alasan mencintaimu ; kook jeon

Please Subscribe to read further chapters

Description

jumaat , 11 ogos.

hari ini cuaca agak cerah dan sesuai untuk menjemur kasut sekolah yang baru dibasuh itu , perlahan aku mengeluh sambil mengelap peluh yang bercucuran keluar , musim panas yang paling buruk di dalam sejarah hidup aku. hati aku remuk seremuknya apabila aku tahu yang jeon kook apa entah atau encik crush yang aku suka selama ini ialah playboy yang paling besar pada abad ini. aku tergelak kecil , muka nampak suci sangat macam malaikat tetapi sikap dia hampeh. betul , aku mula suka dia semasa aku asyik terserempak dia dan dia selalu pandang aku seperti aku ialah satu - satunya gadis di dalam dunia ini.

" panasnya cuaca , kalau hujan mesti seronok .. " suara siapakah itu , bila hujan minta panas , bila panas minta hujan. manusia oh manusia , aku tersenyum nakal dan membuka paip dengan cepat kemudian yes god. lelaki itu sudah basah kuyup dan okay , mungkin aku sudah gila kerana tidak tengok lelaki itu siapa , entah - entah anak perdana menteri atau mungkin polis atau mungkin perogol bersiri. " woi , kau ingat kau siapa - ah , hi " jungkook , jeon jungkook tegur aku ? aku terus menutup paip air itu kemudian terus masuk ke rumah tanpa berkata apa - apa kepada jungkook.

jantung aku , ya jantung aku berdegup dengan kencang bagai hendak pecah injap jantung. aku curi - curi pandang jungkook dari tingkap bilik aku dan buat kali pertama mata kami berdua bertentangan , masa seperti berhenti buat kali pertama. jungkook tersenyum kecil sebelum mengatur langkah , dengan cepat aku membuka tingkap dan menyuruh jungkook berhenti. " tunggu ! boleh kau jadi teman lelaki aku hanya untuk musim panas ? " langkah jungkook terhenti dan mata dia seperti berkelip - kelip buat seketika , cuba untuk mentafsir apa yang terjadi kemudian senyuman nakal mula terukir pada bibir dia.

" boleh kau ulang sekali lagi ? " jungkook terus masuk ke halaman rumah aku dan menghampiri tingkap bilik aku , mohon bawa bersabar wahai jantung. wajah aku mula menjadi merah seperti tomato , jungkook tergelak kecil dan mengulang soalannya itu sekali lagi. " boleh kau jadi teman lelaki aku hanya untuk musim panas .. ? " jungkook tersenyum nakal , aku rasa seperti mahu tumbuk muka dia untuk sekarang. " em boleh tetapi dengan satu syarat " aku memandang jungkook lama sebelum mengangguk dengan cepat , wajahnya yang seperti malaikat itu mula berubah seperti wajah seorang lelaki berumur yang digelar sebagai ert.

Foreword

hi , my name is daisy kim and i am from malaysia of course - okno. first of all , thank you for reading

this and i hope you can wait for da next , be patient please.

 

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet