Episod 0-4

Gadis yang Botak
Please Subscribe to read the full chapter

 

Beberapa jenis ubat dibeli oleh Jung Kook sebelum dia berjalan keluar dari farmasi. Baru sahaja berapa langkah,pemandangannya mula berpudar. Apa yang dilihatnya sudah tunggang terbalik. 

Jung kook mengerang perlahan sebelum dai pantas bersandar pada deretan kedai. Perlahan-lahan,dia duduk diatas lantai dan menakup wajahnya. 

Cuba menenangkan rasa denyutan pada otaknya. Tidak tahan dengan sakit yang sungguh kuat,dia dengan tangan yang menggeletar mengeluarkan sebotol ubat tahan sakit dari plastik dan menelan beberapa biji sekaligus.

Dia berdiam diri seketika sebelum bangun dan buat seperti tiada apa yang berlaku. Apabila dia sudah merasakan semua sudah kembali normal,barulah dia meneruskan perjalanannya. 

 

Suzy yang dari tadi memerhati dari jauh hanya berpeluk tubuh. 

 

-------

Pemandangan malam yang sungguh indah menenangkan sesiapa sahaja yang mengunjungi Han River dan Mieran tidak terlepas untuk menyaksikannya. Pertunjukkan lampu di bahagian jambatan Han River membuatkan si gadis tidak dapat menyembunyikan senyuman lebarnya.

Sekarang ,dia lebih selesa memandangkan Han River ketika ini tidak seseksa seperti di Myeondong . Tae hYung yang berdiri di sisi sekadar mengerling kearah Minrae tanpa suara.

Semakin dia merenung wajah gadis itu ,semakin dia yakin betapa cantiknya gadis itu.

"Suka?"soal Tae Hyung membuatkan gadis itu berpaling kearahnya.

Min Rae terdiam seketika sebelum mengangguk kecil. Senyuman lebar terhias pada wajahnya.

"Ehmm.. Terima kasih sebab bawa saya ke sini"ujar Min Rae seraya kembali menumpukan perhatiannya kepada cahaya -cahaya yang cantik itu.

Tae Hyung tersenyum ,perlahan dia merapatkan dirinya kepada Min Rae membuatkan bahu mereka bertembung antara satu sama lain. Min Rae yang terkejut dengan sentuhan itu pantas menoleh kearah Tae Hyung yang sekadar berpura -pura selamba.

Min Rae mengigit bibir bawahnya . Berasa tidak selesa dengan kerapatan mereka sekarang, dia perlahan -lahan ingin bergerak ke tepi sebelum tangannya tiba -tiba dipegang erat oleh Tae Hyung.

Dia terus statik sebaik sahaja Tae hYung tiba -tiba memegangnya bagai mengarahkan agar dia tidak pergi. Dia memandang Tae Hyung yang dengan perlahan menoleh kearahnya.

Mata mereka berdua bertembung lama antara satu sama lain sebelum Tae hYung menarik nafas panjang.

"Min Rae-sshi, saya tahu ini terlalu awal tapi saya.. Suka awak sejak kali pertama kita bertemu lagi"luah Tae Hyung penuh lancar.

Tangan mIn Rae yang terasa sejuk itu dipegang erat agar gadis itu tidak terus terasa sejuk.

Keadaan bagai terhenti apabila Min Rae langsung tidak memberi sebarang reaksi. Gadis itu hanya kekal di tempatnya dan memandang kearah Tae hYung dengan mata yang membulat besar.

"Tae Hyung ,say--"

"Jangan beritahu saya sekarang. Fikirkannya dahulu .. Saya tak nak kecewa terlalu awal... Saya ,nak terus nikmati perasaan ni . Jadi , tolong beri saya peluang"

Tangan Min Rae itu ditarik lalu diletakkan ke dada. Tae Hyung memandang tepat kearah Min Rae dengan pandangannya yang cukup ikhlas.

"Saya nak awak rasai dulu perasaan saya.. Dan kemudian , saya sedia untuk sebarang keputusan"

Kata -kata Tae hYung itu membuatkan Min Rae hilang kata. Siapa sangka , dia juga akan menerima luahan cinta dari seorang lelaki yang tahu akan keadaannya. Lelaki yang tak kisah akan dirinya yang jelas tak sempurna sebagai seorang perempuan.

=======

Pagi -pagi lagi Min Rae sudah dimalukan oleh Suzy yang jelas masih menyimpan dendam. Gadis itu dengan selamba menyimbah susu basi tepat ke wajah Min Rae sebaik gadis itu masuk kedalam kelas.

Seluruh kelas penuh dengan gelak tawa tak berhenti apabila Suzy mula menambah pembuliannya dengan kata -kata sindiran.

"Aaa..tengoklah kau,inilah bau yang sesuai dengan perangai jijik kau. Bau susu basi..."ujar Suzy sambil memicit hidungnya.

Min Rae memandang titisan susu yang jatuh dari rambutnya. Dia kemudian mendongak memandang kearah Suzy yang masih dengan wajah jeliknya.

"Cukuplah Suzy.."

"Apa? Kau cakap sesuatu ke? ..maaf,aku tak dapat dengar"

Min Rae memandang ke lantai semula. Dia tak boleh. Dia tak cukup kuat untuk melawan semula.

Suzy tersenyum sinis sambil berpeluk tubuh. Melihat Min Rae sebegitu sememangnya membawa kepuasan kepadanya.

 "Dia cakap cukuplah,kau tak dengar ke ?. Atau kau yang pekak sebenarnya?"tengking Tae Hyung yang entah dari mana munculnya. 

Tae Hyung menghampiri Min Rae dan berdiri di sisi gadis itu. Dia memandang tajam kearah Suzy .

Tangan Min Rae dipegangnya erat membuatkan gadis itu terkedu. Min Rae mengerling kearah Tae Hyung yang masih memandang kearah Suzy.

Bagai sedang memberitahu bahawa mereka adalah bersama -sama.

"Mulai hari ini! . Kalau korang nak buli mIn Rae , buli aku sekali!"umum Tae Hyung dengan beraninya.

"Tae Hyung.."

Suzy tersengih senget. Dia memandang geram kearah Min Rae. Jelas iri hati dengan gadis itu.

"Mula-mula Won Woo dan sekarang..tch,kau memang bertopeng dua"desis Suzy sebelum berjalan keluar dari kelas. Diikuti oleh pengikut-pengikutnya.

Sebaik sahaja Suzy keluar ,Min Rae terus menarik tangannya dari pegangan Tae hYung. "Apa yang awak buat?. Sekarang, semua orang akan buli awak"ujar Min Rae dengan risau .

Dia mula rasa serba salah keatas lelaki itu. Tae Hyung tersenyum , dia memegang kedua belah bahu gadis itu dan memandang tepat kearah Min Rae yang sudah memandang keatas lantai.

"Berapa kali saya perlu cakap. Saya suka awak..jadi ,setakat buli tak ada kos ni.. Saya boleh hadapinya"

Mata mereka berdua bertentangan sebaik Min Rae mengangkat wajah memandang Tae Hyung.

--------

Berita itu tersebar dengan luas dan pantas ,kini semua orang sudah heboh akan mangsa baru yang berpasangan dengan Alien.

 

Tae Hyung mengeluarkan semua sampah sarap yang disumbatkan kedalam lokernya. Kagum dia melihat kelincahan pelajar -pelajar sekolah barunya dalam membuli orang.

Min Rae yang berdiri di sebelah lelaki itu hanya mampu memandang dengan rasa serba salah yang semakin menebal.

Beg plastik hitam yang dipegang Tae Hyung dipegang Min Rae membuatkan lelaki itu terhenti apabila tangan mereka bersentuhan tanpa sengaja. Min Rae yang sedang menahan malu terus memandang tepat kearah sampah-sampah yang masih bersisa di dalam loker lelaki itu.

"Saya tolong"ujarnya gugup.

Tae hYung memandang Min Rae sejenak sebelum tersenyum kecil. Melepaskan tangannya dari memegang plastik sampah,dia dengan pantas membersihkan sisa yang tinggal.

Mereka berdua tidak berkata apa-apa namun di wajah masing-masing sudah tercorak garisan lengkung yang semakin melebar.

 

Jung Kook yang kebetulan melalui koridor itu berhenti berjalan. Dia memand

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Coco_Cherry #1
Chapter 6: Author! update lah lgiii, sye suke ff nii seriussssss. Jgn lah patah semangat, bile awak dh mulakan, awk kna habiskn tau? barulah afdhal lol xD. Btw selamat brpuasa n update soon, keyh? gudluck!
BalRina_
#2
Chapter 6: Cerita awak menarik, jgn risau. And saya sendiri boleh feel bila baca.. So kalau boleh awak sambung la cerita ni eh.. ^^
sunshine_blue
#3
Chapter 6: ah yes...Itu cerita baru awakkan? baru je nak tekan tadi haha..teruskan lah cite ni n update soon..Btw,cite ni seronok sangat...haha..sebelum menutup kata, Selamat Menjalani Ibadah puasa ikhlas Dari sunshine_blue
b2stFanz
#4
Chapter 4: Omo!! Jungkook sakit apa ni? Update lgi pls...
lilylunalove
#5
Chapter 2: Omo omo cerita ni touching gilaaaa! Serius saya hampir2 nak nangis tapi cover je nnti org kata apa pulak. Part Mieran kena baling dengan bola keranjang tu paling sedih. Sedangkan bola yang terkena dekat saya secara tak sengaja pun dah sakit apatah lagi klau bola tu mmg dh aim betul2 dekat dia. Saya sendiri pun mmg takutkan balingan bola, klau saya jdi mieran, saya taktau la nak rasa mcm mna maybe trauma la kot.
flxwrawr
#6
Chapter 2: Sedihnye ╥﹏╥ Taehyung is such a hero. Nice story authornim. keep it up!
BalRina_
#7
Chapter 2: Minrae tabahlah ㅠ.ㅠ update lagi plss
Xia_Bing
#8
Chapter 1: Nice Fanfic authornimmmm ( double thumbs up for you )
BalRina_
#9
Chapter 1: Update soon!!