Letting you go

Waiting IV (Letting go)

 

Sulatko

Angel Tears

 

   Hari yang indah bersamaan 18 Mac 2016, aku menunggu sesorang di hadapan sebuah pokok plum di hadapan bangunan Big Hit ent.

 

“Kookie!!” jerit seorang gadis bernama Lee Halla.  Aku memandang ke arahnya.

“Nae?” Aku tersenyum melihat gadis itu berlari kearah ku.

“Buah hati pujangga kekanda!” Sapa ku. Dia tergelak kecil.

“Tadaa! Halla cuba masak cake. Rasa lah.” Muka ku berubah 360 darjah. Senyum ku plastik.  ‘Mampos aku.’bisik hati ku.

“Nak rasa tak?” Halla mencubit sedikit kek buatannya. Kononnya kek moist coklat, tapi apa yang aku lihat seperti kek taik lembu. Hitam dan sungguh tidak menyelerakan. ‘Masalah betul minah ni.’kata hati ku sengsara. Aku bakal diarrhea kerana keracunan makanan sebentar lagi.

“Nganga. Aaaa” dia menyuap secubit kek hodoh itu kedalam mulut ku. Aku cuba mengunyahnya, cuba mencari rasa. Rasa pahit. Rasa seperti menelan kapur sirih. Teruk sehingga tak terkata.

“Sedap tak?” Tanyanya sambil membuat muka sepuluh sen. Aku tersenyum pahit menahan muntah. Jika dia bukan kekasih ku, sudah lama aku melempar kek tersebut dimukanya yang cantik itu.

“Tengok sana tu sayang!” Aku menunjukkan sesuatu, apabila dia memandang kearah itu, cepat-cepat aku meludah kek tersebut ke tanah. Jelek rasanya.

“Nak lagi?” dengar saja pelawaan keduanya, cepat-cepat aku menolak. “Kookie kenyang lah sayang.” Lalu aku mengucup dahinya. “Dah. Jom pergi jalan-jalan.”Ajak ku.

 “Yah Jeon Jungkook!” dia memukul manja dadaku. Mukanya berubah merah. Dengan pantas aku melarikan diri darinya. 

"Yah!! makan cake ni sampai habis!" Jerit Halla berang dengan karenah keanak-anakkan ku. Dia mengejarku.

 


 

 

 "Happy birthday sayang!" Aku menjerit di telinganya sambil membawa sepotong kek keju kegemarannya.

 "Kookie! pekak lah telinga Halla! Ishk!" Halla menolak bahuku.

"Omo, sedapnya kek. untuk Halla ke?"

"Tak lah, untuk mak guard tu." perli ku. Dia memuncungkan bibirnya tanda tersentap dengan kata-kataku. Sensetive betul. 

"Apa yang kusyuk sangat tu, sampai tak nampak namja chingu mu yang superb handsome ni?" soalku sambil mengangkat kedua-dua keningku seperti ziana zain.

"Relationship goals. Aim yang Halla nak capai dengan Kookie sebelum terlambat." Terang gadis dihadapanku ini.

"Huh?" Aku bingung.

"Ajal dan maut kan rahsia tuhan." jawabnya selamba. Aku jadi pelik, lalu aku merapatkan muka ku dengan mukanyanya. Mata kami memandang antara satu sama lain.

"Apa sayang merepek ni?" 

   Dia tidak menjawab soalan ku, lalu tangan kecil itu pantas menyalit krim kek di hidungku. What the hell! Dia menjauhkan diri dari ku, takut di balas kembali. Aku pun mengejarnya. geram dengan kecomelannya.

"Tak mau lah Kookie!" rontanya. Aku memeluknya dari belakang. "Dapat pun nenek kebayan ni!" Kata ku, terselit gelak ketawa antara kami. Aku mengangkatnya. Berat? sememangnya nenek kebayan ini seberat anak gajah, tetapi dengan kudrat jantan sejati yang ada, aku gagah mengangkat kesayangan ku ini. Ceh.

 


 

 

 

“Semalam Halla mimpi Kookie.” Kata Halla memecahkan kesunyian. Dia sedang sibuk menulis di dalam sebuah buku nota kecil yang berwarna merah jambu. Menulis 'Relationship goals' katanya.

“Mimpi apa?” Aku yang sedang baring diatas ribanya memandangnya dengan kehairanan.

“Halla pun tak pasti tentang mimpi tu.”

“Kenapa tak pasti?”

“Halla mimpi kita berpisah.”

“Berpisah?!” Aku separa menjerit. Terkejut, lalu duduk menghadapnya. Halla mengangguk.

“Sayang, itu mainan shaitan. Ni mesti tidur tak basuh kaki ni.” Kata ku yakin.

“Tapi.. dalam mimpi tu..” Halla melihat ku dengan pandnagan yang sayu. "kenapa ni sayang?"

 

 


 

   “Jeon Jungkook..” suara itu membuatkan lamunan ku terhenti.

    “Halla?.”Aku memandang kearah suara itu. Halla tersenyum.

    “Kenapa ni?” Halla risau.

    “Kita dah berpisah ke?” Tanya ku kepadanya. Aku mahukan kepastian. Aku mahukan benar-benar kata putus darinya.

    “Belum.” Dia tersenyum.

    “Tapi kenapa kita perlu berjauhan?”

  


 

 

     “Jeon Jungkook...” Kini suara itu memberhentikan lamunanku.

     “Halla?.”Aku memandang kearah suara itu.

     “Ni Chim chim lah.” Jimin tersenyum lalu duduk di sebelah ku. Aku hampa.

     “Halla mana? Dia tak datang hari ini?”

     “Siapa Halla?” Tanya Jimin hairan. Aku terkedu.

     “Chim, Lee Halla awek aku tu..”

     “Halla?” Jimin cuba mengigati kembali.

     “Kookie, dah 5 tahun berlalu. Come on lah. Kau perlu teruskan hidup.”

     “Aku tak faham. Apa yang kau cuba sampaikan ni?”

 


 

 

“Kookie hidup ni singkat kan?” Kata Halla sambil bermain-main jari jemari ku. Dia baring berbantalkan sebelah lenganku, sebelah lagi tangan ku sedang mengusap lembut kepalanya. Mataku tidak lepas memandang wajahnya. Tidak lama lagi, aku bakal merindui wajah itu. Aku menahan sebak ku. Walaupun katil hospital itu sungguh kecil dan sempit, aku masih berdegil, mahu baring disebelahnya. Gatal. Miang. Sememangnya perangaiku begini.

“Kalau tuhan beri peluang untuk Halla teruskan hidup. Halla mahu hidup bersama Kookie. Jadi isteri kookie.” Dia tersenyum. Aku membalas senyumannya.

“Apa pun yang terjadi, Kookie takkan lupakan Halla.” balas ku. Hati ku berkecai-kecai apabila melihat kekasih hati ku dalam keadaan yang sengsara kerana menghidap Leukemia. Cengkung, pucat dan tidak bermaya. Mengapa dia, mengapa bukan aku?

    Aku kagum dengan sikap tekadnya. Aku kagum dengan ketabahannya. Wajahnya tidak lekang dari senyuman. Dia tidak pernah menangis di hadapan ku. Persis ahli kaunselor termashor, Cinta adalah peransang kehidupan. Dia pemangkin untuk aku teruskan hidup, motivasi hidup ku, kerana dialah segala-galanya bagiku.

    Ketika dia memberitahu bahawa dia menghidap Leukemia, hati aku luluh. Aku berteriak seperti anak kecil di hadapannya, tetapi dia hanya tersenyum dan memuluk ku, malah dia menenagkan aku. Aku tidak menerima hakikat itu sehingga hari ini.

  Aku sanggup menemaninya semasa menerima rawatan di hospital. Rawatan Kemoterapi, rawatan radiology dan rawatan yang lain telah Halla jalani. Tetapi kata doktor manusia, prognosisnya lemah, dan akhirnya dia harus menjalani rawatan palliative iaitu rawatan terakhir, yang hanya menunggu saat-saat kematian.

      Aku berdoa agar tuhan panjangkan nyawa kekasih hatiku ini, atau lebih baik dia mengambil sahaja nyawaku sebagai ganti. Aku tidak pernah bercinta sebegini gila. Sebegini sayang. Sebegini taksub. Bagi ku dia pertama dan terakhir.

 

“Bosannya bila  kena pakai cap 24jam ni!” Rungutnya manja. Aku mencubit pipinya.

“Comel apa pakai cap yang Kookie beli.” Aku menghadiahkan dia sarung kepala bertelinga kucing yang amat comel.

“Girlfriend awak ni.. dah la botak. Tak ada rambut!” Dia mencebik. Bibirnya di muncungkan.

“Botak-botak pun abang kookie sayang.” Aku mengucup bibir munggilnya. Dia terdiam. Tersenyum sendiri seperti kera sumbang.

“Ew abang kookie sangat!” Dia mengejek. “Jelek bunyinya.”Tambahnya lagi sambil menjelir lidah.

“Jelir lah lidah. Cium sampai pengsan kang!” ugut ku. Aku tersenyum nakal.

Dia memegang muka ku, dan menyerang bibir ku.

 


 

5 tahun selepas rawatan pemulihan ku.

   Orang lain fikir aku gila. Aku di-refer ke psycology departmen kerana kononya aku mengalami halusinasi, gila dan sebagainya. Bodoh, mana mungkin orang gila secerdik aku. Cis, aku masih berakal. Aku tidak dapat menerima hakikat kehidupan ku. Melepaskan sesuatu yang kita sayang itu bukan mudah. Setiap masa aku masih mengigati bait-bait darinya. Setiap detik aku masih berfikir aku bersamanya, masih berkongsi udara dengannya. Aku masih merasai kehangatan tangannya memeluk tubuh ku. Salahkah aku?

Aku...

Aku.. Aku masih mengigati saat-saat kematiannya.

Saat dia menangis di hadapanku, berharap dia masih ada peluang untuk kami bersama.

Mulai hari itu, aku masih membayangkan dia ada di sisiku. Gilkah aku?

“Aku harap tuhan mendengar akan rintihan ku. Aku ingin dia kembali.”

 


 

 

“Halla!!! Halla!!” Jerit ku. Halla kelihatan tidak bermanya. Badannya sejuk, Mukanya pucat. Matanya berair. Aku mengucup tangannya, memegang erat jari jemarinya yang halus.

“Jangan tinggalkan Kookie! Halla..” Rayuku. Air mataku mengalir deras. Senyumannya masih tidak lekang dari wajahnya.

“Kookie..”Suaranya sayu, sungguh perlahan.

“Mi-mianhae..”katanya lagi. Aku tidak mampu membalas permintaan maafnya. “Kookie tak maafkan sayang, kalau sayang pergi sekarang. Hari ini hari ulang tahun kita kan..”kata ku dalam sebak.  Air matanya mengalir. Dia mula menagis.

“J-jangan menangis.. jangan lupakan Halla..”katanya. “Ha-halla sentiasa dengan kookie..” tidak sempat aku membalas,dia seperti mencari nafas, badannya sejuk dan alat di sebelahnya menunjukkan garisan lurus dan berbunyi kuat. Badannya longlai, nafasnya terhenti. Teriak ku makin kuat.

“Halla!!!!”

9.25pm Lee Halla meninggalkan Jeon Jungkook.

 


 

 

    Pagi itu, seperti biasa  Aku bersiap-siap ke Companyku untuk menjalani latihan tarian bersama rakan-rakan BTS ku.

 

 “Kookie!!” jerit seorang gadis bernama Lee Halla.  Aku memandang ke arahnya.

“Nae?” Aku tersenyum meihat gadis itu berlari kearah ku.

“Buah hati pujangga kekanda.” Sapa ku. Dia tergelak kecil.

 

“Tadaa! Halla cuba masak cake. Rasa lah.” Muka ku berubah 360 darjah. Senyum ku plastik.  ‘Mampos aku.’bisik hati ku. Dialah Cheff paling teruk di alaf ini, oh tidak, di abad ke-20 ini!

         “Nak rasa tak?” Halla mencubit sedikit kek buatannya. Kononnya kek moist coklat. Tapi apa yang aku lihat seperti kek taik lembu. Hitam dan sungguh tidak menyelerakan.

         “Halla, Kookie mimpi Halla pergi sebelum Kookie.” Aku cuba menolak kek buatannya.

        “Huh?” Halla memandang ku dengan hairan.

         “Kookie mimpi Halla mati?” Tanya Halla kepada ku. Aku menganngguk. Halla tersenyum.

         “Kita semua akan mati lah sayang oi. Jangan mengarut pagi-pagi ni boleh tak?” Dia mencuit hidung mancungku. Aku memegang erat tangannya. Muka ku berubah serius.

         “Tapi Kookie takkan benarkan Halla mati dulu. Sebab Kookie akan jaga Halla sampai mati.”

 

 

Tuhan mendengar rintihanku, Dia memberiku peluang kedua.

Peluang ku yang kedua, adalah..

Dia kembali, dan aku yang harus pergi. Pergi jauh darinya. Mengantikan diriku dengan dirinya.

Kookie akan jemput Halla di syurga. I won't letting you go, sayang.

 

    “Lee Halla..” Kini suara itu memberhentikan lamunannya.

     “Kookie?.”Dia memandang kearah suara itu.

     “Ni chim lah.” Jimin tersenyum. Dia duduk di sebelah Halla. Halla kelihatan hampa.

     “Kookie mana? Dia tak datang hari ini? Hari ni kan waktu melawat.”

     “Kookie?” Tanya Jimin hairan. Halla terkedu, lalu Jimin memeluk erat gadis itu.

      “Oppa akan jaga Halla... Ni wasiat terakhir Kookie untuk Halla.. Oppa janji..” Air mata Jimin mengalir. Halla menangis teresak-esak.

      “Halla rindu Kookie... Rindu sangat.. Halla nak Kookie!" tangisan gadis itu semakin kuat. Dia rindu akan kekasihhnya yang telah pergi 5 tahun lalu akibat mengidap Leukemia, sejenis penyakit kanser darah.

 

 

 

-TAMAT-

LETTING GO- DAY6

 

"I remember our good times
The days of laughter and fun
Memories ever so precious
Fill up inside me
Although I don’t want to

I’d been holding on to you for so long
But now I must let go
There’s nothing I can do for you
It’s the only way to make you happy
So I let go, let go, let go"

 


Author noted:

* harap readers suka, this is my favourite ship. jangan kecam saya. Jangan lupa komen ye. 


Credit to the owner of all picture  and gif: thank you so much. 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
MaryRose19
#1
eng sub please...
DiamondSakura
#2
Chapter 1: jjang! hmmm sedih saya baca tau...ㅠ.ㅠ
Coco_Cherry #3
Chapter 1: Ape nih ~~(ㅠ_ㅠ) Authornim npe wat sye sedey sebegini rupaaa~~
*ceh ayt taley blah* XD
Btw, best ff nih *thumb up*
Sedey jugak ~
Sweet jugak~
Ammm~~
BEST LAH SENANG CITE ! :p heheh
sunshine234 #4
why kookie? why? this is so sad but at same time ada lawak dia jugak and a little bit romance. Poor Halla
youngminbfminwoo
#5
Chapter 1: Apakah ini semua?!
Awak suka buat saya menangisssss T_T saya tak nak kawan awak, saya amik kookie awak T_T
whitelove
#6
Chapter 1: i like the way you write it btw. simple yet touching
whitelove
#7
Chapter 1: teringat ft island severely punya mv huhu sedih sgt u__u
parkyura98
#8
Chapter 1: jungkook?!!! wae?? huhu...sye x nk dia pergi....huhu....*Menangis x berlagu* T~T
sye jealous dgn Halla! kenape Jimin plak yg gantikan tmpat Jungkook?*Jealous* X(