FINAL

I'M LETTING YOU GO
Please Subscribe to read the full chapter

Hana berjalan menuju ke kelasnya bersama rakan baiknya Haneul. Sedang mereka bersembang, dia melihat seorang jejaka sedang bersembang dengan rakannya.

"Hyungwon oppa," tegurnya riang. Jejaka tersebut menoleh ke arahnya sebelum tersenyum nipis. Hana berlari anak menuju ke arah jejaka bernama Hyungwon namun hampir berapa langkah jaraknya daripada Hyungwon dia tersadung dan hampir tersembam namun sempat disambut Hyungwon.

"Aish, berhati-hatila. Nasib tak terjatuh," tegur Hyungwon. Hana tersenyum manis sebelum menjawab,"kalau Hana jatuh oppa kan ada untuk sambut Hana,"

Hyungwon terdiam mendengar jawapan teman wanitanya. Entah mengapa hatinya tidak lagi berdebar debar seperti selalu mendengar jawapan gadis itu.

"Oppa, are u okay?" Soal Hana prihatin. Hyungwon tersedar daripada lamunannya. Dia memberi senyuman nipis sebelum memberitahu bahawa dia okay. Beberapa minit kemudian, loceng pun berbunyi.

"Okayla oppa, Hana masuk kelas dulu. Jumpa rehat nanti okay," ujar Hana sebelum berlalu pergi ke kelasnya bersama rakan baiknya yang setia menanti.

*****

Hana merenung padang sekolah yang bersebelahan dengan kelasnya. Harini cikgu Sejarah mereka menghadiri mesyuarat, jadi kelas mereka tidak mempunyai cikgu. Kelas yang hingar bingar tidak disedari oleh Hana kerana dia terlalu ralit dengan fikirannya.

'Kenapa Hyunwon oppa nampak lain? Dah hampir sebulan dia macam tu,' fikir Hana. Sudah sebulan Hana perasan akan perubahan gelagat Hyungwon yang kelihatan seperti ingin mengelakkan diri daripadanya, namun dia hanya membuat tidak tahu sahaja apabila berhadapan dengan Hyungwon.

'Jangan-jangan..' lamunan Hana terhenti apabila ada satu tangan memegang bahunya. Dia menoleh dan melihat rakan baiknya Haneul sedang merenungnya dengan pandangan mengambil berat.

"Kau okay tak Hana? Aku tengok semenjak dua menjak ni kau asyik termenung je," tegur Haneul prihatin. Hana tersenyum nipis mendengar soalan rakan baiknya. Dia tahu Haneul seorang yang sangat prihatin dan mengambil berat terhadap orang lain, terutama diri Hana.

"Takdela, aku tengah fikir apa yang aku nak bagi dekat Hyungwon oppa. Lusa kan tahun ketiga kitorang couple," ujar Hana. Haneul menganggukkkan kepala tanda faham.

"Ala, Hyungwon oppa kan jenis yang tak kisah.. Maybe kau boleh bagi dia kasut, takpun jam tangan couple. Haa, habis cerita," cadang Haneul.

"Erm… Okay juga cadangan kau tu. Okay, nanti aku cari. Thanks Haneul," ujar Hana sambil tersenyum.

*****

Tamat saja waktu persekolahan pada hari itu, Hana segera mengemas barangnya dan mengucapkan selamat tinggal kepada Haneul sebelum berlalu pergi menuju ke pagar utama sekolah. Sedang dia berjalan, tiba tiba telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada mesej masuk.

 

Hyungwon Oppa ❤

Sorry Hana, oppa ada hal. So tak boleh teman Hana.

 

Hana mengeluh perlahan. Sudah beberapa kali Hyungwon menolak ajakannya untuk keluar bersama.

"Takpela, better aku pergi cari hadiah untuk Hyungwon oppa kat shopping complex," ujar Hana. Setelah membalas mesej Hyungwon, Hana meneruskan langkah ke perhentian bas untuk menuju ke pusat membeli-belah.

*****

Setelah hampir satu jam berjalan dari sebuah ke kedai ke kedai yang lain, akhirnya Hana menemui juga hadiah yang sesuai buat Hyungwon. Dia merenung kotak jam tangan yang mempunyai dua utas jam tangan, satu untuk lelaki dan satu untuk perempuan.

"Mesti Hyungwon oppa suka dengan hadiah ni," ujar Hana sambil tersenyum riang. Dia meminta jurujual membungkuskan hadiah tersebut. Setelah membayar harga jam dan mengucapkan terima kasih, Hana melangkah keluar daripada kedai jam tersebut.

"Lapar pula, makan dulu baru balik la," gumam Hana perlahan lalu melangkah menuju ke restoran kegemarannya. Baru sahaja ingin melangkah masuk, dia melihat satu susuk tubuh yang amat dikenalinya.

"H-Hyungwon oppa," ujarnya perlahan. Tidak jauh daripadanya, Hyungwon sedang menikmati makanan bersama dengan Bora, iaitu senior di sekolahnya yang juga merupakan rakan sekelas Hyungwon.

Hyungwon tersenyum manis sambil mendengar kata-kata Bora. Apabila rambut Bora mengganggu pandangan matanya, Hyungwon mengalihkan rambut tersebut dan menyelitkankan ke telinga Bora. Perlakuan sama yang pernah dilakukan olehnya terhadap Hana.

Tidak tahan melihat perlakuan mereka, Hana membuat keputusan untuk beredar dan pulang ke rumah. Dia segera menahan teksi dan memberikan alamat rumahnya. Setelah sampai ke rumah, Hana membayar tambang teksi dan segera berlari ke biliknya. Pintu bilik dikunci sebelum Hana terduduk. Air mata yang ditahan akhirnya mengalir juga.

'No wonder he seems distance with me. He.. He doesn't love me anymore,' hati kecilnya berkata. Sepanjang hari itu Hana menangis. 'It's okay Hana, just cry. Let it out. Lepas ni jangan menangis sebab dia dah,' hati kecilnya memujuk. Akhirnya Hana tertidur dengan air mata yang masih berlinangan.

*****

Hyungwon berjalan menuju ke kelasnya sambil berfikir tentang perbualannya dengan Wonho malam tadi.

"Bila kau nak bagitau Hana?" Soal Wonho.

"Entahla, aku masih mencari masa yang sesuai untuk ba

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
nhmuhammad #1
Chapter 2: I love this story♥ tapi lg best kalau sambung lg..please ..tk pun buat sequel...then buat ending die hana ngan org lain..please...T T
Nabila_Pss
#2
Chapter 2: Author saya selalu sokong author!!!!^^ btw sambunglah lagi autho T_T ff ni best~~~~~
Chiko_Miari #3
Chapter 2: Sya rasa klau authornim sambung lgi best..heee >_<
5days_fin
#4
Chapter 2: hati orang cepat brubah-ubah n kita xleh pksa utk dia ttp disisi. btw ada sequel x?
Btw jjanglah cerita author... *thumbs up*