chapter 3

MANISNYA MAGIS CINTA ...

Wonwoo pulang ke rumah dalam keadaan selamat (haha ..bahaya bunyi dia ) .Sampai sahaja di rumah ,ibunya menegur .

''Haa ,macam mana dengan sekolah baru kamu tu ?okey ke tidak ?.Masih kena ganggu ke ?.''soal ibunya .Wonwoo tersengih .

''Buat masa ni ,belum lagi la ibu .Tapi banyak hari lagi yang orang kena lalui dekat sana .Moga-moga la anak ibu yang handsome ni terselamat daripada bala bencana yang bukan-bukan ,''balas Wonwoo lalu tersengih .

''Eleh ,sembang macam anak ibu sorang ni handsome sangat je .Ehh ,adik kamu tu pun apa kurangnya .Handsome jugak ,''ujar ibunya sambil menjuihkan bibir ke arah anak lelakinya ,Seung Kwan .Seung Kwan yang terdengar namanya diseru dan dipuji mengangkat kening tanda bangga .(haha ,macam pelik je Seung Kwan jadi adik Wonwoo ).WonWoo buat muka menyampah .

''Ehh ,apasal buat muka macam tu .Tak puas hati la tu .Tau la ibu puji kita je ,bukan dia ,''ujar Seungkwan menyakitkan hati abangnya .

''Ehh ,kau diam la .Jangan nak perasan sangat ehh .Jap lagi ada yang makan penumbuk karang .''

''Buat la kalau berani .Orang report dekat ibu nanti .''

''Dasar anak manja .Diam la kau .Nama pun macam sengkuang .Aku lempar kau dekat beruang nanti ,baru kau tau .''Wonwoo ketawa kuat .Dia memang sering menyakat adiknya yang annoying itu dengan panggilan sengkuang .

Seungkwan bengang .Dia bangun lalu mengejar abangnya keliling meja .Ibunya yang kembali dari dapur hanya meggeleng kepala .

'Aishh budak-budak ni .Masing-masing dah besar panjang ,perangai macam budak-budak .Bukan setakat umur dah besar panjang ,semua benda la dah panjang ..'fikir ibunya .

Wonwoo segera menyorok di belakang ibunya .Seungkwan yang mahu membaling kusyen tidak jadi membaling .

''Ibu ,tengok abang ni .Dia kata orang sengkuang .''adu Seungkwan .

''Hello ,aku just cakap nama kau je .Bukan kau .Kau nak jadi sengkuang sangat ke ,''Wonwoo ketawa kuat ;.

''Alaa ,abang kamu ni mengusik je .Jangan la ambil hati ,''pujuk ibunya .

''Tak ada maknanya dia gurau .Dia tu memang .Sesedap mulut je panggil orang sengkuang .''

''Ehh tapi betul apa .Nak dekat sama tu ,''Wonwoo belum habis mengusik .

''Ibu ~~.''rengek Seungkwan .Ibunya ketawa .

''Dah-dah la tu mengusik adik kamu tu .Kesian dekat dia .Kesian dekat ibu jugak ni .Nak hidang makanan pun susah .Dah ,sekarang ni kamu berdua pergi ambil si Yeri dekat sekolah .Dia tu perempuan .Nanti kalau jadi apa-apa kan susah .''ujar ibunya .

''Ala ,nak kena kutip jugak ke budak tu .Dia dah besar la ibu .Dah belasan tahun dah .Biar la dia balik sendiri .Kawan-kawan dia mesti ada .''rungut Seungkwan .

''Jangan nak mengada .Walaupun dia dah besar ,tapi selagi dia belum kahwin ,ibu tak senang-senang nak lepaskan dia .Pergi la cepat .Nanti dia tunggu lama pula .''

Wonwoo menarik tangan Seungkwan .Wonwoo anak yang baik dah rajin serta mendengar kata tetapi ..

''Okey ibu .Kami pergi kutip dia tapi kena ada upah tau .''ujar Wonwoo lalu tersengih .Ibunya membuat 'thumbs up ' tanda setuju .Hmm ,paham sangat dah perangai anaknya yang sorang tu .

Maka ,berlalulah mereka mengambil adik mereka di sekolah .

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
ericnamelove #1
hope this goes well<3
kimwoobinlove1 #2
really cute story, cannot wait for update^^
btslover21 #3
cant wait for update^^