D U A

Sayang Benci Rindu Kamu!
Please Subscribe to read the full chapter

Yeon Ji melangkah masuk ke dalam sebuah restoran mewah yang amat terkenal di Singapura ini kerana ada perjumpaan dengan satu syarikat yang turut dari korea untuk satu kerjasama. Yeon Ji bersama dengan seorang lagi rakannya yang berbangsa cina itu lagi bergelak ketawa. Selepas tiga hari berada di negara singa ini, dia dapat merasakan bahawa jiwanya sesuai dengan suasana di negara maju ini.

“Sorry!” ucap Yeon Ji apabila terlanggarkan seseorang dan menyebabkan makanan buffet yang diambil si jejaka itu tertumpah di atas baju sang jejaka itu sendiri.

Sambil mengesat bajunya yang tumpah dengan tumpahan berkuah itu sang jejaka sempat menyatakan bahawa salahnya juga kerana agak cuai. Namun setelah melihat wajah antara satu sama lain, muka mereka berubah serta merta.

“You? Again?”soal mereka serentak.

“Yes! I, again!” ujar Yeon Ji. “You ni kan, kenapa cuai sangat masa berjalan ha?” soalnya. Rambutnya dikuak ketepi.

Xiumin tersengih namun sinis. “What? I? Hello! You tu yang I dengar gelak sakan, then terlanggar orang, you ni memang yang jenis langgar-langgar eh?”

“What ever, lagipun, I dah mintak maaf kan tadi, don’t you hear ‘sorry’ just now?”soal gadis berbaju jingga susu.

Belum sempat Kim Minseok menjawab seorang gadis tanpa sengaja terlanggarnya dan hampir terjatuh. Nasib menyebelahi gadis cantik itu apabila Xiumin sempat menangkap badannya yang langsing itu daripada terus jatuh mencium tanah.

Kedua-dua mereka terkejut. Buat seketika mereka bertatapan. Nasib baik mereka berada di bahagian belakang restoran mewah itu kalau tidak mereka pasti menjadi bualan mulut orang ramai disana.  Sesaat, dua saat berlalu, terdengar Yeon Ji berdehem. Dengan segera pasangan ‘sejoli’ itu kembali pada kedudukan asal.

“So..sorry.. I tak sengaja,” balas gadis cantik yang memakai baju dress yang berwarna sedondon dengan Xiumin.

“It’s okay, not your fault,” balas Xiumin. Matanya masih belum lepas daripada memandang wajah bujur sirih itu. “Em, by the way, I Xiumin,”

Gadis itu tersenyum manis, “I Yoo Chan Ra. Emm okay, i need to go,” ucapnya meninggalkan Xiumin. Ketika dirinya tiba dekat dengan Yeon Ji dia berhenti. “You ni, personal assistant company eomma I kan?” soalnya.

“Nae! Yeon Ji Imnida!” ucap Yeon Ji. Yoo Chan Ra tersenyum sambil menepuk lembut bahu milik Yeon Ji kemudian berlalu. “Amboi! Bukan main baik lagi kan you cakap dengan dia.. hemm Encik Xiumin..” ujar Yeon Ji.

“I akan cakap baik-baik, kalau orang tu cakap baik-baik dan tak buat baju I kotor, dahlah Cik Yeon Ji, i need to go!” balasnya.

Sepanjang event pada malam itu, mata Xiumin tidak lepas-lepas memandang wajah milik Yoo Chan Ra. Dia keliru akan perasaan yang hadir. Dulu, pernah perasaan seperti ini hadir  namun perasaan ini telah hilang dibawa arus kedukaan. Kini, perasaan yang sama hadir. Adakah ini cinta. Namun kehadiran Yeon Ji dimeja membuatnya kurang selesa. Yeon Ji menjeling Xiumin.

‘Eee! Dia ni lagi! Kenapalah aku kena duduk semeja dengan dia! Dah lah gatal! Dari tadi aku tengok dia ni ushar Cik Chanra. Menyampahnya!!’ bisik hati kecil milik Yeon Ji.

Xiumin menjeling Yeon Ji. Bagaikan tahu akan isi hati Yeon Ji, Xiumin turut mengutuk hebat Yeon Ji.

‘Eleh! Mesti dia kutuk aku, eee menyampahlah aku dengan perempuan macam ni, aku nak tengok bidadari depan tu pun tak boleh, dah lah asyik jeling aku! Aku korek mata tu kann baru tahu!’

“Kenalkan ini Encik Kim Minseok, our new manager untuk company kami,” Encik Kim  memperkenalkan Xiumin kepada syarikat AA Station. Xiumin menyambut salam dari pengurus syarikat AA station.

“Nice to meet you, by the way ini adalah Yoo Chan Ra, anak cik puan bagi syarikat kami,” Xiumin hanya tersenyum sambil menyambut huluran tangan Chan Ra. Entah mengapa hatinya berdegup kencang. Selepas itu, Encik Kim turut bersalam deng

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Helovemenot
komen tau! sebab saya rasa dihargai..

Comments

You must be logged in to comment
Wifeyou #1
Chapter 9: So sweetttt tak sabr nak tunggu yang seterusnyaa
milolatte #2
Chapter 9: Best laa ff nih..suwikkk jee... lupa kejap masalah yg melanda diri ini..xsabau nak bc next part..