Me and you

Description

 

 

          Aku berjalan menuju ke perpustakaan untuk memulangkan buku rujukan Sains. Al maklumlah malas nak pergi beli. Dalam perjalanan ke sana, aku ternampak seorang lelaki yang sungguh kacak gila bakhang sedang bergelak ketawa bersama kawan-kawannya iaitu IKON, di luar kelas mereka. Tiba-tiba, jantung aku berdegup laju dan angin pun bertiup kencang. 

          Perasaan aku tu terus hilang apabila aku ternampak sekumpulan budak perempuan dari kelas sebelah datang melihat lelaki yang sama sambil menjerit "BOBBY! I LOVE YOUUU!". Terkejut Bobby apabila namanya dijerit oleh budak perempuan itu. Bobby hanya senyum sambil mengangkat tangannya tanda hai lalu masuk kembali ke kelas kerana tidak selesa dengan suasana yang kecoh dan bising.

          "Haduh sibuk betullah minah ni! Kasi lah aku can tengok Bobby lama-lama pulak", bisik ku sendiri. Tak berani nak cakap kuat-kuat nanti tak selamat perjalanan aku nak pergi perpustakaan pulak.

          "SEULGI!!! TUNGGU AKU!! NAK IKUT!!", nama aku dilaungkan dari belakang. Dah agak dah. Tu suara Wendy, kawan baik aku yang selalu ada bersama ceh. "Penatlah kejar kau", kata Wendy yang sudah tercungap-cungap kepenatan mengejar aku dari belakang. "Kesiannyaaaa hahaha", balasku sambil memeluk bahu kawan baik ku ini.

***

 

"Tu je reaction kau kat perempuan tu? Hahaha", kata Hanbin yang masih ketawa melihat mimik muka Bobby tadi. 

"Aku terkejut lah woi halamak. Lagipun aku mana suka perempuan yang jenis terjerit-jerit macam tu", balas Bobby.

"GUYS!" jerit Hanbin sambil menumbuk meja dengan kuat sehingga menyebabkan member IKON yang lain terkejut. "WOI TERKEJUT AKU! KAU KENAPA?!", jerit Junhoe yang sedang mengemaskan rambutnya. "TAH KAU NI HUUU SEMANGAT", balas Jinhwan sambil mengurut dadanya. Kelakuan Jinhwan menyebabkan mereka yang lain ketawa besar.

"Perasan tak tadi masa sebelum perempuan tu datang, ada sorang perempuan lagi tu tengok kita? Tak sure lah pulak tengok siapa tapi dia pandang tak berkelip hahahahhaha", sambung Hanbin dengan nada yang nak-kasi-orang-curious.

"Wuu siapa weh?", soal Yunhyeong dengan perasaan ingin tahu. "Aku rasa Seulgi kot sebab aku pun perasaan. Banyak kali. Tapi dia pandang kita dari jauh je lah", jawab Chanwoo dengan selamber. "Seram lah pulak dia tu. Dah lah tengok dari jauh, kat mana ada kita, dia ada", kata Bobby yang khusyuk mendengar dari tadi.

"Tapi kan macam mana kau tau nama dia Seulgi?" tanya Junhoe. Soalan Junhoe membuatkan semua kawannya memandang Chanwoo dengan muka curious. "Errrrrrrrr", balas Chanwoo.

 

 

 

Foreword

HARAP KORANG SUKA! YAHHHHHHH PENAT TAU BUAT NI LOLZ

TRIMAS SEBAB SUBSCRIBE, COMMENT, AND BACA^^

yeppeun-ah
Me and you ff chapter 6 akan ditangguhkan lewls mianehh

Comments

You must be logged in to comment
pikahbajet #1
Chapter 5: update soon .....cite ni DAEBAK!!!!!
AinUmairah #2
Chapter 5: Update lagiiii....best
haninad
#3
Chapter 5: goshhhhh di chapter ni saya dapat agak macam mana perasaan tu sbb saya pernah laluinya hahahha jjang !! dá best ;)) keep update lots of loves ♥♥♥
brooklynx #4
Chapter 3: update soon ^^ I can feel perangai baekhyun dlm hanbin xD since hanbin's my bias, he's cute dlm ni!! x)