chapter 5

MANISNYA MAGIS CINTA ...

Di rumah ,bayangan gadis yang dijumpainya bermain-main di fkiran Wonwoo .Dia musykil dengan gadis itu .Misteri tetapi dia sememangnya ingin mengetahui siapakah gerangan gadis itu .Wonwoo masih mengelamun ketika Seungkwan masuk ke biliknya .

'Apa kejadah mamat ni termenung sorang-sorang ?ada problem ke ?' ujar Seungkwan dalam hati .

Selepas 5 minit berkeadaan begitu ,Seungkwan naik fed up .Dia membaling kusyen kecil ke arah abangnya .

''Woi ,apa main baling2 ni ?.Nak gaduh ke ?''tempik Wonwoo .

''Tak adalah .Aku tengok mau dari balik dari amik budak tu tadi ,diam je .Jumpa hantu ke .Dah tu ,aku masuk bilik pun kau tak perasan .''

Wonwoo memandang Seungkwan pelik .

''Haah la ,sejak bila kau masuk ?.''soal Wonwoo dengan bodohnya .

''Dah lama dah .Kau tu yang termenung .Ada problem ke ?Share la .''

Wonwoo membetulkan duduknya .Dia lantas menceritakan hal tadi kepada adiknya itu .

''Tapi ,aku tak tahu la dia sekolah mana .Dan yang pasti dia bukan sekolah dengan Yeri sebab dia tak pakai uniform sekolah pun .''

''Hmm ,maybe dia sekolah kau kot .Kau tak pernah nampak ke dia kat sekolah tu ?''

''Aku baru masuk sehari .Takkan la aku nak pergi usha semua perempuan kat sekolah tu .Kau ingat aku ni jenis yang gatal macam kau ke ?''

''Hishh ,apa la kau cakap macam tu dekat adik kau sendiri .Maksud aku ,kot-kot la kau terserempak dengan dia kat sekolah .Who knows ..''

Wonwoo terdiam seketika .Tetapi dia amat mengharapkan bahawa gadis itu juga bersekolah dengannya .Jika benar ,dia mahu mengambil langkah untuk merapati gadis itu .Namun ,dari apa yang dia lihat pada gadis itu tadi ,dia seorang gadis yang sukar untuk didekati .Yela ,masakan dia ,Wonwoo yang digilai ramai gadis tersenyum manis ke arahnya tetapi gadis itu cuma buat derk je dekat dia .

Tak apa ..Wonwoo tak akan mengalah .Dari mana gadis itu pun ,dia akan berusaha untuk mencari dan sekiranya dia dapat ,habis lah gadis itu ...

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
ericnamelove #1
hope this goes well<3
kimwoobinlove1 #2
really cute story, cannot wait for update^^
btslover21 #3
cant wait for update^^