Aku bukan transual

Aku bukan transual

June 29, 15:36

Shownu menangis sendirian di dalam bilik air. Dia memegang kuat pada sinki sebagai sokongannya kerana kakinya terasa lemah dan tak mampu lagi menyokong berat badannya. Mukanya mulai merah dan tekaknya terasa sakit dengan rasa kebencian. Pandangannya dilitupi air mata yang bergenang dalam matanya , menutupi anak matanya yang berwarna coklat gelap. Tangisannya kuat tetapi tak didengari sesiapapun kerana di rumahnya, hanya dia seorang yang masih lagi dirumah. Dia belum lagi bekerja seperti orang tuanya, manakala kelas sekolah pula diponteng , tak seperti adik pandainya yang ke sekolah.  
Dia kemudiannya berlari keluar dari bilik air dan menghempas pulas tombol pintu sehingga menghasilkan bunyi yang kuat. Dia terus berlari keluar dari rumah tanpa menguncinya, mungkin kerana tiada apa yang berharga bagi si pencuri. Tiada emas atau duit di rumah. Makanan? Yang sudah basi adalah. 
Dia berlari ke sekolah dengan berseluar sweatpants dan juga baju hoodie yang tebal. Setibanya dihadapan sekolah, ditenungnya bangunan yang riuh dengan suara pelajar itu. Dia terdiam sambil merenung bangunan itu. Tangannya digenggam kuat, dan perasaan benci serta marah semakin menebal dalam dirinya. Dia ingin melaungkan kebenciannya akan si pembuli sekolah yang sering menindasnya dan pelajar pelajar skema yang lain. Namun kerana ketakutannya dan atas rasa maruah diri, dia menghempaskan dan mendaratkan lututnya ke tanah. Dia terduduk lemah disitu. Dia menangis sekuat hatinya tanpa suara. Kata kata si pembuli terngiang ngiang di kotak fikirannya. 

" Kalau kau tak bawak duit besok, adik kau, aku pukul. Aku tak kira dia pelajar terpandai sepandai menteri sekalipun, takde duit, takde belas kasihan. Kau faham tak? "

Mana dia nak dapatkan duit? Dia selalu bawak bekal je ke sekolah. Kalau bawak duit pun dalam jumlah kecil. Cukup nak alas perut. Setiap kali terjumpa si pembuli, dia lagi rela kena pukul sebab memang dia tak berduit. Tapi kalau sampai nak dipukul adik perempuan dia yang lemah dan menjadi adik kesayangannya, dia takkan pernah maafkan si pembuli itu. Tak kira berapa banyak alasan dia bagi, tak pernah dilayan. 

Sedang dia menangis sorang sorang di tengah panas, berlutut di atas lantai jalan dihadapan bangunan sekolah, seseorang menutup kepalanya dengan kain tuala kecil (handkerchief) yang dibasahkan untuk melindungnya daripada panas dan memeluknya dengan erat daripada belakang. Shownu tak mengenali siapa yang melakukan hal tu kepada dia tetapi dia sempat melihat rambut panjangnya yang berwarna perang dihembus angin yang bertiup serta tangannya yang melingkari bahunya berwarna putih pucat. Dia dapat melihat urat yang berwarna kehijauan pada tangan perempuan tersebut. 
" Manhi himdeuro..(Susah kau nak melalui semua ni..) si pembuli tu ugut kau apa kali ni? "
Dengan tergagap gagap cuba menyusun ayat dalam kesedihan, Shownu menjawab perlahan, 
" Dia.. akan pukul adik perempuan aku kalau aku tak bayar dia duit.. eottokhae.. eottokhanayo (apa yang aku perlu buat)... "
" Himnaeyo (cheer up). Esok datang sekolah macam biasa. Aku akan kerat jari aku kalau dia masih lagi ugut kau atau kacau kau. Datanglah ", Perempuan tersebut menepuk bahu Shownu tanda semangat dan terus berjalan menuju ke sekolah . Shownu melihat susuk tubuh perempuan tersebut. Terdapat bau rokok dan bau perfume lemon padanya. Sepertinya perempuan tersebut baru lepas ponteng sekolah untuk merokok. 
" Ireumi.. Mwoyaeyo? (Nama.. apa? )", Shownu tanya dengan nada kuat. Sementara kaki perempuan tersbut masih lagi melangkah, dia menoleh ke belakang dan memberitahu,
" Jungyeon. " , Dan dia tersenyum sambil melambai. Shownu terkejut melihat wajah perempuan tersebut yang cantik baginya. seperti disirami kilauan permata, wajah perempuan tersebut menyinar di bawah cahaya matahari yang terik. Shownu melakarkan senyuman walaupun masih terdapat sisa air mata dia sekeliling matanya. 
" Terima kasih tolong! " , Shownu membongkokkan badannya tanda hormat.

June 30, 07:15

Shownu berjalan menuju ke kaki lima sekolah. Dia terserempak dengan pembuli yang ditakutinya. Secara tiba tiba, tubuh dia menggeletar dan suaranya tersekat di kerongkong saat dia ingin memberi alasan untuk tidak memberi duit. Si pembuli memberikan satu jelingan sebelum menghembuskan nafas berat dan menghulurkan tangannya kepada Shownu. 
" Aku minta maaf. Aku takkan ganggu kau dan kawan skema kau yang lain. Aku dah melampaui batas. Maafkan aku "
Shownu dalam keadaan terpinga pinga menyambut tangan si pembuli.  Dia memandang si pembuli dengan riak wajah tertanya tanya. Apa yang berlaku? 
" Aku.. dah lama maafkan kau.. "
Si pembuli menggenggam tangan Shownu dengan kuat sehingga Shownu menjerit kesakitan sebelum melepaskannya. 
" Maaf sekali lagi. Aku harap kita tak jumpa dah lepasni. Kalau jumpa, jom buat buat tak kenal jelah. " , Si pembuli kemudian beredar bersama rakan yang lain, meninggalkan Shownu dalam kedaan keliru. 

" Himnaeyo (cheer up). Esok datang sekolah macam biasa. Aku akan kerat jari aku kalau dia masih lagi ugut kau atau kacau kau. Datanglah ",

Shownu teringat kata kata Jungyeon dan bergegas ke kelasnya. Tempat duduknya di belakang kelas bersama rakan skemanya yang lain. Dia menceritakan semua hal tentang kejadian semalam dan harini kepada rakan rakannya. Mereka ternganga dengan mata yang membulat, memberikan reaksi seakan akan tidak percaya. 
" Jungyeon? Si budak hot Jungyeon? ", Tanya IM kepada Shownu.
" Dia.. budak hot? ", Kali ni, Shownu pula yang membulatkan matanya.
" Kalau ikutkan.. sorang je Jungyeon rambut panjang dan putih kat sekolah ni so yea. Dia popular. Untungnya kau! " , Minhyuk menggoncangkan bahu Shownu dengan mata yang bersinar sinar hingga membuatkan Shownu berasa pelik.
" Tapi.. macam mana dia buat pembuli tu berhenti buli kita? ", Tanya Shownu lagi. 
" Ada rumor kata Jungyeon tu kawan dengan samseng femes dekat bandar ni. Dan dia cukup kaya nak gunakan kuasa dia untuk takutkan sesiapa pun. Tapi dia tu memang baik. Dia selalu back up orang skema cam kita. Aku pun pernah kena tolong dengan dia. ", Terang Minhyuk panjang lebar. Shownu menganggukkan kepala tanda faham. Dia termenung seketika memikirkan Jungyeon. 

13:45

Shownu melihat Jungyeon dari jauh. Dia tersenyum lebar setiap kali Jungyeon tertawa dengan rakannya. Seakan dunia berhenti apabila Jungyeon tertawa gembira. Seperti bunyi merdu biola yang dimainkan bidadari , dia terpukau dengan suara Jungyeon. Dia ingin mengucapkan terima kasih tetapi dia tidak berani mendekati Jungyeon yang dikelilingi beberapa gadis yang cantik sepertinya. Dia bagaikan si kerdil jika dibandingkan dengan Jungyeon yang seperti matahari menyinar terang. Shownu terasa seperti si kerdil yang jalan hidupnya penuh kegelapan. Seperti si kerdil yang hanya memerhatikan snow white dari jauh sementara snow white menanti putera yang layak untuknya. 

------------------------------

Beberapa hari, berganti beberapa bulan, Shownu masih memerhatikan Jungyeon dari jauh dan secara sembunyi. Dia tidak berani menegurnya. Jika sempat habis kelas sama seperti waktu kelas Jungyeon, dia akan berbasikal di belakang basikal dinaiki Jungyeon secara senyap senyap. Dia dapat tahu rumah mereka berada di jalan yang sama. Tetapi keberadaan tepat rumah Jungyeon, dia masih tidak tahu. Rumah dia terdapat betul betul di cabang ke kanan manakala rumah Jungyeon di jalan lurus dan masih lagi jauh anggarannya. 

Sehingga satu hari, ketika dalam perjalanan pulang, Jungyeon perasan akan kehadiran Shownu di belakang basikalnya. Dia menoleh ke belakang pada jalan yang memisahkan jalan rumahnya dan Shownu. 
" Kau.. rumah kau kat sini ke? ", Jungyeon berkata sambil memberhentikan basikalnya. Shownu berkata ya dengan gugup. 
" Rumah aku depan ni je. Kita.. berjiranlah ya? Yes! akhirnya aku ada jiran yang aku kenal "
Shownu tersenyum janggal. " Er.. aku.. nak ucap terima kasih untuk .. er.. pembuli tu.. "
" Oh, kau yang selalu kena pukul dengan dia tu kan? Baguslah dia dah berhenti kacau. Aku benci orang macamtu. Hm..  kiranya.. kita dah jadi kawanlah ni kan? " 
" Ka.. kawan.. ha, ya.. eh? Boleh ke kita kawan? Maksud aku.. kau kan popular.. aku ni.. "

Jungyeon tersenyum lebar. " Aku tetap manusia. Jumpa esok "

Shownu memerhatikan Jungyeon yang beredar pergi. Dia memegang dadanya, tempat dimana jantungnya berada.
" Laju.. lajunya degupan jantung aku .... " , dia kemudiannya menampar pipinya, cuba kembali ke realiti. " Jangan bermimpi! "

3 September , 06:36

Shownu memerhatikan wajahnya dihadapan cermin. Dia menggayakan rambutnya stail pacak ke atas gaya white man, dan menyahbutangkan butang atas kemejanya. Lengan baju dilipat dua menampakkan lengan baju t-shirt putih di dalamnya. Dia mencuba pelbagai posisi muka di cermin dan bergaya ala ala model untuk membiasakan diri dengan penampilan barunya.

06:45

" Eo, kaulah! Dan gaya kau... ", Jungyeon memerhatikan stail Shownu yang lain. Shownu menuntun basikalnya ke luar rumah. 
" Aku.. pelik ke macam ni.. ", shownu memegang rambutnya. Jungyeon menggelengkan kepalanya. 
" Kau dah tak skema. Kau nampak ok. Ok sangat "

Shownu yang pada awalnya muka suram mula menunjukkan riak wajah gembira dan lembut. Dia berbasikal bersama Jungyeon menuju ke sekolah, dan kali ni sebagai rakan Jungyeon. 

" Nugu (siapa) ? "
" Heol! Budak skema haritu! " 
" Tak mungkin?! Macam mana dia boleh ?! "
" Lainnya muka "
" Dia berbasikal dengan Jungyeon? "

Suara suara orang mula memenuhi sekolah dan mereka berkerumun memerhatikan gerak geri Jungyeon dan Shownu. Shownu menundukkan kepalanya, tak pernah ada orang membicarakan tentang dia kecuali harini. 
" Petang nanti.. kau habis pukul berapa? " , Tanya Shownu perlahan. Jungyeon berfikir sebentar sebelum membalas, 
" Lambat kot. Kau baliklah dulu. Aku ada hal kat skolah. " 
" Eo. Arasso " , shownu akur dan melihat sekelilingnya. Para pelajar perempuan ramai yang memerhatikannya. Dia tak sukakan perhatian yang dia dapat. Ini bukanlah mahu dia. Dia mahukan perhatian Jungyeon. Dia ingin rapat dengan Jungyeon. 

08:57

" Kau lagi ok pakai macam ni. Nampak macam budak popular, tak skema " , Minhyuk berkata dengan teruja. Semua rakan skemanya mengangguk. 
" Korang pun berubahlah. Buang kacamata besar ganti kecik sikit, jangan butang baju ke atas sangat, lipat lengan. Tak susah pun. Eoh, gaya rambut skali. ", Shownu menunjukkan gaya rambut dia yang berlainan. Rakan rakan skemanya bersorak. 
" Hidup Shownu! "

------------------------------------------

Beberapa hari selepas tu, rakan rakan Shownu mula menunjukkan perubahan. Mereka makin berani menggayakan rambut, gaya mereka berubah sehingga pelajar sekolah itu mula berkawan dengan mereka dan gelaran skema tidak lagi wujud. Pelajar skema lain turut mengubah penampilan mereka atas kerana ingin dilayan seperti orang lain dan ingin berubah. Dan ini semua dimulakan oleh Shownu. Tiada lagi pembuli di sekolah. Shownu sertai pasukan bola sepak di sekolah dan masa dia berjumpa Jungyeon semakin sikit. Tetapi mereka masih berjumpa waktu pergi sekolah dan jika cuti, Jungyeon akan mengajaknya keluar hingga lewat malam. Shownu akui yang dia dan Jungyeon mula rapat. Shownu juga sertai pelbagai aktiviti sukan sehinggakan dia berjaya menjadi atlet sekolah dalam masa beberapa bulan. Nama dia mula dikenali. Dia lakukan semua ini untuk berubah kerana diri dia sendiri walaupun 1/3 niatnya kerana Jungyeon. 

10 februari 2016, 10:45

" Shownu! ", Jungyeon memanggil dari pintu kelas Shownu. Shownu segera mengalihkan perhatian kepada Jungyeon ketika menyalin nota. 
" Kalau dah siap dengan kerja kau, join aku kat bumbung lepasni time rehat. Aku ada benda nak cakap "
Shownu mengangguk tanpa berdalih. " Eo. Nanti aku terus naik sana "
Jungyeon tersenyum sebelum beredar. Shownu melihat pada nota karangannya. Dia menongkat dagu pada meja. Tahun ni, dia dah berubah sepenuhnya daripada tahun lepas. Dia ada ramai kawan baru walaupun dia masih lagi dengan sifat pendiam. Tetapi paling penting, Jungyeon sudah mula mempercayai Shownu dengan menceritakan masalah dan rahsianya. Dia selalu bercerita kepada Jungyeon dan Jungyeon juga ceritakan masalah keluarganya pada Shownu. Shownu tahu banyak rahsia Jungyeon yang dia rahsiakan daripada rakan lain. Contohnya, Jungyeon ni sebenarnya walau dari golongan berada, hidup dia sunyi. Ibubapanya bercerai dan saling membenci. Mereka tinggal di luar negara yang berlainan dan Jungyeon ditinggalkan di Korea bersama butler keluarganya. Dia juga sering disisihkan rakan popularnya walaupun pada luaran mereka sering bersama sama kerana mereka cemburu akan Jungyeon. Jungyeon kesunyian. Jungyeon pernah cuba memulaukan rakan popularnya tetapi seperti belangkas, mereka kembali memujuk Jungyeon. Yang mereka inginkan cuma populariti Jungyeon. Dia cuma ada dua kawan yang tidak pernah sisihkan atau bersikap khianat pada dia, Shownu dan seorang perempuan yang bernama Jennie.

11:03

Jungyeon menghirup air dari tinnya. Dia memerhatikan pemandangan dari atas bumbung sekolah sambil menyisirkan rambutnya yang berwarna perang kekuningan ke belakang telinga.
" Kau warnakan rambut ke? ", Shownu bertanya sambil memegang rambut Jungyeon yang masih lagi berbau shampu.
" Yeap. Hari Valentine makin dekat. Aku baru break dengan partner lama so kenalah cari partner baru ", jawab Jungyeon selamba. 
" Kau ada boyfriend? Sejak bila? "
" Rahsia ", Jungyeon menunjukkan isyarat tangan. 
Shownu akur sebelum menyambung, " Ah.. by the way, kenapa tak kekalkan warna perang? Kau lagi cantik bila rambut kau warna perang "

Seperti warna sewaktu aku berjumpa kau pertama kali, bisik hati Shownu. 


" Cantik? Aku cantik bagi kau? Hahahaha.. kalau aku cantik bagi kau, jangan sukakan aku. Kau akan lukakan diri kau sendiri. Kalau kau suka jugak, aku akan jauhkan diri", kata Jungyeon sebelum membaling tin minuman kosong ke bahagian tepi dinding pendek bangunan. 
" Aku tak sukakan kau "
" Baguslah. Sebab aku pun tak nak rosakkan hubungan baik kita "

Shownu terdiam. Dia sendiri tak pasti kalau dia sukakan Jungyeon atau perasaan ni cuma sebagai kawan. 

" Apa rancangan kau time valentine nanti? "
" Aku? Duduk rumah main game. "
" Carilah perempuan kat luar sana. Kau makin popular sekarang! "
" Nahh. Aku bukannya sukakan diorang. Hm.. kau? Kluar cari boyfriend baru? "
" Bukan boyfriend.. tapi boleh kata macamtu jugak, lebih kurang. Aku .. nak confess haritu " 

Shownu memandang Jungyeon dengan terkejut. " Con..Confess? Siapa? "
" Rahsia "

Dan rahsia Jungyeon kekal rahsia. Jungyeon beritahu Shownu semua rahsianya. Tetapi terdapat antara mereka masih lagi kekal rahsia. Jungyeon seakan akan misteri bagi Shownu.

14 Februari, 21:34

" Jarang kau ajak aku keluar macamni. Hari macamni patutnya kau keluar dengan lelaki ", Jennie mengomel. Jungyeon tertawa riang. 
" Kan.. aku patutnya ajak lelaki ke tempat macamni pada harini "

Lampu yang malap dikelilingi lilin serta dihiasi bunga ros.. restoran tersebut rata ratanya dikunjungi pasangan pasangan yang sedang bercinta. Dan secara peliknya hanya mereka berdua rakan perempuan yang berada disitu. 

" Jennie.. aku.. sebenarnya.. "
" Hm? Apa? "
" Er.. macam mana eah.. aku-  "
Tiba tiba Jennie mendapat mesej daripada seseorang. Jungyeon dapat  melihat nama orang yang menghantar mesej kepada Jennie pada skrin telefon. 

1 new message from: Myungsoo Honey~❤

Jungyeon tersentak. Dia kemudiannya tergagap gagap mencari ayat. " Aku..  Uh... aku nak cakap terima kasih sebab sudi kawan dengan aku. Kau kawan aku yang paling baik, jujur. Aku bawak kau ke sini sebab nak balas semua jasa baik kau "
Jennie tersenyum lembut  dan mengusutkan rambut Jungyeon . " Thank you yeonnie~ "

" Eo.. ", Jungyeon tersenyum janggal. 

15 februari, 00 : 02

Jungyeon membaling batu kecil pada tingkap bilik Shownu. Lampu terpasang dan Shownu membuka tingkapnya dalam keadaan mamai. 
" Eo, Jungyeon. Ada apa "
" Shownu! Aku nak tanya satu je. Hm.. Myungsoo... Myungsoo tu baik tak? "
" Baik.  Dia ok je masa lawan bola haritu. Dia duduk sebelah aku dalam kelas. Lagi.. dia selalu belanja aku makan "
" Ah... ok. Bye Shownu ", Jungyeon segera berlari pulang ke rumah. 

19 Februari, 12:58

" Buat karangan tentang kegiatan perindustrian masa kini. Hantar sebelum rehat ", Ms Lee berkata sebelum kembali ke tempat duduknya.

" Psst. Shownu ", Myungsoo membisik kepada Shownu yang sedang membuat karangan disebelahnya. 
" Kau tau tak, kawan kau Jungyeon tu, dia confess kat aku haritu time malam valentine "
Shownu memberhentikan pennya dari menulis. 
" Tapi masalahnya aku dah ada girlfriend. So aku dumped girlfriend aku. Lagipun Jungyeon tu lagi baik dan cantik. Girlfriend aku asyik meroyan tak tentu pasal lepas putus. Aku rahsiakan hubungan baru aku dengan Jungyeon sebab Jungyeon mintak. Kau rasa betul ke keputusan aku? " 
Shownu menghembuskan nafasnya yang terasa berat. " Betullah tu. Jungyeon tu budak baik. Jaga dia elok elok. "
" Aku dah agak dah! Hehe.. thanks bro "

19:15

Shownu menghempaskan badannya yang keletihan di atas katil. Dia belum lagi menyalin baju sekolahnya dan begnya dicampakkan atas lantai. 

" Aku .. nak confess haritu " 

Shownu menutupkan matanya dengan serapat rapatnya. Kata kata Jungyeon haritu.. rupanya dia mahu confess pada rakan mejanya sendiri, Myungsoo. Dia berasa geram akan dirinya sendiri. Kenapa dia tak sedar akan hal tu? 

Sedang dia memikirkan hal tu, telefon dia berbunyi tanda mesej masuk. Dia mencapai telefonnya dari poket seluar, masih tidak beranjak dari posisi baringnya. 

From : 011673729292

Kau masih tak nak jadikan aku girlfriend kau? Aku baru putus dengan Myungsoo. Aku perlukan kau. Aku sukakan kau dari dulu lagi. Kalau kau masih tak sukakan aku, aku akan cari orang lain. Tapi! Aku masih sukakan kau. Call aku bila bila masa kau suka. 

Shownu offkan telefonnya. Lagi. Mesej dari nombor tak dikenali yang menghantar mesej sama setiap kali dia putus. Motif apa, Shownu tak tahu. Nak buat dia cemburu? Dia bahkan menggunakan Myungsoo untuk berjumpa Shownu lebih kerap di kelas. Paling Shownu benci, bila nombor unknown tersebut mengenyitkan mata padanya sewaktu berdating di kelasnya dengan Myungsoo. Bila fikirkan hal tu, dia menggelengkan kepala kerana hal tu menggelikan bagi dia

1 Mac, 09:05

" Birthday.. party? " , Shownu membulatkan matanya. " Aku? Dijemput? "
" Yeap. Ex gf aku buat. Dia ajak semua budak sekolah. Jungyeon pun ada nanti "
Shownu membuat muka menjengkelkan. " Tak nak ah. "

Tak mungkin dia akan pergi ke party tu dan terseksa dengan kisah cinta Jungyeon Myungsoo dan berhadapan dengan nombor unknown tu? 

" Ala, jomlah. Ada banyak awek cantik kat situ. Aku kenalkan kau satu kalau kau malu sangat. Kau kan popular "
Shownu menggeleng. " Kau pergi ah. Aku nak habiskan game malam ni. "
" Geez.. payah betul nak ajak pergi party gamer ni. Ok fine, lain kali kau kena pergi "

Shownu merenung ke luar tingkap. Dia dan Jungyeon makin jarang berjumpa kerana dia selalu mengelak daripada bertemu Jungyeon. Kalau Jungyeon ke kelas untuk bertemu dia, dia akan pura pura berbual dengan rakan lain. Dia tak tahu sampai bila dia harus buat macamtu sedangkan Jungyeon bukan miliknya. 

2 Mac , 08:02

Satu sekolah riuh dengan kehadiran Jungyeon. Jungyeon berjalan dengan penuh berani ke kelas walaupun satu sekolah mengerumuninya bertanya akan soalan yang sama ;

" Kenapa kau berubah? "
" Apa yang jadi semalam? "
" Betul ke? "

Jungyeon terserempak dengan Shownu yang datang dari arah bertentangan. Shownu dan Jungyeon memberhentikan langkah, saling merenung satu sama lain

Shownu memerhatikan Jungyeon dari atas dan bawah. Selepas parti harijadi semalam, dalam waktu 3 pagi, dia dapat mesej daripada Myungsoo yang dia dan Jungyeon putus. Jungyeon dan Jennie ataupun dia kenal sebagai nombor unknown bergaduh. Dan yang jadi masaalah, ada yang mendengar mereka bergaduh tentang Jungyeon yang mendapat lebih perhatian daripada Jennie. Jungyeon kelihatan cantik pada malam tersebut walaupun berpakaian kasual. Lagi teruk, Shownu dapat tahu yang ada orang mendengar bahawa Jungyeon meluahkan perasaan kepada Jennie semasa bergaduh. Dengan perasaan marah, Jennie mencabarnya berpakaian seperti lelaki dan menolak Jungyeon. 

Dan pada malam semalam, hampir 30 panggilan diterima, missed call daripada Jungyeon yang sengaja Shownu tidak angkat kerana terkejut dengan kenyataan bahawa Jungyeon yang dia sukai.. sebenarnya seorang lesbian. Dia berasa marah, geram, ditipu dan macam macam. Dia cuba tenangkan fikiran semalam walaupun tidak berjaya.

" Kenapa kau boleh jadi macamni ", Shownu bertanya perlahan. Jungyeon dah memotong rambutnya pendek seperti lelaki. Dia melabuhkan kain sekolahnya ke paras atas lutut dan meninggikan stokin ke atas paras bawah lutut. Dia juga tidak memakai sebarang make up. 
" Perlu ke aku jawab soalan daripada orang yang dah berubah macam kau? Kau dah berubah. Kau dah tak ada untuk aku. Kau selalu sibuk. Kau tak angkat fon! ", Jungyeon berkata dengan nada marah. 
Shownu mencapai kolar baju Jungyeon dan menarik Jungyeon dekat padanya. 
" Kau tanya diri sendiri. Kau tak sepatutnya bersikap baik dengan aku dari awal kalau kenyataannya kau .. Argh! " , Shownu melepaskan kolar baju Jungyeon dengan perasaan kecewa dan beredar pergi, melanggar bahu Jungyeon. Orang lain cuma memerhatikan perbuatan mereka dan berbisik sesama sendiri. 
Jennie juga salah satunya. Jennie tersenyum licik. 

' Dua ikan dalam kolam Jennie. Satu target, satu sampah. Si sampah yang lesbian akan kekal sampah sebab cuba dekati target. Aku tak pernah jadi kawan kau, Jungyeon. Aku cuma ingin kau bercerita tentang Shownu pada aku. Malang pulak aku sebab terikat dengan cinta lesbian kau ' , bisik hati Jennie. 

16:45

Jungyeon berjalan ke lokarnya. Fikirannya masih tertanya tanya akan apa yang dimarahkan Shownu sehingga dia bersikap pelik sejak akhir akhir ni. Shownu bahkan tak habiskan perkataan dia tadi. Jungyeon membuka loker dan sekeping surat jatuh dari loker. Jungyeon mengambil surat tersebut.

Aku sukakan kau. Aku tahu aku tak sepatutnya sukakan kau, tetapi aku akan buang perasaan ni. Kita tak payah kawan lagilah lepasni. Kita jadi strangers. Jangan tegur aku lagi, aku takut aku takkan dapat lupakan kau. 
- shownu

Jungyeon terkejut dengan isi surat tersebut. Dia menekup mulutnya. 
Patutlah Shownu berubah. Patutlah. Dia mula rasa bersalah. Dia segera keluar dari bangunan sekolah , cuba untuk mencari Shownu untuk penjelasan. Namun, dia ternampak Shownu dan Jennie sedang pulang bersama sama. 

-------------------------------------

" Aku terasa macam dalam mimpi. Terima kasih, Shownu ", Jennie memeluk Shownu dengan ketat. Shownu mengusap kepala Jennie perlahan lahan. 
" Okay " , Shownu berkata dengan nada tidak bersemangat. Jiwanya seakan hilang

Dan tanpa dia sedar, Jungyeon memerhatikan mereka dari jauh. Jungyeon keliru. Dia cemburu akan siapa sebenarnya sekarang. Dia benci melihat Jennie memeluk Shownu. Tetapi dia sukakan Jennie. Dan daripada kecil, dia memang suka perempuan lebih daripada menyukai lelaki. Dia tidak pernah suka akan lelaki. Dia dah biasa bercinta dengan perempuan walau dalam rahsia dan ianya menyeronokkan bagi dia. 

" Aku dah gila.. " , Jungyeon berkata sendirian. 

9 Mac , 13:18

Jungyeon makin kerap dibuli secara mental. Dia dipanggil pelbagai nama. 
" Homo "
" Lesbo "
" Transual "

Mereka tidak berani buli secara fizikal kerana mereka tahu yang Jungyeon berkawan dengan samseng. 

" Woi lesbian. Kau nak jadi samseng macam kawan kau jugak ke? Pergilah. Kau kan ' lelaki ' " , seorang pelajar berkata sambil lalu. Jungyeon berasa berang dan menarik rambut pelajar tersebut hingga pelajar itu tertunduk. 
" Kenapa? Kau nak rasa kena pukul? " 
" Ma- Maafkan aku! ", Pelajar tersebut  melepaskan tangan Jungyeon dari rambutnya dan bergegas lari. Jungyeon menundukkan kepalanya. Tanpa disedari, air matanya mengalir menuruni pipinya yang merah kerana menahan rasa marah. 

Dia kemudian terasa terdapat tangan melingkari lehernya, dia terasa seseorang memeluknya daripada belakang. 
" Himnaeyo (cheer up) . Kau pernah tolong aku time aku kena buli dulu. Aku akan tolong kau kali ni. Tapi tak lebih dari seorang lelaki yang terhutang budi " 
Shownu mengelap air mata Jungyeon dengan handkerchief yang pernah diberi Jungyeon dulu sebelum mengusap rambutnya. 
" Kau masih lagi berbau lemon.. dan rokok. Cuma rambut yang lain. Senyum sikit. Mereka tak sukakan senyuman kau. Kau kena kuat ", Shownu berkata dengan nada lembut dan memujuk. Jungyeon perlahan lahan tersenyum. Shownu meletakkan handkerchief di atas kepala Jungyeon sebelum berlalu pergi. 

Jungyeon mula menangis apabila Shownu hilang dari pandangannya. 

' Aku sukakan kau. Aku tahu aku tak sepatutnya sukakan kau, tetapi aku akan buang perasaan ni. '

Jungyeon keliru. Dia sukakan Shownu atau apa? Bukankah dia lesbian? Jadi kenapa dia boleh rasa sedih apabila Shownu berlalu pergi.. kenapa dia benci melihat Jennie rapat dengan Shownu? 

Tetapi yang pasti, dia sudah kehilangan Shownu. 

11 Mac , 05:40

Jungyeon melihat dirinya di cermin. Dia memerhatikan setiap susuk badannya yang tiada ciri ciri feminin. Dia membuang ikatan balutan yang menutupi dadanya daripada kelihatan. Kemudian, dia mengambil lipstik daripada kotak terbiar yang berisi barangan terbuang. Dia mengenakan sedikit lipstik berwarna merah dan melukis keningnya. Dia mengeluh dengan hembusan berat. 
" Aku taktau kalau aku masih lagi straight atau tak.. tapi .. apakata kita biarkan make up ni di muka dan.. just go with the flow. Aku sendiri masih keliru " kata Jungyeon perlahan. 

Dia mencapai pakaian dan terus bersiap ke sekolah. 

06:15

Jungyeon terserempak dengan Shownu apabila dia tiba di persimpangan rumah Shownu. Shownu menoleh dan terkejut melihat penampilan Jungyeon yang feminin. 
" Hai ", Jungyeon menyapa sambil memberhentikan basikal. 
" Hai.. ", balas Shownu perlahan. Shownu ingin meneruskan perbualan tetapi terhenti apabila Jennie keluar dari rumah Shownu bersama basikalnya. 
" Eo, yeonie ", Jennie melambai pada Jungyeon. 
" Ah, Jen..Jennie dia.. " 
" Aku tidur kat sini semalam. No one was home so we just slept together " , 

Belum sempat Shownu menjelaskan keadaan, Jennie memotong ayat Shownu dengan sengaja. Shownu mengerutkan dahinya ,
" Jennie.. " 

Jungyeon menundukkan mukanya. ' diorang tidur bersama semalaman? Aku patutnya dah agak ', 
Jungyeon terus menaiki basikalnya dan mengayuh dengan laju ke sekolah meninggalkan mereka berdua. Dia terus mengayuh tanpa menoleh ke belakang.

--------------------------------

" Serius? Tidur kat sini? Kau baru datang pagi pagi pastu guna tandas rumah ni. Apa kena dengan kau ! ", Shownu mula bengang dengan kata kata Jennie tadi. Dia tahu niat Jennie yang sengaja menipu di depan Jungyeon. Bagi dia, walaupun Jungyeon seorang lesbian dan Jennie tidak, sekurangnya dia perlu menjaga perasaan Jungyeon. Dia takut kalau Jungyeon akan membencinya kerana Jennie. Dia mengeluh. Jennie membuat muka untuk memujuk Shownu. 
" Ok, ok. Aku tak buat dah lepas ni. Ok? "
Shownu membuat bunyi tch tanda tidak percaya. " Janji palsu. ",
Dan Shownu terus mengayuh basikalnya meninggalkan Jennie. 

14 Mac, 13:52

Shownu sedang meneguk air dari botol air mineralnya sambil memerhatikan tingkah laku manusia dari atas bumbung sekolah. Sambil meneguk airnya, dia terlihat Jungyeon yang sedang merokok di belakang bangunan sekolah yang agak gelap dan terpencil. Tanpa sedar, dia merenung ke arah Jungyeon dalam jangka masa lama sehingga air mineralnya sudah habis diteguk. Dia membuang botol ke arah Jungyeon dan segera menyembunyikan diri di balik dinding. Jungyeon terkejut dan menjerit. Shownu menekup mulutnya untuk menahan gelak. Dia memang suka melihat reaksi Jungyeon yang terkejut. 
" Kalau aku jumpa orang yang baling botol ni, aku kerat tangan kau! ", Kata Jungyeon dengan kuat . Shownu masih lagi tersengih sambil melihat Jungyeon secara sembunyi yang mula beredar dari situ. " Tak berubah. Senang sangat terkejut " 

------------------------------

Jungyeon membuang rokok dan memijaknya untuk hapuskan bukti. Dia mengunyah chewing gum berperisa lemon untuk mengurangkan bau rokok dan memasuki semula sekolah. Belum sempat dia melangkah masuk ke kelas, dia dihalang oleh Jennie yang menghalang pintu masuk kelas dengan kakinya. 
" Aku buat parti malam ni. Lokasi.. rumah aku. Sempena hari white day. Actually bukan sebab nak sambut white day atau apa tapi lebih kepada just a party to chill on. Kau kan bestfriend aku apapun. "
Jungyeon membuat muka tak percaya dan memalingkan mukanya. 
" Bestfriend? Kau tahu kan aku anggap kau lebih daripada tu? "
Jennie tersenyum licik. " Aku masih lagi ada tempat kat hati kau? "
" Mungkin? "
" Ok, datang parti aku malam ni. Manatahu, aku mungkin ubah fikiran? ", Jennie mengenyitkan matanya dengan nakal sebelum berlalu pergi. Jungyeon menggenggam tangannya.  Dia bencikan situasi ini. Kenapa dia masih lagi keliru akan perasaan dia sendiri? Dia bahkan tidak tahu akan apa status dia sebenarnya. 

21:56

Jungyeon merenung lipstik merahnya. Dia berfikir banyak kali akan keputusan untuk pergi atau tidak ke parti Jennie. Secara luarannya, dia sudah bersiap dengan dress putihnya yang ketat berparas paha dan eyeshadow pada matanya juga sudah dikenakan. Cuma lipstik yang belum. Dia melepaskan keluhan . Telefonnya berbunyi tanda mesej masuk 

Kau datang tak parti Jennie? 
-Shownu

Kenapa? Supaya kau boleh cemburukan aku ? 
-Jungyeon

Tu bukan niat aku
-Shownu

Penipu besar. Kau lupa ke kita bukan lagi kawan? 
-Jungyeon

Sorry
-Shownu

Sorry jugak sebab putuskan persahabatan kita. Boleh tak kita kawan macam dulu? Aku janji aku dah tak sukakan kau, ok?
-Shownu

' dia janji dia dah tak sukakan aku..' , entah kenapa perkataan tu seolah olah terkesan pada Jungyeon. Jungyeon offkan telefon bimbitnya dan mengenakan lipstik. Dia perlu pastikan seksualiti dia sendiri. Dia akan pergi ke parti tu. 

22:04

Muzik kuat kedengaran di setiap sudut rumah Jennie. Lampu malap yang berwarna merah terbias pada wajah mereka yang datang ke parti Jennie. Muzik yang dipasang berunsur diskotik dan mereka menari seperti hilang kawalan. Alkohol dan wine juga disediakan dan turut diteguk oleh beberapa remaja yang belum cukup umur. Memandangkan rumah Jennie dikawasan perseorangan dan tiada jiran, tiada orang yang akan mengadukan hal tersebut pada pihak berkuasa. 
Jungyeon mencapai gelas berisi air buah buahan untuk membasahkan tekaknya. Dia melihat sekeliling, cuba mencari kelibat Jennie tetapi tiada. Bosan kerana tiada peneman dan rakan yang dulunya rapat kini tidak mengendahkannya, dia keluar dari rumah Jennie dan terus ke belakang rumah. Dia mengeluarkan putung rokok dan lighter untuk merokok namun tindakan dia terhenti apabila dia melihat Jennie dan Shownu yang sedang bergaduh. 

-------------------------------------------

" Kenapa kau bersikap terlalu dingin dengan aku? ", Jennie bertanya dengan kuat. Shownu cuba mengelak soalan Jennie dan cuba berdalih, 
" Boleh kita lupakan hal ni? Kau dah tanya soalan tu banyak kali. Aku bosan dengan soalan basi kau "
" Tengoklah. Soalan basi? Damn you. Aku cuba baiki hubungan kita tetapi kau langsung tak ada effort. Selama ni kau bercinta dengan aku sebab apa? Kenapa kau terima aku? " 
" Sebab kalau kau tak bersikap licik seperti seekor musang dan mengugut untuk cederakan Jungyeon, hubungan ni tak akan jadi. Aku takkan pernah bercinta dengan orang macam kau "
" Tetapi sekurang kurangnya kau boleh lupakan Jungyeon. Dia lesbian Shownu! "
" I know, damn it! Tapi kau takkan pernah dapatkan aku. Aku akan kekal di tempat aku. Aku masih sukakan dia. Kau tak boleh paksa perasaan orang " 

Jennie terdiam. Dia mulai marah dan geram. Bibirnya menggeletar, mukanya merah dan bergelumang air mata. Dia memukul dada Shownu banyak kali tanda protes. 
" Tapi aku perlukan kau ", Jennie menggenggam baju kemeja Shownu yang tidak dibutangkan bersama t shirt putih didalam dengan kedua tangannya. Kepalanya disandarkan pada dada Shownu. Shownu mengalihkan pandangannya dan terlihat Jungyeon yang sedang memandang mereka. Di tangannya terdapat rokok dan lighter. 
" Jungyeon? " , Shownu berkata perlahan namun cukup untuk didengari Jennie. Jennie menoleh ke arah Jungyeon. Dia mulai rasa marah. Kerana Jungyeon , hati Shownu bukan miliknya. Kerana Jungyeon, buat pertama kali, seseorang yang dia mahukan tidak menjadi miliknya mutlak. Kerana Jungyeon, dia dikaitkan dengan seseorang yang lesbian. Dia bencikan Jungyeon. Dia berjalan pantas ke arah Jungyeon dan menarik pergelangan tangan Jungyeon masuk ke dalam rumah , tempat parti. Setibanya di dalam, dia melepaskan tangan Jungyeon dengan kasar. Jennie mengambil mikrofon dan menghentikan lagu. Semua mata tertumpu kepada mereka berdua. 
" Katakan pada aku. Kau masih sukakan aku? Kau masih lagi seorang lesbian? " , Jennie berkata menggunakan mikrofon. Jungyeon menundukkan mukanya dan keliru. 'Aku.. tak tahu ' , bisik hati Jungyeon. 
" Buktikan pada aku kalau kau sukakan aku. Aku akan terima kau betul betul kali ini. Depan semua orang ni , aku berjanji aku akan couple dengan kau. Kau boleh pegang janji aku. Dengan syarat, kau mesti cium kaki aku. Sekarang "
Jungyeon tersentak. Suara orang ramai mula kuat, menyuruh Jungyeon untuk melakukannya. Shownu yang melihat keadaan itu mula merisaukan Jungyeon. Dia melaung,
" Jangan buat Jungyeon. Dia licik " 
Jennie yang berasa berang menyepak kaki Jungyeon, membuatnya melutut dihadapannya. 
" Cium kaki aku, yeonie " 

Jungyeon menutup matanya. Dia keliru. 2/3 hatinya ingin mencium kaki Jennie dan berada dalam pangkuan Jennie. Manakala 1/3 lagi..
" Jangan buat Jennie ", Shownu melaung lagi. 

Dan 1/3 lagi, melaung untuk berada di pangkuan Shownu. 1/3 hatinya berkata bahawa dia bukan lesbian dan perasaannya terhadap perempuan selama ini cumalah satu perasaan mengagumi, bukan cinta. Anehnya, 1/3 hatinya itu dapat membuatkan dia lupa akan 2/3 isi hatinya yang lesbian. Dan dia mula terbayangkan imbasan masa dia dan Shownu. Dan dia akhirnya yakin dengan keputusannya. 

" Aku.. bukan lesbian. "
Jennie membulatkan matanya dan mereka yang lain juga terkejut. 
" Aku juga tak licik macam kau. Aku sukakan Shownu! Aku nak bersama dengan dia jadi kau boleh jauhkan diri daripada dia ", Jungyeon berkata lagi dengan nada mengugut. Jennie mengambil gelas berisi wine dan menyimbah Jungyeon . 
" Kau.. tak guna " 

Shownu segera ke arah Jungyeon dan membalut tubuh Jungyeon dengan kemejanya untuk mengelakkan daripada dress Jungyeon menjadi jarang. Shownu juga mendirikan Jungyeon dan membawanya pergi daripada situ . 

00:12

Mereka berjalan menuju ke rumah yang jauhnya satu kilometer. Tiada seorang pun memulakan perbualan. Barangkali janggal selepas Jungyeon tiba tiba confess dihadapan orang ramai. 
Shownu menoleh ke arah Jungyeon yang berbau wine dan rambut yang agak basah. Dia memulakan perbualan, 
" Kau.. sukakan aku? "
Jungyeon mula merah. Terasa seperti renjatan eletrik apabila soalan tersebut ditanya. Dia mengangguk. 
Shownu tersenyum malu. Dia berkata lagi,
" Jennie macam mana? Kau suka dia lagi tak? Aku tak nak dia jadi orang ketiga "

Jungyeon tertawa kecil,
" Aku yang sepatutnya takutkan hal tu, ex bf Jennie "
Shownu menekup mukanya kerana malu dengan kenyataan itu. Dia kemudian menyambung, " By the way, Jungyeon.. "
Jungyeon menoleh ke arah Shownu untuk menyahut. Dengan pantas, dia mengucup bibir Jungyeon. 
Jungyeon memberhentikan langkahnya dan pipinya mula merah. Dia mengaku dia pernah lakukan hal ni dengan ex lesbian dia yang lain semasa bercinta tetapi apabila Shownu melakukannya, dia berasa terlalu malu dan pada masa yang sama, sedikit romantik. 
" Harini hari first kita. Aku dah putuskan hubungan dengan Jennie. Jangan lupa tarikh ni ", Shownu berkata dengan pipi yang merah. Dia kemudian berlari cuba menyembunyikan rasa malu dia. Jungyeon tertawa kecil dan mengejarnya dari belakang. 
" Kita dah rasmi jadi pasangan ke ni? Ye ke Shownu? Sayang? Ye ke? ", Jungyeon sengaja menguatkan perkataan sayang untuk menyakat Shownu. 

" Kau dah dengar kan tadi! Jangan buat aku macamni! Aku malu! "

" Janganlah jalan laju laju sayang! "

" Jangan panggil aku sayang! "

 

 

Author note : Yea. First oneshot yang panjang lebar selebar lebarnya. Cerita first yang aku betul betul buat rangka, edit banyak kali. So maybe lepasni aku akan banyakkan cerita oneshot sebab lagi senang kot. Trimas sebab baca! 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
kimkai_my_Y_angel #1
Comel laa diorg! Terbaik lahh author!! Really love it.. Bkn senang nk jpe malay ff yg best mcm nii.. Good job!

Serius benci giler dkt jennie even sy minat dye huhu

*throwing heart confetti (confetti ke ape tah nama benda tu.. Hahah)