Fallen Angel, Jin

Cafe MARY

Image result for BTS

 

Chapter 1 : Fallen Angel, Jin.

 

 

Waktu malam yang gelap, sunyi, misteri dan bahaya mendatang. Waktu macam ni...terlampau banyak kes yang menakutkan sehingga polis sendiri tidak dapat menangkapnya. Situasi macam ni lebih senang berlaku kes yang mengerikan. Sebuah malam yang puas bagi Fallen Angel datang memburu mangsanya.

 

“kau pilih yang mana? Jantung atau otak?,”seorang lelaki berpakaian suit hitam yang kemas dan rapi, sedang sibuk membuat tawaran pada mangsanya. Ya, dia Fallen Angel.

 

“t-tak...aku...a-aku tak nak..m-mati! T-tolong lepaskan aku!,”mangsanya merayu padanya. Nyawanya terlalu bergantung di hujung pisau si Fallen Angel ni.

 

Fallen Angel tersenyum manis bagaikan malaikat, boleh dikatakan senyumannya seperti malaikat maut datang menjemput mangsanya. “nampaknya kau dah buat pilihan,”

 

“t-tak!! Jangan bunuh aku!!,”teriak mangsanya, badannya menggigil dan tak mampu nak bergerak akibat beberapa tusukan pisau diterimanya dari Fallen Angel.

 

“tenang. Aku takkan bunuh kau dengan cara kasar, tapi dengan cara lembut...kalau macam tu, aku mulakan dengan otak kau...supaya kau tak dapat rasakan kesakitan maut dari aku,”tanpa ragu-ragu, si Fallen Angel menusuk tepat di kepala mangsanya.

 

Mangsanya.....langsung tiada kesempatan berkata untuk merayu si Fallen Angel ni.

 

Percikan darah mangsa terkena di baju si Fallen Angel. Namun dia sangat puas dengan darah ni. Sebab dia dapat melenyapkan mangsanya dari dunia ni.

 

“tugas aku dah selesai....tapi sebelum tu, aku bagi kau bunga sebagai hadiah dari aku..,”dia meletakkan sekuntum bunga ros yang berwarna putih sebelum dia beredar dari lorong yang gelap dan sunyi itu.

 

 

*******

 

 

“Kyaaahh!!!,”teriak Yoongi pabila ternampak seekor lipas hitam melintas di bawah meja. “HOSEOK!!! TOLONG AKU!! ADA LIPAS!!,”

 

Hoseok yang sibuk membersihkan peralatan khas serta mesin kopi di dapur 1 segera datang berlari ke Yoongi. “Yoongi!! Mana lipas tu?!!! Aku pantang dengar nama lipas!!,”lebih dikatakan Hoseok ni ‘seorang lelaki pembersih’ dalam Cafe ni. Tak boleh dengar nama lipas langsung. Sebut lipas, selipar di tangannya.

 

Namjoon yang baru sampai dihadapan cafe, terus menolak pintu cafe dan melihat Hoseok serta Yoongi menjerit-jerit. “apa hal dengan dua orang mamat ni?? hilang akal?,”Namjoon yang baru sampai di cafe melihat gelagat pekerjanya yang menggelabah dalam mengatasi lipas kecil di cafe nya.

 

“hyung,”panggil Jimin yang baru keluar dari bilik staff. “nampak Jin hyung tak?,”

 

“Jinnie? Tak. Kenapa??,”tanya Namjoon. Nak tahu juga apa yang Jimin nak ngadu pada dia.

 

Mula lah si Jimin buat aduan. “hyung nak tahu tak, Jin hyung habiskan cupcake Blueberry yang Namjoon hyung beli semalam dekat peti sejuk,”itulah kerja Jimin setiap hari.

 

Namjoon tersenyum ngeri. “ohohoho~...takpe. Hyung tahu si Jin tu suka makan, so, hyung dah simpan satu lagi cupcake Blueberry dekat kabinet bawah,”Nampaknya Namjoon maju selangkah dari Jin.

 

“oh. Masalahnya cupcake Blueberry yang Namjoon hyung cakap tadi tu pun...dah dilahap habis oleh Jin hyung juga,”jawab Jimin.

 

“APA?!! JIN!!!! Mana KAU?!!,”teriak Namjoon, keluar lah aura monster dia. Hidungnya segera tercari-cari haruman cupcake Blueberry yang sepatutnya dia makan hari ni. “BLUEBERRY!!!,”

 

Namjoon pula yang naik hantu di cafe ni, dia berlari mencari Jin di dalam cafe. Yoongi pula mencangkung di atas meja manakala Hoseok cuba menepuk lipas yang handal yang cuba mengelakkan dirinya daripada dibunuh oleh selipar jamban Hoseok.

 

“uggh! Handal betul lipas ni!! boleh terbang pula tu!,”kagum Hoseok malah Yoongi terjerit-jerit dan menyorok dibawah meja pula.

 

“KYAAHH~!!,”teriak Yoongi yang tengah menyorok dibawah meja. Hidup dia tidak selamat.

 

“Chim-Chim~!! Chirp-Chirp~!!,”Taehyung yang baru masuk ke cafe segera melambai Jimin yang sedang mengelap cermin kedai.

 

“oh, alien dah sampai,”kata Jimin, melihat spesies alien iaitu Taehyung masuk ke cafe bersama bahan-bahan untuk dibuat dessert hari ni.

 

“ohoh!! (Hai!),”kata Taehyung pada Jimin.

 

“ohahh!! (Hai juga!),”jawab Jimin, hanya perkataan ‘ohahh’ sahaja Jimin tahu. Selain daripada itu, dia....malas nak tahu. Dia bukan pentafsir bahasa alien.

 

Jungkook pun turut sampai. “hai Jimin!! Oh?! Taehyung pun baru sampai?,”Jungkook tak menyangka Taehyung datang sedikit lambat hari ni.

 

“ya. Julennhur juo tanimkokjih,”mula lah si Taehyung dengan bahasa alien.

 

“ni lah sebabnya aku malas nak layan alien ni...,”Jimin menepuk dahinya. Drama King Taehyung dah mula.

 

“Taehyung kata dia bangun lambat tadi dan sempat terjatuh atas jalan raya..,”pentafsir Jungkook mula mentafsirkan bahasa alien Taehyung.

 

Kata hati si Jimin, “Walaupun aku tak faham apa yang Taehyung cakapkan. Tapi ada juga orang yang memahami diri Taehyung. Sedih hidup dia ni...,”

 

“Jimin, kau nampak Namjoon hyung tak?,”tanya Jungkook sebelum mengeluarkan telefonnya.

 

“entah. Mungkin dia dekat bilik rehat tingkat 1,”fikir Jimin sebelum sambung mengelap cermin kedai. Tidak lama lagi cafe akan dibuka sebentar lagi.

 

Taehyung pula pergi ke dapur 2, manakala Jungkook menaiki tangga sampai ke tingkat 1. Sampai tingkat 1, dia terus memutar tombol pintu bilik rehat sebelum memasukinya. Melihat Namjoon mencekik leher Jin sambil menjerit ‘Kembalikan Blueberry aku!!’. Buat Jungkook faham bagaimana situasi macam ni boleh terjadi. Pemilik dan pekerja sama-sama gila. Jungkook? Dia malas nak tolong Jin, bukan masalah dia. Pandai-pandai Jin lah selamatkan diri dia sendiri. Bye-bye Jin.

 

“Namjoon hyung!,”lambai Jungkook sambil mendekati mereka berdua.

 

“oh, kookie rupanya,”Namjoon masih lagi mencekik leher Jin. Kesian Jin.

 

“yaah...Namjoon lepaskan aku. Aku nak mati..,”rungut Jin sambil memandang Namjoon yang lansung tidak kisah tentangnya.

 

“kau nak mati? Muka kau tenang je bila aku cekik kau! Kau zombie ke apa??,”takut juga kadang-kadang bila Namjoon tengok reaksi Jin bila dicekik. Muka dia macam redha semacam. Jin robot ke? Itulah yang Namjoon selalu fikir. Terus Namjoon melepaskan Jin dari cengkamannya.

 

“akhirnya aku hidup kembali...,”Jin lega dilepaskan oleh monster Namjoon ni.

 

“yah! Pergi sambung buat kerja!,”arah Namjoon pada Jin.

 

“aiy-aiy! Yes bos!,”jawabnya sebelum keluar dari bilik rehat pekerja.

 

Mengalihkan perhatian pada Jungkook pula. “apa dia?,”tanya Namjoon.

 

 

*******

 

“hyung ok?,”Jimin tersengih-sengih sambil menyusun kerusi bersama Jin.

 

“kau kata diri hyung ok? mesti lah tak! Ambil ni!,”Jin memulas-mula pipi Jimin sepuas-puasnya sebagai balasan.

 

Jimin terjerit-jerit kesakitan, Jin tidak ambil kisah. Dendam dibalas dendam. Itu kata hidup Jin.

 

“hyung~! Sakit!,”rungut Jimin. Pipinya merah dan nampak lebih berdaging daripada biasa. Tidak perlu Jimin nak make-up sebelum cafe dibuka, Jin dah tolong Jimin ‘pasangkan’ pemerah pipi untuknya.

 

“kau nampak cantik! Pfft!,”tawa Jin.

 

“diam lah!!,”Jimin pula yang marah.

 

Mereka semua sibuk membersihkan serta mengemas cafe sebelum dibuka. Kebersihan dan kekemasan cafe merupakan perkara penting untuk menjaga imej Cafe MARY. Kesibukan mereka terhenti pabila Yoongi membuka siaran berita waktu pagi. Dikhabarkan tentang kes pembunuhan yang baru berlaku pada malam semalam. Seperti yang dijangkakan, pembunuh digelar Fallen Angel telah membunuh seorang lagi mangsa. Pembaca berita mengatakan lagi, polis masih lagi siasat motif sebenar pembunuh aktif ini dan berharap semua orang berhati-hati dan tidak keluar dari rumah menjelang waktu malam. Berita habis sampai di situ sahaja.

 

“haiih...Fallen Angel lagi? Banyak betul kes pasal dia,”kata Yoongi sambil mengelap meja makan.

 

“tapi hyung, kenapa pembunuh tu dipanggil Fallen Angel?,”tanya Jungkook yang duduk berehat sebentar dikerusi bersama Taehyung.

 

Yoongi terus menjelaskan padanya. “dia seorang pembunuh yang cekap membunuh mangsanya. Mangsa dia mati hanya sekali tusukan pisau dan mayat mangsa berbau wangi seperti bau ros. Kebetulan dekat mayat mangsa ada sekuntum bunga ros berwarna putih. Sebab itu lah dia dipanggil Fallen Angel,”

 

“ohh..,”Jungkook mengangguk faham.

 

“apa-apa pun, Fallen Angel tu seorang pembunuh aktif. Dia gila,”kata Namjoon sambil tersenyum lebar lalu dia terus menutup siaran berita.

 

“kita semua tak tahu. Mana tahu, dia diantara kita?,”Jin tersenyum sambil memakan sebiji epal.

 

“ish! Hyung ni! jangan buat kita semua takut boleh tak?!,”Hoseok menepuk kasar lengan Jin.

 

“gurau je,”kata Jin lalu sambung memakan epal nya.

 

 

*******

 

 

“Hoseok! Satu Cappucino!,”balas Yoongi selepas meletakkan buku menu di tepi rak yang dipenuhi balang-balang yang mempunyai pelbagai jenis biji kopi yang berpatutan.

 

“ok!,”jawabnya, tangannya segera mencapai mug lalu letakkan mug tersebut di mesin espresso. Selepas kopi espresso memenuhi mug, Hoseok tercari-cari Milk frother tapi tidak menjumpainya. “Namjoon hyung. Mana Milk frother yang kau pegang tadi?,”tanya Hoseok pada Namjoon yang sibuk menyusun cawan-cawan yang berada di rak berkaca.

 

“Milk frother? Err....,”nampaknya Namjoon terlupa tentangnya lagi. “ehehe...aku lupa nak bagi tahu kau. Milk Frother dah rosak. Aku baru nak pergi beli..eheheh,”

 

“Asal hyung tak bagi tahu tadi?!,”Hoseok menghentak kepalanya di dinding. Tidak boleh nak marah Namjoon sebab dia pemilik kedai. Kesian Hoseok.

 

 

*******

 

 

“Cik nak minum yang mana satu? Latte ataupun Black Coffee?,”tanya Jimin dengan penuh sopan santun.

 

“saya nak cuba Latte,”jawab pelajar perempuan yang asyik menatap wajah kehenseman Jimin. “nak order awak boleh??,”

 

Jimin tersenyum kecil (geram). “ahaha...maaf lah, diri saya tak boleh di order..,”

 

“oh yeke~? Tak apa saya tunggu awak....,”nampaknya pelajar perempuan tu tak ambil kisah sama ada Jimin ada girlfriend atau pun tidak.

 

“ya. Tunggulah sampai awak mati,”Jimin tersenyum manis seperti tidak kisah berkata kejam sebelum meninggalkan pelajar perempuan yang gatal itu.

 

ish! Bad boy betul lah pelayan tu!,”kata pelajar perempuan yang gatal itu. Nampaknya dia tak ambil hati apa yang Jimin katakan.

 

Ting!

 

Dua orang pelanggan yang berpakaian seperti polis datang ke Cafe MARY. Datang untuk menikmati kopi yang segar serta sibuk menyiasat kes pembunuh bernama Fallen Angel.

 

“hyung, ada polis,”Hoseok perlahan-lahan menyiku lengan Namjoon di dapur 1.

 

Namjoon pun terus memerhati polis tersebut. Tidak sangka ada polis datang cafe mereka. “Jin, pergi ambil order dekat meja 2,”

 

“ok,”jawab Jin dengan ringkas sebelum membawa menu ke meja 2.

 

Sampai di meja 2, Jin terus meletakkan menu di atas meja. “Encik nak minum apa?,”

 

2 orang polis itu memerhati dan menyelak satu per satu muka surat yang ada di menu. Setelah membuat keputusan, mereka berdua sama-sama memesan Americano.

 

“ok. 2 Americano,”Jin terus mencatat di buku order. Lalu dia meminta diri tapi 2 orang polis menahannya.

 

“kejap. Kita pernah berjumpa ke?,”tanya seorang polis yang kulitnya sedikit putih. Namanya, Baekhyun.

 

Jin berasa gugup. Tak mungkin identiti dia terdedah? “t-tak rasanya. Boleh benarkan saya hantar order ni?,”

 

Baekhyun tersenyum dan mengangguk. “ok. sila kan..,”

 

Jin terus meninggalkannya. Dirinya terasa diancam tadi. Aura polis tadi tu memang menggerunkan. Hampir sahaja Jin hilang keberanian tadi.

 

“kau ni jangan nak takut kan pelayan tu,”kata Sehun pada Baekhyun yang asyik tersenyum sahaja.

 

“alaah...dia tu nampak kelakar. Saje aku nak kenakan dia,”jawab Baekhyun dan ini membuatkan Sehun menggeleng kepalanya sahaja. Apa punya kawan yang suka kenakan orang yang tidak dikenali. “tapi badan pelayan lelaki tu berbau wangi....wangi macam bunga ros,”

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet