S E M B I L A N

H U J A N
Please Subscribe to read the full chapter

 

Hujan.
BAB SEMBILAN BGM : EXO - ONE AND ONLY

Mereka menyulam kasih dan persahabatan sejak remaja tetapi adakah ia akan menjadi seperti penamat bagi setiap novel Inggeris yang melankolik; mereka tidak dapat bersama?

Si jejaka membawa diri yang merana, sanggup basah kuyup dalam hujan, tetap setia menunggu; bermula dari harapan duka lalu membangkitkan amarah.

Si gadis yang ditunggu, yang dicintai sudah ada di hadapan mata. Malangnya, cinta yang diharap bertukar menjadi paksaan dan mengheret kedua-dua hati untuk dilukai.

“Kenapa awak tak pernah fikirkan tentang diri saya? Sia-sia saja usaha saya selama ini. Awak tak pernah hargainya.”

Si gadis menggeleng laju. “Bukan itu maksud saya, Kyungsoo..” rintihnya yang berjuraian air mata. Kaki ingin melangkah mendekati namun mati dengan suara si lelaki.

“Mungkin ini penamat bagi kisah kita, Yoo Haera..”

Mereka berpisah pada malam yang dilencung hujan itu. Dengan kaku, si gadis melihat cintanya beransur-ansur ditelan kelam malam.

“Kyungsoo!”

Haera terbangun dengan mengejut daripada mimpi buruk yang menyelubungi. Naik turun dadanya, mengambil nafas. Guruh masih berdentum perlahan di langit subuh. Haera melihat ke luar tingkap. Hanya satu persoalan yang menebak minda. Apa maksud mimpi tadi?

Pagi tiba dan Haera sudah bersiap lebih awal daripada biasa dek tak dapat lelapkan mata. Masa yang ada digunakan untuk membuat sarapan. Sekali lagi hatinya teringat pada si pemilik pasangan cincin perkahwinan di jari.

“Pagi, Haera.” sapa Luhan dan terus sandwich yang tersedia di dalam pinggan di hadapannya, selamat disua ke dalam mulut. Sebelah tangan Luhan bertongkat ke atas kaunter dapur sambil dia menjenguk raut Haera yang termenung jauh. Bahu si gadis dicuit perlahan. “Kenapa ni?”

“Ah?” Haera tersentak kecil lantas menggeleng. “Takde apa-apalah.”

“Kalau kau dah siap, jomlah aku hantarkan.”

.

Luhan memberhentikan kereta tak jauh daripada pintu masuk bangunan pencakar langit yang menjadi tempat si gadis bekerja. “Hujan rintik ni. Ada payung tak?”

“Takpelah. Aku okay je dengan hujan.” Suara Haera hanya lemah seperti malas hendak melayan.

“Kau suka atau benci hujan, Haera?” Tiba-tiba Luhan lontarkan soalan yang si gadis tahu ada maksud yang tersirat.

 Haera hanya senyum tawar sebelum turun daripada kenderaan terbabit. “Aku pergi dulu, Luhan.”

“Ah balik nanti aku jemput kau!” laung Luhan dari tingkap kereta yang separuh terbuka. Susuk Haera yang menjauh, berpaling semula dengan senyuman tenang diiringi anggukan kecil. Luhan tahu Haera ada jawapan untuk soalannya tadi.

 

Pintu lif terbuka memunculkan Kyungsoo yang segak bersut. Si pemuda itu melangkah keluar tanpa kata. Sebelum dia memasuki pejabat, meja yang menempatkan setiausahanya dipandang sekilas.

Degil itu kadang kala perlu. Kerana degil, matanya masih belum dibutakan dengan nafsu yang cuba melangkaui batas larangan. Kerana dia degil menyintai seorang gadis bernama Yoo Haera.

“You know what I mean right, Kyungsoo? No one can resist that thing.” Senget senyuman Bomi yang merapatkan lagi badannya dengan si lelaki. Bau wangian semerbak bertebaran, hampir mengaburi akal logik.

“Even kalau saya tak boleh lakukan perkara itu dengan Haera, saya takkan paksa dia.” Lingkaran tangan Bomi di leher dijatuhkan dan Kyungsoo menjauhkan diri. Mata bundarnya memandang tajam raut Bomi yang jelas terpempam. Maka, berbekalkan profesionalisme yang ada, “Mulai hari ini, awak dipecat Yoon Bomi.”

Kyungsoo telah mengambil keputusan untuk tidak melukakan hati si gadis yang dicintai. Dia sudah berjanji takkan guriskan walau sekelumit luka pun di hati si gadis berkenaan. Kerana mereka masih bergelar suami isteri dan hanya kerana dia masih berharap.

Kadang kala memutuskan sesuatu hubungan memerlukan lebih banyak keberanian berbanding mengekalkannya.

 

Chanyeol datang menyinggah ke meja Haera yang beriak sugul. Kepalanya menyenget seperti bibirnya. “Ada masalah ke, Haera? Awak nampak muram je macam cuaca hari ni.”

Haera bereaksi paksa dengan lawak ringkas Chanyeol. Selepas keluhan lemah terusir, barulah si gadis ingin membuka bicara. “Saya ada masalah dengan Kyungsoo..”

“Ouh.. Sebab apa?” Si tinggi lampai mengisi kerusi kosong di sebelah Haera. Sebenarnya dia dapat mengagak ia berpunca daripada lelaki itu. Siapa lagi yang dapat buatkan gadis ini gembira dan sedih pada kemudian hari selain si suaminya sendiri.

“Sebab awak.”

Chanyeol mengerutkan kening lantas wajahnya bertukar serius. “Sebab saya?”

“Saya rasa saya suka pada awak, Chanyeol.”

“Jangan main-mainlah, Haera.”

“Saya tak bergurau.”

Nafas keluhan kecil dihela. “Saya sebenarnya pun ada hati pada awak sejak hari pertama saya kenal awak.. Tapi lepas tahu awak dah kahwin, saya pun perlu kuburkan sajalah perasaan saya terhadap awak. Sebab saya tak nak jadi orang ketiga dalam perkahwinan awak.”

Itulah pembohongan terbesar yang pernah dilakukannya seumur hidup. Chanyeol masih mengekalkan riak tenang. Sungguh dia tak mahu menjadi penghancur sebuah hubungan walaupun hati menginginkannya.

 “Saya dengar awak dan Kyungsoo ni kawan baik sejak sekolah lagi kan?” lanjut Chanyeol apabila tiada suara Haera kedengaran. “Kalau kehadiran saya dapatkan sedarkan awak yang sebenarnya turut cintakan pada Kyungsoo, saya gembira dapat tolong.”

“Maksud awak?”

Chanyeol senyum kecil. “Bukankah awak tahu, yang Kyungsoo akan tetap mencintai awak? Kenapa terlalu degil untuk luahkan apa yang awak fikir tentang dia?”

“Awak sedar tak, selama ni awak selalu utamakan Kyungsoo. Hari tu, awak sanggup pergi ke pejabat Kyungsoo untuk cari dia. Sebab awak takut kan? Awak takut kehilangan dia. Action speaks louder than words.”

“Dan satu lagi masa di klinik. Kalau awak tak cintakan Kyungsoo, kenapa awak sedih bila nampak suami awak dengan perempuan lain?”

Bertalu-talu Chanyeol membentangkan bukti cinta Haera pada Kyungsoo yang langsung tak disedari.

“Haera.. untuk beberapa minggu ni, awak ada telefon Kyungsoo tak?”

Hati si gadis makin membengkak dengan perasaan. Berfikir bagaimanakah dia harus berdepan dengan Kyungsoo sedangkan dia telah banyak lukakan perasaan jejaka itu dalam diam.

 ►►

“Kita berkawan dah lama kan?”

Haera sejak pulang, banyak mendiamkan diri. Dia dan Luhan sedang bersantai di ruang tamu.

Pertanyaan Luhan memalingkan muka Haera. “Kenapa kau tanya macam tu?”

Si pemuda tersenyum angan, me

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
kuchens
(HJN) bonus pt 2 akan ada nanti. maybe xP

Comments

You must be logged in to comment
taenovella
#1
Bestnyaaa! Comel betul hubungan Haera dgn Kyungsoo. Betul pendapat author-nim tu, watak Kyungsoo mmg sesuai dlm cerita ni
seuteoko #2
Chapter 13: awak!!!knape ff awak best sgt??huhuhu...menangis baca...dh lah D.O ni bias saya..awak,nanti awak buatlah fanfic D.O lagi yee...saya setia membaca..ehehhe...btw..congrats for the ff n keep fighting to make many ff that are daebakk like this..
MeikoM01 #3
Chapter 13: Baekhyun... wrong timing
MeikoM01 #4
Chapter 11: T_T how can you write so beautifully? I'm touched
starlightkim_
#5
Chapter 13: Barulah saya tahu kenapa haera bersikap sedemikian pada kyungsoo..tapi chapter ni sedih..entah-entah haesoo dengan baekhyun tak??
Park_Rafa88
#6
Omooo! Saya berperang dengan emosi baca ff ni! Playlist pula asyik main lagu ballad sampai je lagu For You terus ahhh! Apapun tahniah awak berjaya buat saya gila dengan ff D.O untuk pertama kalinya dan saya baca ff ni as permulaan kepada ff D.O yg lain who knows right? Dan lagi selali a good story eventhought saya agak keliru tapi its ok saya faham dan tahniah! Hope dapat baca ff yg lain especially Luhaeeennn! Saya ada utk awak tak payah tunggu mak Haera carikan ahahaha~ Author-nim fighting! *Panjang pula komen ><*
MeikoM01 #7
Chapter 1: Nice start. I think I can handle this
lugege_
#8
Chapter 12: Kenapa sedih sgtttttt? Haera meninggal sebab apa? Buat lah bonus part 2 please hehe