BAB 1: Kasut Tumit Tinggi

Voice of My Heart
Please Subscribe to read the full chapter

SUHYEON POV

“Omma! Suhyeon pergi dulu. Dah lambat ni!”pipi omma dikucup Suhyeon sebelum kakinya lincah menyarungkan kasut. Jaket yang berada di tangan omma-nya, disarung ke badan sebelum langkahnya mula melangkah keluar dari perkarangan rumah. Tangan kanannya melambai-lambai ke arah omma-nya. Melihat raut wajah omma-nya yang mengukir senyuman kepadanya cukup membuatkan Suhyeon bersedia untuk menghadapi hari-harinya. Suhyeon sudah mula membuka langkah besarnya menuju ke perhentian bas yang tidak jauh dari rumahnya. Jarum jam sudah menunjukkan pukul 8.30 pagi. Suhyeon bakal tertinggal bas.

Tidak jauh dari tempat berdirinya dia, mata Suhyeon melihat bas sudah pun berhenti betul-betul dihadapan perhentian bas. Dia perlu cepat. Langkahnya semakin laju menuju ke arah bas tersebut dan tanpa disedarinya dia terjatuh terjelopok di kaki lima jalan. Inilah padahnya berlari sambil memakai kasut bertumit tinggi setinggi 3 inci. Kasut tumit tingginya itu sudah patah. Padah. Bas di hadapan matanya sudah mula menutup pintu bas.

“Ahjussi!!! Ahjussi!! Tunggu!”Suhyeon menanggalkan kedua-dua kasutnya sebelum dia berlari berkaki ayam mengejar bas yang sudah mula pergi dari situ. Memikirkan duitnya yang kering didalam dompetnya, tidak sangguplah dia mahu mengambil teksi. Tidak kiralah jatuh maruah ke tidak, dia harus naik bas itu juga. Terpekik terlolong Suhyeon dibuatnya untuk menghentikan bas tersebut sebelum bas itu berhenti mengejut di hadapannya. Pintu bas terbuka, membenarkan dirinya masuk.

“Kumawo, Ahjussi!”ucap Suhyeon kepada pemandu bas yang sudah mula menarik muka kepadanya. Sebaik sahaja dia melangkah naik ke dalam bas, kasut tumit tingginya terlepas dari pegangan tangannya. Sudahlah berhimpit-himpit di dalam bas, Suhyeon terpaksa turun dari bas untuk mengambil kasutnya.

Tangan yang besar mencapai kasutnya sebelum menghulurkan kepada Suhyeon. Badan Suhyeon yang tadinya bongkok, bangun untuk melihat orang yang mengambil kasutnya.

“Ini kasut awak,”lelaki yang tinggi lampai dihadapannya menghulurkan kasut kepadanya sebelum membantunya naik ke dalam bas. Senyuman yang manis diberikannya kepada Suhyeon. Sebaik sahaja pintu bas tertutup, bas sudah mua bergerak dan berhenti di perhentian-perhentian. Lelaki yang itu betul-betul berada dihadapannya dek kerana terpaksa berhimpit dengan orang lain di dalam bas. Tangannya yang panjang memegang bahu Suhyeon apabila bas kadang-kadaang berhenti mengejut untuk menurukan penumpang. Mata Suhyeon melirik pantas wajah lelaki itu sebelum segaris senyuman mula terukir di bibirnya. Handsome sungguh! Mulalah fikirannya yang aneh-aneh menerpa pada ketika itu. Seperti Sungyeol dari Infinite. Sebiji pula tu. Hari bertuah kau, Suhyeon.

Sebaik sahaja sampai di perhentiannya, Suhyeon turun dengan berhati-hati dari bas. Dia mengucapkan terima kasih kepada pemandu bas tersebut sebelum keluar dari bas. Baru sahaja dirinya mahu melangkah pergi dari situ, Suhyeon baru teringat bahawa dia berkaki ayam. Bertambah malang lagi, kasutnya patah. Bagaimana ini? Perhentian bas dari destinasi yang mahu ditujunya boleh tahan jauh juga. Masaklah macam ni! Suhyeon menanggalkan kasut tumit tingginya yang patah itu dan cuba untuk mencantumkannya kembali. Mengeluh panjang dibuatnya.

“Pakai dulu ni,”Suhyeon mendongakkan mukanya sebelum dirinya terkejut melihat lelaki yang sama membantunya dalam bas tadi. Selipar yang dihulur itu disambut sebelum disarungkan ke kakinya. Lelaki itu tetap dengan senyumannya dan prihatinnya membantunya.

“Kumawo,”ucap Suhyeon kepada lelaki itu. Apabila dilirik banyak kali,seperti pernah melihat lelaki ini tetapi ingatannya seperti samar-samar. Sebelum lelaki itu melangkah pergi, tangan kanan Suhyeon memegang lengan lelaki itu.

“Saya rasa, saya pernah melihat awak. Awak kenal saya?”tanya Suhyeon dengan beraninya. Beginilah sikap Suhyeon. Selagi tidak mendapat jawapan yang bersarang di fikirannya, dia akan cuba mencari walaupun terpaksa menggadai maruahnya.

“Kita akan bertemu lagi,”kata-kata lelaki itu cukup membuatkan dirinya termangu sebentar sebelum dia sedar bahawa dia sudah lambat.

‘Mati aku!’

                                                                                       

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet