Kau yang Kuimpikan

Kau yang Kuimpikan
Please Subscribe to read the full chapter

[CONTENTID1] Malam sleepover macam ni memang seronok main baling-baling bantal. Walaupun aktiviti itu nampak kebudak-budakan, Krystal tak kisah memandangkan bukan senang hendak berkumpul bersama rakan-rakannya kalau bukan waktu cuti begini. Bulu-bulu pelepah berterbangan ke sana-sini, bersepah-sepah hingga hampir memenuhi setiap penjuru bilik. Hampir terjelepuk Krystal dibuatnya apabila dilempar bantal oleh Kai dari bawah katil. Tidak puas hati dengan serangan hendap itu, terus Krystal melompat ke bawah sambil mengheret bantal yang lebih besar lalu memukul batang tubuh Kai sekuat hati. Tidak pula Kai mengaduh kesakitan, malah makin galak tawanya dek terlalu seronok. Tawa riang mereka bergema seisi bilik.

“Kalau Kak Jess marah, bukan salah aku tau.” Kata Kai sengaja membuatkan Krystal rasa bersalah. Krystal jelir lidah. Bukannya dia takut pun dengan ugutan tu. Memang kalau Jessica marah, anginnya mengalahkan Maleficent, tapi Krystal dah biasa. Lagipun, ini bilik Kai. Bukannya bilik Krystal. Dia peduli apa.

Tiba-tiba mata Krystal terpandangkan sehelai bulu pelepah berwarna emas di sebalik berdozen-dozen bulu pelepah putih yang berselerak di seluruh bilik. Tanpa berfikir panjang, Krystal terus mengambilnya.

Pada ketika jarinya menyentuh bulu pelepah emas itu, dia rasakan bagai dirinya disedut ke dalam suatu dimensi asing. Berpusing-pusing dirinya ke dalam lohong berwarna-warni sehinggalah dia jatuh punggung dahulu ke lantai licin berwarna putih. Krystal meliarkan pandangan ke sekeliling dan mendapati dirinya di tempat yang amat asing. Macam di planet lain. Macam bukan di bumi. Pokok-pokok di sekelilingnya semuanya berbentuk gula-gula kapas berwarna biru dan pink. Batang-batang pokok tersebut terdiri daripada kon aiskrim. Langit pula kelihatan kosong walaupun berwarna biru pastel yang amat cantik tanpa ada kepulan awan. Krystal terpinga-pinga apabila dia mendapati ada seorang pemuda sedang duduk di sofa yang berbentuk aiskrim sandwic. Meja kopi di hadapan pemuda itu berbentuk biskut krim coklat di mana tiangnya diperbuat daripada gula-gula twister.

Sambil bangun berdiri, Krystal berasa bingung sekejap. Bagaimana boleh ada sofa dan meja kopi seperti di ruang tamu, sedangkan terang-terangan dia kini berada di suatu kawasan lapang di tengah-tengah hutan pokok gula-gula kapas.

Penampilan pemuda itu juga nampak unik. Dia memakai baju santa yang menampakkan dada. Krystal sendiri jadi segan nak pandang, padahal pemuda bermata sepet itu selamba sahaja menayangkan dada. Yang peliknya sekarang ini bukan bulan Disember, jauh sekali hendak menyambut Krismas. Takkanlah pemuda ini Santa Claus? Bukan ke Santa Claus itu lelaki tua berjanggut putih dan berperut buncit? Namun di hadapannya, Santa Claus kelihatan muda seperti sebaya umur Krystal sendiri. Dahlah muda, tampan pula tu.

Krystal berjalan cuba mendekat saat pemuda itu meletakkan penanda buku berbentuk gingerbread di halaman yang di baca lalu diletakkan di sebelahnya. Apabila pemuda itu berdiri untuk menyambut kedatangan Krystal, gadis itu mendapati anak mata pemuda itu berwarna biru yang sama dengan langit di atas.

“Selamat datang!” Sambut lelaki itu dengan ceria yang dibuat-buat. Suaranya yang sedikit serak basah dan bingit itu membuatkan gegendang telinga Krystal rasa hendak berdarah. Walaupun begitu, Krystal cuba mengukir senyum, membuatkan dirinya dihargai.

“Jemput duduk.” Pelawa pemuda itu. Teragak-agak Krystal hendak duduk di sofa yang bertentangan dengan pemuda itu. Takut nanti pecah pula aiskrim sandwic ni. Tak pun aiskrim ini mencair dan membasahi punggungnya.

“Jangan risau, sofa ini empuk gila. Seratus peratus dibuat daripada gula-gula kapas. Hati-hati, kalau tak melambung nanti.” Kata pemuda itu sambil ketawa, cuba untuk membuat lawak hambar. Krystal memberanikan diri juga untuk melabuhkan punggung di sofa itu atas cadangan pemuda itu. Saat punggung Krystal menyentuh permukaan sofa itu, memang betul sofa itu adalah sofa yang paling empuk Krystal pernah jumpa selama dua puluh dua tahun dia hidup di dunia ini.

“Nama saya Baekhyun.” Ujar pemuda itu memperkenalkan diri. Dia begitu selesa menyandarkan tubuh ke sofa aiskrim sandwic ini. “Awak?”

“Saya Krystal.” Umum Krystal masih ragu-ragu mengapa dia boleh berada di dunia ibarat Alice in Wonderland ini. Adakah dia bermimpi? Ah, sudah tentu ini cuma sebuah mimpi!

“Okey, Krystal. Awak nak minum apa? Saya prefer hot chocolate.”

Terkelip-kelip mata Krystal. Dia tidak tahu hendak minum apa jadi dia memilih minuman yang sama dengan Baekhyun. Fikirannya masih lagi dalam keadaan tidak stabil. Petik jari sahaja, dua cawan coklat panas tersedia di hadapan mereka masing-masing. Terkejut beruk Krystal dibuatnya. Ajaib sungguh!

Baekhyun pula selamba menyisip minuman itu sebelum menghela nafas lega. Takut-takut juga Krystal hendak mencapai cawan yang masih hangat itu. Namun, dia tidak mahu mengecewakan Baekhyun. Lalu dia minum coklat panas itu perlahan-lahan. Lagi sekali, coklat panas ini adalah coklat panas yang paling sedap Krystal pernah minum dalam seumur hidupnya.

“Seperti yang awak tahu, Krystal. Awak dah menang Bulu Pelepah Emas! Tahniah! Sekarang awak dah ada tiga hajat untuk kami tunaikan. Tertakluk kepada terma dan syarat.”

Kata-kata Baekhyun itu membuatkan Krystal semakin bingung. Dia rasa macam orang bodoh, terpinga-pinga di situ dengan mulut yang tercungap-cungap. Sepertinya masa berlalu amat perlahan sehinggalah Krystal hanya mampu menuturkan perkataan, “What?”

“Pertandingan Feather –nama pun dah macam syampu Feather tapi bukan saya yang pilih nama tu- yang memerlukan ketangkasan akal dan kecergasan fizikal hanya untuk memenangi tiga hajat untuk kami tunaikan?”

“Umm... saya jumpa bulu pelepah tu masa saya main baling bantal dengan childhood friend saya, Kai.” Akui Krystal jujur. Bersungguh benar Baekhyun bertanya tapi Krystal makin tambah keliru. Kini Baekhyun pula yang tercungap-cungap tidak percaya.

“Awak jumpa bulu pelepah tu.” Kata Baekhyun mendatar. “Tak pernah lagi dibuat orang! Semua peserta kena join gameshow ni tau! Gameshow ini hanya ditayangkan di EXOTV sahaja! Hak penayangan eksklusif! Macam mana awak boleh jumpa pulak bulu pelepah tu!”

“I have no idea?” Hanya itu sahaja yang mampu dibalas oleh Krystal. Dia sebenarnya sedang menahan perit dek pekikan Baekhyun itu. Baekhyun bingkas berdiri lalu berjalan ulang alik dari kiri ke kanan. Tangannya di bawa ke dagu sambil dagu itu diurut. Dahinya berkerut-kerut tanda dia sedang berfikir. Tubuh Baekhyun memang nampak kecil, tak sebidang dada Kai, tak setinggi Kai yang mencecah 180 sentimeter. Kemudian, Baekhyun menjedakan langkah dan memandang Krystal.

“Okey, awak dari zon mana?” Tanya Baekhyun setelah pemuda itu nampaknya sudah tenang sedikit.

“Zon?” Krystal akui dia dah mula takut. Mimpi jenis apa ni?

“Tempat tinggal awak.” Baekhyun nampak seperti sudah mula hilang sabar.

“Malaysia.”

“Malaysia!” Baekhyun akhirnya meledak. “Zon apa tu? Malaysia tu wujud ke? Aku tak pernah dengar pun! Zon ni tak pernah wujud dalam zon pertandingan ni. Macam mana awak boleh dapat bulu pelepah ni? Emas pulak tu?”

Krystal mendiamkan diri mendengarkan bebelan Baekhyun. Padahal dalam hati sedang menahan geram. Adakah patut dia kata Malaysia tak wujud. Nampak sangat fail geografi.

“You know what, apa-apa je lah Krystal. Yang penting saya selesaikan tugas saya supaya saya boleh habiskan baca buku ni. Jadi apa hajat awak?” Kata Baekhyun yang sudah terduduk semula di sofanya.

“Hah?” Krystal masih lagi terkelip-kelip memandang Baekhyun yang akhirnya sudah berputus asa.

“Macam nilah. Setiap kali awak nak buat hajat, awak kena ucapkan macam ni; “Aku harap...” dan teruskan dengan hajat awak. Pastikan bulu pelepah tu sentiasa bersama awak. Kalau awak rasa nak jumpa saya, nak dating ke apa, awak letak bulu pelepah tu bawah bantal sebelum tidur. Bulu pelepah itu akan lesap lepas lengkap tiga hajat di tunaikan. Ingat Krystal, buat hajat dengan niat yang betul. Nanti awak menyesal tak ke sudah.”

Habis saja pesanan Baekhyun itu, Krystal bagai disedut semula ke alam realiti di mana Kai masih berada di hadapannya, tangannya melambai-lambai di hadapan muka Krystal. Risau benar roman wajah Kai ketika ini.

Mata Krystal terkelip-kelip apabila dia mendapati dia sudah berada di bilik Kai semula. Cepat-cepat bulu pelepah emas itu diseluk di poket belakang seluar tracknya sebelum disedari oleh Kai.

“Wei, kau dah kenapa? Tiba-tiba je kau tegak macam kayu.” Tanya Kai yang kebingungan.

“Berapa lama aku jadi macam tu?”

“Dua minit?” Teka Kai.

Dua minit! Padahal Krystal rasa dah berjam-jam dia ada di dunia pelik itu. Jadi semua itu bukan mimpi?

“Kai, aku nak tidurlah. Selamat malam.” Ucap Krystal yang mula angkat kaki untuk beredar dari situ. Kejadian tadi benar-benar membuatkan dia rasa keliru. Lebih baik dia beredar dan menenangkan fikiran dulu. Kalau makan aiskrim ni sedap jugak. Tak mahulah ajak Kai. Nanti dia yang habiskan bahagian aku. Sudah terbayang tub Baskin Robbins Orange Sherbet. Harap-harap Jessica sudah tahu ataupun tiada di rumah dan masih dating dengan Kris. Namun, pantas dia ditahan oleh Kai.

“Kemas dulu bilik aku. Kau jangan nak lari.” Ugut Kai yang membuatkan nak tak nak kena ikut juga. Lagipun dia yang mulakan dulu. Haih, aiskrim tunggu kejap ya.

Sambil mengemas bilik Kai, Krystal mengingatkan dirinya untuk letak bulu pelepah emas itu di tempat lain malam itu. Dia tidak mahu berjumpa dengan Baekhyun dalam mimpinya nanti. Cukuplah berdarah dua kali gegendang telinganya. Dia tidak mahu mengambil risiko lagi.

 

 

 

Krystal, Kai dan Jessica berada di beranda petang itu sambil menikmati biskut coklat yang mereka bakar bersama ibu mereka pagi tadi. Oleh sebab ibu mereka telah pergi ke pekan untuk membeli barang keperluan, jadi hanya tinggal mereka bertiga di rumah Homestay milik keluarga Kai itu. Setiap kali Krystal dan Jessica cuti semester, keluarga mereka pasti akan bercuti ke rumah Homestay keluarga Kai yang terletak di Senibong Cove. Keluarga Kai tidak menetap di situ, sebaliknya mereka menetap di Johor Bahru. Jadi setiap kali keluarga Krystal memaklumkan Krystal dan Jessica sedang bercuti, keluarga Kai pun tidak melepaskan peluang untuk turut sama ikut serta. Keluarga Kai yang dimaksudkan sudah tentulah hanya Kai dan ibunya sahaja. Ibu bapa Kai telah bercerai sejak Kai masih kecil. Sama juga keadaannya dengan Krystal dan Jessica. Ibu bapa mereka juga sudah tidak lagi bersama sementelah mereka berdua masuk ke universiti. Sekarang Jessica sudah pun berada di tahun akhir sementara Krystal berada di tahun kedua di sebuah universiti swasta.

“Kenapa sejak kebelakangan ni kau nampak lain macam je?” Tegur Jessica yang mencelup biskut coklat itu ke dalam susu sebelum di kemam sehingga mencair dalam mulut. Tabiatnya itu sukar diubah sejak kecil lagi.

“Lain apanya?” Tanya Krystal kembali. Dia yakin dia hanya bertingkah normal. Tiada apa yang berubah. Melainkan dia telah ‘memenangi’ sehelai bulu pelepah emas yang boleh menunaikan tiga hajatnya.

“Hmm... macam mana nak cakap ek. Kai, kau ada istilahnya?” Kata Jessica yang menyiku Kai di sebelah. Pemuda itu masih memandang buku tanpa melihat Krystal saat dia menyebut, “Fidgety.”

“Exactly.” Setuju Jessica sambil tersengih. “Kau ada pakwe eh?”

Usikan Jessica itu menarik perhatian Kai untuk memandang Krystal buat seketika. Barangkali untuk melihat reaksi Krystal. Apabila Krystal terus dengan wajahnya yang tidak beriak, Kai kembali membaca buku tulisan Haruki Murakami. Sekelumit senyuman terhias di bibirnya.

“No.” Kata Krystal yang turut mengunyah biskut. Pantas dia memikirkan topik untuk mengalih perhatian mereka daripada terus berbincang perihal Krystal sendiri. Dia tidak suka hal peribadinya menjadi perbincangan umum antara mereka. “Ayah tak datang ke malam ni?”

“Ayah kau ke ay

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
predilection
#1
Chapter 1: Sweetnya unnie! And very deep kot ada moral dia kat situ hahhahhaha~
MissByunJimin
#2
Chapter 1: Wuhuuu!!besttt
Baekhyun mesti cute pakai baju santa..part Krystal peluk kai tu sweet giloss...muahaha..
BTW..Daebakk!!
JEON_JI #3
Chapter 1: Wahhh !! Daebak ! Daebak !! I like it soo muchh... :3