarang gagaghkan kakinya untuk bergerak. Kata kunci dimasukkan. Sarang dapat merasakan sepasang mata merenung ke arahnya dengan tajam. Tangan yang cuba memutar tombol menggigil teruk. Sarang mengeluarkan jeritan kecil apabila tangan kananya ditindih dengan tapak tangan milik lelaki dibelakang itu. Kini di terperangkap, Sarang hanya mampu mengetap matanya serapat mungkin. Dia dapat merasakan tangan yang memegangnya memutarkan plastik bulat itu. Mata dibuka perlahan-lahan apabila Jungkook melepaskan tangannya. 

Sarang pusing perlahan-lahan dan tidak mengendahkan pintu lokernya yang terbuka. Dia memandang tepat mata lelaki di depannya itu yang turut merenung ke dalam jiwanya. Sarang langsung tidak menyangka, Jungkook yang tidak pernah bercakap dengan sesiapa mahupun mempunyai emosi itu menguntumkan senyuman manis padanya.

"Kenapa buat muka macam tu?" Mata Jungkook yang seminggu ini kelihatan kelam akhirnya bersinar-sinar. Sarang terngangga tanpa dia sedari dan gelak tawa yang keluar dari mulut pelajar baru itu kedengaran seperti tawa anak kecil. 

"A-Awak nak apa dengan saya?" Tanya Sarang dengan beraninya walaupun dia masih terpesona dengan senyuman manis milik teruna itu.

"Saya nak minta tolong dan berkenalan dengan awak. Boleh tak Cho Sarang?" Meremang bulu romanya apabila mendengar nama penuhnya dilontarkan oleh Jungkook seperti dia sudah biasa menyebutnya.

Aku menyesal kerana bersetuju dan membalas senyuman lelaki itu pada hari itu. Aku turut menyesal menerima dia dalam hidup aku.

***

Dua bulan.

Suatu tempoh yang cukup untuk sesuatu hubungan itu bertukar.

Orang asing. Kawan. Sahabat. Kekasih.

Mungkin perasaan dia sahaja tetapi semenjak Jungkook mula rapat dengan dia, tiada lagi cacian mahupun hinaan dari orang sekeliling. Jiran, mahupun di sekolah. Semuanya terasa sungguh aman dan tenang seperti tiada siapa tahu tentang keluarga Cho yang sememangnya terkenal pada satu ketika dahulu. Seperti laut yang tenang sebelum dilanda ombak besar.

Seperti biasa, Sarang bersiap untuk ke sekolah tetapi bulan berseorangan. Setiap hari Jungkook akan menunggu di depan pintu rumahnya. Sarang pelik kerna jiran sekelilingnya sudah lama tidak kelihatan. Pintu depan dibuka dan benda pertama yang lihat adalah teman lelakinya yang segak, senyum memandang wajahnya. Tangan kirinya ditarik dan digenggam erat. Belum sempat mereka bergerak untuk pergi ke sekolah pintu rumahnya dibuka. 

"Sarang tunggu sekejap." Panggil nenek Sarang sambil memegang beg plastik yang berisi 2 bekas tupperware. Dengan pantas Sarang memutuskan pegangan tangan mereka. Nenek dia langsung tidak tahu tentang hubungan mereka berdua apatah lagi kewujudan Jungkook dalam hidup dia. Sarang bergegas ke sisi neneknya dan bertukar pegangan plastik putih itu. Nenek Sarang mengangkat muka dari melihat cucu kesayangannya itu dan memandang lelaki yang berdiri tidak jauh dari mereka itu. Badan dia jadi kaku dan membisu seribu. Sarang yang pelik dengan reaksi neneknya itu bertanya.

"Kenapa ni nek? Nenek okay tak? Dah makan ubat?" Risau Sarang memandang neneknya yang tidak memberikan sebarang respon.

"Tak nenek ok je. Jaga diri baik-baik Sarang. Nenek nak kamu balik rumah terus ok lepas sekolah. Ada benda penting nenek nak cakap." Pelukan erat yang diberikan oleh neneknya membingungkan lagi fikiran Sarang yang sudah bercelaru sejak awal lagi. Dia hanya mengiyakan dan menunggu wanita tua itu masuk ke rumah sebelum kembali ke sisi Jungkook yang setia menunggunya. Tangan mereka kembali bersatu, Sarang mengelamun jauh sehingga tidak mendengar apa yang dituturkan oleh Jungkook.

"Saya tak boleh temankan awak balik hari ni."

 

Kaki lima yang gelap lagi sunyi itu ditemani dengan gema yang dihasilkan dari tapak kasut yang diperbuat daripada getah tulen. Pintu makmal berkarat yang dirantai itu ditetak dengan kapak sehingga rantai besi tersebut putus dua. Pintu yang sudah reput dimakan anai-anai itu ditolak dan sebaik sahaja terbuka 


So macam mana?

ada 1 lagi chapter  ye guys

plsss komen dan vote... tapi kalau tak nak tak ape la

TAPI TOLONGLAH

hehehe kalau tak faham boleh tanya

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Fisha99 #1
Chapter 1: jungkook ke yang buat semua orang berhenti kutuk sarang?
parkyura98
#2
Chapter 1: Huhu..npe nenek sarang sruh blik cpt? Jungkook cm baik je? Sye ske la part KT loker tu..hoho! Sye x sbar nk tgk chappie strusnyeeeee!! Sye akn stia mnnti! >.<