In Love with The Maid.
Description
Luhan membuat keputusan berhijrah ke bandar untuk mencari kerja disebabkan pekerjaan dikampung tidak cukup untuk menyara hidup dia , oemma dan juga adik lelakinya , Yixing yang masih bersekolah. Nasib sememangnya menyebelahi dia apabila setiba sahaja di bandar Seoul , Luhan sudah mendapat pekerjaan sebagai pelayan dalam sebuah kafe. Walaupun , gajinya masih belum lagi dapat membiayai segala makan minum oemma dan Yixing di kampung , tetapi ianya masih lumayan berbanding gaji ketika dia menjadi petani di kampung.
Selepas lima tahun , Luhan dinaikkan pangkat sebagai pengurus kafe itu. Atas usaha gigih dan sifat rajinnya , pemilik kafe tersebut telah melantik dia dengan jawatan itu. Gajinya makin meningkat. Sedikit demi sedikit , keluarganya dikampung dapat hidup dalam keadaan agak senang dan aman. Tetapi , tidak bagi Luhan di bandar. Lebih-lebih lagi apabila dia sudah berkereta dan sebuah rumah sewa bersama rakan sekerjanya. Dia terpaksa berjimat untuk menyara kehidupannya.
Sehinggalah dia bertemu seorang CEO yang berumur 25 tahun , Oh Sehun. Mereka kenal disebabkan beberapa kali pertembungan yang berpunca dari Luhan sendiri sehingga menimbulkan kemarahan lelaki itu. Namun , pada pertembungan terakhir berlaku , dia ditawarkan kerja oleh CEO itu.
" Kau ada kerja mana-mana lagi ? "
" Tak. "
" Gaji kau berapa ? "
" Kenapa you nak tahu ? "
" Agak-agak cukup tak , nak sara keluarga kau dekat kampung ? "
" Ma-macam ma-- "
" Kerja dengan aku. Aku akan bayar tiga kali ganda dari gaji kau dekat sini. "
" Kerja apa ? "
" Jadi , MAID aku. "
Bermula dari itu lah , cinta mula berputik tanpa disedari.
" You're always in my mind even I have a million other things to think about "
Foreword
Haiiii guyss , so this is new story for HunHan shippers !! I'm Wolf , okayy not Shila. Wolf tak tahu berapa panjang story ni but I hope that you'll give me a dozen supports because I need it. And lots of love too. Hee ..
* Subscribe * Upvote * Comment * are so appreciate. So pleaseeee do !!
- Waiting - Enjoy - Be Happy !
Comments