Kejar

Kejar

A/N: Chapter ni sangat panjang dan selamat membaca! <3

 

Watak

 

 

Hyun bin - 29 tahun

 

Sae ron - 7 tahun

 

Taesik Oc - 35 tahun

 

Baekhyun - 24 tahun

 

 


 

 

Kejar

 

 

Waktu pagi yang masih hujan lebat dari semalam lagi. Gerai-gerai yang berderet di tepi jalan mula berkurangan pelanggan. Begitu juga Hyun bin yang berpakaian baju hujan berwarna kelabu sambil berteduh dibawah payung gerai yang berwarna-warni. Melihat keadaan masih hujan lebat, dia menarik hood di kepalanya dengan pantas lalu dia berjalan dalam keadaan hujan lebat bersama plastik yang berikat berisi makanan yang baru dibelinya di pasar raya tadi.

 

 

Bila dia hampir ke kawasan perumahannya, hujan mula renyai dan dia boleh nampak cahaya matahari yang kian menyinari dunia. Namun, langkahnya terberhenti. Dia lihat sekumpulan budak membaling batu kecil ke arah seorang gadis yang kelihatan berumur 7 tahun. Nama budak tu Sae ron, anak jiran sebelahnya.

 

 

“kau ni tak berguna! Sama macam mak kau! Dah lah anak luar nikah!”ejek budak-budak nakal pada Sae ron yang berdiri kaku dan terasa terluka mendengar ejekan dari budak nakal itu. Mereka masih lagi membaling batu ke arah Sae ron berkali-kali sehingga salah satu batu terkena di dahi Sae ron lalu dia terjatuh dan berdarah.

 

 

Menahan air matanya, Sae ron bangkit dari tempat dia jatuh tadi. “mana ada!! Mak aku baik!”Sae ron melawan semula. Dia tahu dan sedar siapa dirinya sendiri. ‘anak luar nikah’ ya, itulah dia sebenarnya. Tapi kalau mereka nak ejek ibunya? Tidak. Tidak sama sekali dia biarkannya. “korang apa tahu?! Cuma ngadu dengan mak korang je!! Dah lah lembik lepas tu suka cakap besar!!”Sae ron melawan lagi.

 

 

Ini menaikkan kemarahan budak-budak nakal itu. “Sae ron!! Kau memang nak kena!!”salah seorang budak nakal itu ingin menumbuk Sae ron tapi dia terhenti melakukan perbuatannya. Melihat bayangan orang yang sungguh tinggi berdiri dibelakangnya, yup, itu Hyun bin.

 

 

“apa yang korang buat ni?”tanya Hyun bin. Rambutnya yang sedikit panjang dan basah ditutupi separuh mukanya dengan pakaian baju hujan ‘menampakkan’ lagi ciri-ciri pembunuh bersiri, membuatkan budak-budak nakal itu lari lintang-pukang ketakutan dibunuh Hyun bin. “hmm...kenapa dengan budak-budak tu?”fikir Hyun bin yang langsung hairan melihat gelagat budak-budak nakal itu.

 

 

“ahjussi...,”Sae ron mendongak kepalanya untuk memandang Hyun bin yang sangat tinggi itu. Yup, dia sangat mengenali Hyun bin yang merupakan pakcik seram yang tinggal disebelah rumahnya.

 

 

Hyun bin segera mengeluarkan plaster bergambar pororo dari kocek seluarnya, menarik dan buang plastik gam sebelum menampal di dahi Sae ron yang terluka. “dah siap...,”ucapnya perlahan.

 

 

“ahjussi selamat kan saya?”Sae ron memandang Hyun bin yang masih lagi berdiri dihadapannya.

 

 

Hyun bin mendiamkan diri. Tidak berkata-kata hanya tenungan tajam diterima Sae ron. Lalu Hyun bin kembali berjalan ke rumahnya dan meninggalkan Sae ron keseorangan di sana.

 

 

“ahjussi!! Tunggu saya!!”panggil Sae ron yang berlari mengikuti Hyun bin sampai ke rumahnya. “ahjussi!! Terima kasih tau pasal tadi!”ucap Sae ron lalu dia memberikan sebiji gula-gula coklat. “hadiah untuk ahjussi!”katanya teruja saat dia dan Hyun bin telah pun sampai dihadapan pintu pagar rumah Hyun bin.

 

 

Hyun bin yang baru mengeluarkan kunci rumahnya terhenti seketika, memandang Sae ron memberikan dia gula-gula yang tak pernah dia makan selama ni. Memang betul dia layan Sae ron begitu dingin tapi dia sememangnya mempunyai hubungan yang rapat seperti anak dan ayah. Bila hatinya yang mula terbuka sedikit, dia mengambil gula-gula itu dari Sae ron. “pergi balik rumah...omma kamu tunggu,”kata Hyun bin yang akhirnya dapat membuka mangga pagarnya.

 

 

Sae ron terdiam. Matanya memandang rumahnya yang bersebelahan rumah Hyun bin. Kosong dan berkunci. “o-omma...tak ada dekat rumah. Dia kata dia balik esok malam...,”ucapnya sambil menahan kesedihannya dalam hatinya.

 

 

Tangan Hyun bin segera menolak pintu pagarnya, sambil berjalan ke arah pintu rumahnya yang berkunci. Dia berkata lagi, “dah makan?”tanyanya sambil memutar kunci ke dalam tombol pintu rumahnya.

 

 

Sae ron tersenyum lebar. “belum! Ahjussi nak masak apa?!!”kesemua kesedihannya terhapus seperti buih.

 

 

“macam biasa...,”Hyun bin yang berada di tepi pintu sambil menunggu Sae ron menanggalkan kasutnya sebelum masuk ke rumahnya. “jangan usik apa-apa,”itu lah larangan yang selalu Hyun bin katakan pada Sae ron yang selalu datang ke rumahnya.

 

 

“alright~”ucap Sae ron sebelum berlari dan menghempas dirinya di atas sofa yang empuk. “ngantuknya~”rungutnya sambil berbaring di atas sofa.

 

 

Manakala Hyun bin meletakkan baju hujannya di hujung sofa. Tangannya segera membuka plastik yang berikat itu dan didalamnya terdapat pelbagai barang untuk dimasak, telur, cili, daun bawang, kiub ayam, bawang putih, sayuran dan sosej kegemaran Sae ron. Semua peralatan memasak telah disediakan semasa dia bersiap sedia pergi pasar tadi. Sehabis membasuh tangan, Hyun bin mencapai pisau untuk menghiris daun bawang terlebih dulu. Sae ron pula di kerusi meja makan sambil melihat tangan Hyun bin yang begitu lincah memotong, menghiris, mencapai kuali dan sebagainya.

 

 

“kkrrookkkkkk~”perut Sae ron berbunyi. Hyun bin tersenyum, Sae ron pula memeluk perutnya yang masih berbunyi dengan muka malunya.

 

 

“kejap lagi siap,”ucap Hyun bin yang menggodak sudip dalam kuali sambil menambah sedikit garam ke dalam sup sayurnya. Dia mengambil sudu untuk merasa sedikit supnya itu.

 

 

Dia pun menghidang sup sayurnya di atas meja bersama dua mangkuk nasi yang panas. Walaupun ia terlihat lauk biasa, namun, bagi Sae ron dia amat menyukainya. Seumur hidupnya, tiada orang menyediakan makan untuknya termasuklah ommanya yang sentiasa sibuk dengan kerjanya. Hanya diberikan duit sebanyak 4 ribu won. Siapa sangka jirannya yang menakutkan ni mempunyai hati yang baik. Manakala bagi Hyun bin pula, tak pernah ada orang menemani dia makan kecuali isterinya yang telah lama meninggal dan ya, Sae ron lah yang sentiasa menemani dia makan di rumah sepi ini selama 3 tahun dia tinggal di taman Bae.

 

 

“ahjussi..,”Sae ron terhenti kata saat memasukkan sesudu nasi ke dalam mulutnya. Dia sambung semula, “ahjussi tak kerja ke?”dia lihat disekeliling rumah Hyun bin. “saya nampak ahjussi selalu kemas rumah dan tak berbuat apa pun..,”katanya lagi.

 

 

Hyun bin tersenyum tanpa berkata-kata. “ahjussi dah bersara...,”ucapnya, sesudu nasi yang dipenuhi sayur kegemarannya mula memenuhi mulutnya sendiri.

 

 

“oh...dulu ahjussi kerja apa?”tanya Sae ron berkali-kali sambil kakinya bergoyang-goyang dibawah meja. Tapi Hyun bin tidak menjawab.

 

 

Hyun bin pun mencedok kuah supnya dan Sae ron ternampak tangan Hyun bin yang berparut. “luka tu...,”Sae ron terberhenti, memandang muka Hyun bin. “dulu ahjussi gangster ke?”soalnya.

 

 

Hyun bin tersenyum lagi dan kali ni dia menjawab. “kenapa cakap macam tu?”

 

 

“sebab....omma kata orang gangster mempunyai banyak parut dekat badannya..,”jelasnya dan dia takut kalau Hyun bin memarahinya.

 

 

“kamu rasa ahjussi ni orang jahat ke?”soal Hyun bin yang meletakkan sudunya di tepi mangkuk. Dia menghadap Sae ron.

 

 

Sae ron menggeleng kepalanya dan dia tersenyum kecil. “ahjussi selalu selamatkan saya dan beri saya makan!”katanya dengan gembira.

 

 

“macam tu ke?”Hyun bin memegang sudu semula. Dia menggeleng kepalanya. “aku bukannya orang baik...,”

 

 

Selepas habis makan, Hyun bin mencuci pinggan manakala Sae ron membantunya dengan mengelap pinggan sehingga kering. Dah siap, Sae ron berlari dan melompat ke atas sofa. Hyun bin pula masuk ke bilik untuk membersihkan dirinya.

 

 

Saat dia mengunci tombol pintu biliknya, dia membuka bajunya. Satu parut yang sedikit panjang berada di dadanya. Melihat dirinya di cermin..mengingatkan dia tentang masa lalu yang gelap. Ingatannya masih segar. Dia banyak bunuh orang dan sebagai balasan, dia kehilangan isterinya yang dia cintai. “apa yang aku fikir ni...,”Hyun bin melabuhkan punggungnya di atas katil.

 

 

Hyun bin terdengar bunyi ketukan pintu biliknya dari luar. Mesti Sae ron.

 

 

“ahjussi...omma saya dah balik!!”suara Sae ron kedengaran ceria. Tak disangka. Selalunya ibu Sae ron selalu tak balik selama sehari atau dua hari. Ini amat mengejutkan Hyun bin.

 

 

“ok..,”Hyun bin menyarung baju sejuknya sebelum keluar dari biliknya.

 

 

Selepas menghantar Sae ron hingga ke luar pintu pagarnya, dia nampak ibu Sae ron tunggu ditepi pagar rumahnya. Ibu Sae ron menunduk hormat dan mengucapkan terima kasih padanya selepas menjaga Sae ron seharian. Hyun bin hanya menunduk hormat dan melihat Sae ron berlari masuk ke dalam rumahnya. Ibu Sae ron masih berhadapan Hyun bin. Suasana menjadi lebih sunyi.

 

 

Hyun bin tak tahu apa yang Ibu Sae ron ingin katakan padanya sekarang ni. “ada apa-apa masalah?”

 

 

Ibu Sae ron segera memberikan beg sekolah berwarna pink pada Hyun bin. “ni...Sae ron punya beg sekolah. Pukul 5 pagi nanti saya perlu pergi kerja. Tak sempat nak hantar dia pergi sekolah. Encik boleh hantar dia ke sekolah?”tanya Ibu Sae ron namun Hyun bin boleh nampak tangan Ibu Sae ron menggigil-gigil saat memegang beg sekolah Sae ron.

 

 

Hyun bin mengangguk. “boleh..,”jawabnya sambil mengambil beg dari tangan Ibu Sae ron. “selamat malam,”ucapnya melihat Ibu Sae ron tergesa-gesa masuk ke rumah.

 

 

Malam yang sunyi membuatkan dia tidak nyenyak untuk tidur. Hatinya gelisah sambil berbaring diatas katil, hanya merenung dinding bilik yang kosong. Dia bangkit dari katilnya. Kakinya mula melangkah ke arah ruang tamu. Bila melihat jam dinding di ruang tamu, waktu masih bergerak perlahan. Baru pukul 2 pagi. Dia duduk di sofa dengan alat kawalan tv di tangannya. Berkali-kali dia menukar siaran. Tiada satu pun siaran yang menarik perhatiannya. Namun bunyi yang sangat bising dari rumah Sae ron dapat didengarinya. Dia terkejut sehingga bangun dari sofa.

 

 

“bunyi apa tu?”hairan Hyun bin. Hatinya bertambah gelisah dan hatinya ingin badan dia bergerak menjenguk rumah Sae ron. Dengan pantas, dia menyarung baju sejuknya berwarna kelabu tu semula lalu bergerak keluar dari rumahnya.

 

 

Dia nampak pagar rumah Sae ron terbuka luas bersama pintu rumahnya sekali. Hyun bin terkejut dan segera berlari masuk ke rumah. Rumah Sae ron kelihatan berselerak dengan semua barang terbalik. Kata hati Hyun bin benar.

 

 

“Sae ron!!!”teriaknya, matanya melihat sekeliling rumah Sae ron yang berselerak. Nampaknya ada orang datang ke rumah ni tanpa ‘diundang’.

 

 

Langkahnya mula berhati-hati ketika berada di ruang tamu. Tangannya yang perlahan menyeluk masuk ke dalam poket untuk mengeluarkan telefon....terhenti. Seseorang mengacukan pistol dikepalanya. Hyun bin kaku. Dia dalam masalah.

 

 

“cari siapa? Perempuan tak guna tu ke?”suara lelaki yang garau mula berjalan dihadapan Hyun bin. Lalu dia duduk di atas sofa. Dia, Taesik, seorang penjual dadah yang sering dikata-kata di tv sejak kebelakangan ni.

 

 

“mana Sae ron?”soal Hyun bin. Dia langsung tiada rasa gentar sedikit pun. “siapa korang semua ni?”

 

 

“amboi. Banyaknya soalan..,”kata Taesik lalu mengeluarkan telefonnya. Dia menunjukkan gambar Sae ron dengan ibunya, tangan dan kaki mereka diikat bersama wajah ketakutan mereka.

 

 

Hyun bin sangat terkejut. “korang nak buat apa dengan mereka?!”suara Hyun bin meninggi membuatkan Taesik menepuk tangan.

 

 

“inilah hero...,”ucap Taesik dengan senyuman lebarnya. “kalau macam tu, aku nak barang aku. Kau pegang kan?”

 

 

Hyun bin rasa lelaki ni merepek seorang diri. “barang? barang apa pulak yang kau nak dari aku? Aku tak ada barang berharga dekat rumah..,”

 

 

“kau fikir ni lawak. Aku tahu kau yang pegang barang aku. Kau kan jiran perempuan tak guna ni..,”Taesik menyuruh pengikutnya mengeluarkan pistol. “mana barang aku..?”

 

 

Hyun bin kelihatan tenang. Dia cuba fikir balik. Barang apa yang lelaki ni nak? Duit? Barang kemas? Tak. Dia teringat sesuatu yang berlaku petang tadi. Beg. Beg yang diberikan oleh ibu Sae ron. Jadi barang tu dalam beg Sae ron. Beg tu kemungkinan mengandungi barang yang lelaki ni nak. “kau nak barang kau kan? pastikan kau lepaskan mereka berdua...,”

 

 

Taesik tersenyuman lebar. “ok. mana barang aku?”

 

 

“dekat rumah aku..,”kata Hyun bin lalu Taesik mengarahkan 2 orang pengikutnya yang berotot mengikut Hyun bin ke rumahnya.

 

 

Sesampai di rumah Hyun bin, dia terus masuk ke dalam bilik untuk mengambil beg pink Sae ron. Keluar dari bilik, dia mencampak beg Sae ron kearah pengikut Taesik. Mereka pun ambil beg tersebut dan memang betul ada barang yang Taesik inginkan dalam beg ini.

 

 

Mereka tersenyum dan mula mengeluarkan batang besi serta pistol. “kau nak yang mana?”soal mereka sambil menunjukkan senjata milik mereka.

 

 

Hyun bin merenung tajam ke arah mereka. “dua-dua...,”dia segera menarik alas mejanya lalu melilit ditangannya begitu pantas, dengan pergerakan fleksible, dia mampu menumbuk mereka beruda dengan sekuat-kuatnya. Dia menumbuk lelaki yang rendah dan berotot dengan pantas lalu merampas batang besi darinya semasa jatuh atas meja berkaca dengan kuat. Lelaki itu telah pun pengsan. Manakala lelaki yang gemuk dan berotot itu ingin menembak Hyun bin sebelum dia dibelasahnya. Kaki Hyun bin yang panjang segera menendang kaki lelaki gemuk itu dan dia itu terjatuh.

 

 

“arggh!”teriak lelaki gemuk itu dan tangannya tidak lagi memegang pistol. “k-kau?!”

 

 

Hyun bin tersenyum kejam. “kau nak mati?”Hyun bin pula yang mengacukan pistol ke arahnya. Lelaki gemuk itu kelihatan ketakutan manakala kawannya yang kurus itu telah lama di alam mimpi.

 

 

Bang!

 

 

Bunyi das tembakan dilepaskan.

 

 

Taesik tersenyum memikirkan pengikutnya telah membunuh Hyun bin. “AHAHAHAHAHAHA BODOHNYA KAU!!”tawa nya dengan kejam.

 

 

Malangnya, orang yang kembali masuk ke rumah Sae ron yang berselerak itu...Hyun bin sendirian. Taesik terhenti ketawa, wajahnya berubah drastik. “pengikut kau tu tak ada adab betul...,”Hyun bin menyerabutkan rambutnya sambil memegang pistol ditangan kanannya. “ni barang kau ke?”dia menunjukkan plastik yang mengandungi serbuk warna putih. Dadah.

 

 

Nampaknya Taesik berurusan dengan orang yang berbahaya.

 

 

“siapa kau?”Taesik mula mengarahkan pengikutnya yang berada dibelakang Hyun bin mengacukan pistol.

 

 

Hyun bin masih tidak menjawab pertanyaan Taesik. Dia memegang pistolnya dengan erat dan nampaknya telefonnya menyala di dalam poket seluarnya. Pengikut Taesik tidak perasan lagi-lagi si Taesik yang tak tahu Hyun bin telefon polis dirumahnya. Perlahan-lahan pistol yang dipegang Hyun bin ke arah Taesik. “mana Sae ron?”

 

 

Bang!

 

 

Bunyi das tembakan sekali lagi dilepaskan.

 

 

Hyun bin melepaskan pistolnya dan jatuh ke atas lantai. Wajahnya memandang baju sejuk yang dipakainya berlubang dan mengeluarkan darah. Rupa-rupanya pengikut Taesik menembaknya dari belakang. Tangannya cuba menahan darah keluar dari perutnya. Taesik dan pengikutnya melarikan diri bersama dadah yang ibu Sae ron berikan padanya petang tadi. Hyun bin tumbang ke atas karpet merah diruang tamu. Melihat seorang demi seorang meninggalkan rumah ni. Kesedarannya mula hilang. Sekali lagi dia keseorangan.

 

 

“AHJUSSI!!!”

 

 

Hyun bin membuka matanya. Dia menoleh kepalanya ke arah pintu yang terbuka luas, dia nampak van kelabu dan tempat duduk di belakang ada Sae ron dan ibunya. Mereka menjerit-jerit nama Hyun bin. Hyun bin terkejut. Dia bangkit dengan cepat dan berlari mengejar van yang mula bergerak laju.

 

 

“SAE RON!!!”teriaknya, darahnya mengalir keluar dari perutnya. Ni lah kali pertama dia menjerit memanggil nama Sae ron. “LEPASKAN MEREKA!!!”

 

 

“ahjussi!!!!!”jerit Sae ron dalam van yang bergerak laju.

 

 

Hyun bin yang mengejar van yang semakin menjauh darinya. Walaupun kakinya letih, dia tetap mengejar van tersebut. Melihat Sae ron diculik..membuatkan dia begitu marah, walaupun Sae ron merupakan anak jirannya.

 

 

“aku akan cari dan kejar kau sampai dapat!!”Hyun bin bersumpah dia akan bunuh Taesik yang menculik Sae ron.

 

 

Apa yang dia tahu lepas tu, dunianya menjadi gelap.

 

 

 


 

 

2 hari kemudian...

 

 

Kini, Hyun bin berada di wad dan sedang disoal oleh seorang inspektor dan juga beberapa pegawai polis berjaga di bilik wad nya.

 

 

“apa yang encik tahu pada malam kejadian?”soal Inspektor Choi yang memegang buku nota kecilnya dan menunggu Hyun bin yang merenung dinding seperti orang gila buat. “Encik Hyun bin?”

 

 

Hyun bin menyerahkan telefon pintarnya. “aku ada rekod tentang semua perkara yang jadi 2 hari lepas...,”Inspektor Choi pun mengambil telefon Hyun bin yang sedikit berdarah.

 

 

Dia mendengar rekod tersebut bersama beberapa pegawai yang lain. Rekod itu bermula sejak Hyun bin masuk ke rumah Sae ron yang berselerak sehingga bunyi das tembakan dimana Taesik dan pengikutnya melarikan diri.

 

 

“tolong...tolong selamatkan Sae ron..,”katanya sambil memandang Inspektor Choi.

 

 

“kita akan cuba sebaik mungkin...,”itulah kata-kata Inspektor Choi sebelum keluar dari wad Hyun bin bersama pegawainya yang lain.

 

 

Pada waktu malam, suasana hospital kelihatan aman. Hyun bin berbaring di atas katilnya sambil mengingat semula kejadian 2 hari lepas. Dia fikir bagaimana Ibu Sae ron dapat dadah dari Taesik? Dan paling dia takutkan keadaan Sae ron. Pasti Sae ron dalam ketakutan. Tapi dia tak mampu lakukan apa-apa untuk Sae ron. Sebelum apa-apa terjadi pada Sae ron dan ibunya, dia perlu selamatkan mereka. Dengan kerisauan yang berombak-ombak di dadanya, dia segera mencabut IV ditangannya, dia menyarung semula baju sejuk dipakainya semasa dia ditembak dan meluru keluar dari wadnya.

 

 

Pada pagi yang hening, Hyun bin masuk ke sebuah kedai kecil yang menjual barang elektronik. Semua barang elektronik disusun rapi di almari dan dia menyapa seorang lelaki yang duduk dihadapan meja kaunter. Hyun bin amat mengenali lelaki ini sejak beberapa tahun lepas, dia Byun Baekhyun. Baekhyun terkejut dengan kedatangan Hyun bin secara tiba-tiba. Ini mengingatkan dia kembali dimana dia dan Hyun bin diarahkan pergi ke Korea Utara untuk misi menyelamatkan 2 askar yang ditahan oleh askar Korea Utara.

 

 

“Hei Hyun!”Baekhyun melambai dan gembira dengan kedatangan Hyun bin. Baekhyun amat pandai membaca fikiran orang dan telah membaca fikiran Hyun bin dan menyebabkan dia tahu Hyun bin menghadapi masalah. “kau ada masalah ke? perlukan bantuan aku?”

 

 

“yup...,”katanya dan memberikan sebuah fail yang mengandungi semua jenayah Taesik telah buat.

 

 

Baekhyun mengambil dan membaca fail tersebut. Dia tersenyum riang.

 

 

“Lee Taesik...menarik!”Baekhyun meletakkan fail di atas meja kaunternya. “aku tolong kau cari keberadaan Taesik,”yup, Baekhyun merupakan pakar IT dan merupakan askar elit Korea Selatan.

 

 

Berada di bilik yang sedikit besar, terdapat banyak komputer dan peralatan disekelilingnya. Hyun bin kagum dengan bilik Baekhyun ni. Minat terhadap komputer membuatkan Baekhyun terlalu obses dan membuatkan dia layak memasuki askar elit dan disitu lah dia bertemu dengan Hyun bin.

 

 

Kedua-dua tangan Baekhyun begitu cepat menaip dan meneruskan pencariannya tentang Taesik. Hyun bin yang berdiri dibelakang kerusi Baekhyun melihat dengan penuh perhatian. Baekhyun membuka beberapa web site sehingga dia terjumpa sebuah website tentang penjualan dadah dan organ manusia. Terkejut. Rupanya Taesik turut menjual organ manusia selain menjual dadah. Setelah mengklik! website tersebut memerlukan ID dan nombor telefon untuk meneruskan urusniaga.

 

 

“biar aku guna ID dan juga nombor telefon aku..,”kata Baekhyun lalu dia menaip ID dan nombor telefonnya. Dia tekan klik untuk meneruskan urusniaga.

 

 

Dan website itu memberi alamat tempat pertemuan untuk menjalankan urusniaga dan mengingatkan untuk membawa ID dan telefon semasa urusniaga dijalankan.

 

 

“wow...memang hebat!”Baekhyun teruja sehingga dia berpusing-pusing dikerusinya. “malam ni kita berseronok!!”

 

 

 


 

 

Didalam kereta, Hyun bin bersiap sedia dengan beberapa senjatanya untuk digunakan nanti. Manakala Baekhyun memastikan dia membawa ID dan juga telefonnya termasuklah alat peranti di sebalik bajunya. Selepas semua persiapan sudah selesai, Baekhyun dengan semangat yang tinggi lagi ceria keluar dari kereta lalu berjalan masuk ke dalam kelab malam yang merupakan tempat urusniaga dijalankan. Selepas beberapa minit, Hyun bin pula bergerak masuk ke dalam kelab malam tersebut.

 

 

Semasa Baekhyun di tepi pintu masuk, seorang lelaki berpakaian hitam ingin Baekhyun menunjukkan ID nya. Dengan itu dia berlakon untuk kelihatan gegabah sebelum dia keluarkan ID nya. Selepas beberapa pemeriksaan, Baekhyun terlepas dan alat peranti kecil itu masih belum diketahui oleh lelaki yang memeriksanya tadi. Kemudian, dia dibawa ke sebuah bilik yang berada di tingkat 2.

 

 

Tuk! Tuk! Tuk!

 

 

“masuk..,”kata suara lelaki di dalam bilik tersebut. Baekhyun dan lelaki pemeriksa itu masuk ke dalam bilik itu.

 

 

“ni lah lelaki tu...,”kata lelaki pemeriksa itu sebelum keluar dari bilik tersebut.

 

 

“jadi ni lah Taesik...,”kata hati Baekhyun. Dia pun segera duduk dikerusi yang berhadapan Taesik serta pengikutnya.

 

 

“kau nak urusniaga yang mana? Dadah atau organ?”tanya Taesik lalu menghembus asap rokok dari mulutnya.

 

 

“o-organ??”Baekhyun membuat muka terkejut dan berpeluh-peluh.

 

 

“haihh..takkan lah kau tak baca website kitorang. Kitorang ambil organ orang dan jual untuk orang yang memerlukannya..,”jelas Taesik lalu meletakkan putung rokok ke dalam bekasnya. “jadi..kau nak urus niaga apa?”katanya membuatkan Baekhyun rasa tak sedap hati.

 

 

Baekhyun cuba menenangkan dirinya. Dia berurusniaga dengan orang bahaya macam Taesik ni. Dia perlu bertenang dan cuba mengawal emosinya daripada bertindak tergesa-gesa. “dadah..,”

 

 

“ok...kejap lagi aku bagi. Sebelum tu...aku nak duit dulu...,”kata Taesik dan mula mengeluarkan pisau kecil dari bawah meja.

 

 

Ktang!

 

 

Taesik, Baekhyun dan lain-lain dapat dengar bunyi bising dari luar. Nampaknya Hyun bin yang bertindak liar sebelum Baekhyun sendiri. Taesik pula mengarahkan beberapa pengikutnya melihat keadaan luar tapi pintu bilik ditendang oleh seseorang dan Taesik mengenali lelaki yang menendang pintu itu.

 

 

Baekhyun bangun dari kerusi dengan beberapa regangan dibadannya. “Hyun~ kau lambat!!”ucap Baekhyun manja yang membuatkan Hyun bin meremang satu badan.

 

 

“aku rasa kau memang perlukan teman wanita sekarang ni..,”kata Hyun bin lalu memberikan sepucuk pistol pada Baekhyun.

 

 

Taesik menjadi semakin geram. Dia ingat Baekhyun nak urusniaga dengan tapi sebaliknya yang terjadi. Dengan pantas dia menyuruh pengikutnya belasah Hyun bin dan Baekhyun manakala dia melarikan diri dengan membuka pintu kecil yang merupakan lorong kecil rahsia di dalam bilik urusniaga ini. Apa lagi? Baekhyun menyuruh Hyun bin mengejar Taesik manakala dia uruskan semuanya disini.

 

 

“thanks!”Hyun bin segera masuk ke dalam pintu yang kecil mengejar Taesik di sepanjang lorong kecil ini.

 

 

“Hyun!!! Belanja aku kalau misi ni dah habis!!”jerit Baekhyun sambil menembak dan membelasah kesemua pengikut Taesik dengan mudah. Hyun bin hanya tersenyum kecil mendengarnya.

 

 

Taesik yang tersemput-semput segera keluar dari lorong pintu kecil lalu masuk ke dalam bilik yang dipenuhi beg plastik dadah. Dia segera mengeluarkan plastik warna hitam lalu membuka peti besi yang mengandungi duit yang banyak. Dengan ketakutan dia masukkan kesemua duit dalam besg tersebut. Bila dia nak keluar dari bilik tersebut, Hyun bin menyilang tangannya bersama pistol sambil menunggu Taesik ditepi pintu.

 

 

“WARGGHH!!”teriak Taesik sehingga beg plastik dipegangnya terlepas dari genggamannya. “kau! jangan dekati aku!!!”teriaknya lagi.

 

 

“mana Sae ron?”tanya Hyun bin sambil berjalan mendekati Taesik yang terduduk diatas lantai.

 

 

“aku tak tahu!! Aku tak kenal Sae ron tu!!!!”teriaknya bercampur marah. Membuatkan Hyun bin geram dan menembak paha Taesik. “arrgaahhh!!”dia meraung kesakitan memegang pahanya yang berdarah.

 

 

“mana Sae ron?”dan kali ni Hyun bin mengacukan pistol di dahi Taesik.

 

 

Taesik begitu takut dan meminta dirinya dilepaskan. Tapi ini membuatkan Hyun bin geram dan melepaskan tembakan di dinding. “MANA SAE RON?!!!”

 

 

“d-dekat Kangnam! Kedai Soba!!”Taesik akhirnya memberitahunya dan seterusnya, Hyun bin menghentak pistolnya di kepala Taesik sehingga dia jatuh pengsan.

 

 

Dengan pantas dia dan Baekhyun sempat berlari keluar dari kelab malam itu sebelum diserbu oleh polis. Mereka berdua masuk ke dalam kereta dan memecut laju ke Kangnam. Ia mengambil masa sejam untuk sampai ke sana. Dengan bantuan Baekhyun si pakar IT, dia telah menjumpai keberadaan Kedai Soba yang bersebelahan rumah banglo yang telah lama tidak diduduki orang.

 

 

Sesampai di tepi Kedai Soba, Hyun bin dan Baekhyun berhati-hati memasuki pintu kedai. Tiada apa-apa. Cuma ada beberapa meja makan yang berselerak dan dapur masak yang berhabuk. Baekhyun menjumpai pintu bawah tanah dan memanggil Hyun bin untuk melihatnya.

 

 

“ada pintu!”kata Baekhyun dengan riang.

 

 

“shh!! Jangan bising lah!”bisik Hyun bin kerana Baekhyun terlalu banyak buat bising. Dia berharap Baekhyun menjumpai gadis idamannya dengan segera.

 

 

Apabila mereka memasuki ke dalam pintu bawah tanah, mereka dapat bau sesuatu yang sangat busuk seperti bangkai haiwan. Hati Hyun bin mula risau dan masih berhati-hati. Sesampai di destinasi, mereka nampak banyak pintu dan setiap pintu ada tulisan.

 

 

Pintu yang pertama, ia tertulis ‘Bahan Buangan’. Dengan perasaan ingin tahu, Hyun bin memutar tombol pintu lalu memasuki bilik tersebut diikuti Baekhyun dari belakangnya. Terdapat banyak beg besar dan bau didalam bilik itu sangat busuk. Baekhyun dan Hyun bin menutup hidung mereka. Selepas mengelilingi bilik itu, langkah Hyun bin terhenti saat melihat sebuah beg besar tertulis nama Chae ron. Itu nama....ibu Sae ron. Jarinya yang panjang segera menarik zip beg sehingga itu terbuka sepenuhnya. Menitik air mata Hyun bin melihat mayat ibu Sae ron memenuhi jahitan. Nampaknya kesemua organ Ibu Sae ron diambil sebelum dijahit semula. Hyun bin menangis dan menyesal kerana tidak dapat selamatkan Ibu Sae ron dan Sae ron. Kejap! Sae ron?! Dia belum nampak lagi beg yang tertulis nama Sae ron. Dia masih hidup! Kemungkinan diantara bilik yang banyak tadi! Dia menyuruh Baekhyun membantu mencari Sae ron disetiap pintu yang ada.

 

 

Baekhyun mencari bilik di bahagian depan manakala Hyun bin terus mencari bilik dibahagian belakang. Baekhyun masuk ke sebuah bilik dan menjumpai berpuluh-puluh budak kecil yang kelihatan terbiar. Dia begitu kasihan lagi-lagi dia ternampak disudut bilik ada tahi bertimbun disitu. Sungguh kejam Taesik buat pada budak-budak kecil ini. Dia pun meneruskan pencarian dan Sae ron tiada dikalangan budak-budak itu. Mana Sae ron?!!

 

 

Sesampai di pintu bilik yang terakhir, dia dapat rasakan Sae ron memang ada didalam bilik itu. Dengan pistol ditangannya, dia menendang pintu dan merempuh masuk ke dalam bilik. Dia nampak seorang pakcik memegang skapel yang hampir mengorek mata Sae ron. Sae ron tidak menyedarkan diri di atas katil disebabkan disuntik ubat pengsan.

 

 

Bang!

 

 

Tanpa belas kasihan Hyun bin menembak tepat di lengan pakcik itu sehingga terlepas skapel dari tangannya. Pakcik itu meraung kesakitan dan berlari keluar dari bilik tersebut tapi malangnya Baekhyun memukul kepala pakcik itu menggunakan batang penyapu yang ada disitu dan pakcik itu jatuh pengsan. Hyun bin pula berlari dan segera memeluk Sae ron dengan erat. Akhirnya dia sempat selamatkan dia.

 

 

“ah..ahjussi...,”Sae ron yang kini sedar dari pengsannya. “terima kasih....ahjussi..,”dia memeluk Hyun bin dengan erat.

 

 

“t-tak...ahjussi tak sempat nak selamatkan omma kamu...,”Hyun bin memeluk Sae ron dengan lebih erat.

 

 

“Sae ron...dah lama tahu..,”dia mula menangis. “o-omma mati depan mata Sae ron sendiri...,”

 

 

Hyun bin dapat rasakan tangisan Sae ron semakin kuat. “m-maafkan ahjussi...,”Hyun bin berasa bersalah dan Sae ron menangis dengan lebih kuat.

 

 

Baekhyun yang turut berada di situ turut menangis teresak-esak dan terharu. “uwaarggh!! Korang berdua buat aku terharu!!!”nangis Baekhyun melebih-lebih sehingga Hyun bin dan Sae ron tersenyum lebar bersama airmata di pipi mereka.

 

 

 


 

 

Beberapa bulan kemudian...

 

 

Di sekolah Sae ron, ramai ibu bapa datang untuk berjumpa dengan guru tentang pencapaian anak mereka dan pada masa ni lah Sae ron duduk dimejanya keseorangan. Semua kawan-kawannya bersama ibu bapa tapi dia pula duduk keseorangan sehingga lah jam tepat pada pukul 12 tengah hari. Tinggal dia dan guru kelasnya. Bila dia nampak guru kelasnya mendekatinya, dia terus menyarung begnya dengan segera.

 

 

“mana ibu bapa kamu?”tanya Cikgu Chun pabila melihat Sae ron ingin keluar dari kelasnya.

 

 

“tak ada..,”jawabnya ringkas membuatkan Cikgu Chun simpati.

 

 

Tuk! Tuk!

 

 

Seorang lelaki berpakaian kot hitam memasuki ke kelas Sae ron. “dah habis ke?”

 

 

Sae ron terkejut manakala Cikgu Chun mengagak Hyun bin merupakan bapa kepada Sae ron. Sae ron ingin memanggil ‘ahjussi’ pada Hyun bin tetapi dengan pantas Hyun bin memberitahu dia datang ke sini selaku bapa Sae ron.

 

 

Cikgu Chun memberitahu pencapaian Sae ron yang sangat baik dan merupakan pelajar cemerlang disekolah mereka membuatkan Hyun bin tersenyum lebar dengan kesungguhan Sae ron. Dia percaya Sae ron boleh buat. Selepas habis memberitahu Hyun bin, Cikgu Chun meminta pandangan Hyun bin.

 

 

Dengan senyuman lebar di wajahnya, Hyun bin berkata, “saya sangat bangga dengan Sae ron dan saya percaya dia seorang anak gadis yang sangat berbakat dan baik hati. Sae ron memang boleh berjaya. Betul kan?”Hyun bin menggosok rambut Sae ron dengan senyuman lebarnya.

 

 

Sae ron tersenyum dan air matanya mengalir di pipi. “betul tu....appa!”

 

 

-END-

 

 


A/N: 4523 patah perkataan. *tarik nafas panjang-panjang* Mula-mula sekali, saya ucapkan terima kasih dekat readers kerana baca fanfic ni sampai habis. Sangat terharu dan sayang korang!!! T^T 

Ni lah fanfic pertama bagi saya dan saya rasa gembira bila dapat update ff ni. Kalau ada kesalahan dalam fanfic ni, maafkan saya dan berharap korang terhibur sepanjang membaca fanfic ni.

Kalau ada masa boleh tinggalkan comment, subs dan upvote. *lari masuk bawah katil* xD

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Seul-ssi #1
Love it! ^^
Suka tngk wtk hyun bin ngan baekhyun. Ff ni best buat sy teruja! Keep it up authornim!!
Ada sequel?
Iefa_San
#2
Chapter 1: Cerita yg menarik! Cuma kalau boleh kurangkan 'gap/space' antara satu perenggan ke perenggan yang lain. Huhu.. Kena ejas-ejas sikit sebab bila copy dari Word lps tu paste masuk AFF, dia punya setting akan larik sikit. Sorry sebab tetiba je komen. Keep up the good work!