One

Won't Be Mine

“Yeun unnie,mana omma?” 

 

“Omma?”

 

“Eung! Mana dia? Hyun tak nampak omma pun . Omma pergi mana?”

 

Yeun hanya memberikan senyuman pada Hyun,adik kecilnya yang menghidap autisme . Ibu jarinya dimasukkan ke dalam mulut sambil tangan memeluk patung beruang . Patung yang dihadiahi mendiang appa sewaktu hari lahir Hyun .

 

“Omma akan balik  tu . Hyun jangan risau ya?” Senyuman tenang dihadiahkan pada Hyun . Tangan Yeun mengusap rambut Hyun .

 

“Haa sekarang dah masuk waktu untuk Hyun tidur . Tidur ya sayang . Tentang omma tu jangan difikirkan dah . Omma kerja kan sebab tu omma pulang lewat” dengan suara lembut Yeun menerangkan kenyataan itu kepada Hyun .

 

“Hyun nak main dengan omma”

 

“Dah Hyun tidur ya?  Unnie dodoikan” katanya dan gadis itu mula menepuk nepuk perlahan Hyun yang biasa dilakukan padanya . Yeun juga menyanyi nyanyi kecil untuk menidurkan Hyun . Setelah terdengar dengkuran halus Hyun dan memastikan adik kecilnya tidur,Yeun mengucup dahi anak kecil itu sebelum keluar dari bilik .

 

Langkah kaki diatur ke ruang tamu . Niatnya adalah untuk menunggu ommanya pulang ke rumah . Keluhan perlahan lahan dilepaskan oleh gadis tersebut .

 

“Sampai bila aku nak tipu Hyun tentang keadaan omma” kepala disandarkan pada kerusi kayu yang didudukinya . Mata dipejamkan seketika  .

 

Tiba tiba..

 

TUKK TUKK!

 

Ketukan kuat dan bertalu talu mengejutkan Yeun . Dengan pantas dia melangkah mendekati pintu utama dan membukanya . Terpacul wajah bengis Madam Lee bersama beberapa orang lelaki berbadan sasa . Riak wajah mereka yang serius itu dapat diagak oleh Yeun .

 

“Mana dia duit sewa rumah yang kau janjikan pada aku?! Kau tahu tak sudah berapa bulan kau tak bayar duit sewa rumah?! Hah?! Kau tahu tak!” tengkingan yang dihadiahkan Madam Lee padanya membuatkan muka Yeun berubah menjadi pucat

 

“Bukan kah saya dah bayar duit sewa puan sebulan yang lepas? Saya bagi omma suruh bayarkan pada puan” terang Yeun . Memang benar katanya . Dia masih ingat lagi tentang duit itu . Disuruh ommanya untuk membayar kerana Yeun sibuk pada waktu itu

 

“Bila masa pulak kau ada bayar pada aku? Kau,kalau nak merangka penipuan tu agak agaklah . Aku tak pernah tau nampak omma kau datang ke pejabat aku untuk bayar sewa tahu?” penerangan Madam Lee membuatkan Yeun yang berada dihadapannya terkejut

 

“Sekarang ni dah masuk 8 bulan sewa rumah tak bayar . Aku dah banyak bagi muka dekat kau dengan keluarga kau . Lagi banyak aku bagi muka lagi lah korang naik kepala kan?!”

 

“Tolonglah puan jangan halau kami . Kami memang dah tiada tempat tinggal lagi untuk berlindung” Yeun memegang lengan Madam Lee . Mengharapkan simpati daripada wanita itu

 

“Ahh! Kau ingat aku nak beri muka lagi ke dekat korang?” tangan Yeun yang sedang berada di lengan Madam Lee ditepis kasar wanita tersebut .

 

“Keluar sekarang! Aku cakap baik baik ni”

 

Yeun mula teringat tentang duit simpanannya di dalam almari biliknya .

 

“Saya bayar puan . Saya bayar . Kejap saya ambil duitnya” Yeun melangkah ke dalam biliknya . Tabung yang disimpan di dalam almari diambil keluar . Duit yang disimpan di dalam itu semuanya diambil keluar.

 

“Ini dia puan duitnya . Saya harap cukup duitnya” duit yang dihulur oleh Yeun dirampas kasar oleh Madam Lee. Dia mengira ngira wang tersebut . Mukanya masih lagi masam tanpa senyuman

 

“Kalau kau bayar awal awal kan bagus! Tak ada aku penat datang rumah ni huh! Dah jom kita” Madam Lee melangkah keluar daripada rumah itu .

 

“Itu sepatutnya menjadi duit tabungan aku untuk membayar yuran kolej nanti . Tapi,semuanya dah habis. Eottokhaji..” mata gadis itu mula berasa panas menandakan air matanya akan jatuh . Dia berasa sedih dan kesal . Sedih kerana ditipu oleh insan yang sangat dipercayainya .

 

-Skip-

 

< Seoul University >

 

Yeun melangkah masuk ke dalam university seperti biasa,tempat yang tidak asing lagi baginya . Sudah hampir setahun dia menyambung pelajaran di situ . Dia berjalan di dalam perkarangan university tersebut . Langkahnya terhenti apabila mata menangkap susuk tubuh Sehun yang sedang berbual bual di hujung meja sana

 

Baginya,Sehun terlalu sempurna . Lihat sahaja jawline yang tajam itu . Matanya jika dipandang lama dapat memberikan kesan yang besar pada seseorang . Tidak lupa pada tubuhnya yang tinggi dan berotot . Memang menjadi kegilaan ramai gadis tidak kira di dalam atau di luar university . Dan Yeun adalah salah seorang gadis yang meminati Sehun

 

Senyuman Yeun terhenti sebaik sahaja Kim Nari mendekati Sehun . Hatinya mula dipaut rasa cemburu melihat betapa rapatnya mereka berdua .

 

“Tengoklah Sehun dengan Nari tu . Memang sepadan bukan?”

 

“Yalah . Secocok sangat . Mereka memang patut jadi pasangan yang bahagia kan?”

 

Yeun mengeluh . Memang benar mereka padan . Tiada siapa yang boleh melawan mereka . Jangan mimpilah nak ada angan angan untuk berpasangan dengan mereka kerana mereka tak akan melayan orang yang biasa lagi hina ini lagi lagi orang seperti Yeun .

 

“Haihh”

 

Langkah yang terhenti kini disambung semula dengan perasaan yang murung .

 

-Skip-

 

 Perpustakaan . Tempat yang dikunjungi Yeun petang itu . Tidak tahu hendak buat apa sementara kelas bermula jadi lebih baik jika dia mengurungkan diri dalam perpustakaan tersebut

 

Diari yang berada di pengangan diletakkan di atas meja dan dia melabuhkan duduknya di atas kerusi yang disediakan . Yeun menyelak buku dengan malas . Dia mempunyai sejam sebelum kelasnya bermula . Lama dan bosan baginya .

 

Yeun meletakkan kepalanya di atas meja dengan menyembunyikan mukanya di sebalik tangan . Mungkin tidur sekejap mampu membuatkan masa berlalu dengan pantas . Mata itu dipejam,cuba untuk menidurkan diri .

 

Tanpa menyedari ada sepasang mata yang memandang ke arahnya .

 

“Aku rasa itulah perempuan yang selalu perhati kau . Pagi tadi pun aku perasan dia perhatikan kau . Selalu sangat”

 

“Betul? Kenapa dia perhatikan aku ya?”

 

“Orang kacak macam kau siapa je tak nak tengok . Siapa je yang tak suka . Ah perkara biasa lah tu bro . Macam tak biasa pula diri tu selalu jadi perhatian orang”

 

Lelaki itu hanya mengangguk .

 

……

 

A comment could make me happy ^^ Harap dapat memuaskan hati korang dengan chappie first yang kurang ni . 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
lugege_
#1
Chapter 1: Kesiannya Yeun :( huhuhuhu. Apa Sehun nak buat?