Chapter 004

Pembunuhan Di Sekolah: Jack The Ripper
Please Subscribe to read the full chapter

CHAPTER 004

KEESOKANNYA,

Telefon Taehyung bergetar tatkala Cikgu Hyuk sedang mengajar di hadapan kelas. Dia terpaksa menyelongkar kocek seluarnya dan mengeluarkan secara senyap tanpa sesiapa pun perasan akan tingkahlakunya yang mahu melihat siapa si pemanggil pada waktu ini. Walaupun pelajar yang berada di sebelahnya.

“Okey, ada apa-apa soalan yang mahu ditanya?” tanya Cikgu Hyuk selepas menerangkan soal pelajaran yang diajarnya iaitu Matematik. Taehyung segera mengangkat tangan kanannya.

“Okey, Taehyung,” ujar Cikgu Hyuk memberi ruang kepada Taehyung.

“Err, cikgu! Saya angkat tangan bukan untuk bertanya tetapi untuk meminta izin,” balas Taehyung dengan wajah yang serba-salah. Telefonnya yang bergetar buat kali ketiga menyebabkan dia terpaksa juga meminta izin kepada guru lelaki di hadapannya.

“Silakan,” balas Cikgu Hyuk.

“Izinkan saya ke tandas sekejap,” kata Taehyung dan Cikgu Hyuk hanya menganggukkan kepalanya.

“Terima kasih, cikgu,” ucap Taehyung dengan wajah yang lega. Terus dia bergerak keluar dari kelas dan menuju ke destinasinya iaitu tandas.

S.Coups memandang Taehyung yang berlalu pergi dengan pandangan yang tajam.

“Yeobeoseyo, Inspektor?” Taehyung terus bersuara tatkala panggilan telefonnya diangkat.

“Taehyung... Aku nak jumpa kau sekarang ni. Ada hal yang mustahak yang perlu aku bagitahu kat kau sekarang ni,”

“Tapi Inspektor...” belum sempat Taehyung membalas kata, suara Inspektor Choi mencelah.

“Hal mustahak! Ini melibatkan nyawa dan keselamatan kau. Jadi, takde tapi-tapi. Aku nak kau jumpa aku sekarang jugak,”

“Tuan, sekarang ni waktu persekolahan. Undang-undang sebagai pelajar tidak memperuntukkan seorang pelajar sekolah ponteng dari waktu pembelajaran,” balas Taehyung dengan tegas.

“Ya, aku tahu. Peraturan sekolah memang tidak memperuntukkan pelajar ponteng sekolah tapi nyawa dan keselamatan kau dalam bahaya. Aku tak nak nanti kau jadi macam mangsa yang dibunuh,”

“Aku tahu jaga diri sendiri. Aku akan berhadapan dengan dia kalau hal itu yang boleh buatkan masyarakat hidup aman dan damai,” katanya.

“Aku dapat surat ugutan daripada pihak luar. Dalam surat itu menyatakan nyawa kau berada di hujung tanduk. Jika kau tetap mahu teruskan siasatan ni, kau akan menjadi sebahagian daripada mangsa yang dibunuh,”

“Aku akan hadapinya. Bukankah itu moto kita untuk membanteras jenayah?” balas Taehyung. Pada awalnya, dia memang terkejut apabila diberitahu bahawa nyawanya berada di hujung tanduk. Namun, pendiriannya tetap.

“Macam nilah, kita gunakan rancangan lain. Kau balik semula ke sini. Dan dokumen kau sebagai pelajar itu akan aku ambil esok hari,”

“Tak! Aku takkan berganjak dari sini. Kalau aku tak dapat penjenayah tu, aku akan tetap menjadi pelajar di sekolah ni,” balas Taehyung. Dia tidak setuju apabila Inspektor Choi berkata sedemikian.

“Kau memang degil. Okey, aku akan berikan masa untuk kau teruskan siasatan. Kalau dua minggu akan datang, kau masih tak jumpa apa-apa, aku terpaksa hentikan siasatan kau. Lagipun, nyawa kau sekarang ni berada di hujung tanduk. Ingat tu!”

Panggilan terus dimatikan oleh Inspektor Choi. Taehyung terkedu lalu perlahan-lahan, dia menurunkan telefonnya dan mula termenung. Kenapa perlu jadi macam ni? Adakah pembunuh tu seseorang yang mengetahui perkembangan semasa tentang penyiasatan?

Cermin yang berada di hadapannya kini direnung. Tiada apa-apa bukti pun yang menunjukkan dia seorang penyiasat. Kepala paip dicapai dan saluran air mula terbuka menyebabkan air keluar daripada kepala paip. Wajahnya dibasuh berkali-kali sebelum kembali memandang cermin.

Sebaik sahaja kepala diangkat, kelibat S.Coups berdiri di muka pintu sambil menyandarkan badannya pada muka pintu tandas menyapa pandangannya. Tangannya disilangkan ke dada dan matanya memandang ke arah Taehyung. Si pemyiasat sedikit terkejut namun berjaya dikawalnya.

“Aku dengar kau bercakap dalam telefon. Dengan siapa?” tanya S.Coups dengan pandangan yang ingin tahu.

“Takde siapa-siapalah. Abang aku je. Dia call tadi. Mungkin lupa yang sekarang ni bukan waktu pulang dari sekolah tetapi masih berada di waktu pembelajaran,” ujar Taehyung, terpaksa berbohong.

“Kau ada abang ke?” tanya S.Coups. Taehyung memandangnya sebentar sebelum kembali membasuh muka.

“Aku memang ada abang. Kenapa? Tak percaya?” tanya Taehyung sengaja mahu menguji S.Coups.

“Aku tak kata pun yang aku tak percaya but, siapalah yang malang jadi abang kau tu,” gelak ketawa S.Coups berderai di dalam tandas. Hanya mereka berdua sahaja yang berada di situ menyebabkan suasana sunyi

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Ifahzira
Saya dah hbiskan cerita ni di Wattpad. Perlu ke sy update jgk di sini? Hurm

Comments

You must be logged in to comment
kingbeta
#1
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
Min_Arisu
20 streak #2
Just dropping by to say, what a beautiful poster you got there! :)
aquariusxpisces
#3
Chapter 13: Uishh.... Bahaya laaa taehyung TTTT
aquariusxpisces
#4
Chapter 11: rasanya cikgu yang jadi pembunuh.... hmmm
Lisa_bpgirlz
#5
Chapter 9: Ntah tak tahu siapa pembunuh. Cuma..saya rasa S.Coup bukan lah pembunuh misteri tu. Hehe..
Xia_Bing
#6
Chapter 9: Dah bace sampai 9 Chapter tapi still x dapat agak sape yang jadi pembunuh .