FIRST and LAST

LOST?
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

 

Bahu Mark yang lebar itu dipaut oleh seseorang. Mark tersentak. Siapakah yang memaut bahunya pula? Lantas Mark memandang tepi. Jin Young rupanya yang memaut sambil tersenyum. Mereka hanya meneruskan langkah sahaja tanpa berkata-kata. “Mark-shi, jomlah date…” ujar Jin Young tetiba. Mark hanya memberi senyumannya sahaja. 

 

“Kita berdua je ke?” soal Mark pendek.

 

Jin Young hanya berdiam diri dan meneruskan langkahnya dan diikuti oleh Mark. Mark hanya akur sahaja. Hatinya memang riang apabila diajak ‘date’ bersama rakan-rakannya.

 

 

Akhirnya tiba ditempat yang ingin ditujui. Sungai Han. Tempat yang paling menenangkan bagi rakan-rakan Mark iaitu Jae Bum, Jackson, Jin Young, Young Jae, Bam Bam dan Yu Gyeom. 

 

Mark mengetuk perlahan kepala Jin Young. Jin Young sentap lalu terus memandang Mark dengan penuh perasaan. Anak mata Jin Young benar-benar menyambar anak mata Mark. Amat tajam pandangan mereka seperti sebilah pedang yang ingin menusuk tetapi… “Waeayo?” soal Jin Young lembut dengan baby face-nya.

 

“Bagitahu jelah, kita nak date ramai-ramai…” jawab Mark dan meneruskan langkahnya ke arah rakan-rakannya yang sedang menunggu. Jin Young hanya tersenyum dan membontoti langkah Mark. “Hyung tunggulah…”

 

***

 

“Hyung! Hyung! Hyung!” jerit Jin Young sebaik sahaja tiba di kafeteria. Semua mahluk yang berada di kafeteria memandang Jin Young. Mereka sudah agak pasti Mark yang dicarinya. “Mark hyung! Mark hyung!” jerit Jin Young lagi. Mark yang perasan terus mengelilingi meja makan mereka. “Hyung, janganlah macam tu! Hyung!” panggil Jin Young. Mark tetap mengelilingi meja makan itu. “Mark hyung!” ujar Jin Young sambil membuat muka merajuk. Akhirnya Mark mematikan langkahnya sambil tersenyum.

 

Mark hanya berdiri sahaja. Menunggu Jin Young datang ke arahnya. 

 

“Macam budak-budaklah diaorang ni.” ujar Jackson yang sedikit cemburu dengan perilaku Mark dan Jin Young yang amat rapat itu. 

 

Young Jae hanya tersenyum. “Hyung, relaxlah. Diaorang memang macam tu. “ ujar Young Jae yang ingin menenangkan keadaan.

 

Lantas Jin Young memeluk Mark kesayangannya setelah tiba disisi Mark. “Hyungggg!” Mark menolaknya. “Hyung ni kenapa?” soal Jin Young dengan mimik muka yang merajuk.

 

Mark kembali mendekatkan dirinya dengan Jin Young. “Kalau awek aku nampak macam mana? Nanti dia jealous…” ujar Mark yang membuat Jin Young ketawa. Begitu juga dengan rakan-rakannya yang lain. 

 

Pelik. Hanya perkataan itu yang terlintas dalam fikiran Jin Young. Pelik! “Hyung ni peliklah. Itu je pun dia nak jealous…” ujar Jin Young.

 

Mark hanya memandang Jin Young dengan pandangan yang amat menakutkan. Akan tetapi Jin Young tidak takut kerana sudah masak dengan pandangan mata Mark yang membuatkan dirinya makin sayang terhadap rakan karibnya itu.

 

“Hyung, aku dah ada awek…” ujar Jin Young perlahan sambil menyenitkan mata kirinya.

 

Rakan-rakan Mark terkejut dengan pengakuan Jin Young. Jackson terus menarik Jin Young dan Mark duduk. “Siapa?” soal Jackson yang tidak sabar untuk mengetahuinya.

 

“Bagitahulah…” desak Bam Bam dan Yu Gyeom, si maknae yang teringin nak tahu.  “Cepatlah…” desak Jae Bum pula. Mark hanya menggaru kepalanya sahaja. Keadaan yang sama seperti Mark memberitahu bahawa dirinya sudah berpunya.  “Hyung jangan nak rahsia pula macam Mark hyung ni…” ujar Young Jae yang memandang Mark sambil menyenitkan matannya. Mark hanya tersenyum sahaja.

 

“Siapa?” soal Jin Young sendiri. “Nama dia… Sana.” jawab Jin Young dengan nada suara yang perlahan. Semua rakan-rakannya mendekatkan diri mereka kepada Jin Young kecuali Mark.

 

Mark terkejut apabila mendengar nama Sana dari mulut Jin Young. “Sana? Siapa lagi nama Sana dekat sini?” soal hatinya yang sedang berfikir.

 

“Hyung…” panggil Jackson yang mengajak Mark menyertai perbualan perlahan mereka. Mark masih lagi mengelamun. Jackson akhirnya keluar dari puak yang sedang berbicara perlahan itu dan terus datang dekat ke arah Mark. Jackson tekun memandang riak muka Mark. Muka yang pucat setelah mendengar nama Sana. Jackson masih lagi memanggil Mark yang sedang mengelamun. “Hyung…” Akhirnya Jackson putus asa lalu terus menarik Mark pergi jauh dari rakan-rakannya.

 

 

 

 

“Wae?” soal Mark pendek. 

 

Jackson memandang pelik. Dirinya pula yang ditanya kenapa. “Hyung tu yang kenapa? Bila Jin Young hyung sebut nama Sana, hyung terus diam.” jelas Jackson. “Hyung kenal Sana yang Jin Young katakan tu ke?” soal Jackson.

 

Mark menghembus nafas panjang. Sedikit keluhan terkeluar dari mulut Mark. Fikirannya bercelaru. 

 

“Sana tu awek hyung ke?” soal Jackson yang meneka.

 

Mark terkejut. “Dari mana kau tahu?” soal Mark yang gelabah sehingga berkata lepas. 

 

“Betullah yang aku fikirkan selama ni…” ujar Jackson. Dari dulu lagi Jackson memang sudah mengagak bahawa Sana itu kekasih Mark yang selama ini Mark rahsiakan.

 

Mark menjadi makin gelabah. “Jackson-ah, tolong jangan bagitahu Jin Young.” rayu Mark. “Please…” rayu Mark lagi.

 

***

 

Sana tersenyum sinis. “Padan muka korang…” ujarnya sendiri sambil membelek belek buku yang berada di tangannya.

 

Chae Young yang perasan Sana berkata sendiri terus bertanya. “Kau cakap dengan siapa? Kau buat apa lagi?” soal Chae Young.

 

Sana masih lagi tersenyum. “Aku couple dengan Jin Young sekarang…” jawabnya dengan perasaan yang gembira.

 

Chae Young tekejut. Apakah yang sedang berlaku? Sudah hampir setahun Sana mempunyai hubungan dengan Mark dan kini sedang berhubungan dengan rakan karib Mark pula. “Yah! Kau biar betul? Buanglah semua dendam kau tu…” pujuk Chae Young yang sedikit membantah perbuatan rakannya itu.

 

Sana memandang Chae Young dengan pandang yang tajam. Chae Young membalasnya kembali. “Aku takkan sesekali buang dendam aku selagi aku tak puas hati.” jawab Sana dengan egonya. Hanya kerana Mark dan Jin Young sering menganggunya ketika sekolah menengah, Sana tekad untuk membalas dendam.

 

“Sana-ah. Dah lama benda tu berlaku. Lupakan jelah…” ujar Chae Young yang tidak ingin Sana semakin dibelenggu dengan dendamnya.

 

***

 

Seperti biasa, bahu Mark dipaut. Mark tersentak. Terkejut lalu melepaskan pautan dari Jin Young. Jin Young pelik. Apa yang telah berlaku dengan rakannya itu? Jin Young hanya membontoti langkah Mark sahaja. Mark menghentikan langkahnya. “Pergilah sana…” ujar Mark tegang lalu sambung berjalan.

 

Jin Young terdiam. “Aku ada buat salah ke?” soalnya sendiri sambil mengingat kembali. Dia menggaru lehernya yang tidak gatal itu. “Tak ada pun.” ujarnya sendiri lagi.

 

“Hyung!” panggil Jin Young lalu berlari anak mengejar Mark yang sudah jauh dihadapan. “Hyung!” tegur Jin Young lagi yang menepuk bahu Mark.

 

Mark mengelakkan bahunya. Tangan Jin Young terlepas dari bahu Mark. “Waeayo?” soal Mark tegang lagi.

 

Jin Young mengeluh sendiri. “Mianhae!” ujar Jin Young yang sedikit menjerit. “Hyung kenapa?” soal Jin Young. Mark hanya menggelengkan kepalanya sahaja lalu meneruskan langkahnya.

 

 

“Mark Oppa! Park Ji Young-shi!” panggil seorang gadis dari belakang Mark dan Jin Young. Jin Young memalingkan badannya. Begitu juga dengan Mark. Chae Young yang memanggil rupanya. Mark terkejut lalu terus pergi.

 

“M

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
youngminbfminwoo
LOST? chapter FIRST and LAST sudah UPDATE!

Comments

You must be logged in to comment
heartbyheart12 #1
<3 Love it.
NurRahSyaXD #2
Chapter 1: I ship JinMark!!