The Story Of Playboy Most Wanted (First)

The Story About Playboy Most Wanted

“K..yungmi?”. bekal makanan yang dibawa Chanyeol dari rumah terlepas dari tangan. Sungguh dia tidak percaya dengan apa yang dilihat sekarang. Kyungmi tersenyum sinis memandang Chanyeol lalu mencium teman lelaki baru disebelahnya dengan ghairah. Di hadapan Chanyeol…

 

“Kurang ajar kau! Berani kau cium makwe aku!”. Chanyeol bertindak menumbuk wajah lelaki tersebut. Lelaki itu turut menumbuk perut Chanyeol untuk melawan kembali. “Chanyeol! hentikan!”. Jerit Kyungmi lalu menjarakkan badan Chanyeol dengan badan lelaki itu. kyungmi memandang Chanyeol dan menamparnya.

 

“Kyungmi..”. “Kita putus. Saya dah tak suka pada awak”. Kyungmi memberi kata putus. Chanyeol tersentak. Semudah itu saja Kyungmi memutuskan hubungan mereka yang sudah lebih 3 tahun ini? “Kenapa baru sekarang Kyungmi? Kita dah lama bercinta”. Bantah Chanyeol sekerasnya. Matanya mula merah.

 

“That’s why! Sebab kita dah lama bercinta”. Tengking Kyungmi dengan kuat. “Hubungan kita dah 3 tahun dan awak anggap kita ni baru bercinta 2 hari. Awak tak matang, Chanyeol”. tambah Kyungmi lagi. Chanyeol segera memegang tangan Kyungmi dengan penuh harapan. Pipinya sudah banjir dengan air mata.

 

“Saya akan jadi matang untuk awak, Kyungmi. Tolonglah..Saya amat cintakan awak. Saya tak boleh hidup tanpa awak Kyungmi. Tolong..”. ucap Chanyeol. Lututnya dijejakkan ke tanah. Menandakan dia amat merayu kepada Kyungmi agar kembali kepadanya semula. Demi orang yang disayanginya. Harapannya punah apabila Kyungmi menolak perlahan-lahan tangan Chanyeol sambil menggeleng. “Saya bukan takdir awak, Chanyeol. Saya doakan awak bahagia”.

 

Kyungmi meninggalkan Chanyeol dalam keadaan melutut. Chanyeol tidak boleh berbuat apa lagi. segalanya sudah tamat. Kyungmi tak kan kembali kepadanya lagi. Rumah bawah tanah ini menjadi saksi bahawa dia telah kehilangan segalanya.

 

 

 

“Maafkan saya. Tempat ini boleh disewakan tak?”. suara seseorang menyapa Chanyeol yang menangis. Perlahan-lahan Chanyeol menoleh kearah wajah orang tersebut.

 

 

3 Tahun kemudian

 

Hidup Chanyeol berubah serta merta. Lelaki yang senyumannya sentiasa lekang di bibir bertukar kini menjadi seorang lelaki yang dingin dan ego. 3 tahun menganjak pergi namun tiada apa yang berubah dalam diri Chanyeol. Cuma kerjayanya sebagai seorang pelakon dan model sambilan yang masih kekal sehingga sekarang.

 

“Jia, mana baju aku tadi?”. Soal Chanyeol sambil mengipas dirinya dengan tangan. Jia yang lagi berangan tidak sedar akan suara Chanyeol yang menayanya tadi. “Pinjam botol ni sekejap”. Chanyeol merampas sebiji botol dari salah seorang staf di situ dan menuangkan ke atas Jia.

 

“Arh! Hujan! Bos hujan!”. Jia melatah tiba-tiba. Segera dia mengambil payung di tepi meja dan memayungkan Chanyeol. Takut-takut bosnya itu dibasahi hujan.

 

Chanyeol mengambil payung dari tangan Jia dan membuangnya jauh-jauh. “Hujan kepala kau! Kau dengar tak yang aku tanya mana baju aku tadi?”. Tanpa membuang masa, kepala Jia diluku Chanyeol membuatkan Jia menjerit kesakitan. “Sakitlah bos! Saya taulah saya salah. Dah lah tangan bos besar macam gajah. Sakit tau!”.

 

“Amboi, menjawab ye. Aku sumpah kau jadi batu baru tau! Mana baju aku pakai tadi?”. Ujar Chanyeol sambil mencekak pinggang. Jia menunjukkan sehelai T-shirt berwarna kelabu di bahu Chanyeol. “Dekat bahu bos tu. Bukan bos tak bagi ke saya pegang baju bos. Nanti rosaklah, kotorlah..macam-macam!”. Perli Jia bersahaja. “Perli aku lagi! tendang kang!”. Chanyeol meninggalkan Jia yang tersengih seorang diri.

 

“Alahai.. Manja betul bos aku ni”. Jia menggelengkan kepalanya. Sudah tiga tahun dia bekerja dengan Chanyeol dan tiga tahun jugalah Chanyeol asyik membulinya tanpa sebab. Bila ditanya kenapa, Chanyeol akan menjawab, “Muka kau macam lelaki. Kau patut periksa jantina kau dengan segera”. dari situ Jia sedar yang Chanyeol tidak pernah menganggapnya sebagai seorang perempuan. Jia juga tidak tahu mengapa. Yang jelas, pertama kali mereka berjumpa, Chanyeol sedang melutut sambil menangis.

 

(Flashback)

“Maafkan saya. Tempat ini boleh disewakan tak?”. suara seseorang menyapa Chanyeol yang menangis. Perlahan-lahan Chanyeol menoleh kearah wajah orang tersebut. “Encik?”.

 

“Kyungmi..”. Tanpa berfikir panjang, Chanyeol terus memeluk gadis tersebut. Namun ia bukannya Kyungmi tapi Jia, Min Jia. “Jangan tinggalkan saya..Tolong. Saya perlukan awak”. Katanya lagi. Jia teragak-agak mahu membalas pelukan dari orang yang tidak di kenalinya itu.

 

“T..api, saya bukan Kyungmi. Saya Jia”. Kata Jia perlahan. Cepat-cepat Chanyeol meleraikan pelukan setelah sedar akan perbuatannya yang tidak waras. “Maaf.. Kau nak apa?”. ujar Chanyeol sambil mengelap sisa air mata. Dia berdehem kecil sebelum menanti jawapan daripada Jia.

 

“Saya tengah cari rumah sewa. Boleh tak saya sewa rumah bawah tanah ini buat 3 tahun? Sebelum saya berangkat ke Malaysia, saya kena cari kerja dekat Korea”. Ujar Jia. Harga rumah zaman sekarang sangat tinggi nilainya. Daripada membuang duit, lebih baik dia cari rumah yang lebih kecil. “Tapi tempat ini bukan untuk disewa mahupun dijual”. Kata Chanyeol.

 

“Ia kah? Kalau macam tu..”. “Aku boleh sewakan tempat kau, tapi ada satu syarat”. Chanyeol segera memintas kata-kata Jia. “Jadi pembantu aku”. Jia tercenggang. “Pembantu?”

 

(End Flashback)

 

 

 

Jia tidak pernah menaya mengapa Chanyeol menangis pada malam itu. dia tidak mahu digelar penyibuk. Dia sepatutnya bersyukur kerana Chanyeol tidak melayannya seperti gadis-gadis lain yang dirinya terlalu murah mahu menjadi ‘Rakan sekatil’ Chanyeol setiap kali ada masa lapang. Kadangkala Jia sedikit cemburu dengan kelakuan Chanyeol yang sering menganggapnya lelaki. Dia mahu juga menjadi seorang perempuan di mata Chanyeol.

 

Tanpa sedar, Jia mengeluh kecil.

 

***

 

Jia masuk ke dalam rumah dengan beg yang berisi makanan. Dari tadi dia tidak dapat makan malam. Ini semua gara-gara produksi yang membebel kepadanya tentang ketidakhadiran Chanyeol minggu lepas. Nak tak nak terpaksalah menadah telinga.

 

“Kau dah balik?”. Sapa Chanyeol yang sedang menonton televisyen. “Kenapa bos datang sini? Ini rumah sayalah!”. Marah Jia. Chanyeol hanya membuat muka polos di hadapan Jia.

 

“Aku tuan rumah ni dan aku yang sewakan kau. Kenapa? tak boleh?”. Ujar Chanyeol selamba. Pantas saja tangannya mengambil bungkusan plastik ditangan Jia. “Hmm..ramen dengan kimchi”. Chanyeol menghulurkan semula bungkusan itu ke Jia. “Masak untuk aku sekali”.

 

Jia mendengus kasar. “Bos ni!”. Jia menghentak kaki tanda protes. Chanyeol menaikan kakinya ke muka Jia. “Nak kaki? Pergi buat sekarang”. “Fine. Saya pergi mandi dulu”. Langkah Jia menuju ke bilik.

 

“Jia”. “Ya?”. Jia menoleh semula ke wajah Chanyeol. “Masak dulu. Aku tau kau lapar. Kau mandi bila aku balik nanti”. Kata Chanyeol perlahan. Jia tercengang. “Kenapa?”. “Masak jelah!”.

 

Sekali lagi, “Yelah..”. akhirnya Jia mengalah. Segera dia menjerang air untuk membuat ramen. Sebelum mendidih, Jia membuat segelas hot chocolate untuk Chanyeol. “Bos..”. panggil Jia. “Apa”. chanyeol menjawab perlahan.

 

“Lagi seminggu, dah genap 3 tahun saya dekat Korea. Saya rasa, saya kena balik Malaysia semula”. Ujar Jia berterus terang. Chanyeol yang baru ingin menghirup hot chocolate di tangan terus tidak jadi setelah mendengar kata-kata Jia. “Bos dengar tak?”. soal Jia. “Dengar”. Balas Chanyeol acuh tak acuh.

 

“Saya pun kena letak jawatan sebagai pembantu bos. Bos okey tak?”. soal Jia lagi.

 

“Tak. aku tak okey”. Kata Chanyeol selamba. Jia dapat mendengar suara Chanyeol ketawa terbahak-bahak sambil menonton Running Man. Air sudahpun dijerang dan siap dimasak. Jia membawa dua mangkuk ramen ke meja ruang tamu. “Ini ramennya. Makanlah,”. Jemput Jia kepada Chanyeol namun Chanyeol menghiraukan kata-kata Jia. “Kau makanlah dulu. Aku dah makan tadi”. Kata Chanyeol bersahaja. Mendidih satu badan Jia mendengar jawapan Chanyeol.

 

Jia terus makan ramen miliknya dengan perasaan geram. Lelaki ini memang sering mengenakannya begini. “Minggu depan aku tak sibuk. Apa kata kita jalan-jalan”. Kata Chanyeol tiba-tiba. “Hah?”. “Jangan salah faham. Kau kan dah tak ada minggu depan. Apa salahnya aku bawa pembantu aku membeli belah. Siapa yang nak angkat barang-barang aku nanti”. Jia mencebik bibir. Dia membawa Jia sekadar mahu dijadikan pengangkat barang?. Chanyeol kejam!

 

“Tak payahlah bos. Minggu depan saya sibuk sikit. Nak buat passport lagi, nak beli tiket lagi. macam macam!”. Jia cuba menolak. “Aku boleh tolong kau”. “Tak payahlah bos! Saya dah 24 tahun, bukan 4 tahun”. Chanyeol ketawa kecil. “Kau memang budak-budak pun”. Jawab Chanyeol selamba.

 

Jia mengetap bibir. Susah dapat bos yang degil ni. Asyik dia je nak menang. “Bos baliklah.. badan saya dah berlengas ni”. kata Jia sambil menolak badan Chanyeol yang lagi enak menonton Running Man. Chanyeol memeluk sofa sekuat hatinya. “Aku nak tidur sini malam ni”. “Bos!,”. Jia mula melenting.

 

“Yelah! Aku balik.. Esok jangan lupa, aku ada shooting dekat Gangnam”. Chanyeol memberi peringatan kepada Jia. “Ya! Saya tau! Bos pergi balik cepat. Nanti kekasih bos tunggu”. Ujar Jia. Dia masih lagi menarik lengan Chanyeol untuk dia segera keluar dari rumah itu. tarik punya tarik, akhirnya Jia berjaya mengeluarkan tubuh Chanyeol dari rumah bawah tanah itu.

 

“Arh! Penat melayan kerenah dia seharian. Tak apa Jia, kau ada lagi beberapa hari dengan dia. Lepas ni, kau bebas daripada insan bernama Park Chanyeol ini.

 

Ding ding~

 

Segera Jia membuka pintu dengan marah. Selalu Chanyeol yang menekan loceng banyak kali untuk mengacaunya.

 

“Bos, janga..”. kata-kata Jia mati apabila seorang gadis yang tidak dikenali berdiri di hadapan pintu rumah. “Cik ni siapa?”. Soal Jia.

 

“Saya Son Kyungmi, teman wanita Park Chanyeol”. balasnya ringkas. Jia mengangguk perlahan. “Ini tewan wanita yang ke berapa? Bos saya dah tak duduk sini”. Kata Jia. Dia sudah biasa melihat gadis seperti Kyungmi yang mencari Chanyeol di rumah ini. Ini kerana Chanyeol tidak mahu sesiapa pun datang ke rumahnya dan rumah Jia dijadikan mangsa keadaan.

 

“Bos awak duduk mana?”. Tanya Kyungmi. Jia menggigit bawah bibir. Chanyeol sudah memberi peringatan agar tidak memberitahu sesiapa tentang keberadaan rumahnya. Apa dia harus jawab? “Saya pun tak tau,cik Kyungmi. Dia tidak pernah bagitahu saya”. ujar Jia tipu-tipu. Timbul rasa bersalah di dalam hati ini.

 

“Ok then. Kalau dia datang sini, cakap yang Son Kyungmi cari dia okey? Saya pergi dulu”. Gadis bernama Kyungmi terus meninggalkan tempat itu tanpa perasaan syak.  Jia mengambil nafas lega. “Selamat..”. ucap Jia perlahan. Dia terus menutup pintu.

 

***

  

 

   Awal-awal lagi Jia menunggu kedatangan Chanyeol di pintu rumah Chanyeol. Kebetulan kereta peribadi Chanyeol rosak. Jadi, mereka terpaksa menaiki bas untuk menuju ke lokasi pengembaraan itu.

 

“Awal sampai”. Tegur Chanyeol di hadapan pintu. Jia memegang lehernya. “Macam ni, bos. Pak cik Kim telefon saya tadi. Dia kata dia tak dapat sediakan kereta untuk ke Gangnam sebab kereta dekat bengkel. Jadi..”. “Jadi?”. “Kita kena naik bas”. Kata Jia berterus terang. Chanyeol menanggalkan cermin matanya. “Apa?!”.

 

***

 

Chanyeol duduk di sebelah Jia sambil menutup mata. Jia juga tidak berani mahu berkata apa-apa. barangkali Chanyeol masih marah dengannya. Dibiarkan saja Chanyeol terbuai mimpi disebelahnya.

 

“Sayang betul bos aku ni. Macam manalah orang sehensem dia boleh jadi kejam macam ni. Kalau dia baik sikit, komfem aku yang cair. Nasib kaulah,bos..”. bebel Jia perlahan. Matanya tidak lepas dari memandang wajah Chanyeol.

 

“Jia”. Mata Chanyeol terbuka memandang Jia. Jia kecut perut. Adakah dia dengar yang Jia cakap tadi? “Kau ada apa-apa nak tanya aku?”. soal Chanyeol. Segera Jia menggeleng. “Tak ada!”. jawab Jia.

 

“Jangan pergi”. Jia menaikkan keningnya. “Ya?”. “Aku cakap, jangan pergi. Aku bosan kalau kau tak ada”. ujar Chanyeol perlahan namun matanya masih memandang luar bas. Jia tersenyum kecil. Lantas dia memberikan mp3 berserta earfon kepada Chanyeol. “Lagu-lagu dalam mp3 semuanya best. Dengarlah,”. Pelawa Jia. Chanyeol memandang Jia lalu mengambil mp3 itu dari tangan Jia. Terus dia menyumbatkan earphone di telinganya.

 

“Sebenarnya lagu dalam mp3 tu semuanya pasal cinta. Apa boleh buat,”. Ujar Jia di dalam hati. Moga-moga Chanyeol mendengar lagu itu dengar tenang. Jia menutup mata untuk cuba tidur sementara masih ada 2 jam lagi perjalanan. “Terima kasih untuk segalanya. Aku sayang kau bos”. Bisik Jia di dalam hati.

 

 

Chanyeol P.O.V

 

 

Chanyeol memandang luar bas dengan pandangan sayu. Sedih rasanya apabila Jia mengatakan dia kan berhenti kerja dan pulang ke Malaysia. Pejam celik, tiga tahun sudah berlalu. Sedikit demi sedikit Chanyeol sudah boleh melupakan Kyungmi dengan bantuan Jia. Gadis itu sering menceriakan hatinya apabila perasaan sakit hati dan dendamnya kembali. Chanyeol cuba menjadikan Jia sebagai lelaki di hadapannya kerana Chanyeol takut Jia akan meninggalkannya seperti Kyungmi. Jia memang akan pergi jauh-jauh darinya dan tidak akan kembali lagi. Chanyeol terpaksa menerimanya dengan hati yang terbuka.

 

“Kenapa susah sangat aku nak lepaskan dia ni? Kenapa kau menyiksa hati ini?”. Kata Chanyeol di dalam hati. Dia memegang dada yang berdegup kencang. Chanyeol juga tidak tahu mengapa. Dari kali pertama Jia muncul dari hidupnya, degupan ini tidak pernah normal dan sentiasa laju.

 

Satu masalah. Playboy ini sudah jatuh cinta.

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
yunieyoseob #1
Chapter 3: Sequel please
Nabila_Pss
#2
Chapter 3: Sequelll pleaseeee
kimchinana #3
Chapter 3: Sequel please please pleaseeeeeeeeee T.T
pikahbajet #4
Chapter 3: sedihnyee citer nihh...
shizuka_arumi
#5
Chapter 2: Hye awak..memandngkn story awak ni best silalah join contest saya^^
freakinglemon
#6
Chapter 1: Authornim.. is this really complete?? X puasnya baca! Story authornim mmg daebakk! ^^
bubble_na_baebeul #7
Chapter 1: Woahh...daebak