TaeKook Special
Swaggy dan AbsTaelien POV
Fuh, nasib baik menjadi juga rancangan aku heret dua ekor beruk ni keluar dari rumah Jimin. Kalau tak, sampai esok pagi si kuda tu dok berkepit ngan Chimchim. Haih, tak apalah, yang penting dua ekor jebon tu dah berbaik.
End POV
“Eh, ko nak bawa kiteorang kemana ni?” soal Jhope lalu melepaskan pegangan Taelien. Kookie pun turut sama melepaskan tangannya. Fuh, bukan alang-alang genggaman si Taelien ni. Silap-silap hari bulan ada yang patah tulang karang. Taelien segera memandang kearah dua orang manusia itu sambil bercekak pinggang. Kookie blur sekejap lalu memetik jarinya seperti dapat menangkap apa dimaksudkan oleh pemuda itu. Jhope pula menggaru-garu kepalanya yang diserang kebingungan tahap kronik.
“Apahal ni? Aku baru je nak belajar ngan Jimin ko dah tarik aku keluar. Hmph!” dia menarik muka masam.
“Alaaa…rilekslah brader. Si Chim tu tak kemana juga. Biar lah dia dating ngan Suga lama-lama. Tak elok pula kita bertiga ni kacau daun, tak gitu?” ujar Kookie sambil mengenyitkan mata kat Taelien. Taelien pantas mengangguk.
“Tapi…buku aku masih tertinggal kat rumah Jimin. Nanti mak marah wehhh!” Jhope menghentak-hentakkan kaki seperti budak kecil berumur 5 tahun yang tertinggal mainannya di rumah orang. Taelien dan Kookie pula terhinjut-hinjut bahu menahan gelak melihat gelagat Jhope.
“Eleh, ko bukannya budak kecik pun. Dahlah, meh sini kiteorang hantar ko balik umah.”
Tanpa membuang masa, mereka berdua mengheret kuda pulang ke rumahnya.
“Bye, kuda! See you tomorrow!”
Mereka melambai kearah Jhope sebaik sahaja selesai menghantar pemuda itu pulang.
“So, apa kita nak wat sekarang?” tanya Kookie. Taelien tersengih lalu menarik tangan Kookie untuk ikut bersamanya.
“Kita jalan-jalan ke mall lah!”
Sesampainya disana, mereka berdua menuju ke tempat game untuk menghilangkan bosan sambil memberi ruang kepada YoonMin untuk menyelesaikan salah faham antara mereka.
“Eh…itu bukan bapok bahu tegak kesayangan kau eh?” tanya Kookie sambil menepuk-nepuk bahu Taelien yang sedang khusyuk menghadap monitor game tersebut. Taelien segera mengalihkan tangan Kookie kerana ingin menumpukan sepenuh perhatian terhadap game yang sedang dimainnya.
“Amboi, suka ati korang je panggil dia bapok bahu tegak. Nama dia cikgu Jin tau.” (Sempat pula dia betulkan nama cikgu kesayangannya xD)
Kookie yang mula naik berang lantas menarik kepala Taelien menghadap cikgu Jin dan cikgu Rapmon yang sedang rancak bergurau senda sambil makan aiskrim McD.
“Nah, tengok dengan kepala mata kau sendiri! Tak pernah dalam seumur hidup aku tengok bapok bahu tegak tu ketawa macam nak pecah perut. Sebelum ni asyik tarik muka masam aja.” ujarnya.
<
Comments