SAKIT HATI

SAKIT HATI

2746 words fuh. This is going to be a very long chapter,so bear it and happy reading~ Please don't hate me if you guys already finished reading this.

This is fiction story ! .In case, if you guys don't know what fiction is.Definition of Fiction is something invented by the imagination.So,don't take it too serious!


Catherina atau lebih suka digelar sebagai Cat,seringkali di-cop sebagai obses terhadap kpop.Namun begitu,dia menafikan kata-kata tersebut.Baginya,dia merasa dirinya tidak obses terhadap kpop ataupun artis pujaan hatinya iaitu Byun Baekhyun dari kumpulan yang kian terkenal di Seoul mahupun di dunia,EXO.Dia cuma sayang sangat pada artis pujaannya,Obses dan sayang berbeza,bukan?

Dia terlalu sayang sehingga dia sakit hati.


 

"Wah,Cat hari ni kau berseri-seri sungguh.Maklumla kan baru balik dari konsert Exo.Untunglah kau dapat jumpa diorang,aku entah bila dapat jumpa" sakat kawan Cat, Aoi.Dia mencuit bahu kanan Cat, Cat ketawa kecil."Betul ke,Cat? Kau pergi konsert Exo?" soal seorang lagi kawan Cat, Mae.dia menoleh kebelakang dan menghadap wajah Cat dengan penuh teruja.Cat mengangguk perlahan lalu membuka mulut "saya pergi masa minggu lepas" dia memberi senyuman manis, Aoi dan Mae mulai berasa cemburu."Kenapa tak bawa kami!" dengus dua kawannya, mereka menyilangkan tangan mereka sambil membuat mimik muka merajuk."Maaflah, tiket terhad sangat" balas Cat."Tap..." kata-kata Mae dipotong oleh seorang remaja lelaki yang sama sekelas dengan mereka.Lelaki itu mendekati Cat dan kawan2nya,lagaknya tidak ubah seperti penyangak.

"Kau ni tak habis-habis lagi ke dengan kpop tu?! Kau dah obses sangat tau tak! Dah sampai pi konsert,lepas ni apa? Pergi menyelinap masuk rumah diorang?!" Jerkah lelaki itu dengan nada yang tegas.Kata-katanya yang kasar itu dilempar pada Cat.Cat tertunduk,mendiamkan diri.Sesungguhnya dia memang terasa dan panas mendengar sindiran atau kutukan yang keluar dari mulut lelaki itu."Wei Maen, kau asal hah? Biarla kat dia.Baru pi satu konsert je pon, kau dah kata dia obses" bela Aoi,mempertahankan sahabatnya."Bela la dia, Kau tau tak yang dia ni macam psyco gila! Dah la suka simpan gambar-gambar kpop pastu cakap sorang-sorang" Lelaki yang digelar Maen itu terus melemparkan kata-kata yang menyakitkan hati pada Cat.Cat mengetap giginya,sakit hati dia mendengar sindiran itu.

"Kau ni apa? Kenapa kau gelar dia macam tu.Cat tak macam tu,okay!" kini tiba giliran Mae pula untuk membela si Cat yang dari tadi sudah membisu."Korang apa tau? Dia kat sekolah memang macam ni diam je, tapi kat rumah sapa tau.Mungkin dah gila kot,dah la obses" Cat mengempal penumbuknya air matanya mula bergenang dikelopak mata,dia sudah tidak tahan dengan kata-kata Maen yang tajamnya sebilah parang yang baru diasah.Kali ini dia tidak akan berdiam diri,dia mesti bela diri sendiri."SAYA TAK OBSES!!" Jerkah Cat sambil menghentak meja, Maen tersentak,dia terdiam seketika."Oh,pandai melawan juga psyco ni" sindir Maen dengan senyum sinis, Cat terasa ingin mencekik lelaki itu tapi nasib dia masih ada dua kawan yang mahu membelanya,tidak perlulah dia kotorkan tangannya.
"Baik kau pergi,Maen.Jangan kacau Cat" halau Aoi.Pada saat itu, cikgu sejarah sudah pun masuk kedalam kelas untuk memulakan pembelajaran.Maen,dengan senyuman sinis yang tidak lekang dibibirnya terus meninggalkan Cat dan kawan-kawannya,dia kembali ke tempat duduknya iaitu disebelah tingkap barisan kedua.

"Cat,kau janganlah amik hati dengan kata2 Maen.Dia tu memang suka sakat dan cari pasal dengan orang.Dahla tak matang"Aoi cuba menenangkan Cat yang sudah berair mata."Kau lupakan jela si Maen itu hm" Mae mengurut belakang Cat.Cat menanggukkan kepalanya perlahan."Kami pergi dulu ya" Aoi dan Mae kembali ke tempat duduk mereka.Cat memgelap air matanya.Betul cakap Aoi , kata-kata tadi datang dari seorang budak yang tak matang dia patut lupakan...
Tapi...apakah mungkin lelaki tu cakap ...

Cat mengeluarkan dompet kulitnya dari dalam poket baju sekolahnya,dia mengeluarkan sekeping gambar jejaka tampan dari dalam dompet dan mentatapnya lama.

"Baekhyun,kita tak obses pon kan? Kita cuma sayang awak,sayang sangat" dia seperti berbisik sambil mengusap kepingan gambar tu dengan senyuman yang penuh makna.

Waktu persekolahan pada hari tersebut sudah pun tamat,Cat menyimpan buku-bukunya kedalam beg dengan kemas .Dia bersedia untuk pulang ke rumah.


 

Setelah mengucap selamat tinggal pada kawan-kawannya Cat terus pulang dengan senyuman riang."Tak sabar nak jumpa Baekhyun oppa kat rumah!~" kata Cat seorang diri, dia mengatur langkahnya dengan penuh gembira.

Tidak sampai 20 minit, Cat sudah tiba dirumahnya.Dia meletakkan kasutnya diatas rak dan menyusunnya dengan rapi.Lalu,mengaturkan langkah kebiliknya.Dia membuka pintu biliknya , "Baekhyun oppa, saya dah balik" Cat mencium poster Baekhyun yang dilekat pada dinding biliknya, biliknya penuh dengan poster Exo dan baekhyun.Jikalau dia dapat poster EXO atau Baekhyun dari orang atau majalah yang dia beli, pasti dia akan tampalnya di dinding,katanya Mahu tatap sebelum tidur.

"Baekhyun oppa, rindu saya tak?" soal Cat sambil merenung poster didinding bilik itu,akan tetapi tiada sebarang jawapan yang datang dari poster itu.Poster kan nak cakap buat apa benda tu tak hidup pun."kenapa tak jawab?!" Cat sudah amarah.Dia mengoyak poster di dinding itu dan mencampaknya ke atas lantai.Kewarasan Cat seperti hilang pada saat itu, stres mungkin? Cat tergelak."Maaf baekhyun oppa, Cat tak sengaja. Cat nak pergi mandi dulu" dengan itu Cat terus masuk kedalam bilik air untuk membersihkan dirinya.

Selepas beberapa minit,Cat keluar dari bilik air.Dia sudah lengkap berpakaian,dia mengeringkan rambutnya dengan kain tuala."Hm, nak buat apa ya hari ini" bisiknya pada diri,dia memetik jari sebagai tanda sudah dapat idea.Dia meluru ke arah meja belajarnya dan terus membuka laptop."Hari ni kita stalk berita pasal exo dekat twitter!" ujarnya dengan nada yang ceria. Skrin laptop itu dinyalakan,dia terus membuka aplikasi Twitter dan menaip @koreaboo diruang kotak `search` untuk mencari maklumat tentang exo kesayangan dia.

Dia berjaya menemui page itu,page itu diskrollnya ke bawah untuk membaca artikal-artikal yang terbaru mengeni biasnya. 

Matanya terbutang pada satu artikal yang dia sangat benci bukan hanya dia sorang mungkin juga peminat yang lain turut sama membenci.Dia membaca tajuk besar artikal tersebut.Kecerian dan kegembiraannya lesap bagai angin meniupnya keluar tingkap.

Breaking News ! Baekhyun Exo in relationship with Taeyeon SNSD

 

Alangkah kecewa dan luruhnya hati dia selepas dia membaca full article tersebut mengenai artis pujaan hatinya iaitu baekhyun telah bercinta dengan Taeyeon dari SNSD.Cat berasa sakit hati,hatinya perit sangat bagai dicucuk-cucuk dengan jarum.Dia berasa seolah-olah ingin saja dia menghempas laptop itu ke lantai.Dia tak terima kenyataan sebegini dan tidak akan menerimanya selama-lamanya."BAEKHYUN TAK BOLEH KAPEL!DIA MILIK AKU!" jerit Cat sekuat hati sambil menarik rambutnya yang panjang.Dia menangis sekuat hati.Orang anggap ini sebagai immature

"AKU NAK BUNUH KAU,TAEYEON!" Cat membuka laci-laci yang ada pada meja belajarnya dan dengan tangannya yang terketar-ketar,dia mencapai pisau lipat.Pisau lipat itu terus dilekap pada lengan kanan dia,dia mula menoreh lengannya tanpa rasa sakit malah dia menjerit"Aku bunuh kau,Taeyeon!"dengan nada yang teresak-esa menangis. Darah pekat mula mengalir keluar dari kesan torehannya.Dia terus melakukan aktivti torehannya sehingga dia terlelap, luka dan darah dibiarkan sehingga kering.Dia tak terasa sakit pon pada kesan torehan tu,dia cuma rasa sakit di hati!.Orang yang lakukan perkara bodo sebegini cakap kalau toreh masa stres tak sakit.gila,bukan?



Di dalam kelas, "Oi Cat,kau baca tak artikal koreaboo semalam cam bodo je buat rumor pasal baekhyun dengan Taeyeon tu kapel" ujar Aoi sambil menggelengkan kepalanya, Cat hanya membisu."Cat,kenapa diam je hari ni?" Mae menyiku lengan Cat, dia mengerang kesakitan."Cat,maaf! Aku tak tau pula yang kau ceder..." kata-kata Mae terus putus apabila melihat kesan torehan dilengan kanan Cat.Mae memandang wajah Cat yang sayu tu dengan pandangannya yang seruis,ada perasaan ambik berat disitu. "Cat, Kau toreh lengan kau ke?" soal Mae dengan nada yang risau, Cat tidak menjawab."Entah-entah ni pasal rumor tu?" Aoi mengurut dagunya."Cat, ala kau ni sebab rumor bodo tu kau buat macam ni? Kau abaikan la itu tak betul pon! Itu cuma rumor tipu.Kau pon tau koreaboo tu macammana an" kata Aoi.Well,sapa tak kenal koreaboo.Raja segala rumour ada kat page banggang tu nak popular diorang buat rumour,disebabkan rumour palsu diorang tu juga mungkin akan buat peminat  mengamuk atau lebih sadisnya bunuh diri.

Cat menarik kembali lengannya,dia menyorok kesan luka itu dengan lengan baju sekolahnya."Cat,jangan la buat benda bodo cam ni.Kalau diorang kapel pon apa salahnya,diorang bukan tau kau tu wujud" ujar Mae sambil menyilangkan tangannya,Aoi menangguk tanda setuju.Cat menjeling kedua rakannya dengan pandangan tajam "TAK! KORANG TAK PAHAM!" jerkah Cat seraya berlari keluar dari kelas itu."CAT,NANTI!" Aoi dan Mae serentak menjerit nama Cat untuk menghentikan dia tapi Cat berpura-pura tidak mendengar dan mengabaikan mereka.

Cat berlari naik ke atas bumbung sekolah,dia mengeluarkan gambar baekhyun yang selalu dibawa oleh dia dari dalam poket bajunya."Saya hanya ada awak saja,jangan sakitkan hati saya lagi.Diorang semua tak paham yang saya ni sakit hati bila baca pasal rumor tu" air matanya terjatuh atas gambar Baekhyun lalu mengesat air mata yang terjatuh atas gambar tersebut "walaupun ianya hanya rumor saya tetap sakit hati sebab saya sayang awak tahu?" Cat mengelap air matanya.Dia memeluk gambar Baekhyun dalam dakapannya.



Cat seperti biasa bila dia pulang ke rumah , dia pasti akan menghadap laptopnya terlebih dahulu.

Cat kembali membuka page koreaboo, dia berasa lega sedikit kerana koreaboo sudah memuat naik artikal yang menyatakan Baekhyun dan Taeyeon tidak kapel itu hanyalah rumor palsu saja.

Cat keluar dari page itu dan stalk pada page yang lain iaitu Fanbase untuk exo, dia mula mengetap gigi menahan amarah apabila membaca dan melihat gambar baekhyun diedit memeluk seorang perempuan,caption dia tertulis Baerene (baekhyun and Irene) Dia membaca komen sambil mengempal penumbuknya, Diorang semua komen `Sweetnya diorang . I ship them!` Semua orang ship mereka berdua .
Cat sakit hati bila membaca komen-komen sebegitu , sesungguhnya dia berasa sangat geram. Hatinya terasa begitu sakit.Dia mengenggam bajunya, hatinya masih sakit.Walaupun edit baginya dia tak terima!.Dia merasa Baekhyun itu miliknya seorang.

"TAK!!!Takdak sapa boleh amik baekhyun aku! Takdak sapa boleh ship dia dengan orang lain!" Katanya dengan nada yang marah,dia membaling gelas kaca yang terletak tidak jauh dari meja belajarnya ke dinding, bunyi deraian kaca-kaca yang pecah itu jatuh ke lantai.Cat bangun dari tempatnya dan mengatur langkah ke arah kaca-kaca yang pecah itu lalu mengutipnya.Dia melekapkan serpihan kaca itu pada pipinya dan menoreh,rasa pedih dan sakit tidak dapat menghentikannya dari terus menoreh.Darah pekat mula mengalir,dia tak kisah"Hanya aku saja yang boleh bersama dengan Baekhyun" matanya merah,air matanya mula mengalir.Air matanya bercampur dengan darah pekat yang masih mengalir dari kesan torehan tu.Edit juga salah satu punca yang boleh berlakunya rumour, ada sebilangan peminat yang setuju ada yang tak setuju.



Hari ini Cat tidak pergi ke sekolah, mungkin dia tidak mahu kawannya mempersoalkan tentang kesan torehan yang berjalar di pipinya.Cukuplah dengan kata-kata mereka yang membuatkan hati dia perit tempoh hari.Kalau beritahu hal sebenar pun bukan mereka paham.

Dia bangun dari katilnya yang empuk lalu pergi ke meja belajarnya.Beginilah rutin harian dia , menghadap laptop pada setiap hari.Ada meja belajar untuk belajar tapi dia menggunakan meja itu sebagai tempat letak laptop dan bukanny buku sekolah.

Dia menghidupkan laptopnya dan terus pergi ke page @koreaboo untuk mendapat maklumat terkini mengenai exo.

Sekali lagi hati dia bagi retak seribu , hancur hati dia bila dia terbaca artikal itu.Kandungan artikal itu menyatakan bahawa Baekhyun mendapat tawaran untuk berlakon dan ada babak kiss.Air matanya mula berkaca, sakit hatinya kini kembali,pedih dari hari-hari lain.Perasaannya bercampur baur, marah , sedih , kecewa."Kenapa awak buat macam ni kat peminat fanatik awak? Awak tahu saya minat dan sayang awak sangat-sangat" Dia mengusap skrin laptopnya,air mata dia mula membasahi pipi.Sapalah yang terima kalau bias mereka berlakon ada babak kiss?

"Saya tahu awak tak anggap saya wujud! Tapi awak kena tahu yang saya sayang awak,Baekhyun" suaranya terketar-ketar,air matanya masih mengalir laju."Hati saya, hati saya sakit sangat bila baca benda-benda macam ni ! Hati saya selalu sakit bila awak buat benda yang saya tak suka!" Cat mengenggam bajunya,dia menjerit dan mula bercakap seorang diri.Dia masih tak boleh terima.

"Kenapa hati saya selalu sakit bila tengok awak, baekhyun? Saya sayang awak" Cat tersenyum tawar."Apa patut saya buat nak hilangkan sakit hati ni?" Matanya meliar pada seluruh biliknya dan terhenti pada sebuah objek dia atas mejanya.

Dia mengambil objek itu dan berkata "Mungkin tak dak hati takkan sakit lagi kot" dia tersenyum tawar sambil membelek pisau lipat ditangannya.Dia mengeluarkan sebuah kotak biru dari bawah meja dan meletaknya diatas meja.Matanya merah menahan menangis.

Dia mencapai telefon bimbit dan mendail nombor kawannya, Aoi.Dia terpaksa menahan sedunya supaya kawannya tidak tahu yang dia sedang menangis

Aoi menjawab panggilan dia.

"Cat,kenapa tak pergi sekolah tadi?"
"Aoi,boleh tolong saya tak?" Cat mengabaikan soalan dari Aoi.
"Tolong apa?"
"Bila saya dah tak dak nanti, tolong hantar kotak biru di atas meja belajar saya ni pada baekhyun.Saya dah lekat alamat kat atas kotak biru ni.Tolong saya tau!"
"Cat, kau nak pi mana? Pindah ke? Okay aku tolong kau hantar"
"......"
"Cat,kau tak bagi tau pon kau nak pimana" nada Aoi di dalam talian kelihatan risau dan harian.
"....."
"Cat,kenapa diam..."
Tut tut panggilan itu terus dimatikan oleh Cat.Telefon bimbit ditangannya dicampak keatas katil.

Tanpa bersuara,tangannya yang terketar-ketar kembali mencapai pisau lipat dan menghayunkannya ke udara dan menikam tepat ke arah bawah bahagian dadanya disebelah kanan, darah pekat mula merecik keluar dari tubuh badannya
"Saya buat ini untuk awak, baekhyun dan untuk semua rumour tu!" skrin laptopnya dan lantai kini dipenuhi dengan darah pekatnya.Wajah dan tangannya juga turut dibasahi dengan darah sendiri.

Mata pisau lipat yang tajam itu dibenam dalam oleh dia, dia membelah kulitnya di bahagaian bawah dada sebelah kanan,sehingga menampakkan organ atau isi didalam.Darah peka mengalir tanpa henti.Sungguh perit,kesakitan dan keperitan itu sukar untuk digambarkan .Cat menjerit kesakitan sekuat hati tapi itu belum cukup untuk hentikan dia dari terus berbuat begitu.Pisau lipat ditangan kirinya dilepaskan dan jatuh ke lantai, Cat memasukkan tangan kanannya kedalam luka atau kesan belahan dan merobek hatinya keluar dari badan dan terus meletakkannya kedalam kotak biru sebelum nafas dan jasadnya mulai lemah.

Tubuhnya yang lemah rebah ke lantai, dia menghembus nafasnya yang terakhir.Ditangan kanannya mengenggam sekeping gambar baekhyun , dia mentatap gambar Baekhyun dengan matanya yang terbeliak. Sistem tubuh badannya sudah berhenti berfungsi akibat kehilangan banyak darah.Dia sudah mati?



Baekhyun telah mendapat sebuah kotak biru dari peminat misterinya, dia begitu teruja sekali ingin membuka dan melihat apa isi kandungan di dalam.Semestinya dia selalu teruja dengan hadiah pemberian dari peminat-peminatnya,bagi dia hadiah mereka begitu istimewaa buat dia.Dia membawa kotak biru ke sofa,semua hadiah yang lain telah dibuka olehnya cuma hanya tinggal kotak biru kosong itu saja yang masih belum dibuka.Nampak simple je kotak biru tu sebab tak ada corak pon.

Baekhyun melabuhkan punggungnya diatas kusyen sofa yang lembut itu,dia mengeluarkan kotak biru itu dari dalam pelukkannya.Dia membelek-belek dan mengoncang-gocangkan kotak itu terlebih dahulu sebelum membuka.Katanya untuk pastikan ada barang.Selepas puas dia membelek dan mengoncang kotak itu, dia tersenyum gembira.

Dia membuka penutup kotak itu perlahan-lahan,rasa terujanya kian membuak.Tapi setelah kotak itu sepenuhnya terbuka,keterujaannya dan senyuman dimuka dia kian pudar apabila melihat isi kandungan tersebut.Dia membaling kotak itu jauh dari dia pegangannya,mukanya menjadi pucat lesi.Kotak biru itu mendarat diatas permukaan lantai yang bersimen.Dia menggigil, dia memeluk kakinya.Ketakutan mula menyelubungi dirinya.Chanyeol yang sedar akan kelakuan pelik dari Baekhyun mula mendekatinya dengan dahi yang berkerut."Kau kenapa?"soal Chanyeol dengan nada yang lembut sambil menyentuh bahu Baekhyun,baekhyun tidak menjawab sebaliknya dia hanya menunding jarinya pada kotak biru yang baru dibalingnya,tidak berapa jauh dari kedudukan mereka.

Chanyeol melihat kearah yang baru ditunjuk oleh Baekhyun,anak matanya terpandang pada kotak biru yang berada diatas lantai tersebut akan tetapi dia masih keliru kenapa Baekhyun kelihatan begitu takut. Dia menggaru-garu kepalanya dan mengerutkan dahinya lalu mendekati kotak tersebut,apabila dia sudah dekat dengan kotak itu baru dia dapat nampak benda tu dengan jelas.Dia dapat cam benda itu apa , matanya membulat besar jantungnya berdegup laju.Sesungguhnya dia juga terkejut setelah melihat isi kandungan itu.Dia bagai mahu muntah disitu.Baru dia tahu Baekhyun jadi begitu sebab apa.

"Macam mana hati itu boleh ada kat sini?" soal Chanyeol kembali merenung wajah Baekhyun,nada berubah menjadi takut.Baekhyun tidak menjawab, dia hanya mampu menggelengkan kepalanya saja.Dia kelihatan sangat takut dan trauma.

Isi dalam kotak itu ialah hati.Hati manusia!

Chanyeol kembali memerhati kotak itu,mencari sesuatu yang mungkin ada lagi yang ditinggalkan oleh si `pemberi misteri`

Jackpot!

Chanyeol ternampak sepucuk surat yang dipenuhi dengan kesan darah di dalam kotak itu,dia mengambil surat itu dan menunjukkan pada Baekhyun.Baekhyun hanya memerhati,dia masih tidak bersuara."Boleh aku baca untuk kau?" Chanyeol meminta izin pada Baekhyun,dia hanya menangguk saja.Masih tak bersuara,trauma lagi mungkin.Dengan anggukan dari Baekhyun,Chanyeol membuka surat itu.Matanya melihat tulisan-tulisan diatas kertas itu sebelum membacanya.Chanyeol menarik nafas dan menghembus,dia mulat membuka suaranya"Baekhyun oppa, mungkin awak tak kenal siapa saya tapi saya kenal awak.Saya ni peminat awak, saya minat sangat-sangat kat awak.Saya sayang awak tapi sejak-sejak ni saya sakit hati kat awak sakit sangat tapi sekarang saya dah tak sakit lagi sebab Saya dah takdak hati dan lepas ni bole la saya sayang awak tanpa sakit hati dan..." kata-kata chanyeol terputus , dia memandang kembali wajah baekhyun.

Kali ini, wajah Chanyeol berubah menjadi pucat lesi dan ketakutan, dia menelan air liurnya berkali-kali membasahkan tekaknya yang tiba-tiba saja kering.Matanya terbeliak apabila anak matanya tertangkap pada satu mahkluk di belakang Baekhyun.Dia ingin berkata sesuatu pada Baekhyun tapi bibirnya terasa terkunci.Dia ternampak satu lembaga hitam sedang memeluk baekhyun dari belakang akan tetapi baekhyun seperti tidak berasa apa mahupun perasan."Dan,apa chanyeol?" Baekhyun mula bersuara, dia ingin tahu ayat seterusnya apabila Chanyeol tiba-tiba saja berhenti.Dia melihat Chanyeol dengan penuh tanda tanya.

Chanyeol sekali lagi menelan air liurnya,bersedia untuk bersuara dan memberitahu Baekhyun.Dengan gagapnya,dia berkata "da..dan..di..dia akan menghantui awak selamanya..." bibir Chanyeol terketar,matanya masih tidak lekang dari lembaga hitam itu.

"Baek...baekhyun...jangan pandang belakang.." Baekhyun kebinggungan.

 

`Saya sayang awak, Baekhyun`


 Mesti ramai yang akan pening dengan jalan cerita ni,well saja nak bagi anda pening.Saya mahu anda fikir sendiri.

Mental illness, Taksub , Obses . Benda ni ada kena mengena juga.

Mesej kepada pembaca: Tolong jangan jadi seperti Cat,watak di dalam cerita ini!Jangan disebabkan benda kecil,anda membuat tindakkan bodoh yang boleh mencederakan diri.

 

Please leave a comment, your comment is my life! (if you don't mind,I won't push you) .I want to know if my story is a good or bad.Should I fix something?

Maaf jikalau terdapat banyak kesalahan ejaan,tatabahasa dan jalan cerita yang agak serabut.I'm still new

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
baekki_kook #1
Chapter 1: Chapter 1:Scarynya (o0o)!!Dah la baca waktu malan ..Obsesnya cat ni -_-...Walaupun Baekhyun tyu bias saya ,Saya terimanya seadainya~~walaupun sakit hati tu ada sikit xD!!Btw,Ff ni mamang best!!
--bwoyaaaa
#2
Chapter 1: Wow... Serius seram betul dengan perangai fan yang macam ni. Kenapalah sampai sanggup korbankan nyawa sendiri semata-mata untuk orang yg tak pernah tahu kewujudan kita? Brr. Btw ff ni daebak!
nanadjiyongie_01
#3
Chapter 1: Best...seriously...
Sejuk kaki saya bila baca...hhuhuh
Baguih authornim
lugege_
#4
Chapter 1: Bestnya cite ni!! :D ada moral dan pengajaran. Keep it up authornim
Nursyazwanie #5
Interesting :3
Please update soon .
Sis pun Malaysian . Sep sikit .
kahkahkah .