Chapter 3 : Alive.

Remembered
Please Subscribe to read the full chapter

All Yerim POV 

Aku memeluk bantal erat. Kenapa hidup aku teruk? Dulu tak pun macam ni. Perangai appa pun bukan macam ni. 

Tapi kenapa sekarang orang sekeliling aku mula berubah? Adakah hanya aku seorang sahaja yang masih sebegini?

Aku mengeluh. Aku tak mahu begini. Aku taknak hidup macam ni. Sudah 2 minggu aku duduk dirumah Baekhyun.

Aku tak tahu apa yang aku rasa tapi sedikit sebanyak aku telah menyusahkan dia. Aku tak patut aku tahu.

Aku segera bangun dan ambil phone dilaci. Sejak appa ugut aku pasal Baekhyun aku terus off kan phone. 

Aku campak phone aku kedalam tong sampah. Aku tengok kearah jam dinding. 11 malam. Kenapa Baekhyun tak balik lagi? Dia jarang balik lambat.

Aku keluar dari bilik dan pergi keruang tamu. Aku buka televisyen sementara menunggu Baekhyun pulang. Entah kenapa aku rasa aku seperti isterinya pula.

Tanpa sedar aku senyum nipis. Tiba-tiba aku dengar tingkap dapur dipecahkan. Senyuman aku mati. Aku segera pusingkan kepala. 

Aku tersentak pencuri masuk lalu aku segera berlari kedalam Baekhyun. Aku kunci pintu. Aku terduduk dibalik pintu. 

Pintu bilik diketuk kasar. Aku terkejut. Tangan aku menggigil. "Yerim, ayah tahu kau ada kat dalam."

Jantung aku tersentap. Jadi pencuri tu ayah? "Yerim, baik kau buka pintu kalau tak, ayah bunuh Baekhyun. Yerim tahu kan kalau ayah cakap ayah buat." Kata ayah lembut tapi tegas.

Aku teragak-agak ingin buka pintu. "Kim Yerim oh Kim Yerim." Ayah memanggil nama aku. Aku buka pintu.

Ayah menarik tangan aku dan halakan pisau keleher aku. Air mata aku jatuh. 

Oh Tuhan, selamatkan aku.

"Yerim anak ayah. Ayah rindu kau." Kata ayah betul-betul ditelinga aku.

"Ayah nak Yerim buat sesuatu. Yeri

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
b2stFanz
#1
Chapter 1: Update soon!!