BAB 2: Latte

Voice of My Heart
Please Subscribe to read the full chapter

L POV

Kereta Chevrolet milik Sungyeol dipandu masuk ke perkarangan rumah kediaman ibu bapanya. Kelihatan ibu dan bapa Sungyeol berada di muka pintu banglo sebuah betul-betul di tengah-tengah bandar Garusogil. Kedua-dua ibu dan bapa Sungyeol jelas gembira menanti kepulangan satu-satunya anak kesayangan mereka ke rumah. Sungyeol pantas sahaja keluar dari kereta dan memeluk ibunya. Begitu juga ayahnya. Pipi Sungyeol dikucup ibunya sebelum dia dijemput masuk. L yang baru sahaja keluar dari tempat duduk penumpang hanya menggeleng lemah melihat gelagat Sungyeol. Dia menyambut huluran salam tangan ayah Sungyeol dan tubuhnya dipeluk ibu Sungyeol.

“Mari masuk, Myungsoo-ahh. Jangan malu-malu. Omma dah masakkan untuk kamu dan Sungyeol,”kata ibu Sungyeol sambil memeluk pinggang L masuk ke dalam rumah. Keluarga Sungyeol memang sedianya memanggil L dengan panggilan Myungsoo sejak dari L dan Sungyeol di sekolah tinggi lagi. Ibu dan bapa Sungyeol sudah menganggap L seperti anak kandung mereka sendiri. L duduk di ruang tamu kediaman orang tua Sungyeol sebelum dipanggil untuk menjamu selera. Makanan kegemaran L iaitu samgyetang dan juga daging bulgogi terhidang di atas meja. Tahu-tahu sahaja ibu Sungyeol untuk memasaknya. Pinggan yang berisi nasi dihulurkan kepada L oleh Sungyeol disebelahnya.

“Kalau member yang lain tahu kita langgar diet ni, habis kita,”bisik Sungyeol di telinga L membuatkan dia tertawa. Betul sungguh. Kebiasaannya, seminggu sebelum comeback, mereka pastinya akan mengawal segala pemakanan mereka dan bersenam di gim. Tidak apalah. Sekali sekala dapat rasakan masakan di rumah. Kalau di dorm, ramen jawabnya pada tiap-tiap hari memandangkan masing-masing sibuk dengan aktiviti dan konsert Infinite.

Sup samgyetang yang sudah berada di dalam mangkuk, dihirup perlahan-lahan. Seperti biasa, kebolehan memasak ibu Sungyeol memang tidak dapat disangkal. L sentiasa merasakan dirinya amat disayang di dalam keluarga ini.

“Kamu mesti sibukkan,”tanya ayah Sungyeol kepada L prihatin. L cuma mengangguk. Nasi yang sudah habis di dalam mangkuk, ditambah ibu Sungyeol.

“Patutlah kamu makin kurus Myungsoo. Risau omma tengok kamu ni. Pipi kamu cengkung betul. Ni mesti asyik makan ramen je kan?”bebel ibu Sungyeol sambil mencedokkan lagi sup samgyetang di mangkuk L. Sungyeol tertawa melihat gelagat ibunya ketika itu.

“Omma, Myunsoo dah besarlah. Pandailah dia jaga diri. Takkan omma tak tahu yang Myungsoo gigih betul berlatih sampai tak ingat nak rehat,”kata-kata Sungyeol menyebabkan bahu L dipukul ibu Sungyeol sehingga tersedak L dibuatnya.

“Kamu ni. Memanglah kena berlatih tapi kenalah juga jaga kesihatan. Kalau sakit nanti macam mana? Siapa yang nak tengokkan kamu kalau kamu sakit? Nak harap Sungyeol ni. Perempuan je lah yang dikejarnya,”gelak sakan dibuatnya. L ketawa terbahak-bahak melihat wajah cemberut Sungyeol yang bengang dengan ibunya. Selesai makan tengah hari, Sungyeol dan L meminta diri dahulu untuk masuk ke dalam bilik Sungyeol untuk berehat. Sungyeol merebahkan badannya di atas katil sementara L menyalin bajunya. Televisyen di hadapan katil di buka sebelum alat kawalan jauh sudah dipicit berulang-ulang kali.

“Myungsoo-ahh,”panggil Sungyeol. L memandang Sungyeol tetapi langsung tidak bersuara. L masih mencari siaran televisyen yang menarik untuk ditontonkan tetapi langsung tiada.

“L,”Sungyeol memanggil L lembut. L yang sudah menutup televisyen itu pantas berpaling menghadap betul-betul di hadapan Sungyeol.

“Kau dah kenapa? Nak cakap, cakap je lah,”kata L bengang pula melihat rakannya itu. Sungyeol memerhatikan dirinya. Tiba-tiba tersenyum.

“Aku rasa aku dah gila,”kata Sungyeol. L tertawa. Beg sandang yang dibawanya tadi dibuka dan dia mengeluarkan I-Padnya.

“Bukan ke kau memang gila?”bantal tidur Sungyeol sudah melekap di kepala L. Gelak sakan L dibuatnya. Tiba-tiba sahaja bertanya soalan seperti itu. Laman Instagram dibukanya untuk melihat perkembangan peminat-peminatnya yang mengikuti dirinya dari zaman debutnya lagi. Follower Instagramnya sudah mencapai 7 K. Ramai betul. Nak cakap L aktif dengan Instagram pun tidaklah sangat. Kebanyakannya, dia hanya memasukkan hal-hal penting sahaja di Instagramnya seperti tarikh comeback Infinite, world tour Infinite dan semuanya tentan Infinite. Pasal dirinya jarang sekali.

“Aku bercakap lagi dengan Miss Unknown aku tu,”kata Sungyeol. L memandang rakannya itu. Memang sah gilalah tu. Mana tidaknya, Sungyeol sudah mengejar perempuan yang digelar ‘Miss Unknown’ oleh ahli-ahli membernya dari sebelum Infinite debut lagi. Tiap-tiap hari Sungyeol sanggup menaiki bas hanya semata-mata mahu melihat Miss Unknown-nya tu. L tidak pernah berjumpa Miss Unknown Sungyeol itu tetapi dengar cerita dari Hoya, perempuan itu cantik orangnya. Biasalah Sungyeol. Pantang nampak perempuan berdahi licin sikit.

“Takkan Miss Uknown kau tu tak perasan kau Sungyeol?”tanya L ingin tahu. Betul juga. Sudah lima tahun Sungyeol kejar perempuan tu. Takkan langsung tak perasan. Memang tak ada perasaan betul Miss Unknown tu. Lagi satu, Sungyeol kan artis. Tiada sebab untuk perempuan itu tidak perasan akan Sungyeol.

“Sebab tu lah aku suka dengan Miss Unknown aku tu. Dia lain dari perempuan-perempuan yang aku kenal. Tak kira berapa kali aku

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet