장 1

Don't Love Me 날 사랑하지 않아

Semua pelajar senyap.Semua mata fokus terhadap dua kumpulan dihadapan mereka.Suasana tegang dapat dirasakan diseluruh penjuru gelanggang.

JB,ketua kumpulan Got7,tersenyum sinis kearah BTS.Rapmon pula hanya membalas dengan pandangan poyonya.

“Hei,lanjiao.Baru datang ke?” ujar Mark.Jelingan mautnya dilontarkan kearah musuhnya.BTS hanya tidak mengendahkan kata-kata lelaki kurus dihadapan mereka.

“What’s up noob-er?”  Got7 hampir hilang sabar terhadap Suga.Yugyeom hampir saja menumbuk muka Suga tetapi ditahan oleh Bambam.Bambam pun mengalih posisinya ke hadapan,menatap tajam kearah ahli-ahli BTS.Taehyung membalas renungan tajam itu.Seolah-olah ada pancaran elektrik yang keluar dari mata mereka dan berlawan. Pelajar-pelajar disitu pula sudah teruja melihat situasi itu walhal elektirk pada mata mereka berdua tidak kelihatan.Mereka hanya teruja kerana kingka sekolah mereka kemungkinan akan memulakan perlawanan.

“Blah!Kami nak lalu!” ujar  Taehyung kasar menolak bahu Bambam.BTS ingin beredar tetapi terhenti saat Jackson menolak kuat Taehyung sehingga Taehyung jatuh.

“Oi.Kau siapa nak pegang bahu kami dengan tangan busuk kau tu?” Jungkook dan Jimin membantu Taehyung berdiri.Jin pula menenangkan Taehyung  daripada melawan balik lelaki berambut blonde itu.Taehyung memandang tajam kearah mereka sambil menyapu seragam sekolahnya yang terkena habuk

 “Sonofabi.Kau dengar bebaik cakap aku.Kau kacau member aku,memang nahaslah kau” tengking Jungkook.JB tesengeh.

“Wow.Dah besar ye,maknae grup korang.Dah pandai mengugut lak tu.Nak jadi hero eh?Dulu bukan main goyah kau!” Jungkook menarik koler baju uniform JB.JB yang patang dibuat begitu, menolak tangan Jungkook.Jungkook tetap memegang kolernya lalu ingin menumbuk pipi lelaki itu namun niatnya terhenti apabila mata menangkap sosok Halla yang berdiri antara pelajar yang menonton mereka.

Halla mengeleng kepalanya.Cuba memberi isyarat kepada Jungkook untuk tidak meneruskan pergaduhan itu.Jelas terpancar kerisauan pada wajah gadis itu.Jungkook pun melepaskan tangannya pada koler baju JB.

Malangnya,kesabaran JB telah habis.Dia menumbuk pipi Jungkook.Halla terkejut.Dia ingin menarik Jungkook pergi dari situ.Tapi dia tiada keberanian.

Baru saja BTS dan Got7 memulakan perlawanan mereka,Mr.Lee,guru disiplin mereka datang menghalang mereka.Pelajar lain beredar apabila Mrs.Jung,ketua guru disiplin muncul.Siapa tidak kecut perut melihat cikgu itu.Halla pun beredar dari situ.Hatinya berasa sedikit lega.Syukur,pergaduhan mereka tidak diteruskan.

….

Kedua kumpulan  itu keluar dari bilik disiplin.Masing-masing masuk kelas mereka sendiri selepas saja memberi jelingan maut.Halla pun terus berjalan kearah Jungkook.BTS yang lain beredar juga apabila melihat gadis tersebut.

“’Awak..awak tak apa-apa?” Hallamemeriksa tangan Jungkook.Dia juga melihat wajah Jungkook.Jungkook memberi senyuman manis kepada Halla.Halla merupakan kawan rapat Jungkook selain BTS.

“Jangan  risau.Aku okey.Kau tunggu aku ke macam mana ni? Dari tadi ke kat luar bilik disiplin ni?” Halla mengangguk.

“Saya risau tengok awak.Lebam dan luka kat muka awak tu,mesti sakit.” Jungkook mengusap rambut Hyeji.

“Luka macam ni ,sikit je.Tak sakit pun.” Halla terus menampalkan plaster pada bahagian luka Jungkook.Jungkook terpana.Degupan jantung nya semakin laju berdetak.

“Dah siap.Jom masuk kelas!” Halla menarik tangan Jungkook.Jungkook sekadar mengikut rentak Halla.

Tetapi mereka berdua tidak tahu.Ada sepasang mata sedang memerhatikan mereka.

….

“JB hyung,nah!” Yugyeom menghulur setin minuman kepada JB.Yang lain pula baru sampai di cafeteria tersebut.Mereka pun megambil tempat biasa mereka  duduk.

“Cilaka ar perempuan tua tu.Ada hati pula nak kacau daun.Belum sempat lagi aku nak tunjuk kemachoan aku kat budak-budak perempuan tu tadi” ujar Jr tidak puas hati.Ada sedikit memuji diri pada ayatnya sehingga member Got7 yang lain naik loya tekak.

“Chillax ar.Kat luar nanti kita boleh sambung” balas Youngjae.Yang lain sekadar menyetujui apa yang dikatakan Youngjae.

“Aku belum puas hati lah dengan BTS tu.Kalau boleh aku nak hentak satu-satu kepala dorang dengan batu nisan” Mereka hanya berkekeh mendengar luahaan hati Mark.

“Agak-agak lah Mark.Kau kurus macam cicak kubing ada hati pula nak lawan dorang” ujar Jackson sambil ketawa mengejek.Bambam melakukan brofirst dengan Jackson tanda dia menyetujuinya.Mark mencebik mulutnya.Merajuk katakan.

 

“By the way,korang perasan tak budak perempuan yang Jungkook tenung tu tadi?” JB yang dari tadi mendiamkan diri kini bersuara.Semua mata menoleh kearah JB.Ada yang mengerut dahi ada yang seperti tahu identiti gadis itu.Bambam yang sedang membelek handphone pula cuba mengawal ekspresi wajahnnya.

“Yang mana satu tu?” Youngjae mengaru kepalanya.

“Alah..time kita baru je nak buka gelanggan wrestling.” Jawab Jackson bagi pihak JB.Dalam beberapa saat mereka cuba mengecam gadis itu,baru mereka dapat menganggak gadis berkaca mata itu.

“Awek dia ke?” Mereka mengangkat bahu tanda tidak tahu.

“Aku rasa tu awek dia.Lagipun aku selalu nampak dorang bersama.”

“Eh,bukan perempuan tu sekelas ngan kau ke Bambam?Ah..sekelas dengan Jungkook juga” Bambam hanya mengangkat keningnya menjawab pertanyaan Yugyeom.

Tiba-tiba mereka melihat kelibat Jungkook dan seorang gadis masuk ke cafeteria itu.Mereka kelihatan bahagia sambil melemparkan senyuman diantara satu sama lain.Mereka melintasi kumpulan Got7 yang tengah duduk disitu.Ketujuh-tujuh mereka hanya memandang pasangan itu.

“Nampak mesra” ucap JB.

“Lee Halla” Keenam pasang mata memandang Bambam.Macam-macam reaksi yang mereka tunjuk kepada  Bambam,memintanya menjeleskan.

“Nama gadis tu Lee Halla dan…” Semua masih menunggu kata-kata Bambam seterusnya.

“Aku ada plan”Senyuman sinis Bambam yang mengerunkan kita mampu membuat semua orang kecut perut.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
anthrwrld_
update seminggu sekali.

Comments

You must be logged in to comment
Coco_Cherry #1
macam best jer , macam suweet jer :p . heheh. update soon ^_^