Ingredients

Ingredients

Taehyung POV

 

Aku bersandar di sofa sambil menukar channel television. Hari ni hari cuti tapi tak banyak cerita menarik hari ni. Tangan aku berhenti menukar channel saat aku nampak satu berita tentang kehilangan 4 orang pelajar. Mataku semakin tertumpu di kaca televison. 4 orang pelajar sekolah tu aku kenal.....diorang tu kawan aku.

 

Aku segera ambil alat kawalan tv lalu kuatkan volume television. Aku mendengar dengan teliti. Terdapat 4 orang sahabat hilang semasa balik sekolah selama 3 hari selepas pergi ke taman rekreaksi. Aku terkejut. Patutlah kawan-kawan aku tak hadir ke sekolah, rupanya mereka hilang. Tapi nak buat macam mana? Aku bukannya penyiasat untuk mencari jejak mereka. Serahkan semuanya kepada pihak polis je. Selesai.

 

“Tae?”panggil omma Taehyung dari dapur.

 

“mm! Kenapa?”aku menoleh ke arah dapur yang berdekatan dengan ruang tamu.

 

“omma nak kamu pergi kedai, beli butter dan susu cair. Omma nak buat kek.”omma Taehyung menyediakan peralatan yang akan digunakan untuk buat kek.

 

“ok...”aku bangun dari sofa.

 

Aku segera masuk ke bilik aku lalu mencapai baju sejuk ku. Aku terus menyarung baju sejuk ke badanku sebelum keluar bilik. Omma aku datang mendekati aku. Dia memberikan aku duit untuk membeli bahan kek.

 

“omma! Nak beli aiskrim boleh? hari ni panas~ Tae mesti kepanasan nanti...”aku merengek dihadapan omma aku.

 

“yelah! Amik duit ni!!”omma segera memberi duit lebih kepada aku.

 

“yeay! Sayang omma!!”aku memeluk omma sebelum keluar dari rumah. “Tae pergi dulu!!”

 

“balik cepat tau!!”omma melambai tangan ke arah ku.

 

Aku melambainya semula. Aku memusing ke hadapan semula sebelum kembali berjalan menuju ke kedai runcit. Aku melepasi beberapa rumah teres sebelum melalui taman rekreaksi lepastu aku akan menemui kedai runcit. Sesampai di taman rekreaksi, aku berjalan sedikit perlahan. Aku ambil masa menikmati permandangan ditaman ni. Bunyi budak-budak tertawa riang, wajah-wajah orang yang gembira dan cuaca yang baik. Entah kenapa aku ternampak seorang gadis berpakaian baju hujan merah yang berhud. Aku fikir nak menegurnya tapi dia kan orang asing. Lebih baik aku pergi ke kedai runcit secepat yang mungkin supaya boleh balik cepat.

 

Sampai di kedai runcit, aku segera mengambil butter dan sussu cair, aku meletakkannya ke atas meja juru wang. Aku menoleh ke tepi kerana aku nak mengambil aiskrim kegemaran aku, aiskrim rainbow!

 

“berapa?”soal ku sambil mengeluarkan duit belanja diberikan oleh omma aku.

 

“11600 won”juruwang itu memasukkan barang aku ke dalam plastik berwarna merah.

 

Aku memberikan duit kepadanya dan dia memberikan aku plastik yang berisi barang. Aku segera keluar dari kedai runcit. Sekali lagi aku melalui taman rekreaksi sebelum sampai ke rumah. Aku membuka plastik aiskrim lalu menjilat aiskrim yang sejuk ni sambil membawa plastik barang. Semestinya sedap!!! Aku patutnya minta duit lebih tadi! mesti aku dapat makan dua batang aiskrim ni!! aku jilat dan jilat, aiskrim aku pun habis. Aku melihat sekeliling taman, aku menemui satu tong sampah bersebelahan bangku. Tapi ada seorang gadis berpakain kot hujan tu duduk di bangku tu.

 

Aku segera masukkan batang aiskrim ke dalam tong sampah sambil merenung ke arah gadis tu. gadiss itu merenung ke arah ku. Aku kaku seketika. Gadis tu sememangnya cantik.

 

“hai?”aku melabuhkan punggung ku ke atas bangku bersebelahan gadis itu.

 

Sekali pandang aku nampak gadis tu nampak keseorangan. Aku tak berani nak cakap apa-apa dekat dia. Tapi dia memandang aku semula. aku menoleh ke arah lain.

 

“nak biskut? Aku jual biskut...”suaranya perlahan sambil menghulurkan aku sepaket biskut coklat cips kepadaku.

 

Aku memandangnya semula. “Kau jual biskut?”aku hanya merenung paket biskut yang dipegangnya.

 

“tak mahal....”dia terdiam. Tapi dia masih merenung aku. “kau nak beli..?”

 

“ahh....”aku tersentak dari lamunan aku. dia memang cantik. “erm..berapa harga biskut tu?”

 

“1000 won”jawab dia.

 

Aku ambil paket biskut tu darinya lalu menyerahkan 1000 won kepadanya. Dia terima duit itu lalu menundukkan badannya sambil berterima kasih pada aku. Dia bangun dari bangku lalu dia ingin beredar dari situ tapi aku menahannya.

 

“err.....nama sape?”soal ku, yup...soalan aku memang membuatkan diri dia rasa kekok.

 

“Seolhyun....”dia menjawab dengan senyuman manis.

 

Aku terpegun dengan senyumannya. “T-Taehyung”jawab ku.

 

Dia segera berdiri dihadapan aku yang masih duduk dibangku. Aku mendongak melihat wajahnya. Dia tersenyum misteri. Kenapa dengan dia ni?

 

“aku ada kedai biskut. Kalau ada masa lawatlah...”Seolhyun memberikan aku kad yang menunjukkan alamat kedainya.

 

“ahh....ok!”aku mengambil kad tu darinya. “nanti aku lawat!!”

 

“aku tunggu.....Taehyung”mata Seolhyun berubah merah.

 

Ehh? Aku salah tengok ke? Aku memandangnya semula. Matanya hitam. M-mungkin aku salah tengok.

 

Lepas dia pergi, aku pun segera pulang ke rumah. Dah lewat ni! mesti omma marah

 

Dirumah

 

“Taehyung! Kenapa balik lambat?! Kan omma nak buat kek tu hari ni!”omma memarahi aku yang masih tertunduk kesal di tepi pintu dapur.

 

“omma...Tae mintak maaf...”aku menunduk kesal. Aku tak sepatutnya duduk berbual dengan Seolhyun lama-lama tadi. Nilah padahnya. “omma....”

 

“yelah....omma maafkan Tae. Lain kali jangan balik lambat. Omma risau tau!”jelas omma ku.

 

Aku tersenyum manis dan aku memeluknya erat. “omma...Tae sayang dekat omma”

 

Omma terasa hairan dengan kelakuanku. “kenapa ni Tae? Tae demam ke?”

 

“tak. Tae rasa bersyukur sebab ada omma”aku memeluk omma dengan erat.

 

“omma pun bersyukur dapat lahirkan Tae ke dunia ni”omma ku melepaskan pelukkan dari aku. “omma nak buat kek! Tae pergi mandi!!”suruh omma ku selepas menghidu badanku yang busuk ni.

 

Di dalam bilik

 

Lepas mandi, aku berbaring di atas katil bujang yang berdekatan tingkap. Aku teringat biskut yang diberikan oleh Seolhyun. Aku terlupa nak makan. Aku bangun dari katil lalu mengambil biskut yang aku letakkan tadi di atas meja tulis.

 

Aku bukak paket biskut tu. Bau busuk biskut menusuk ke hidungku. Bau apa ni? macam bau bangkai haiwan. Kalau nak jual biskut kenalah sedap. Kenapalah aku beli biskut dia? Apa-apa pun, aku dah janji dekat dia nak makan biskut ni. makan jelah.

 

Krap! Krap! Krap!

 

Sedap! Bau biskut ni memanglah busuk tapi rasa biskutnya sedap. Tak pernah aku makan biskut ni. Rasa biskut ni macam unik dan ada jelly warna merah didalam biskutnya. Aku buat keputusan untuk melawat kedai Seolhyun esok petang.

 

“Tae!! Kek dah siap!!”teriak omma dari dapur.

 

Dah siap? Sekejapnya. “jap lagi Tae datang!!!”

 

Aku segera menghabiskan biskut sebelum keluar dari bilik.

 

“sedap tak makan...kawan kau....”

 

Aku terberhenti. Bisikan?! Suara siapa tu??

 

Omma nampak aku berdiri tercegat dengan wajah yang curiga. “Tae?? Apa yang kau buat tu?”

 

Mungkin salah dengar. “tak. Tae cuma terlupa sesuatu benda...”

 

“oh...cepatlah makan. Omma buat kek ni! baru keluar dari ketuhar!”omma memotong sepotong kek lalu diletakkan di piring kecil kemudian memberikan kepada ku.

 

“thanks omma!!”aku menerima sepotong kek dengan senang hati.

 

Keesokan harinya

 

Nampaknya berita pasal kehilangan 4 orang pelajar telah tersebar luas di sekolah ni. lagi-lagi dengan budak kelas aku! semua bising pasal tu, yelah..ebab 4 orang pelajar yang hilang tu semuanya datang dari kelas aku. Donghae, Mir, Zelo dan Jonghoon. Beberapa hari lepas, Donghae ajak aku pergi lepak dekat satu tempat tapi aku menolak tawarannya. Jadi hanya dia dan tiga orang kawan dia pergi. Kalau aku setuju lepak dengan diorang mesti aku hilang sekali. Nasib baik.

 

Waktu sekolah hampir tamat. Aku siap berkemas buku-buku dan simpannya ke dalam beg sekolah. Balik rumah dulu baru pergi ke kedai biskut Seolhyun.

 

Kkrrinnnggggggg!!!!!!

 

Bunyi loceng sekolah bergema diseluruh sekolah. Waktu balik telah tiba. Aku bangun dari kerusi lalu berjalan keluar dari kelas. Seorang lelaki menepuk bahuku.

 

“jangan pergi”rupanya Jungkook yang bercakap dengan aku.

 

“jangan pergi? Pergi mana pulak?”

 

“kedai biskut tu...”

 

“kenapa pulak? ikut suka hati aku lah nak pergi ke atau tak. nape kau nak larang aku pergi sana?”

 

“kau akan mati”

 

“a-apa kau merepek ni?! patutlah kau ni budak pelik sebab kau selalu cakap benda mengarut!!”

 

“aku cakap ni sebab aku tak nak nyawa kau melayang! Kau tak patut pergi! Faham tak?!”

 

“kau ni sape? Mak aku?! suka hati aku lah!!! Jangan kacau aku lah budak pelik!!!”

 

Dia terdiam dengan keluhan berpanjangan. “kalau kau pergi sana...kau akan tahu sebab aku larang kau ke sana...kau akan faham, Taehyung”

 

Aku mendiamkan diri sebelum memalingkan wajah ku ke arah lain. Aku segera berjalan meninggalkannya. Apa yang tak kena dengan dia ni?! erggh!!
 

Sampai ke rumah, aku terus masuk ke bilik. First, mandi. Second, pakai baju yang sesuai. Third, bawa alamat kedai tu supaya tak sesat cari kedai dia nanti. Semua selesai.

 

“Tae nampak segak! nak pergi mana hari ni??”omma aku sibuk mengemas dapur sambil menumpukan perhatian kepada ku.

 

“j-jumpa kawan...”aku tergagap-gagap menjawab soalan omma ku.

 

“owh..girlfriend eh?”

 

“ahh..t-tak! k-kawan biasa je..”

 

“ok! pergilah. Jangan balik lambat tau!!”

 

“arasso omma...”

 

Aku memeluk omma sambil menguncup dahinya sebelum pergi. Omma segera melambai ke arah aku seperti biasa.

 

Aku berjalan mengikut alamat yang diberikan. Sampai je di jalan gwangju, aku tak nampak pun deretan kedai. Aku nampak sebuah rumah yang cantik dan mempunyai tanaman bunga dihadapan rumah itu. Dari jauh, Seolhyun sedang menyiram pokok bunga yang terletak di tepi pintu rumah. tanpa berlengah, aku menjerit memanggilnya.

 

“seolhyun!!”aku berlari sampai dihadapan pintu rumahnya.

 

Seolhyun terkejut. “ahh...kau lah orang aku jumpa semalam!”

 

“yup! Aku dah rasa biskut kau. sedap!”jawab ku riang.

 

Dia tersenyum seram. “memang sedap. Biskut buatan aku...”

 

Aku rasa lain macam dengan dia. “Seolhyun, kau kata kau jual biskut dekat kedai. Ni bukan kedai..”kataku lagi.

 

“aku jadikan rumah aku ni sebagai kedai. Sesiapa nak beli biskut aku, boleh datang rumah aku”kata Seolhyun. “jemputlah masuk. Aku nak tunjukkan kau sesuatu...”

 

Dia menarik lengan ku lalu membawa ku masuk ke dalam rumahnya. Ni kali pertama aku datang rumah diam. Aku nampak banyak balang coklat di satu meja panjang yang tersedia khas. Seolhyun kata selalunya pembeli akan beli satu balang biskut daripada membeli sepaket atau dua paket biskut kerana balang . Aku mengangguk faham. Dia menyuruh aku duduk di sofa sementara dia ingin menyediakan teh. Setelah dia pergi, aku dudduk termenung.

 

Aku melihat sekeliling rumah. cantik rumah ni dan kemas. Aku asyik memerhati benda yang ada di rumah ni dan aku terjumpa satu bilik yang tertulis ‘kitchen’. Hairan. Bukan ke dekat dapur dekat belakang rumah? Kenapa bilik ni tertulis kitchen pulak ni? mungkin dapur dia yang kedua? Curious aku tengok pintu ni. aku tak sedar kaki aku mula berjalan mendekati bilik tu.

 

Kreeaaakk.....

 

Aku memutar tombol pintu tu. bilik tu gelap, jadi aku cari suis lampu dan membukanya. Bila dah terang, aku nampak banyak mangkuk, besen, peralatan memasak, gergaji, pisau dan percikan darah.

 

Ada satu menarik perhatian aku. aku nampak satu bakul yang tinggi. Aku melihat dalamnya. Mata ku semakin membesar, pernafasan ku semakin tak tentu arah dan perasaan takut menyelubungi diriku ini. Aku nampak potongan daging manusia dengan organ-organ badan yang bercampur didalam bakul tu. Bau busuk ni sama macam bau biskut yang aku makan semalam. Jangan cakap biskut yang aku makan ni?!! Tak!!

 

“kau dah nampak rupanya...”Seolhyun bersandar di tepi pintu bilik. “kalau kau dah nampak, kau tak boleh balik”

 

“s-semua ni..??!! semua ni kerja kau ke??”teriak ku.

 

“yup. Semua daging ni sebenarnya daging kawan kau yang hilang tu. sedih tak? tak sedih pun”

 

“kau bunuh diorang?!! Kenapa??! Sebab duit?? Hah?!!”

 

“buat biskut lah! Kau pun cakap biskut aku sedap kan?”

 

“diam! Aku tak tahu bahan kau buat tu guna daging manusia!!”

 

“tak ada gunanya kalau cakap. Disebabkan kau nampak benda ni, aku tak ada pilihan selain bunuh kau dan jadikan kau ‘ingredients’ untuk buat biskut ni. mesti lagi sedap dan manis seperti muka kau!!”Seolhyun segera mengambil gergaji di atas meja lalu menghayun ke arah aku.

 

Aku menunduk ke bawah demi mengelak serangan Seolhyun. Aku segera bangun dan lompat ke atas meja yang ada disitu.

 

“sini kauuu!!!!!”

 

Seolhyun menghayun gergaji tu ke arah betis aku, aku segera lompat dan terjatuh ke atas lantai.

 

“haha! Kau tak dapat lari!!” Seolhyun tertawa jahat. “yang mana aku patut potong dulu? Betis? Tangan? Jari? Atau kepala kau??”

 

“haaaa....hhaaaa.......haaaaa......”nafas ku turun naik tak henti-henti. Habislah aku kali ni. Aku akan mati! Sepatutnya aku patut ikut cakap Jungkook. Ni salah aku. salah aku tak dengar cakap dia. Dan omma pulak tak tahu keadaan aku sekarang ni. “o-omma....omma...!”

 

“rindu omma rupanya! Nanti aku jumpa omma kau dan....aku bagi biskut yang mengandungi daging kau dekat dia. Mesti dia gembira makan biskut tu!!! ok!! Aku mulakan dengan leher kau..”Seolhyun meletakkan gergaji di sebelah leher aku.

 

Berkali-kali aku meneguk air liur dan cuba meminta tolong kepada sesiapa. Tapi tiada. Tiada seorang yang datang. Omma....Tae mintak maaf dan Tae sayang dekat omma.

 

“yaah!!!!”Jungkook menendang gergaji ke tepi. Dia segera menarik aku bangun dari lantai. “aku dah cakap!! Tapi kau tak percaya!! Nasib baik aku ikut kau!!”

 

“Jungkook!!!”aku tak percaya dia selamatkan aku. “emm.....kau stalker aku ke??”

 

“wei!! Mana ada!!”teriak Jungkook. “tak ada masa!! Kita kena larikan diri dulu sebelum pompuan gila tu bunuh kita!!!”

 

“ya!!”aku dan Jungkook berjaya keluar dari bilik tapi kami masih belum berjaya keluar dari rumah ni.

 

Seolhyun bangun dari lantai sambil membawa gergaji. Dia berlari ke arah kami sambil menghayunkan gergaji tak kira masa. Aku dan Jungkook segera menyorok di balik sofa. Gergaji tu terkena sofa. Span sofa tu terbelah dan koyak. Tajam betul gergaji ni!!

 

“kau pergi kiri, aku pergi kanan!!”Jungkook segera berlari ke kanan dan aku pulak berlari ke kiri.

 

Seolhyun berdiri di antara kami. Dia menoleh ke kiri dan ke kanan. Kami berdua meneguk air liur berkali-kali sampai tak ada air liur yang nak ditelan.

 

“kau!!!”Seolhyun berlari ke arah aku.

 

Aku terkejut dan tercegat dekat situ. Entah kenapa badan aku tak gerak-gerak. Mata ku semakin membesar bila dia dah mendekati aku.

 

“cepat tunduk!!!”teriak Jungkook.

 

Aku segera tunduk dan dalam masa yang sama Seolhyun terlanggar balang coklat yang telah Jungkook letak sebelum selamatkan aku tadi. Dia terjatuh dan kepalanya terhantuk dekat gergaji dia pegang tu. Sekelip mata darahnya terpercik ke seluruh badan aku. Aku kaku macam kayu seketika manakala Jungkook telefon polis dan cerita semua yang berlaku pada polis.

 

Beberapa buah kereta polis berhenti di hadapan rumah Seolhyun. Polis telah memeriksa bilik yang tertulis ‘kitchen’ manakala seorang inspektor menyoal siasat dengan aku dan Jungkook. Inspektor itu lega kerana kami berdua selamat daripada pembunuh bersiri yang telah meragut nyawa orang selama ni. sehabis soal siasat, aku dan Jungkook pulang ke rumah bersama.

 

Semasa kami berjalan di taman rekreaksi menuju taman perumahan, aku minta maaf dekat Jungkook. Jungkook memaafkan aku seperti tiada benda berlaku.

 

“terima kasih sebab selamatkan aku. kalau tak, dah lama aku mati dan jadi biskut coklat!!!”

 

“ahahaha...sama-sama. Aku pun nak ucap thanks dekat kau sebab kau pernah selamatkan aku dari dibuli budak nakal”

 

“kau ingat lagi?? Masa tu kita budak sekolah rendah lagi! ”

 

“mestilah. Kau orang pertama yang selamatkan aku. jadi aku gembira sangat.”

 

“ye ke? Rasa segan pula...haha”

 

“aku pun. Oh ye, Taehyung”panggil Jungkook.

 

“kenapa??”

 

“emm...kawan??”

 

Aku tersenyum gembira. “mestilah. Mulai hari ni, kita kawan!!”

 

“ok. apa kata esok kita balik sekolah sama-sama?”ajaknya

 

“boleh juga! Kau datang lah ke rumah aku. nanti omma aku buat kek sedap tau!!”aku puji masakan omma ku.

 

“waahh!! Nanti esok aku datang!”jawabnya sambil memandang ke langit biru yang terbentang luas.

 

“tu rumah aku.”aku menunjukkan rumah aku dekat Jungkook.

 

“ohh...tu rumah kau”kata Jungkook.

 

“hari dah nak malam. Kau baliklah.”kata ku yang telah membuka pagar rumah ku.

 

“bye!! Jumpa esok!”Jungkook melambai tangannya sambil berjalan balik ke rumahnya.

 

Aku melambainya semula. “jumpa esok, Jungkook!”

 

Setelah dia menghilang dari pandangan aku. Aku masuk ke rumah. Omma pulak kelihatan terkejut melihat pakaian ku yang dipenuhi percikan darah merah. Aku kata tak perlu risau tapi dia tetap risaukan aku. Selepas selesai memujuk omma, aku segera masuk ke bilik. Apa yang aku fikir sekarang ni macam tak sangka hari yang mendebarkan bertukar menjadi hari yang menyeronokkan. Life is something we can’t predict and always make us surprise. Right?

 

 


 

2520 patah perkataan

 

Ni lah kali pertama saya buat one shot. Memang best!!! Saya tulis fanfic ni pukul 3pagi, meremang bulu roma saya ni. yelah! tiba-tiba dapat idea seram macam ni! disebabkan saya tak boleh tidur, saya pun tulis semua yang ada dekat otak saya yang dah lama tak berfungsi ni. mungkin tak lama lagi otak ni akan berfungsi sampai jadi gila sebab tak lama lagi naik sekolah. Anyway, ni one shot saya sempena tahun baru 2016 yang akan menjelang nanti!! Happy new year readers!  ^0^

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
PinkBlossom_97
#1
Kookie's flesh, I'm guessing? Erk.
starlightkim_
#2
Chapter 2: Seolhyun masih hidup??bukan ke dia dah mati??atau dia bukan manusia sebenarnya??by the way,daebaklah story ni..
aquariusxpisces
#3
Chapter 1: Huuuuuu~~~ gila daebkkkk
fresh-salad
#4
Chapter 2: Seolhyun sepertinya bukan manusia ya?
Marquise
#5
Chapter 2: EH EH HIDUP LAGI??
ElYaK0oki3 #6
Chapter 1: Wah!! menakutkan.. btw daebak! best cite ni!
youngminbfminwoo
#7
Chapter 1: menarik! Saya suka sangat... nasib baik diaorang selamat... hiks tapi kesian dengan kawan Taehyung T_T btw, happy new year!
flytothesKAI
#8
Chapter 2: Woah interesting
Hyelijane #9
Chapter 1: Best la citer nie!! nasib baik jungkook & v selamat. mmg meremang bulu Roma bile baca. x nk la makan biskut lagI.....seram...dah la time sy baca ff ni malam. lagi la seram.. harap2 blh tido mlm ni. btw mmg daebak la!!