INSANE 02

Insane

 

#02



 

Jungyeon mengikat rambutnya kemas. Dia menyarungkan hoodie ke tubuhnya sebelum mengatur langkah turun ke bawah dan keluar untuk bersenam. Dia sempat mengambil telefonnya dan diletakkan di dalam poket seluarnya. Sewaktu dia ingin menutup pintu pagar, dia terserempak dengan Chanyeol yang juga baru keluar dari rumahnya.

 

"Chanyeol ! Heyyy ! "

 

" Ohh, Jungyeon ! Jogging ? "

 

" Yeahhh ."

 

"Let's go together? "

 

"Sure! " Jungyeon menunggu Chanyeol mengikat tali kasutnya. Chanyeol keluar mendapatkan Jungyeon.

 

Mereka pun mula berjoging sambil menuju ke taman.

 

"Awak selalu pergi taman tu eh?"

 

"Yup. Sejak saya kecil.Awak?"

 

"Sejak saya pindah sini , saya pun selalu datang sini.Tapi kadang-kadang bosan jalan sorang-sorang."

 

"Kalau macam tu ,lain kali kita datang sama-sama nak?"

 

  Chanyeol mengangguk sambil tersenyum. Keadaan menjadi senyap seketika sebelum Chanyeol kembali bersuara.

 

"Alaaaa tak nak la nanti boyfriend awak jealous."

 

"Saya mana ada boyfriend lah."

 

"Tak ada? Awak tipu."

 

"Betul lah saya tak ada. Aduhh. Awak pula?"

 

"Tak ada. Kalau nak jadi girlfriend saya pun boleh."

 

Jungyeon tidak membalas. Dia mengalihkan pandangannya dari chanyeol kerana dia tidak boleh menimpan lagi senyumnya yang makin melebar.

 

Suasana di situ agak riuh kerana ramai yang tidak bekerja memandangkan cuti umum. Chanyeol terpandang tempat menyewa basikal.

 

"Jom berbasikal? " kata Chanyeol sambil menunjukkan basikal sewa yang dipamerkan.

 

"Jom!"

 

Chanyeol dan Jungyeon memilih basikal yang sama warna iaitu warna biru. Mereka menunggang basikal bersama-sama mengelingi taman yang agak luas itu. Mereka bersiar-siar hampir 30 minit tanpa berhenti. Chanyeol suka melihat Jungyeon gembira.

 

"Saya sebenarnya dah lama tak naik basikal." Jungyeon ketawa.

 

"Saya pun" Chanyeol melajukan kayuhannya menyebabkan Jungyeon tertinggal di belakang.

 

"Woi Chanyeol ! Tunggu lahh!" Jungyeon juga melajukan kayuhan. Dia sibuk melihat Chanyeol sehingga dia terlanggar batu yang agak besar. Dia jatuh bersama dengan basikalnya.

 

"Arghhhhh" jerit Jungyeon.

 

Chanyeol menoleh ke belakang dan dia terkejut apabila ternampak Jungyeon sudah terduduk dan basikal sewa Jungyeon menghempap kakinya. Dia segera turun dari basikal yang disewanya itu lalu berlari ke arah Jungyeon.

 

"Awak okey tak??!! Sorry saya laju sangat!!"

 

"Just sakit sikit je. Tak ada apa-apa la bukan salah awak pun."

 

"Tengok tu berdarah ! Still kata tak ada apa-apa!" Chanyeol segera mengeluarkan sapu tangannya.Dia membalut bahagian lutut Jungyeon yang luka itu dengan perlahan-lahan. Jungyeon hanya mampu duduk di situ dan matanya menumpu ke arah ke muka Chanyeol. Dia mula berasa terharu.

 

"Chanyeol.." Jungyeon menyebut nama Chanyeol perlahan tanpa dia sendiri sedar. Chanyeol masih dapat dengar memandangkan kedudukan mereka sekarang agak rapat.

 

"Ye?" Chanyeol mengangkat mukanya dan memandang muka Jungyeon. Mereka dalam keadaan begitu selama beberapa saat sebelum Chanyeol kembali memeriksa lutut Jungyeon.

 

"Hmmphh dah! Cuba awak berdiri, boleh jalan tak?"

 

"Ermm boleh kot." Jungyeon cuba untuk bangun tetapi lututnya bersa pedih. Dia kembali terduduk.

 

"Aihhhh tak apa lahh." kata Chanyeol lalu mengangkat Jungyeon dan meletakkannya di atas sebuah bangku yang berdekatan.

 

"Awak tunggu kejap. Saya pergi hantar balik basikal ni dulu. Nanti saya datang balik."

 

Dia segera mengembalikan kedua-dua basikal tersebut. Chanyeol berlari semula ke arah Jungyeon dan melutut membelakangi Jungyeon.

 

"Naik."

 

"Huh?" jawab Jungyeon yang sedang blur.

 

"Kaki awak sakit. Mana boleh jalan. Naik cepat. Saya hantar awak balik."

 

"Ermmmmm..." Jungyeon memaut leher Chanyeol perlahan.

 

"Pegang elok-elok tau." Chanyeol mula berdiri dan membetulkan kedudukan Jungyeon. Jungyeon masih berasa malu.

 

Chanyeol mula bergerak untuk meninggalkan taman tapi dia perasan yang Jungyeon sperti memandang ke belakang. Dia menghalakan pandangannya ke arah tempat yang dipandang Jungyeon.

 

Aiskrim.

 

Dia tersenyum dan berjalan ke arah penjual aiskrim tersebut. Dia meletakkan Jungyeon di atas bangku tai.

 

"Awak nak perisa apa?" Chanyeol bertanya.

 

"Coklat."

 

Chanyeol pun memesan satu kon aiskrim coklat. Dia memberi aiskrim tersebut kepada Jungyeon. Dia mendukung Jungyeon semula dan kembali mengatur langkah untuk pulang setelah membayar wang kepada penjual aiskrim tersebut.

 

"Kenapa awak beli satu je?"

 

"Macam mana saya nak makan sambil dukung awak?"

 

Jungyeon tidak membalas malah menghulurkan aiskrimnya ke arah mulut Chanyeol. Chanyeol memandang muka Jungyeon untuk kepastian. Jungyeon mengangguk.

 

"Kita boleh share."

 

Chanyeol tersenyum. Mereka makan aiskrim tersebut bersama. 

 

Apabila sampai di rumah Jungyeon, dia menekan loceng. Ibu Jungyeon yang membuka pintu.

 

"Kim Jungyeon! Kenapa dengan kaki kamu"

 

"Omma jangan la risau. Jatuh tadi. Tak teruk pun."

 

Mata ibunya terarah pada Chanyeol yang masih mendukungnya. 

 

"Anyeonghaseyo ommoni. Saya Chanyeol. Jiran sebelah. Tadi kami naik basikal dekat taman lepastu Jungyeon jatuh."

 

"Ohh. Terima kasih banyak-banyak ye. Jemput la masuk."

 

"Ehh tak apa saya nak hantar Jungyeon je ni."

 

"Oh okey kejap ye.".

 

Ibu Jungyeon terus memanggil Myungsoo untuk tolong memapah Jungyeon ke bilik. 

 

"Aduhh berat lah noona ni!" Myungsoo merungut sambil memapah Jungyeon. Jungyeon mengetuk kepala Myungsoo.

 

"Banyak cakap betul! Tolong jelah."

 

Chanyeol tergelak kecil.

 

"Saya balik dulu. Annyeonghigaseyo, ommoni!"

 

Chanyeol menundukkan kepalanya sebelum keluar dari halaman rumah Jungyeon.

 



#02

Author's Notes

 

logo1_zps1ab3843d.gif

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet