Redeeming Love

Description

 

Mengisahkan tentang seorang gadis bernama Yoobi, dia ditinggalkan oleh sahabatnya sewaktu umurnya 14 tahun. Mereka berdua terpisah selepas sahabatnya terpaksa ke luar negara untuk mengubati penyakit yang dialami. Yoobi yang tidak mengetahui bahawa sahabatnya meninggalkannya disebabkan penyakit itu beranggapan bahawa lelaki itu sudah tidak menyayanginya. Setelah lima tahun berlalu, muncul seorang insan yang mula cuba untuk mengisi kekosongan hati Yoobi, namun pada waktu yang sama sahabatnya juga kembali untuk menebus cintanya. Siapakah yang berjaya mengisi kekosongan dihati Yoobi?

 

 


Sudah lima tahun perkara itu berlalu, namun ia masih lagi segar diingatan.

Tiap kali aku memandang langit aku teringat kenangan yang pernah kita kumpulkan selama ini

Aku cuba untuk melupakannya namun ia amatlah sukar

Aku hanya mampu berserah kepada takdir

- Unknown-

 

Aku mengaku aku bodoh kerana tidak mampu untuk menghadapi rintangan yang tiba

Aku akui aku tidak dapat melupakan secebis memori pun dari mindaku

Kenangan kita selama inilah yang menguatkan diriku untuk terus berdiri 

Aku berjanji akan menebus kembali apa yang aku mahudari dirimu

-Unknown-

 

 

 


 

Foreword

Annyeong. Ni first fanfic saya. Biasanya kat aff ni saya just baca je, tak pernah terfikir pun nak menulis fanfic ni. Entah kenapa tetiba je ada idea yang ciput dalam otak terkeluar. So saya pun meneruskan perjalanan saya untuk menulis story ni. Saya still baru dalam dunia aff ni, so segala kekuarangan haraplah diberi tunjuk ajar, yelah selama ni pun kalu tulis story ni biasanya saya tulis dalam buku kecik je. Pastu tergendala pastu koyak, buat paper plane baling kat luar tingkap. Heheheh..dululah ni..sekarang dah tak dah..dah insaf dah..heheh..Apa-apapun, hope you will support me with this new story!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet