Bab Satu

Suamiku, Ustaz Sekolah

You also can read in Wattpad: Suamiku, Ustaz Sekolah


 

Aku manusia pertama yang membuka pintu rumah arwah nenek yang sudah meninggal setahun yang lepas. Sungguh terkejut aku melihat keadaan rumah tersebut yang kotor, habuk perabot berterbangan di sana sini. Tiba-tiba aku terfikir sama ada ini rumah ataupun stor rumah.

 

Ish! Tak baik kau cakap macam tu, Nana. Inilah rumah ayah kau sewaktu dia masih kecil. Hormatlah sikit ayah kau tu..

 

Aku memandang kearah Encik Noor merangkap si ayah, “Betul ke kita nak duduk sini?” soalku ragu-ragu. Tidak pernah terlintas di dalam fikiran aku yang ayah akan mengajak aku sekeluarga pindah ke kampung ibunya. Selaku ketua rumah, kami hanya mengikuti tanpa bantah walaupun terpaksa meninggalkan sahabat handai di Kuala Lumpur sana.

 

“Iya, sayang. Kamu tak suka?” balas ayah. Cepat-cepat aku menggeleng.

 

“Tak adalah. Tanya je. Baik untuk ayah, baik juga untuk Nana. Kan abang?” aku memandang kearah abangku, Farid yang sedang menaip sesuatu di telefon bimbitnya. Kekasih hati barangkali. Aku malas mahu campur hal sebegitu.

 

“Rumah ni jauh dari Kolej Faridlah, ayah. Tak akan Farid nak berhenti belajar.” Bantah Farid lembut. Dia tidak mahu dicop sebagai anak derhaka kerana meninggikan suara pada ayah. Lagi-lagi tentang hal yang remeh.

 

Encik Noor mengeluh kecil lalu tersenyum kearah anak sulungnya itu. “Taklah sampai berhenti belajar. Jauh betul fikiran kamu ya, Farid. Tempat ini bukan kawasan pedalaman. Kamu tak perasan ada satu Kolej masa kita datang ke sini tadi?” Farid menggelengkan kepalanya.

 

“Tak.”

 

“Apalah abang ni. Nana rasa, dari sini nak ke Kolej abang yang baru tu makan lima minit saja. Tak payah nak redah traffic jam  pun.” aku membalas.

 

“Yakah? Bolehlah abang bawa vespa kesayangan abang tu!” Farid ketawa kecil. Sudah lama dia tidak membawa vespa yang dihadiahkan kepadanya oleh Encik Noor sewaktu dia mendapat keputusan cemerlang dalam SPM tiga tahun lalu. Rindu benar dia.

 

Aku menepuk tangan memerli. “Bagus abang! Bawa girlfriend abang jalan-jalan pakai vespa abang tu. Bila enjin vespa tu rosak, boleh tersadai kat tepi jalan berdua-duaan. Sweet betul abang ni!” aku ketawa besar. Imaginasi aku yang sangat tinggi membuatkan Farid mencebik bibir.

 

“Nana kalau dah berimaginasi, kalau penulis novel! Lagipun abang dah besar, wajarlah abang dah ada kekasih. Nana tu pula, jangan menggatal nakada kekasih. Ingat, Nana PT3 tahun ni. Dah tak boleh main-main.” Tegur Farid. Kini aku pula yang mencebik. Tadi aku kata pasal hubungan abang Farid dengan kekasih dia. Yang terpesong pergi ke aku pula ni dah kenapa?

 

“Dan lagi satu, no more K-pop for PT3. Ayah tak izinkan.” Kata Encik Noor pula. Aku mula menayangkan muka masam. Ini semua salah abang Farid kerana mulakan dahulu. Kalau dia tak menyebut perkataan PT3 tadi, tak adalah ayah nak cakap pasal K-pop.

 

“Nana benci abang!” aku menghentak kaki lalu berjalan ke perkarangan rumah arwah nenek. Encik Noor dan Farid menggelengkan kepala sambil berpandangan antara satu sama lain. Mereka sudah masak dengan perangai aku yang terlalu kebudak-budakkan ini. Lagipun rajuk aku bukannya makan masa. Sekejap lagi baiklah.. 

 

“Kamu ambil bilik belakang, ya. Bagi Nana bilik tengah. Lagipun senang sikit kalau dia trauma dia datang balik.” Kata Encik Noor kepada Farid. Farid mengangguk kecil.

 

“Ya, ayah.” Farid membalas. Kemudian Encik Noor mencari aku di luar rumah. Terlihat anak gadisnya itu sedang bermain dengan seekor kucing berwarna coklat di tepi pokok. Segera Encik Noor mendekati aku.

 

“Nana kecewa tinggal kat sini?” tanya Encik Noor. Aku tersentak lalu memandang si ayah. Kucing tadi dibiarkan pergi entah ke mana.

 

“Itu keputusan ayah. Takkan Nana nak bantah. Nana berdosa nanti.” Aku membalas dengan jujur. Kecewa itu tidaklah. Tetapi untuk menghormati keputusan ayah, aku ikutkan juga. “Lagipun baik untuk ayah, baik juga untuk Nana. Tak begitu ayah?” aku menambah lalu ketawa sendiri. Begitu juga Encik Noor.

 

“Nana nak ikut ayah pergi jumpa kawan ayah dekat Peringkat Dua sana? Ayah nak bincang tentang rumah ini dengannya.” Encik Noor mengajak. Cepat saja aku bersetuju lalu kami berdua masuk ke dalam kereta. Saat kereta keluar dari perkarangan rumah, aku ternampak abang Farid melihat kami di luar pintu.

 

“Bye-bye abangku sayang. Kemas rumah bersih-bersih, ya!” aku ketawa di dalam hati.

 

 

 

 

Kami berhenti di rumah kawan ayah. Namanya Pak Cik Rahim kata ayah dan aku hanya mengiakannya. Mungkin kerana aku tidak pernah berjumpa kawan yang ayah maksudkan itu. Sedang ayah dan Pak cik Rahim berborak sakan di anjung rumah, aku menyumbatkan fon telinga sambil berjalan-jalan di tepi sangkar kucing. Nampaknya keluarga Pak cik Rahim sangat suka dengan haiwan peliharaan Rasulullah SAW ini. Macam-macam jenis warna ada.

 

“Just love me right, aha! Baby love me right.” Aku menyanyi-nyanyi kecil di situ. Tanpa lagu K-pop, hidup aku mungkin tidak secerah sekarang. Aku sangat meminati seni K-pop dan K-pop sudah sebati dalam diri aku. Semangat aku mungkin akan mati tanpanya. Terutamanya daripada kumpulan EXO.

 

Orang mungkin akan fikir yang aku gila kerana mencintai manusia yang tidak pernah mengenali aku. Aku sedar itu, tetapi aku tidak pernah ambil peduli. Terpulanglah dia mahu mengutuk aku apa sahaja. Aku terlampau desperate atau apa. Asalkan aku tak buat perkara yang tidak sepatutnya aku buat itu sudah mencukupi.

 

“Dangsin-eun meog-eoya? (Kalian sudah makan?)” aku bertanya kepada kucing-kucing di dalam sangkar itu. Dengan ajaran Google Translate, aku mampu bertutur bahasa Korea sedikit demi sedikit. Berterabur pun bukan ada orang faham. Kucing pun tak faham dengan kata-kataku tadi.

 

“Macam mana nak cakap dah kenyang ea? Tak ingat.” Aku bersuara. Fikir punya fikir, sehinggakan tidak sedar ada orang di sebelahku.

 

“Naneun sigsaleun haesseubnida (Saya dah makan)” dengan pantas aku menarik fon telingaku dan memandang kearah seorang lelaki disebelahku. Dia memegang pinggan yang berisi nasi yang digaulkan bersama ikan. Namun dia tidak memandangku.

 

“Apa?”

 

“Tepi sikit. Aku nak bagi kucing makan.” Dia bersuara dingin. Malah langsung tidak memandangku. Sungguh biadap lelaki ini. Aku memberinya ruang untuk membuka pintu sangkar dan meletakkan pinggan makanan itu ke dalam.

 

“Pabo (Bodoh).” Aku mengutuknya terang-terangan. Bukan lelaki itu faham pun bahasa Korea. Aku buat muka selamba lalu ingin memasang semula fon telinga ke telingaku. Namun dengan pantas dengan menarik kembali tali fon telinga aku. Kali ini dia memandangku dengan renungan yang tajam. Aku terkesima buat sementara.

 

“Kamsahabnida (Terima kasih) sebab panggil aku bodoh.” Ujarnya lalu pergi dari situ. Terus kelu lidah aku dibuatnya.

 

Aku faham kata-kata aku? Dia faham yang aku panggil dia bodoh tadi?

 

“Siapa dia tu!”

 

“Nana!” aku dengar ayah memanggilku. Aku terus pergi ketempat ayah yang masih berborak dengan kawannya itu. Namun sudah ada tanda-tanda ayah untuk ayah meminta pamitan pulang. Cepatlah balik! Aku dah takut ni!

 

“Lawa anak kau, Noor. Siapa nama ni?” Pak cik Rahim bertanya kepada aku.

 

“Mia Lutfiana. Boleh panggil saya Nana.” Aku membalas. Tangannya terus aku kucup kerana tadi aku tidak sempat menyalamnya.

 

“Umur berapa?”

 

“15 tahun.”

 

“Wah! Sama dengan anak sedara pak cik! Tunggu sekejap, ya. Akif, sini kejap!” Pak cik Rahim memanggil seseorang di dalam rumah.

 

Dari jauh kelihatan susuk tubuh seorang lelaki keluar dari rumah. Pandangannya ditundukkan ke lantai lalu menyalam ayah. Aku kenal dia. Dialah mamat yang faham maksud Pabo tadi. Muka pun ada ala-ala mamat Korea.

 

Dia menundukkan sedikit tubuhnya. “Assalamualaikum, pak cik.” Dia memberi salam. Hanya ayah saja yang menjawab salam dia dan aku hanya menjawabnya di dalam hati.

 

“Jadi, kamulah Akif. Anak..”

 

“Ya, saya.” Tanpa mendengar kata-kata Encik Noor, lelaki yang bernama Akif itu membalas. Seperti ada sesuatu yang dia tidak mahu orang seperti aku tahu. Tapi apa ya?

 

“Ini anak pak cik. Namanya Nana. Kemungkinan besar kamu berdua akan bersekolah di sekolah yang sama. Pakcik harap kamu berdua dapat membiasakan diri.” Encik Noor berkata. Kelihatan Akif sedikit terkejut dengan kata-kata ayah. Aku hanya mendiamkan diri. Aku mahu minta asrama penuh, ayah tidak mengizinkan. Malas nak campur.

 

“Pak cik balik dulu, ya.” Pamit Encik Noor. Aku melangkah ke hadapan untuk menyalam  tangan Pak cik Rahim dan Pak cik Rahim sudahpun mengangkat tangan untuk aku menyalamnya. Namun terlebih dahulu Akif menarik tangan Pak cik Rahim.

 

“Haram, Pak cik.” Kata Akif perlahan. Aku menarik muka masam lalu berjalan ke dalam kereta. Encik Noor menggelengkan kepalanya. Akif menyalam Encik Noor.

 

“Maaf, ya. Nana memang begitu, suka memberontak. Maafkan anak pak cik ya, Akif.” Akif mengangguk lembut.

 

“Nanti suruh Nana pakai tudung. Tak manis tunjuk rambut depan muhrim.” Balas Akif ala-ala menasihati. Dia tidak mahu Encik Noor salah anggap dengan kata-katanya. Encik Noor sebagai ayah mungkin juga akan tersentap dengan nasihat itu. Tetapi Encik Noor kelihatan tenang saja.

 

“Untung Nana kalau dapat suami macam kamu. Sejuk perut omma kamu masa melahirkan kamu dulu.” Encik Noor memuji ikhlas. Dia sebagai ayah pun risau mahu menasihati Nana yang suka memberontak. Takut Nana cepat terluka atau tersinggung dengan nasihatnya.

 

“Terima kasih.” Akif tunduk hormat. Dia tersenyum kecil.

 

Encik Noor dan Pak cik Rahim bersalaman sebelum Encik Noor berjalan ke keretanya dan membuka enjin. Aku yang sedang mendengar lagu menggunakan fon telinga tersentak saat enjin berbunyi.

 

“Nana, ayah nak kamu pakai tudung dalam sekolah.” Kata Encik Noor. Aku terus tarik muka.

 

“Kenapa? Selama ni Nana pergi sekolah tak pakai tudung. Biasa je. Rimaslah, ayah!” aku membantah keras. Sewaktu aku di Kuala Lumpur, aku dengan kawan-kawanku tidak pernah memakai tudung di dalam sekolah. Hampir 50% pelajar wanita yang tidak memakai tudung. Jadi apa masalahnya.

 

“Itu KL Nana. Ini Johor Bahru. Semua sekolah dekat sini majoritinya bertudung. Jadi kamu kenalah ikut peraturan.”

 

“Lecehlah!” aku mendengus kasar. Aku memakai fon telingaku kembali dan menguatkan volume suara hingga ke tahap maksima. Lagu EXO-Unfair bergema di telingaku.

 

Encik Noor menggeleng perlahan. Dia sudah tahu yang Nana pasti akan tarik muka bila kata-katanya dikaitkan dengan agama. Sampai bilalah anak perempuan seorangnya ini akan berubah. Encik Noor terus membawa keretanya jauh dari kawasan rumah Pak cik Rahim dan pulang ke rumah.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
flxwrawr
#1
Chapter 1: Authornim.......when will u update this TT
Fyeahmino #2
Chapter 1: authornimmm cepaaatt lah updateeee yeeee , saranghae <3 <3
waqoya #3
Chapter 1: best la .. update cepat2