Forever With You
BOOMBOOM Short Story [OPEN for 6 request and HIRING] [4/6]forever with you
written by: k-hope
watak : Oh Hayoung dan Jung Eunji
*video credited to the owner*
One by one it's falling down. Now there's few left
I don't have any power to catch any.
Therefore I'm just watching it. What should I do?
My flower, he was everything for me but he doesn't listen to me
Perhaps can you see the flower? The one who's watching you
My flower, I hold my hands together
I wish so badly to bloom again
Don't rush, don't leave. You can stay more
One leave by one, you are getting farther
If I'm alone, I can't be complete
My flower, he was everything for me but he doesn't listen to me
Perhaps can you see the flower? The one who's watching you
My flower, I hold my hands together
I wish so badly to bloom again
Listen carefully. You now how I feel
Don't disappear just like that light on that day
My flower it's here. Perhaps you are looking for me
Don't you know? I'm always waiting for you
My flower, I hold my hands together
I wish so badly to bloom again
"Hai,Hayoung."
'Hai,Eunji.'
Eunji duduk di atas padang rumput yang berbukit-bukit itu. Dia duduk sambil tangannya memeluk lututnya. Pandangannya dibuang ke arah langit yang biru dihiasi awan putih yang seperti gula-gula kapas. Angin sejuk menampar mukanya. Kedua-dua tangannya didepakan untuk merasai angin sejuk itu. Mata dipejamkan. Secara tidak diduga,air jernih mengalir turun ke pipi. Namun, Eunji masih tetap tersenyum sambil merasai angin yang menampar perlahan badannya. Mata dibuka semula.
"Aku harap kau dapat rasakan angin ni juga, Hayoung."
'Yeah! Aku dapat rasakannya. Sejuk. Bagus untuk main layang-layang sekarang ni.'
Eunji ketawa.
"Aku rasa masa ni memang tepat untuk kau main layang-layang. Macam dulu. Tapi aku ingat sangat yang kau main layang-layang tu sampai kau terjatuh disebabkan kaki masuk longkang. Tu lah. Cuai sangat."
Aku ketawa. Tak sangka Eunji masih ingat lagi masa tu. Aku sendiri pun boleh lupa. Memang malu masa tu. Dah lah jatuh depan crush aku,Jimin. Memang malang betul aku masa tu.
"Aku ingat lagi yang Jimin ketawakan kau. Kau marah sangat dekat Jimin sampaikan kau buang gelaran dia sebagai crush kau. Lorat je kau."
Betul lah. Mana tak marahnya. Dia ketawa tak henti-henti tengok aku yang malu dek jatuh. Dia hulurkan tangan kepada aku untuk bantu aku bangun tapi aku menolaknya sebab geram dengan dia. Kejam punya mamat.
"Tapi tak sangka selepas beberapa hari kau merajuk dengan Jimin,dia ajak kau couple dengan dia. Memang bertuahlah kau masa tu. Aku pula dapat alien pelik tu."
'Kau apa kurangnya. Dapat dengan alien dari planet Marikh tu. Meluat aku bila dia panggil kau chagi depan aku. Nak muntah.'
"Tapi alien tu tinggalkan aku sebab nak sambung belajar. Aku sedih. Kena tunggu lagi setahun untuk dia balik dari Jepun."
'Tapi alien tu cuma nak sambung belajar. Bukan tinggalkan kau pun. Buat apa nak sedih.'
"Aku tahu. Tapi aku tak suka ditinggalkan. Sama macam yang kau buat dekat aku. "
'Eunji.'
Eunji mengalirkan air mata. Dia mengesat air matanya namun air matanya masih tak berhenti mengalir. Tapaknya digunakan untuk menutup mukanya. Bunyi esakan dapat kudengari.
"Hayoung. Hayoung."
Mataku dapat memandang dengan pandangan yang kabur tapi telingaku dapat menangkap suara daripada Eunji. Aku cuba untuk membuka mataku namun pa
Comments