Chaccone

Waiting V (Chaconne)

Karamelia DEMO Regular

 

“Nama awak Park Haneul. Awak sakit ya? Awak pengsan lagi. Saya jumpa awak di kaki lima dan bawa awak ke hospital. Jangan lah sakit, saya susah hati. Saya kan ada disisi awak.” Kata lelaki tersebut sambil mengusap lembut rambutku. Aku memerhatikan mukanya. Dia tersenyum lalu mengucup lembut dahi ku.

“Nama saya Park Jimin. Selamat berkenalan.” Katanya lagi. Aku tersenyum lalu aku memeluknya..

    Muzik Chaconne dari permain piano terkenal Yiruma, beralun lembut mengejutkan aku dari tidur ku. Argh! Aku mimpikan lelaki itu lagi dan lagi. Hari-hari aku mimpikan perkara yang sama. Mimpikan lelaki yang bernama Park Jimin. Siapa dia? Mengapa dia selalu muncul dalam mimpi ku?Aku kerap mimpi akan lelaki tersebut bermula selepas aku pulang dari hospital akibat sakit. Adakah dia roh atau orang mati? Mengapa hati aku pedih dan sakit apabila mengigati lelaki itu? Malah aku tidak mengenali lelaki itu langsung .

 

“Mungkin kau terlalu beria mimpikan seorang lelaki selain aku.” Jawab Yong gi apabila aku menceritakan kisah mimpiku.

“Yoongi sayang,tolonglah faham, aku pun tak faham kenapa aku mimpikan lelaki tersebut.”betah ku.

“Kau tahu, aku terlampau rindu akan kau sehingga terbawa kau dalam mimpi ku. Tetapi, kau pula mimpikan lelaki lain. Huh.” Yoongi merajuk. Cemburu. Aku tersenyum melihat riaksi lelaki yang aku cintai.

“Tiada lelaki lain selain kau yang aku cintai, Min Yoongi.” Jawab ku lalu mengucup pipinya. Dia mula tersenyum kembali dan membalas kucupanku di bibir ku.

 

 


 

 

“Park Haneul, kenapa awak menangis?” Tanya lelaki itu. Aku menggeleng.Lelaki yang bernama Park Jimin itu mengelap air mata di pipi ku.

“Saya punca awak derita, Park Haneul. Maafkan saya.” Kata Park Jimin, matanya mula berkaca. Dia memaling mukanya, tidak mahu aku melihatnya. Aku mengenggam erat jari jemarinya dengan harapan lelaki itu tidak meninggali aku.

“Awak tahu, saya dah cintakan awak Park Haneul.” Katanya dalam sedu. Aku menangis lagi.

“Saya harap awak cintakan saya.” Sambungnya lagi.

       Aku mimpikan dia lagi. Dan air mata ku mengalir semasa tidur? Aku melihat Jam di dinding, tepat jam2 pagi. Yoon gi masih lena, dengkurannya juga kuat sehingga membuatkan aku tidak dapat melelapkan mata lagi. Aku pun bangun dan keluar dari bilik yang kecil serta sempit itu.

 

“Kau nak kemana?” suara itu memberhentikan langkah ku. Aku memandang kearah suara itu.

“Aku nak keluar, cari udara segar.” Jawab ku.

“Jangan keluar. Aku tak benarkan.” Arah Yoongi.

“Kenapa?”

“Aku risau. Jangan keluar, bahaya.” Dia memelukku dari belakang. Aku hanya berdiri seperti patung, tidak memberi sebarang riaksi dan melakukan tindakan.

“Kau tidur lah. Aku nak cari ketenangan.” Jawab ku. Selepas aku pulang dari hospital beberapa bulan lepas, Yoon gi tidak membenarkan aku melangkah keluar dari rumah ini. Aku tidak tahu mengapa, tetapi dia melarang aku keluar. Mungkin dia tidak mahu public mengetahui hubungan cintanya dengan perempuan kaki lima seperti aku. Alah, diakan seorang penulis lirik yang terkenal. Sudah masuk 3 bulan aku dikurung di dalam rumah yang sempit, hanya berharap pada Yoongi untuk datang dan memberiku makanan. Cis, seperti perempuan simpanan atau dalam erti kata kasarnya seperti jalang pula. Aku kecewa, kenapa aku harus dilayan sedemikian, sedangkan dulu aku bebas bergaul. Mungkin disebabkan aku selalu mimpikan Park Jimin? Mungkin Yoongi terlalu cemburu.

“kan aku cakap jangan keluar! Kau tak faham bahasa? Ke kau nak aku pukul kau?” ugut Yoongi. Aku tersentak lalu memandangnya dengan tajam.

“Kau berani pukul aku Yoongi? Sial, kau dayus!” aku tidak puas hati.

“Tak. Aku tak berani. Sebab aku terlampau cinta kau.” Jawabnya lalu dia memeluk ku.

“Lepaskan aku!” bengangku.

“Aku terpaksa sebab aku cinta kau. Aku sayang kau. Aku taknak apa-apa jadi pada kau.” Jawabnya dalam sedu, dia menangis. Dia mengusap lembut kepala ku, kononnya cuba menenangkan aku. Aku cinta dia, tapi aku tidak pasti rasa ini rasa cinta atau kesian. Jujur.

 


 

 

“Haneul-ssi, Hari ini Chim akan menceritakan sebuah cerita iaitu puteri beradu. The Sleeping Beauty. Erm, Haneul suka cerita dongeng? Chim nak jadi putera yang selamatkan puteri beradu. Haneul jadi puteri beradu ya.” Aku mendengar lelaki itu menceritakan cerita itu sebelu aku melelapkan mata.

“Dah habis.” Dia tersenyum. Aku membalas senyumannya.

“Bukan semua cerita dogeng berakhir dengan kebahagiaan bukan?” soal Jimin. Aku mengangguk.

 

    Aku terjaga dari tidur kecilku. Aku mimpi akan dia lagi dan lagi. Apa petanda semua ini? Aku menutup buku cerita puteri beradu yang aku baca sebelum terlelap  dan beralih ke branda tingkap, berlindung di balik tirai.

      Aku memandang kearah cahaya matahari di luar tingkap, melihat pemandangan di luar, suasana orang lalu lalang di hadapan flat ku. Aku seperti puteri yang di kurung nenek kebayan. Nenek kebayan itu ialah Yoon gi. Aku hidup sebatang kara semenjak abang kandungku, Kyung meninggalkan aku di tepi jalan, sewaktu aku kecil selepas kematian kedua-dua orang tua aku dalam sebuah kemalangan. Hidup aku tiada arah tuju, hidup di kaki lima, bergelendangan, dan mencari sebutir nasi untuk mengalas perut amat lah susah. Tinggal di kota yang padat dan manjadi tumpuan umat manusia sememangnya susah untuk aku bertahan menjadi seorang manusia. Aku dikutip kebajikan atas dasar kasihan dan tinggal di rumah anak yatim. Disitulah aku mengenali lelaki bernama Min Yoongi. Disitu juga aku jatuh cinta.

“Park Haneul, nama yang cantik seperti langit sekarang.” Lalu aku memandang kearah langit yang biru. Cantik. Indah sungguh ciptaan tuhan. Eh, aku baru perasan akan suara itu. Itu suara Park Jimin. Suara itu bermain-main di fikiran ku. Dalam kesunyian hidup aku, aku mula berharap agar lelaki yang aku selalu mimpi itu wujud. Aku mahu merasa kebahagian walaupun secebis kebahagiaan di berikan. Aku harap tuhan mendengar rintihan batin ku. Kasihani aku ya tuhan, aku terlalu derita untuk teruskan hidup ini.

 

    Muzik Chaconne, bach-bach piano mula dimain di corong radio sambil aku memerhati manusia-manusia yang lalu lalang. Aku suka akan muzik instrument yang agak klasik dan menusuk jiwa. Aku mencapai pen dan secebis kertas, mula menulis puisi sambil memerhati manusia di luar.

 

 

‘Pain poem.

Seeing you feeling strange
Feeling sad from the sunset
You and I, we are totally different
It has been tough so far

It is difficult to understand happiness
The memories full on the paper are now meaningless

I am not good at loving someone
I erase and write down again
There is no word left in my empty heart
It hurts and hurts
I write a poem.’

 

 

     Tiba-tiba, mataku melihat kelibat seseorang yang amat ku kenali, dia sedang berjalan bersama rakannyanya, mukanya amat aku kenali. Dia Park Jimin, Ya! Aku yakin dia Park Jimin! Air mataku mengalir dengan sendiri, hatiku sebak. Aku seperti diserang penyakit rindu yang teramat. Mengapa?

 

 


 

   

     Aku berlari keluar dari rumah itu,nasib aku baik kerana Yoongi tidak mengunci pintu rumah, aku pun  menuruni tangga dengan pantas dan berlari ke jalan utama di hadapan flat ku. Aku mencari kelibat lelaki magi situ. Lelaki yang membuatkan aku tidak tenang dan keruan. Siapa Park Jimin?! Abang tiri belah bapak aku? Mungkin kembar tertukar ku? Ceh,cliché  sungguh seperti sinetron. Sudahlah Park Haneul, jangan terus hidup dalam drama, hentikan anggan-angan bodoh mu.

“Park Jimin?!” jerit ku.

“Chim chim!” jerit ku lagi kini sepenuh hatiku. Chim? Kenapa aku memanggilnya Chim chim?

  Orang ramai memandang ku dengan pelik.

“Meroyan?” soal seorang wanita yang berjalan di sebelah ku. Aku tidak mengendakan wanita tersebut.

‘Cis, biadap punya betina!’ kata ku dalam hati kecilku sambil menjeling keraah dia.

“ Tina, Kau buat apa Kat sini? Jom pergi sana lah!” ajak salah seorang kawannya. Haha, lucu. Kebetulan namanya sama dengan pannggilan yang baru aku berikan. Sadis.

 

   Abaikan kisah Tina dan kawannya, aku masih mencari Park Jimin. Kepala ku berpinar-pinar, pemandangan ku kabur, diri ku tidak stabil, akhirnya aku tersungkur ke tanah. Bam!

 

 


 

 

“Awak pengsan lagi. Saya jumpa awak di kaki lima.Awak di rumah saya, maafkan saya. Awak janganlah sakit, saya susah hati.”

   Aku bangun dari katil dan memandang lelaki itu, tidak berkedip. Lelaki itu menghadiahkan aku senyuman manisnya.

“Park Haneul Annyeong.” Katanya lagi.

   Mata ku berkaca, “Annyeong.” Jawabku.

“S-saya baru dengar suara awak...” Katanya, sebak. Matanya pula berkaca, dia menahan air matanya.Tanpa aku berfikir panjang, aku memeluknya. Dia membalas pelukan ku dengan erat. Aku mula menangis dalam pelukannya. Entah mengapa, aku menangis semahu-mahunya. Membenamkan muka ku ke dadanya dan meraung sekuat-kuatnya. Aku amat merinduinya. Sangat. Dia tidak kurang rindunya kepada ku, dia menangis dan mengucup dahiku berkali-kali. Aku juga tidak tahu mengapa kami berkelakuan demikian, aneh, aku tidak mengenalinya tetapi aku amat merinduinya. Takdir. Seperti Dejavu, aku mimpikan Park Jimin, dan kini dia berada di hadapanku dalam situasi yang sama dalam mimpiku.

 

 

 


 

 

Cinta itu aneh,

Dan tanpa di duga.

 

 

   Aku masih diam membisu, masih memerhatikan dia. Namun, dia teruskan bercerita.

“Masa awak tidur, saya selalu bersembang dengan awak. Awak tak sahut. Tapi saya yakin awak dengar. Awak nangis, bila saya ceritakan cerita sedih dan masalah saya.,,” katanya. Aku langsung tidak faham apa yang cuba lelaki ini sampaikan. Aku teruskan memerhatinya dan tertawa sendiri melihat telatahnya. Lelaki yang ceria, comel dan banyak cakap, bisik hati nakal ku.

“Kenapa awak tengok saya macam tu?” soalnya, dia senyum tampak keseluruhan giginya.

“Awak malaikat?” soal ku. Dia tergelak  besar apabila mendengar soalan tidak masuk akal aku.

“Wae? Kenapa cakap macam tu? Awak nampak tak sayap saya?” dia mengusik ku.

“Jangan lah main-main.” Aku tertawa kecil.

“Park Haneul bukan sekadar cantik sewaktu tidur, malah cantik sewaktu gelak, dan senyum.” Kata Park Jimin selamba. tawaku mati. Aku memandangnyaa dengan pelik bin ajaib.

“Chim chim..” panggilku. Dia mengangguk malu. “Awak ingat nama panggilan saya yang pernah saya bagitahu dulu?” soalnya.

“Dulu?” aku bingung.

“Park Hanuel..” dia memegang kedua-dua pipiku dan menatap mataku.

“Saya amat rindu awak. Saya cintakan awak.” Kata-kata Park Jimin membuatkan jantungku seperti berhenti buat seketika.

“Sekejap. Sekejap. Saya tak faham!” aku menolak jari jemarinya di pipiku.

“Maafkan saya.” Dia kecewa.

“Saya selalu mimpi awak. Saya tak faham. Macam mana awak dan saya... boleh bercinta?” aku semakin bingung.

“Saya tak wujud.” Jawabnya. Mataku membutang. ‘tak wujud? Kau roh?’

“Tak wujud dalam memori awak. Maafkan saya sebab cintakan awak sewaktu awak sedang tidur.” Kata Park Jimin.

“Apa semua ni chim? Saya tak faham?!”

“Saya punca awak koma. Sebab kecuailan saya, saya terlanggar seorang gadis yang bernama Park Haneul... Saya serba salah sampai sayaa rasa saya lebih baik mati dari dituduh membunuh awak. Keadaan awak kritikal, Saya berdoa agar tuhan beri saya peluang untuk tebus kesalahan saya pada awak, dan akhirnya awak koma. Dengan peluang yang ada, saya jaga awak. Setiap saat dan detik bersama awak, saya amat menghargainya. Saya cuba cari kenalan awak, tapi tak jumpa. Tiada seorang pun yang datang menziarahi awak. Saya jadi peneman awak.” Terang Jimin air matanya mengalir deras. Jantungku seperti ditikam bertubi-tubi. Aku koma? Bila? Air mataku mengalir seperti di sangka.

“B-b-be- berapa hari saya koma?” aku gagap.

“49 hari.” Jawabnya.

“seorang pun tak datang jumpa saya?”

          Dia menggeleng.

“Min Yoongi?” soal ku.

“Lelaki itu yang awak sebut sejurus awak membuka mata Haenuel-ah..” dia cuba untuk melemparkan senyumannya. Terlihat kekecewaan di wajahnya.

“Lelaki itu datang selepas saya mencarinya dan membawa awak pulang tanpa saya ketahui.”

“Lelaki itu dah bawa pergi kebahagian saya iaitu Haneul saya.....” sambung Jimin, mukanya ditundukkan. Dia tidak mahu aku melihatnya menangis.

    Yoongi tidak pernah memberitahu bahawa aku pernah koma selama 49 hari, dia cuma memberitahu aku bahawa aku mengalami kemalangaan dan mengalami kecederaan kepala. Itu sahaja.

“Saya dah jatuh cinta dengan awak tanpa saya sedar. Kehilagan awak seperti saya kehilangan nyawa kedua. Saya tak pernah mencintai seseorang seperti ini. Maafkan saya.” Dia mengesat air matanya, menahan tangisannya. Dia malu memandangku.

“Saya juga cintakan awak tanpa saya sedari..” jawapan yang spontan keluar  dari bibirku. Dia memandangku.

“Setiap hari saya mimpikan awak,

Setiap masa saya mahu bersama awak,

Se-setiap detik saya rindukan awak.

Saya ingat saya hanya bermimpi indah, kerana saat bertemu awak hanya dalam mimpi saya..” aku menahan sedu, menahan air mataku untuk mengalir deras. Jujur itu yang aku luahkan, lalu dia mengucup bibirku. Kehangatan bibirnya dirasai, dan aku turut membalas, mengikut ritma bibirnya.

 

 


  

 

    Setiap hari, selepas Yoongi keluar dari rumah untuk bekerja, aku akan bergegas ke rumah Jimin. Jimin sangat menghormati aku dan tidak pernah cuba menodai aku. Dia seorang yang disenangi.Untuk meluangkan masa bersamaku, dia membawa ku ke taman, pusat membeli belah, pusat pelancongan sekitar Seoul dan ke tempat-tempat menarik serta indah yang tidak pernah aku pergi. Aku rasa amat bahagia apabila bersamanya walaupun sesaat.

“Haneul-ssi, Tadaa.. saya masakkan awak Ommelet. Saya belajar dari Jin Hyung. Rasalah.” Katanya. Aku tersenyum. Pic nic di bawah pokok plum Korea yang sedang mengembang adalah antara momen-momen romantis seperti di dalam drama yang selama ini aku inginkan.

    Dia menyuapku. Aku tertawa kecil. Aku turut membawa beberapa buah puisi untuk aku baca padanya. Puisi yang aku tulis sepanjang aku di kurung di rumah. Puisi yang tulis khas untuk lelaki yang muncul dalam mimpiku.

  Dia juga menyanyikan bebrapa lagu kegemaran ku sewaktu aku tidur (koma), suaranya merdu. Serius, sangat merdu. Antaranya lagu I need you, Butterfly dan Just One day dari Boy group terkenal iaitu BTS. Bait-bait lagu itu kena dengan situasi aku.

   Kegembiraan aku bersama dia hanyalah sedikit kerana aku ditenggelami perasaan serba salah pada Yong gi. Aku mula cintakan Jimin, lama-kelamaan aku tawar dengan Yong gi. Perasaan itu berubah. Mengapa?

“Haneul-ssi?” panggilnya sambil bermain jari jemari ku, aku mengusap kepalanya yang berada di ribaku.

“Wae?” soal Jimin. Aku tersenyum. “ani..” jawab ku.

“Teringatkan dia?” soalnya.Aku diam, mungkin Jimin mengetahui perubahan riaksi wajah ku, lalu dia mencuit hidungku.

“Pergi lah dengan dia, kalau awak sayangkan saya..” hatiku hancur.

“Saya akan tunggu awak sampai bila-bila.” Tambahnya.

 

 

 


 

 

 

  Suatu hari, Aku terlewat pulang ke rumah akibat hujan yang lebat menyebabkan kesesakan lalu lintas sekitar Gangnam. Jimin dan aku terpaksa bersabar dan tersekat dalam kesesakan lalu lintas selama 2 jam setengah. Hari semakin gelap. Lampu-lampu neon sekitar Gangnam mula bernyala gah. Aku yakin, Yoongi sudah pulang ke rumah. Dia pasti sedang mengamuk. Badan ku mula menggigil ketakutan, melihat perubahan ku itu, Jimin mencapai tangan ku, sebelah tangannya lagi memegang stering kereta. Aku emandnagnya dengan pandnagan yang sayu. Entah mengapa, aku dapat merasai ini pertemuan terakhir kami. Yoongi pasti mengurung dan menyeksa ku habis-habisan.

“Hanuel-ssi fighting!” Jimin member semangat. Aku menggenggam tangannya dengan erat dank u kucup berkali-kali. Dia tersenyum

“Chim chim fighting!” balas ku. Dia menarik tangan ku dan mengucupnya bertubi-tubi, berganda dari ku buat. Kami tertawa memandang satu sama lain.

 

         Langit semakin gelap,Yoongi mencari ku di setiap sudut ruang rumah. Mencari ku di celah-celah almari, di pelusuk ruang rumah untuk mencari jasadku.

“Haneul-ah!!” jeritnya.

“Sial! Mana kau pergi?!! ARGHH!!!” dia mengamuk.

    Aku pulang ke rumah pangsa itu dengan berat hati. Aku mahu melihat permainan Yoon gi. Selama mana penipuan boleh menindas kebenaran.

    Rumah mula berselerak, botol-botol soju berselerak di lantai, aku terlihat dia sudah longlai di atas sofa terbaring. Mabuk. Dengan perlahan, aku datang mendekatinya.

“Yoongi-ah..” bisik ku, dengan harapan dia tidak terjaga.

  Tiba-tiba tangannya mencapai tangankku. Lantas menarik ku, aku cuba menentang, dia bagun dan menamparku. Phang! Phang! Penampar keduanya menjatuhkan aku ke lantai.

“Hey perempuan! Kau tak faham bahasa?! Aku bilang jangan keluar! Kau keluar jugak! ARH! Kau bodoh?”

“Dayus! Kau tampar aku!” aku menjawab sambil memegang kedua-dua pipiku. Sakit.

“Kenapa kau balik setan? Kau nak tinggalkan aku sangat kan? Kenapa kau tak tinggalkan aku terus?! HAH! Kau sengaja cari nahas! Baik kau bunuh aku, dari aku kehilangan kau Haneul-ah! Apa lagi salah aku pada kau sampai kau nak lari lagi sekali Park Haneul!!!” Yoongi menjerit sepenuh hatinya.

“Kau tampar aku! Kau tampar aku!!! Sakit bodoh! Kau layan aku macam pelacur! Kau kurung aku dalam rumah kotor, jijik! Kau Tanya kenapa aku keluar? Aku lapar! Lapar! Lapar!!” teriak ku.

   Dia terlihat makanan yang aku bawa bertaburan di atas lantai, dia mula rasa serbaa salah.

“Maafkan aku sayang... maaf!!!” dia melutut di hadapanku, memegang muka ku yang ditamparnya dan menangis.

   Aku menepis. “Aku mengemis kat luar sebab aku lapar! Aku tak tahan hidup macam ni! Tak tahan!” jawabku. Dia memeluk ku. “Maafkan aku Haenul-ah.. Aku tersilap! Jinja! Aku tak sengaja.”

“Sakit! Pipi aku sakit! Hati aku sakit!” teriak aku separuh menjerit. Dia menangis sambil mengucup kedua-dua belah pipiku. Dia usap pipi ku. “Shhh, jangan menangis sayang, Maafkan aku....aku salah.”

 

 

 


 

 

 

       Selepas menidurkan Yoongi dengan cara menyanyikan lagu luluby kepada lelaki itu, aku terfikir akan Jimin. Serba salah pada Yong gi membuak-buak. Ya, aku mengemis pada Jimin. Aku minta padanya makanan untuk aku bawa pada Yong gi tanpa menjaga perasaan Jimin. Jimin membalas dengan senyumannya.

    Aku berjalan ke ruang tamu yang sempit. Kedengaran guruh berdetum kuat. Hujan lebat bakal tiba, bisik hati kecil ku. Aku terlihat telefon pintar Yong gi berlampu-lampu tanda mesej masuk. Tanpa berfikir panjang, aku membaca mesej tersebut.

 

MINHA

Oppa, where are you?

I miss you so bad.

I need you right now.

Your baby keeps crying.

It’s hard for me to make her sleep by myself.

Maybe, She miss you alot.

Please back tonight. I know you are hardworking, dear.

But please... back okay? Chalja.

 

      Telefon itu aku hempas ke lantai. Aku terduduk. Air mataku berderai seperti ku duga, hati aku berkecai seperti cermin kaca. Yoongi dan bayi?Minha, Siapakah perempuan ini? Aku dan Yoongi bercinta sudah 10 tahun lamanya. Dari umurku baya 13 tahun. Bagaimana perkara ini boleh berlaku? Aku binggung.

      Nombor Jimin di taip. Aku mula menangis teresak-esak, mengharapkan Jimin mengangkatnya.

“Yeoboseyo.. Chim..”

“Haneul-ssi? Wae?”

 

      Aku mengemas barangku. Memastikan semuanya kemas dan kosong. Bawa barang yang perlu sahaja. Aku tidak mahu meganggu tidur Yoongi. Dia bakal menafikan semuanya jika aku menyoalnya dan memerahi aku kerana mengusik telefon kesayangannya. Aku bakal ditamparnya buat kali ke tiga atau keempat.

    Subuh semakin hampir, barangku siap dikemas. Aku tinggalkan sekeping nota terakhir untuk Yoongi kenang dan baca. Puisi terakhir sebelum aku pergi bersama Jimin. Aku tidak mahu mendengar penipuan Yoongi lagi. Cukup aku tahu sekumit kebenaran darinya tanpa dia tahu. Yoongi, kau tamak. Kau mahu aku dan dia bukan? Aku juga tamak. Aku mahukan kebahagiaan. Jadi, aku memilih untuk hilang dari hidup kau.

   Jimin berjanji untuk menelefonku jika dia sudah sampai di hadapan flat ku,jadi aku menunggu panggilannya. Malangnya Jimin tidak menelefon ku. Aku menelefon Jimin berkali-kali tetapi tidak di angkat. Hati aku mula gundah gulana, mula tidak sedap hati.

    Aku pun ke pintu untuk keluar dari rumah keji itu.

“Haneul-ah?” suara itu membantutkan niat ku untuk keluar dari rumah untuk perempuan simpanan seperti aku. Dia keluar dari bilik dan meuju kearah ku. Kaki aku seperti dipaku.

“Kau buat apa ni?” nadanya perlahan. Badanku semakin sejuk. Muka ku pucat, aku bakal mati di tangannya beberapa minit lagi. Aku cuba lari darinya, tetapi Yoongi lebih panats dan menarik ku ke dinding. Dia menghentak badan ku ke dinding. “Aduh.”

“Kau nak lari lagi?” soalnya lagi. “Nota bodoh apa yang kau bagi ni? Kau ingat aku tidur betul-betul? Bodoh, aku tak tidur. Aku terjaga sebab dengar kau menangis. Kesian.” Bisiknya di telingaku dengan tiada perasaan lalu mencampak nota itu ke muka ku.

“K-k-kau ada perempuan lain.” Jawab ku cuak. Dia tersenyum sinis.

“Jawapan yang sama sebelum kau lari, dan kena langgar dengan mamat sial tu. Kenapa kau tak mati eh? Menyusahkan hidup betul!” Yoongi sarkastik. Aku terkejut. Kepala ku mula sakit, momen-momen sebelum kemalangan mula terpancar di ingatan ku.Ya, kami bergaduh sebelum aku di langgar. Yoongi cuba memujuk dan mencium ku tapi aku menolaknya jatuh lalu berlari keluar dari rumah. Aku berlari sehingga aku penat, dan dilanggar seseorang.

    Air mataku mengalir lagi.

“Aku cintakan kau, kau tahu kan?” dia mengusap muka ku.

“Kau dah ada perempuan lain, kau ada anak.. kenapa kau mahu simpan aku?”

“Aku dan dia adalah satu kesilapan, sebab tu kami ada anak. Aku dan kau sebab di takdirkan. Aku sayang dua-dua dan tak boleh lepaskan dua-dua. Sepatutnya kau mati di tangan aku, bukan kena langgar.” Dia mula tergelak. Dia mengeluarkan sesuatu dari poket belakangnya. Pisau di tangannya di main-main di pipi ku. Aku semakin cuak.

“Kau sayangkan lelaki itu bukan?” soal Yoongi.

“Jangan apa-apakan dia. Aku cintakan dia. Bunuh aku. Bunuh aku ppali!” arah ku.

“Jangan menyesal.” Dia mengangkat pisau tersebut untuk dia tikam tepat ke jantungku.

“Yong gi-ah.. Jebbal.. Kau memang nak tengok aku mati? Kau sanggup...?” bisik ku dan memegang mukanya dengan kedua-dua tanganku. “Aku Cuma mahu kebahagiaan, kau dah terlalu banyak menyeksa ku.. beri aku peluang..” sebak ku. “Jebbal” sambungku. Dia menangis. Dia menurunkan pisau itu. Memandangku dengan sayu.

“Aku sayangkan kau.. Tapi aku bodoh, sebab tak boleh lepaskan kau. Aku tahu kau pasti kecewa selepas kau mengetahui aku sudah berkahwin dengan MinHa. Aku fikir kau larikan diri selepas kita bertengkar hari itu. Selama 49 hari kau menghilangkan diri, dalam masa yang sama Minha baru melahirkan seorang bayi dan dalam fasa berpantang. Aku tidak boleh meninggalkan dia akhirnya aku berputus asa dan tidak mencari kau. Aku lelaki yang selfish, bukan? Maafkan aku.. Kau berhak bersama orang lain, tapi aku tamak. Aku tak boleh lupakan kau.” Terang Yoonggi. Sememangnya aku kecewa, gila aku tidak kecewa dengan perkara ini. “Kau tak berusaha mencari aku..” kataku dalam kekecewaan yang teramat.

“Orang pertama yang aku cari selepas aku bangun adalah kau..” kata ku.

“Dan orang terakhir bersama kau mestilah aku. Kisah dongeng puteri beradu bukankah berakhir dengan puteranya?” soalnya.

“ARGGHH Yoongi-ah...” perut ku memulas kesakitan, aku melihat tangan ku penuh dengan darah. Air mata ku bercucuran. Pisau itu tertusuk di perut ku. Kaki ku longlai, aku mula rebah. Belum sempat aku jatuh, Yoongi menyambutku.

       Darahku semakin banyak, Yoongi memeluk ku dan meletakkan kepalaku di bahunya.

 

“Maafkan aku.. aku terlampau mencintai mu.. Jika aku tidak dapat kau, tiada lelaki lain yang layak untuk mendapatkan cinta kau.” katanya dalam tangisan. Aku tersenyum dengan harapan aku mampu melihat kebahagiaan buat kali terakhir. Memandang kearah tingkap, terlihat langit berwarna merah jambu tanda subuh sudah menjelang. Cantiknya langit itu.

“Park Haneul, nama yang cantik seperti langit sekarang.” Kata Park Jimin mendekati ku. Dia mengusap lembut muka ku. Aku tersenyum. Ya, aku melihat kebahagiaan aku walaupun saat nafas terakhirku.

“Nama awak Park Haneul, nama saya Park Jimin. Selamat berkenalan.” Katanya. Aku tertawa kecil. Dia mencapai tangan ku. Aku menyambutnya, tanpa melihat jasad ku di pangkuan Yoongi yang sedang berteriak. Aku pergi bersama Jimin.

 

   Kisah dogeng tidak semestinya berakhir dengan kegembiraan bukan?

 

 


 

 

29 APRIL, MAKPO: Dalam jam 4 pagi tadi, Seorang lelaki berusia 23 tahun telah terlibat dalam kemalangan jalan raya yang meragut nyawa mangsa di tempat kejadian. Kenderaan tersebut dipercayai mengalami kerosakkan sebelum merempuh kenderaan lain. Mangsa adalah seorang pelajar tahun 3 Universiti Sengkungkwan jurusan muzik iaitu Park jimin.

  • Berita Metropolitan Seoul

 

29 APRIL, SEOUL : Seorang lelaki dipercayai membunuh seorang wanita di sebuah flat di kawasan Makpo. Lelaki itu menyerah diri selepas membunuh teman wanitanya. Mengikut maklumat dari jiran, mereka terdengar pertengkaran berlaku sekitar jam 3 hingga 4 pagi sebelum lelaki tersebut menghubungi polis menyerah diri pada jam 5am. Mangsa adalah  seorang gadis di usia lingkungan 20-an. Mangsa ialah Park Haneul. Pembunuh dipercayai seorang penulis lirik yang terkenal dan suami kepada seorang peragawan terkenal Korea.

  • Berita Harian Seoul

 

 

 


 

 

 

  Yong gi memegang kedua-dua pipi ku, dan menatap mata ku dalam-dalam. Semua pesakit melihat kami dengan hairan.

“Kau, lihat sini. Nama kau Park Haneul.” Kata Yong gi.

“Ya? Nama aku Park Haneul.” Aku mengangguk faham.

“Kau berasal dari sebuah rumah pangsa di kota metropolitan Seoul.” Katanya lagi.

“Aku tahu.”

“Ceritakan pada aku, apa yang kau mimpi semalam?”

“Aku mimpikan seorang lelaki yang sentiasa menemani aku.” Jawabku jujur.

“Siapa lelaki tersebut?” Soalnya seperti detektif. Dia mengecilkan matanya.

“Aku tak pasti.” Jawab ku lagi.

“Erm, bagus. Siapa aku?” soalnya.

“Min Yong gi. Kekasih aku?” soal aku.

“Ya. Bijak sayangku. Aku kekasih mu. Kau harus ingat bahawa aku kekasih mu sebelum, kini dan selamanya. Faham?”. Aku mengangguk faham, dalam hatiku rasa tidak pasti. Betulkah dia kekasihku? Mengapa aku tidak merasainya? Aku ragu-ragu.

 

       Musik piano Chaconne dari permain piano terkenal Yiruma bermain di corong radio, not-not irama muzik mula dengari di dalam wad. 

 

-Tamat-

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
BarmyDew
2018 : cover baru

Comments

You must be logged in to comment
Chiko_Miari #1
Chapter 1: Serius mimpi mcm nie..fulamakk..daebak!!
Best giler tapi kesian haneul..jimin pun..
Suga jahat ..muka je baby face..*apa aq merepek nie?
whitelove
#2
Chapter 1: wow. i read it twice to understand it.
ShiMatoki
#3
Chapter 1: Wow i cant believe this gonna be happennnnn /imagine jadi haneul/ huhu
Btw awat suga mcm tu huhu tp xpe at last dpt jumpa chim :')