Our Little World

Enchanted Forest
Please log in to read the full chapter

Chapter 1 - Our Little World

 

Baekhyun POV


 

Hutan ni bagaikan nyawa bagi aku, dimana aku hidup selagi hutan ni terjaga. Memang ya, hutan ini menyimpan seribu satu rahsia yang tidak pernah manusia tahu kecuali aku manusia separuh bunian. Hutan ni ada serigala jadian, pokok-pokok yang mengeluarkan debu berkilau, bunga yang boleh menyanyi, istana purba, sungai yang mengandungi batu kristal dan banyak lagi. Tapi, kebanyakan kaum aku(bunian) berpindah ke hutan lain dan tidak lagi tinggal dihutan ini lagi, kerana hutan ini tepat-tepat disebelah bandar Seoul dan kaum aku takut kalau hutan ni musnah angkara manusia. Hanya aku dan Sehun yang tinggal dihutan ini. Aku pastikan hutan ni kekal selamat dan dijaga dengan baik selagi aku hidup.

 

Aku melangkah keluar dari rumah ku yang diperbuat dari kayu yang kukuh ini sambil berjalan menuju ke sebuah pokok yang sangat besar dan mempunyai daun yang banyak. Pokok ni merupakan nyawa aku. Kalau pokok ni di potong atau diracun, aku akan mati. Semestinya aku menjaganya dengan baik. Tanganku yang memegang penyiram pokok lalu disiram disekeliling akar pokok ini. Hati aku menjadi lebih tenang.

 

“meow~”seekor kucing datang mendekati aku. Bulu diseluruh badannya berwarna hitam dan matanya berwarna coklat. “meow~”

 

“nampaknya kau dah balik. Macam mana dengan keadaan hutan?”

 

Kucing itu terus duduk dan memandang ku. Asap putih yang berkepul-kepul tiba-tiba muncul dan berubah lah daripada seekor kucing menjadi manusia. Muncul lah seorang lelaki bernama Sehun.

 

“all clear! Semua haiwan dan pokok masih terjaga,”jawabnya lalu memegang batang pokok yang tengah aku sibuk menyiramnya. “hari ni kau nak pergi Seoul ke? aku nak ikut boleh tak?!”soalnya teruja. Dia memang suka pergi jalan-jalan di Seoul.

 

Aku memandangnya semula. “ya..ya..tapi sebelum tu kau dengan aku pergi bersiap sebelum pergi sana,”kata ku sebelum meletakkan penyiram pokok lalu kami berdua berjalan masuk ke rumah kayu ini. Hubungan di antara aku dan Sehun sangat rapat sejak 9 tahun yang lepas.

 

Sehun terus masuk ke biliknya untuk bersiap-siap, aku pun masuk ke bilik ku selepas mengemas ruang tamu. Mencari baju merupakan salah satu masalah bagi aku. Kalau dekat hutan, aku cuma memakai kot coklat dan seluar panjang berwarna hitam seperti orang putih pakai masa dahulu kala. Tapi ini Seoul. Bandar fesyen yang dikenali ramai. Yang paling teruk! Orang Seoul mempunyai cita rasa yang tinggi dalam fesyen tak kira sama ada mereka kaya atau pun orang biasa. Semua orang pakai pakaian yang bergaya. Pernah sekali aku datang ke Seoul dengan pakaian kot coklat ni lepas tu aku kena kritik dengan seorang ahjuma yang memakai kot yang bergaya dan berbulu-bulu. Selepas memakai kasual tapi kelihatan bergaya seperti manusia pakai, aku memakai cermin mata yang tidak mempunyai power pada cerminnya, demi menutup mata ku yang berwarna biru ini. Bila aku pakai mataku berubah menjadi warna hitam tapi hakikatnya mata ku tetap biru apabila mencabut cermin mata ini. Keluar dari bilik, Sehun sudah pun bersiap sedia dengan pakaian yang segak mengalahkan Woobin.

 

“jom keluar..,”kata ku sambil memasukkan dompet dalam poket seluar.

 

Saat aku memutar tombol pintu keluar rumah, kami berdua rasa teruja kerana terlalu lama kami berdua tidak melawat Seoul. Bila aku sudah memutar tombol pintu ini lalu ku tolak pintu rumah ni, kami telah berada di belakang Restoran Elevening. Kami dah pun berada di bandar Seoul. Yup, kalau nak tahu, bila aku buka mana-mana pintu, aku boleh pergi dimana-mana destinasi aku nak termasuklah tempat diluar negara. Macam pintu Doraemon, pintu kemana sahaja.

 

Kami berdua pun berjalan di jalan yang dipenuhi orang ramai. Kami berdua rasa macam manusia biasa walaupun kami berbeza. Pada saat macam ni lah ramai wanita termasuklah makcik, nenek pandang kitorang macam tak ingat dunia. Terutama sekali si Sehun aka Kim Soo hyun. Dia merupakan tarikan utama ditepi jalan ni. Pernah sekali, ada seorang makcik bagi kitorang kek strawberry secara FREE!! Apalagi? Semua kek tu aku makan, Sehun? Dia tak makan strawberry.

 

“Sehun, jom pergi pusat beli belah!”ajak ku dan kami berdua melintasi lalu lintas sebelum berjalan terus menuju ke pusat beli belah.

 

Sesampai disebuah pusat membeli belah yang sangat terkenal di Seoul iaitu Greenier. Greenier merupakan tempat kami membelah barang yang kami sukai. Lagi-lagi Sehun! Dia memang gila pakaian dan juga merupakan penasihat fesyen pakaian aku. Disebabkan aku dapat duit yang banyak hari ni, nampaknya kami berdua dapat menikmati semua barang yang akan kami beli hari ini.

 

Serta-merta Sehun menarik ku ke sebuah kedai beg mahal, Bonia.

 

“Sehun! Jangan tarik-tarik aku macam ni!!”teriak ku lalu menarik tanganku darinya. “kalau kau nak cari beg tak perlu nak heret aku ke sini dengan kau!!”

 

“alaahhh! Jangan nak marah! Aku nak cari beg untuk kau,”jawabnya.

Please log in to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
aquariusxpisces
#1
Haih.... melihatkan watak si Sehun tu, teringat dekat Kakao Theobroma..fufufu