Prolog

IM NOT A FANBOY

"Yahooooooooooooo. Akhirnya dapat jugak pergi fansign diorang!" kata Hana dengan teruja.

Dia sedang berjalan balik ke rumah selepas habis sekolah setelah mendapat mesej daripada seseorang yang menyatakan bahawa dia telah mendapat peluang untuk pergi ke fansign bts. Siapa sajalah yang tidak teruja bila dapat peluang macam tu kan. 

Sedang dia tersengih sendirian tiba-tiba dia terdengar seorang perempuan tua menjerit.

"Tolong! Beg aku beg aku! Tolong!"

Lalu dia mendekati perempuan tua itu.

"Makcik. Kenapa ni makcik? Makcik ok tak ni?" dengan 'bijaknya' dia bertanya. Dah tentu-tentulah makcik tu tak ok. Baru lepas kena ragut kot. Adeh, adik siapalah ni -,-

"Tak, tolong makcik kejar peragut tu. Dalam beg tu macam-macam ada. Semua bende penting makcik ada dalam tu. I/C, surat beranak, sijil nikah, surat beranak anak, duit, make-up Laneige makcik semua dalam tu. Halahhh. Macam mana ni" laju makcik itu bercakap. Macam rap saja gayanya. Hana sudah sudah tergamam. 'Uish kelas kau Laneige. Aku pun pakai silky girl je' kata Hana dalam hati.

"Eeerr. Ok makcik tunggu sini jangan pergi mana-mana. Biar saya yang kejar peragut tu. Haih, tak guna punya peragut, puih! Tunggu sini tau makcik. Jangan pergi mana-mana tau. Tau makcik" tanpa membuang masa dia terus pecut mengejar peragut yang sudah jauh di depan. Kalah Usain Bolt. Kau ada?

"Aish, tak guna. Laju jugak dia ni lari. Tak boleh jadi ni" dia meneruskan lariannya untuk mengejar peragut durjana itu. Suka hati tok nenek dia saja nak ragut. 

Setelah beberapa minit berlarian, akhirnya Hana dapat juga mencapai hujung baju lelaki itu dan merentapnya dengan kuat supaya lelaki itu memperlahankan lariannya. Heh, jangan main-main dengan Hana si atlet pecut di sekolah. 

"Ha! Dapat pun kau. Bagi sini balik beg makcik tu sebelum aku belasah kau. Bak sini!" Hana melihat muka peragut yang sedang mengambil nafas setelah beberapa minit tidak berhenti berlari. Gila tak penat. Macam namatey rasa.

Peragut itu memandang Hana dengan muka tidak puas hati.

"Apa tengok-tengok nak kena ma-- Woah biadap sia kau ni" 

Sedang Hana membebel tadi, peragut itu cuba memukul Hana untuk cuba melepaskan dirinya daripada genggaman kuat Hana. Hana sudah mula hilang sabar. Lalu dia terus membelasah lelaki itu tadi. Uish boleh tahan juga dia ni. Orang di keliling mula berkerumun di situ untuk menyaksikan perlawanan bagai WWE itu tadi. Bukannya nak call polis ke apa -,-

Hana dan peragut itu mula menunjukkan aksi lagak ngeri disitu. Tiba-tiba peragut itu meng'slide' *lol* kaki Hana ketika dia terleka sekejap tadi.

"Adoiii! Sakitlah babun. Auch" 

"Hahahaha. Rasain lo, heh" lah orang indon rupanya.

Peragut itu cuba melarikan diri lagi tetapi malang tidak berbau kepada mamat indon itu. Dia telah ditangkap oleh polis ketika mahu keluar dari keramaian orang tadi. 

Hana pula telah dimasukkan hospital kerana kakinya yang di'slide' tadi patah. Tula, nak jadi hero lagi. Hambik kau. "Rasain lo" bak kata mamat indon itu tadi. Beg makcik itu pun telah selamat ke tangan tuannya.

"Haaa, selamat Laneige aku. Dah lah mahal. Ni pun tunggu 3 bulan gaji baru beli" Yela nak beli barang anak lagi. Mana cukup nak beli barang mahal-mahal untuk diri sendiri. Kan.

"Terima kasih ye nak sebab dah tolong selamatkan beg makcik yang 'precious' ni. Terima kasih banyak-banyak"

"Tak apalah makcik. Benda kecil je ni. Hehe sama-sama" tersenyum gembira dia setelah dapat menolong orang.

"Ok lah makcik balik dulu ye. Sorry sebab makcik kaki kamu patah"

"It's okay la makcik. Small matter je" 

"Hmm, iyalah. Makcik balik dulu ye. Bye" kata makcik itu sambil melambai kepada Hana.

"Ok makcik. Bye!" Dia pun membalas lambaian makcik tadi. Macam budak-budak -,-

Makcik itu keluar dari wad Hana bersama anggota polis. Disebabkan makcik tu nak berterima kasih sangat dekat Hana jadi dia meminta bantuan polis untuk bertemu dengan Hana.

"Hah"

Dia mengeluh memandang balutan dikaki kanannya.

"Tak guna punya jantan. Kaki aku jugak di'slide'nya. Biadap. Habis macam ni? Macam mana nak pergi jumpa oppa kalau kaki dah kena balut ni? Haish. Serabut" 

Muka Hana sudah bertukar masam. Tak fasal-fasal kaki patah. Halaaah.

"Hana, anak ibu! Ibu bangga dengan kamu" 

Tiba-tiba pintu wad diterjah oleh mak,ayah dan abangnya. Lalu dia di peluk oleh maknya erat. Erk, dah tak boleh bernafas dah ni.

"Ha yee ibu. Hmm, Hana rasa ibu dah boleh lepaskan Hana sekarang kot sebab Hana rasa kalau ibu peluk lama lagi nanti Hana dari wad biasa pergi ke wad ICU pulak ni nanti"

"Ok-ok ibu lepaskan. Hah, tadi masa polis telefon ibu cakap yang anak ibu sorang ni masuk hospital ibu hampir nak mati tau. Tapi lepas tu ibu dengar je polis tu cakap yang anak ibu ni masuk hospital sebab selamatkan orang ibu tak jadi nak mati. Nasib baiklah kamu ni tak apa-apa. Patah sikit je kan? Nanti bulan depan eloklah tu. Tak payah nak risau sangat"

Hana mendengar saja ibunya itu membebel. 

"Sikitlah sangat" katanya perlahan.

"Hah yang kau tiba-tiba baik sangat nak selamatkan orang pahal? Tapi baguslah berguna jugak kau ni. Ingatkan tak berguna" kata abangnya Lee Seokmin a.k.a DK dengan sarkastik.

"Salah ke? Atleast aku tolong orang, bukannya buat bodoh bila orang minta tolong, kan?"

Hana memandang muka toya DK. Heh, menyampah!

"Dah-dah le tu. Jangan gaduh adik beradik tak baik" kata ayah mereka.

"Kitorang tak gaduh la. Kitorang bincang, kan along?"

"Bincanglah sangat" kata DK mengekalkan muka toyanya dari tadi. Memang minta pelempang agaknya. 

"Dahlah ibu dengan ayah nak pergi beli makanan sekejap. Korang tunggu sini. Nak makan apa?" Tanya puan Lee.

"Nasi goreng kimchi!"

"Kuewtiau satu ane!"

Kata mereka serentak.

"Kepala hotak kau ane eh. Mana datang ane kat sini. Cakap baik sikit dekat ibu. Ane pulak perginya" marah Hana kepada abangnya. Marah sangat nampaknya tu.

"Whatever, heh!" Sambil meng'flip'kan rambutnya yang pendek itu. Apakah? --"

"Ok ibu pergi dulu ok"

"Ok!" Kata mereka serentak lagi.

Suasana di dalam wad itu sangat sunyi apabila ibu bapa mereka keluar.

"Hmm, macam mana ni eh? Takkan tak jadi pergi pulak. Nanti rugi pulak kalau tak pergi. Haish macam mana ni otak fikir fikir!" Kata Hana di dalam tapi sambil tangannya mengetuk kepalanya sendiri.

DK yang sedang duduk di atas sofa bermain game di telefonnya itu memandang adiknya yang tiba-tiba mengetuk kepalanya sendiri. "Gila" kata DK perlahan.

"Aku tak gila lagi ok" 

"Hmm, baguslah kalau macam tu. Saya tumpang gembira" dia tersenyum memandang adiknya sambil menepuk tangan lalu sambung bermain game di telefonnya. Urgh, annoyingnya!

"Heehh. Terima kasih" kata Hana sarkastik sambil tersengih tidak ikhlas kepada abangnya. 

'Ting'

Bunyi idea datang dari kepala Hana. Otaknya sudah mula berfikir dengan bijak dan memberikan idea yang bernas. Tapi tak tahu kalau tuan empunya badan mahu atau tidak. Belum tanya belum tahu. Ye dok?

"Along boleh tolong?" 

"Maaf,aku bukan kaunter pertolongan, peti kecemasan mahu pun bomba atau polis atau yang lain-lain yang kau boleh mintak tolong. Sebab aku tak berkhidmat untuk pertolongan. Jadi, tak"

"Apa benda yang kau merepek ni wahai along? Takkan la adik sendiri pun tak nak tolong? Aku dah tolong kau banyak kali tau. Ceh bagai kacang yang lupakan kulit betul"

DK buat tak dengar dan sambung bermain game.

"Ishhhh, annoyinglah kau ni. Benci ah, aku bagitahu ibu kejap lagi ni karang"

"Bagitahu jela kisah pulak aku"

Ish cara ni pun tak jalan. Tak boleh jadi ni. Terpaksa kena merayu ni.

"Along please gantikan tempat aku masa fansign nanti.Pleaseeeeee!!!"

DK terkejut dengan suara adiknya yang tiba-tiba nyaring itu.

"Dah kenapa kau ni tiba-tiba nak suruh aku mintak tolong ni?" DK mengerutkan mukanya. Tak pernah adiknya itu meminta tolong kepadanya. Untuk beberapa bulan ini saja. Duh -,-

"Please along pleaseee!" "Ah, aku tak kira. By hook or by crook kena jugak paksa dia ni gantikan aku untuk pergi fansign nanti" kata si adik dalam hati.

"Alaaaa aku malaslah. Nanti kalau aku pergi nanti awkward tahu tak.Kalau perempuan tak apalah jugak,ni jantan.Tak nak ah segan"

"Alaaaaa along pleaselah tolong aku,pleaseeee. Kau bukannya kena buat ual harrassment pon kat diorang,aku mintak tolong kau amik sign dia je. Tu pon payah ke. Kalau dia tanya nama nanti cakaplah nama aku then cakaplah kau datang untuk gantikan aku. Hadui kau ni long!"

"Alaaaaa tak nak ah. Nanti budak perempuan kat sana semua dok usha aku. Aku tahu la aku hensem tapi.. tak nak ah!"

"Duh, perasan gila kau ni. Tapi along please. Tak kan aku nak lepaskan peluang tu pleaselah nanti rugi kalau tak pergi. Bukannya senang nak dapat pergi tau. Pokai duit aku"

"Yang kau pergi beli menimbun album diorang buat apa. Padan muka kau"

"Please along sekali ni je. Kau tak kesian ke dekat adikmu yang comel lotey ni? tak kesian ke tengok aku atas katil hospital ni sedang terlantar selesa disini? tak ke? please sekali ni je long. Bukan selalu aku mintak tolong kau. Kalau kau tolong aku,aku kasi kau hadiah special nak?"

"Apa dia?" DK memandang adiknya pelik.

"Kiss.Muuuuuahhhhhhhhhhh"

"Eiiii geli aku doh. Dah tak payah nak kasi aku kiss. Tak ingin pon"

"Kau fikir aku nak ke kasi kau kiss? sampai oppa aku kahwin pun takkanku kasi. Hmmph!" kata Hana dalam hatinya.

"Disebabkan kau merayu bagai nak mati, ok fine aku pergi" dengan terpaksanya dia pon mengalah.

Ok. Dia bukannya mengalah tetapi mulutnya saja yang lancang cakap macam tu tadi. Disebabkan adiknya bising dan mengganggu konsentrasinya ketika dia sedang bermain game, jadi secara automatiknya dia terlepas cakap. Takkan tiba-tiba nak tarik balik apa yang dia cakapkan. Gentleman la katakan. Puih, gentleman ke laut la. Jadi TERpaksalah dia pergi.

"Yasssss! Akhirnya!" hatinya bersorak riang. Hana tersengih memandang abangnya.

"So, along first thing first yang kau kena buat ialah..."


Hope u guys enjoy this ^^ huhuhu..... 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
5days_fin
#1
Chapter 1: tak apa hana, bior akk fin ganti tempat mu jmpa abey2 mu xD
jimat sikit duit akk...