Ifahzira- Betrayed ( aquariusxpisces ver. )

BOOMBOOM Short Story [OPEN for 6 request and HIRING] [4/6]
Please Subscribe to read the full chapter
   

Betrayed

written by: aquariusxpisces

watak : Jinyoung (GOT7), Taehyung (BTS), Park Chanyeol (EXO), Wonwoo (SEVENTEEN)

 

 

Hari ini bermulanya persekolahan Jinyoung di sekolah baharu. Perkarangan sekolah yang dihias pelbagai jenis pohon bunga mengindahkan lagi suasana. Jinyoung mengeluh perlahan. Beg yang berat itu digalas dengan rapi di bahunya.

 

“Hai, budak baru?” Jinyoung disapa seseorang. Dia menoleh. Ada dua orang lelaki, berdiri di hadapan Jinyoung. Jinyoung mengangguk perlahan.

 

“Oh, selamat datang. Aku Park Chanyeol.” Chanyeol tersenyum, sebelum menghulurkan tangannya untuk bersalaman. Tangan Chanyeol disambut mesra oleh Jinyoung.

 

“Aku Kim Taehyung. Anak pengetua sekolah ni.” Taehyung tersenyum. Jinyoung hanya membalas senyuman itu dengan tundukan.

 

“Hai! Budak baru.” Pelajar lelaki dengan tag nama ‘Jeon Wonwoo’ datang mendekati. Jinyoung perasan riak wajah Chanyeol yang mulai berubah.

 

“Jinyoung, aku pergi kantin dulu. Kat sini ‘panas’.” Chanyeol mengipas-ngipaskan mukanya, sambil menjeling ke arah Wonwoo. Usai bayang Chanyeol hilang, Wonwoo membuka mulutnya.

 

 

“Sorry,aku tahu aku punca. Dia bencikan aku.” Sempat lagi Wonwoo tergelak kecil. Taehyung pula entah hilang ke mana. Jeon Wonwoo menunduk memandang lantai. Cermin matanya dibetulkan.

 

Jinyoung hanya tersenyum. “Baik! Selamat berkenalan. Nama aku Park Jinyoung.”

 

Mata Wonwoo berlegar-legar di sekeliling kawasan sekolah. “Jinyoung, kau nak aku tunjukkan kawasan sekolah ni tak?” Jinyoung hanya mengangguk.

 

Jinyoung dan Wonwoo mula berjalan di sekitar sekolah. Dari pejabat, hingga ke kelas, tiada satu pun yang tidak ditunjuk oleh Wonwoo. Dia sememangnya berbangga dengan sekolah impian dia selama ini.

 

“Wonwoo, tandas kat mana tadi?” Jinyoung bertanya arah tandas, sambil menyerahkan beg sandangnya kepada Wonwoo. Wonwoo tergelak kecil. “Mak oih, beratnya beg. Kau bawak batu ke apa? Cepatnya kau lupa. Tandas lelaki dekat blok ni, sebelah tangga. Jangan salah masuk tandas perempuan, ya.”

 

Jinyoung tergelak. Dia hanya mengangguk sebelum berlari meninggalkan Wonwoo di tempat tadi demi melepaskan hajatnya. Satu persatu blok dia lepasi, hingga tiba di tandas lelaki.

 

Pintu tandas dikuak. Perlahan-lahan, dia memasuki salah satu tandas. Pintu dikunci.

 

 

 

Wonwoo melirik jam tangan yang terletak kemas di pergelangan tangannya. Uih, lama betul Jinyoung dalam tandas. Dah masuk setengah jam dia di dalam tandas lelaki itu. Belum sempat dia mengatur langkah ke tandas, Jinyoung menegurnya.

 

“Uih, Jinyoung. Lama kau kat dalam tandas. Buang yang besar ke yang kecik?” Ujar Wonwoo sebelum kepalanya ditunjal oleh Jinyoung.

 

“Yang kau sibuk ni kenapa? Aku sakit perut.” Jinyoung menepuk-nepuk perutnya, sebelum mengambil beg sandangnya dari tangan Wonwoo. Mereka berjalan beriringan, masuk ke kelas. Jinyoung berpaling ke belakang sambil tersenyum.

 

“Kenapa Jinyoung? Sakit perut lagi ke? Nak aku temankan pulak ke?” Wonwoo membetulkan kaca matanya sebelum disambut gelengan Jinyoung. Jinyoung memandang ke hadapan, sebelum meneruskan perjalanan.

 

Jinyoung tersenyum.

 

 

 

“AHHHHHH!!!” Sekolah itu dikejutkan dengan jeritan beberapa orang pelajar lelaki dari arah tandas . Semua orang termasuk Jinyoung, Wonwoo, Taehyung dan Chanyeol berpusu-pusu ke tempat tersebut apabila mendengar jeritan pelajar itu.

 

Semua orang menekup mulut masing-masing kecuali Jinyoung dan Taehyung. Ada beberapa mayat di hadapan mereka. Itu Jackson, ketua geng pembuli di sekolah itu. Ada yang menutup mata tanda ngeri, dan ada yang membawa diri pergi kerana hampir termuntah.

 

“Agak-agak, siapa yang buat?” Timbul soalan ini diantara kesesakan itu. Semua saling berpandangan.

 

“Mungkin hantu budak tu ke? Dia datang balas dendam?”

 

“Atau mungkin Kim Taehyung. Jackson dengan dia kan memang anti dari dulu lagi.”

 

“Haah ya. Diorang kan memang selalu ‘berperang’. Musuh dia dah mati ni, senang lah dia bermaharajalela kat sekolah ni. Tak gitu?”

 

“Bapak dia pun pengetua. Kita memang tak boleh lari lah. Nak lawan dia, aku rasa kita terus dibuang sekolah.”

 

“Uih, jangan cakap kat sini. Nanti dia dengar, habis kita pulak yang dibunuh.”

 

Taehyung yang mendengar mula berasap telinganya apabila dituduh yang bukan-bukan. Pintu bilik stor ditendang kuat.

 

“Bukan aku lah!” bentaknya. Suasana bilik stor yang seperti pasar ikan tadi bertukar hening.

 

Kim Taehyung mula menjauhkan dirinya dari pelajar-pelajar lain. Chanyeol, Wonwoo dan Jinyoung hanya mengikut dari belakang. Senyap-senyap, ada seseorang sedang tersenyum sinis.

 

“One down, more to go.”

 

 

 

Taehyung berbaring di atas meja, sambil cuba menenangkan fikirannya. Dia dituduh atas benda yang tidak dilakukannya. Siapa tak marah? Baru sahaja semalam dia bergaduh dengan Jackson, hari ini Taehyung bertemu dengan mayat Jackson.

 

“Kau okay?” tegur Jinyoung, melihat Taehyung yang begitu serabut. Taehyung hanya membisu. Wonwoo memegang bahu Jinyoung, tersenyum. Isyarat matanya seakan-akan menandakan Taehyung perlukan masa. Jinyoung tersenyum sebelum mengangguk faham. Dia mula menjauhkan diri dari Taehyung sebelum melabuhkan punggung di tempst lain.

 

Chanyeol dan Wonwoo duduk semeja. Chanyeol hanya merenung wajah Taehyung, namun Wonwoo memandang wajah Chanyeol. Jinyoung hanya memerhati.

 

“Kau nak apa?” Setelah terasa dirinya diperhatikan, Chanyeol membuka mulut. Wonwoo hanya menggeleng.

 

“Korang ada apa-apa masalah, ke?” Jinyoung cuba mencelah sebelum dibalas renungan tajam Chanyeol.

 

“None of your business. Shut up.”

 

Wonwoo menggigit bawah bibirnya. Jinyoung tahu, Wonwoo ingin berkata sesuatu tapi ada sesuatu yang menghalang.

 

Pagi itu, pengetua sekolah yang juga merupakan bapa Taehyung turun ke dewan. Mereka berkumpul di dewan, selepas mendapat info dari Cikgu Youngjae. Semua pelajar duduk dalam satu barisan, ada yang masih terkejut dan ketakutan. Taehyung, Jinyoung, Chanyeol dan Wonwoo duduk dalam satu barisan.

 

Taehyung masih lagi terkesan dengan tuduhan yang dilemparkan dari pelajar-pelajar lain. Ada yang masih berbisik, membuat andaian sendiri tentang pembunuh Jackson. Taehyung memekakkan telinga, cuba menghiraukan tohmahan itu. Jinyoung memegang bahu Taehyung.

 

“Sabar ya, jangan dengar cakap diorang.”

 

Taehyung mula tertekan namun Chanyeol dan Wonwoo memberi sokongan penuh kepadanya. Taehyung mula mengukirkan senyuman.

 

“Perhatian semua.” Suara garau bapa Taehyung, Pengetua Kim bergema di seluruh pelosok dewan itu. Bisikan pelajar mula menyepi. Pengetua Kim berdehem sejenak, sebelum menyambung.

 

“Saya tahu anda semua masih terkejut dengan apa yang berlaku hari ini. Setelah berbincang dengan guru-guru yang lain, kami bercadang untuk menghantar kamu semua ke perkhemahan. Jadi esok, sila hantar borang ini dan maklumkan pada keluarga kamu. Pasal mayat Jackson itu, pihak polis akan selesaikan dan mencari siapa pelakunya. Saya harap kamu semua bersabar dengan situasi ini.” Pengetua Kim turun dari pentas apabila mendapat isyarat dari guru-guru lain.

 

Jinyoung mengeluh sejenak.

 

Wonwoo termenung jauh. Dia teringat akan Jung Wooki, kawan baiknya yang pernah menjadi salah seorang mangsa kekejaman Jackson dan konco-konconya.

 

“Aku harap kau bahagia kat sana, Jung Wooki.”

 

 

 

Pagi itu agak sunyi kerana ramai yang masih terkejut. Ramai berbaris di hadapan pintu pagar sekolah kerana sekolah itu terpaksa ditutup buat sementara waktu untuk memberi laluan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan lanjut. Mayat Jackson dan konco-konconya telah dituntut oleh keluarga masing-masing. Kertas siasatan lanjut terpaksa dibuka kerana pihak polis kekurangan bukti.

 

Jinyoung menyandang beg galasnya di bahu. Dia mendekati Wonwoo yang duduk di bahu jalan. Dia memandang sekeliling sebelum melabuhkan punggung di sebelah Wonwoo.

 

“Kadang-kadang, manusia ni kita tak pandai nak baca, kan?” Ayat itu menjengah

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
aquariusxpisces
zitaopabo request part 1 updated! ^^ -aquariusxpisces

Comments

You must be logged in to comment
sunshine_blue
#1
Chapter 30: Eh takpelah,saya pun sibuk exam sem 1 dah nak dekat utk stpm ni..its okay,just take your(enough)time!! Saya akan tunggu:-) p1 ni dah cukup baik ni hehe btw cite ni best thank you saya hargai usahamu !! Keep forward;-) ;-) all the best exam nnti
soohanfeels
#2
Chapter 28: HAHAHAHA SUMPAH LAWAK KAT PART YG JEONGHAN TRY COVER DENGAN TEKAN TUBI XD ya ampun konyol betul Cheonsa nie XD HAHAHAHA I KENNOT LAH ! XD and part asyik jeling-2 tu ha xD Seungkwan pun suka sangat mengusik :3 thumbs up for author-nim for making this great stories ;) saya akan tunggu, take your time and FIGHTING ! <3
Ifahzira
#3
Chapter 23: Xjangka ending dia semua mati haha btw thanks for the story! Sy suka >< and poster tu lawa lah
girly_
#4
Chapter 27: wahahahahaha thanksss saya akn setia tunggu part 2 dri awak.cerita awak seronok smpai saya sengih2 sorang huuhuu.
. request shop awk ni latak dpt byk subscribers!! btw. take your time.. jgn pening2 hahaha
Zitaopabo #5
Chapter 26: Hiiii! Terima kasih author-nim! Hahahaha tak sangka ada part.2! Apa-apapun, best! Suka style penulisan author-nim!>~< saya bengang pula dengan makhluk2 yang tak berperikemanusian tu Π_n bila Michan kena pukul dengan batang paip aduhhhhhh saya yang terasa hahahahahah. Kejamnya watak2 author-nim ni;---; haihhh apa2pun, goodluck!>< kipidap dongibap><
girly_
#6
saya dh request!!!
soohanfeels
#7
NAK REQUEST BOLEH TAK AUTHORNIM SEKALIAN XD btw holaaa :D
Zitaopabo #8
Saya nak request boleh?
sunshine_blue
#9
Saya dah request betul tak?