>> 2

My Type is.. A Gheiboi ?
Please Subscribe to read the full chapter

 

2.

 

 

“Hari ini.. matlamat aku mesti hantar surat cinta ni pada Axel walau apa pun yang terjadi sehingga ke nafas yang terakhir!” tekad Hara. Hara melihat kiri dan kanan. Dia mahu menyelinap masuk ke kelas Axel tanpa sesiapa menyedarinya. Waktu kokurikulum petang adalah waktu yang terbaik untuk meletakkan surat cinta ini di bawah meja Axel. Semua murid di hendaki ke persatuan masing-masing dan ke padang untuk menjalankan aktiviti koko. Aras kelas tahun akhir tidak akan digunakan untuk mana-mana perjumpaan persatuan, jadi kelas mereka akan kosong tiada berpenghuni. Cantik, line clear. Ini lah masanya.

 

*BGM James bond*

 

     Dengan langkah berjaga-jaga, Hara masuk dengan gaya seorang spy yang sedang  menjalankan misi terunggulnya. “Ini lah masa yang di tunggu-tunggu..” bisik Hara kepada dirinya sambil tersengih-sengih bangga.

 

   Hara kenal benar meja Axel kerana diatas mejanya tertulis sesuatu.

‘Ini Meja Axel, siapa sentuh Haram!’ Hara tergelak kecil apabila membaca sesuatu diatas meja lelaki idamannya.

   Dia mengeluarkan sepucuk surat berwarna merah jambu dari poket seluar sukannya.

“Harap kau baca...” tidak sempat Hara meletakkan surat itu di bawah meja Axel, kolarnya di tarik oleh seseorang dari belakang.

“Hey.. apa yang kau sedang buat huh?” Mark berbisik di telinga Hara. Hara tidak berani menoleh belakang.

“Kau pekak ke? Aku Tanya kau ni kan...” bisik Mark lagi.

“Err... aku cuma nak...” Hara gagap. Tanpa berlengah, Mark merapas sesuatu di tangan Hara.

“Nak bagi surat cinta pada Axel eh??”  Tanya Mark.

“Biar aku baca..”sambung Mark.

“Noo!!” jerit Hara, Hara cuba merampas surat itu dari Mark.

“kau ni sibuk lah! Bagi balik surat aku!!” jerit Hara. Hara bertungkus lumus mahu merampasnya kembali.

“Bwek! Pendek, No way!!” Mark cuba menepis Hara. Hara tidak bernasib baik kerana dia hanya seorang gadis yang pendek, Hara tidak dapat mencapai surat itu. Hara cuba menjengkekkan kakinya. Tanpa berfikir panjang, Hara yang sedsang marah melompat menerkam Mark.

 

‘GEDEBUK!’

 

Mark terjatuh diatas lantai, Manakala Hara pula terjatuh di atas badan Mark.

“Aduhhh...” Hara membetulkan cermin matanya.

“Ad-duh sakit gigi aku...” Mark cuba membuka matanya. Giginya terkena kepala besi Hara.

“Ni kepala ke? Batu ni?” rungut Mark masih tidak menyedari Hara di atasnya.

      Kemudian, mata mereka bertentang..

“Waaaaaaa!!” mereka menjerit serentak. Hara kini berada diatasnya. Hara terjatuh diatas badan Mark. Bahaya! Ini gawat! Mereka dalam posisi yang bahaya. Sekiranya ada orang yang menjumpai mereka dalam keadaan begitu, parah reputasi mereka. Mereka bakal di tangkap basah.

“OMG! Nyah kau gheiboi!” Hara cepat-cepat bangun.

“Hoii mulut! Pehal kau jatuh atas aku hah?! Ambil kesempatan dengana badan aku lah tu!” Mark turut bangun dan menutup kedua-dua buah dadanya dengan tangannya, takut di apa-apakan oleh gadis pendek itu.

“Jangan perasan sangat eh! Aku nak ambil ini!” kata Hara sambil menunjukkan surat cintanya yang telah berjaya di rampas daripada Mark.

    Mark membetulkan rambutnya. “Damn! Terlepas sudah. Hey mata empat, Kau terlampau suka Axel ke?” soal Mark. Muka Hara berubah merah apabila Mark menujukan soalan itu kepadanya.

“Damn! Aku dah agak kau suka dia!” Marah Mark. Hara hanya mengangguk.

“Yah- Yukina Hara, kau kira untung..” kata Mark. Hara pelik dengan kenyataan Mark. “Maksud kau?”

“Sekurang-kurangnya kau boleh meluahkan perasaan kau pada orang yang kau suka.... dan mungkin Axel akan terimanya...” terang Mark. Mark menundukkan kepala. Kelihatan Mark kecewa.

“Kenapa kau cakap macam tu?” kata Hara sambil mengerutkan dahinya.

“Sebab aku suka pada seseorang, tapi aku tak boleh luahkannya.” Jawab Mark. Hara melebarkan senyumannya.

“Kau suka Axel jugak eh?” soal Hara. Mata Mark membulat.

“Sesiapapun boleh suka pada lelaki yang macam Axel tu kan? Tak salah apa.. Axel seorang lelaki yang unik dan dingin, mesti lah  dia layak untuk di sukai orang ramai..” kata Hara. Mark memandang Hara dengan pandangan keturujaan. Tidak pernah orang yang sependapat dengannya sebelum ini. Hara orang yang pertama yang faham tentang situasinya.

“Hey Yukina Hara... Aku boleh tolong kau serahkan surat cinta ni pada Axel..” Kata Mark kepada Hara.

“Jinja???!” Hara teruja. Terbit bintang-bintang di matanya seperti di dalam anime. Mark mengangguk.

“Tapi ada syarat..” Mark tersenyum sinis.

“Apa syaratnya?”

.........

“Jauhi Axel...” tegas Mark dengan mimik muka yang serius.

“Tapi kenapa???” Hara blurr.

“Jangaan stalk Axel macam pengecut.. macam perogol bersiri! Aku rimas.” perli Mark.

Hara terengih-sengih seperti kera sumbang. “Hee kantoi.”

 

 

 

Sementara itu,

 

“Ishk mana si Mark Adem ni???! Kata tertinggal dompet dalam kelas.. ni nak dekat setengah jam aku tunggu.. Dia ni ambil dompet ke, buat dompet? Siot lah dia, buat aku tunggu lama-lama dalam kelab bodoh-bodoh ni.. (Kelab memasak)” Axel merungut.

“Psstt Axel..” kebetulan Jooheon menyertai kelab memasak.

“Pe?” jawab Axel ringkas.

“Kita berdua je ke ahli lelaki dalam kelab memasak ni??” soal Jooheon.

Oh ye tak ya juga, hanya mereka bertiga sahaja murid lelaki di dalam kelab ini. Ini semua salah Mark yang pandai-pandai menulis namanya. Dia benci dengan perbuatan Mark itu. Sebelum ini mereka di kelab olahraga pada tahun lepas, kerana inginkan kelainan, Mark memilih untuk menukar kelab pada tahun terakhir mereka. Kelab dimana boleh memberikan benefit pada perut mereka. Manakala Jooheon pula adalah ahli terbuang dari kelab bola sepak kerana dia seorang kaki

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
BarmyDew
akhirnyaaaaa chpater 3 update. sorry author-nim busy sikit sem ni. uhuk.. harap sukaaa

Comments

You must be logged in to comment
Eli_Shane
#1
Bila nak update woi
Shadow_warriorangel #2
Chapter 7: Entah kenapa la sy ship hara dengn mark berbanding Axel hahahahah
lyanaesyaz #3
Chapter 7: tq update authornim..fighting
lyanaesyaz #4
Chapter 6: sya suka tgk mark dgn hara gaduh..comel jerr
lyanaesyaz #5
Chapter 6: authornim ppalli update this ff
Toto_Lien
#6
Chapter 5: hahaha bodosh shiall... cant wait.. ahah lol,
xleyh lupa scene mark n hara.
"rindu nak gaduh" keep update la ye.
Toto_Lien
#7
Chapter 4: ahaha.. sekali baca fsl mark, cm gay, kejap x.. l kejap ghei balik.. lol..
mark ni ap ya??
xpi best gila.. duk gelak sensorang.. buduh lah mark aka wonho tu lol.
best ad kwn gini.. xbosan hidup. lol
keep updating authornim, ^ ^
fluffyichigo
#8
Chapter 4: aku takleh la camni duk gelak gelak sesorang xD
Eli_Shane
#9
Chapter 4: tak pasal2 p petik nama ziana zain tu kenapa xD