End

Way Back Home!
Please Subscribe to read the full chapter

 

Kim Taehyung memerhati sekeliling rumahnya yang agak usang. Satu keluhan berat terbit dari bibirnya. Usang. Buruk. Itu sahaja ungkapan yang bermain-main dalam fikiranya. 

Perlahan-lahan dia berjalan menuju kedapur. Dia atas meja makan sudah terhidang beberapa jenis makan yang sangat menyelerakan bagi orang sepertinya. Ikan kering dan juga nasi keras. Dia menumbuk permukaan meja makan yang sama sekali tidak bersalah. Dia benci kehidupannya seperti ini.

Dari jauh Taehyung dapat menangkap sepasang kaki yang sedang menghampirinya. 

 

Taetae, sudah hendak ke sekolah? Dah sarapan?

 

Taehyung merengus geram melihat figura di hadapannya. Dia tidak membalas soalan yang telah di tanya oleh ibunya menggunakan bahasa isyarat itu. Dia berlalu pergi sambil mencapai beg sekolah uzur. 

 

Puan Kim masih terkaku di tempat dia berdiri.

 

Taehyung bertembung dengan adik angkatnya Dahyun Im.  Benci melihat gadis ini.

 

"oppa, berani oppa  hiraukan omma. oppa tak kesiankan omma ke? Pagi petang siang malam cari makan untuk anak-anak dia tau. Oppa sedarlah yang omma tu ibu kandung oppa,"  Dahyun bersuara. Dia sempat menjeling ke arah Taehyung.

 

"Kau kalau tak masuk campur urusan aku memang tak sah kan! Selalu je menyibuk hal aku!," Taehyung mula meninggikan suaranya. Ibunya yang berada di dapur terkocoh-kocoh ke ruang tamu lerana terdengar bunyi bising. Puan Kim terkejut melihat dua orang anaknya sedang merenung antara satu sama lain.

 

"Dahyun, cuma nak sedarkan oppa yang sudah hilang ingatan ni!" Dahyun tidak pula takut dengan Taehyung. Wajahnya dikekalkan dengan wajah yang selamba.

 

sudah! Kenapa kauorang nak bergaduh. Jangan lah macam ni. Tak kesian dekat omma ke!

 

puan Kim mendapatkan dua orang anaknya. Dia cuba untuk menghalang Taehyung dan Dahyun daripada bergaduh.

 

"Aku pergi dulu," belum sempat Taehyung ingin melangkah keluar daripada rumah lengannya di tarik oleh ibunya.

 

Taehyung. Belajar elok-elok jangan jadi macam omma

 

Taehyung merentap kembali lengannya. Wajah ibunya langsung tidak di pandang. Kejam!

 

Ibunya terpinga-pinga dan berjalan masuk ke rumah yang hampir runtuh itu. Daehyun yang masih berada di tempatnya bersuara.

 

"omma, tolonglah sedarkan Taehyung tu. Daehyun tengok macam makin teruk je peranngai dia."

 

Omma tak boleh buat apa. Semua ni salah omma

 

Si ibu sudah mengeluarkan air matanya. Dahyun jadi serba salah. Terus tubuh ibu angkatnya di peluk erat.

 

"Omma, walau apa pun yang terjadi, Dahyun akan tetap sayang omma." Tanpa teragak-agak pelukan Dahyun di balas Puan Kim. Sungguh dia terkesan dengan kata-kata ank angkatnya. Kalaulah Taehyung yang memeluknya sekarang, Dialah ibu yang paling beruntung dalam dunia ni.

 

Selang beberapa saat Puan Kim melepaskan pelukannya. Wajah sendu Dahyun di pandang sayu. Ingin sahaja dia menyanyikan lagu buat Dahyun semasa dia kecil. Tapi dia bisu. Ah! Ini hanya keinginan yang Puan Kim langsung tak akan dapat seumir hidupnya. Sebab apa? Dia bisu! Dia pekak! Dia langsung tak layak di panggil ibu! 

 

Daehyun, pergilah sekolah. Dah lewat ni. Nanti kamu denda.

 

Dahyun hanya mengganggukkan kepalanya. Tangan ibunya di capai dan di kucup penuh sayang. Kalaulah Puan Kim adalah ibu kandungnya.

 

" omma,  Dahyun pergi dulu," 

 

 

 

♡♡♡

 

 

Dahyun mencebikkan bibirnya. Sudah banyak kedai yang di masukinya tetapi langsung tidak dapat apa-apa. Dahyun terpaksa ponteng sekolah untuk mencari pekerjaan. Dia sudah tidak kisah sama ada jadi tukang cuci atau sebagainya. Tujuannya hanya satu nak menyara ibunya dan juga abangnya.

 

"Maaf! Awak tak layak nak kerja kat sini! Kami tak terima bidak sekolah," tengking pekerja kedai kepada Dahyun. Baedan Dahyun di tolak kuat menyebabkan badan Daehyun menyembah tanah. 

 

Dahyun mengaduh kesakitan. Tangannya di gosok-gosok sehingga menjadi merah. Ah- dia sudah tak ambil kisah. Hatinya sudah panas. 

 

Tiba-tiba bahunya di tampar lembut oleh seseorang. Jeon Wonwoo. Rakan sekelasnya.

 

"Hey! Kau tak ke sekolah?" Ujar Wonwoo sambil menghulirkan tangannya untuk menolong Dahyun berdiri. 

 

Dahyun langsung tidak menyambut huluran tangan Wonwoo. Dengan sekuat tenaga Dahyun berdiri dengan sendirinya. Punggungnya terasa sakit sangat.

 

"Maaf. Tapi kenapa kau tak ke sekolah?" Wonwoo kembali menanya soalan tadi yang langsung tak di jawab oelh Dahyun. 

 

" Aku nak cari kerja," jawab Dahyun bersahaja sambil menggosok-gosok baju sekolahnya yang kotor.

 

"Eh? Mana boleh pelajar macam kita ni cari kerja"

 

"Kau senyaplah! Kenapa kau tak ke sekolah?"

 

"Aku cari kau,"Wonwoo mula berjalan di sebelah Dahyun. Dahyun hanya menjeling.

 

"Wonwoo? Bolah tolong aku cari kerja?"

 

 

 

♡♡♡

 

Taehyung pelik. Kenapa ramai pelajar berkumpul di kantin. Huh? Mahu sahaja dia ke sana. Tapi Taehyung sedar dia tak layak nak bercampur gaul dengan orang yang kaya macam mereka. Dia mengeluh.

 

"Awak! Saya nak cakap sesuatu dengan awak!" Entah dari mana Nayeon muncul terus menarik tangan Taehyung ke satu tempat yang agak sunyi. Nayeon meninjau-ninjau ke sekeliling kawasan tersebut sebelum memandang tepat ke arah Taehyung. Benci dia melihat lelaki ini.

 

"Apa yang awak nak?" Taehyung bersuara lembut. Gadis di hadapannya ini telah membuka pintu hatinya yang sebelum ini tertutup untuk mana-mana perempuan.

 

"Awak tengok lah sendiri," tangan Taehyung di raih dan meletakkan sesuatu di atas tangan kekar milik Taehyung. "Awak tengoklah sendiri apa yang awak dah buat!" Nayeon mula meninggikan suaranya. Air matanya sudah bertakung.

 

Taehyung terkedu. Benda kecil di atas tangannya di beleknya. Pregnency Test. Dan ianya positive. Tapi masa bila pula?

 

"Sekarang awak dah puas hati?" Nayeon bersuara. Badan sasa Taehyung di tolaknya beberapa kali. 

 

"Tapi-"

 

"Ah-lelaki macam kau ni memang tak guna! Kau dah rosakkan aku!" Kemarahannya sudah memuncak. Dia sangat benci tengok lelaki ini.

 

"Nayeon! Saya masih tak faham apa ni," tangan kecil Nayeon di pegang. Dia perlukan penjelasan. Dia tak nak jadi ayah untuk usia semuda ni. Bila masa? Ah- jerit batinya. Wajah sendu Naeyeon di pandang.

 

"Kau! Puas kau dah rosakkan aku dan kau masih tak faham? Kau benci kau," pipi Taehyung di tampar kuat. Taehyung hanya merelakan sahaja.

 

"Aku tak kira! Aku nak kau bertanggungjawab atau aku gugurkan sahaja anak haram ni,"Nayeon akhirnya memberikan kata putus. Semuanya sudah terlanjur. Nasi sudah menjadi bubur. 

 

Nayeon meninggalkan Taehyung yang masih terpinga-pinga. 

 

 

 

♤♤♤

 

 

Taehyung memasuki kelasnya dengan wajahnya yang tidak bermaya. Rambutnya yang serabaii di serabaikan lagi. Pelajar-pelajar di kelasnya hanya memandangnya dengan wajah yang menyampah. Mereka semua amat benci tengok budak pembawa masalah.

 

"Wei! Tengoklah siapa dah datang. Budak yang ibunya bisu dan pekak,"

 

Semua pelajar di dalam kelas itu ketawa. Padan dengan muka kau Taehyung.

 

"Weh aku dengar dia tu anak haram lah!" Satu lagi suara datang dari penjuru kelas itu membuatkan kelas itu gamat dengan gelak ketawa. 

 

"Anak haram!"

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
nmmnbg #1
Chapter 1: best sangat!!!meleleh air mate bace cite ni...ade sequel ke???
sitiazilataemin88
#2
Chapter 1: well done Authornim!!
kwonShinHye
#3
Chapter 1: Daebak.....
the8_nj_xiumin #4
Chapter 1: daebak.... ^^
bigbangtanboys
#5
Cam menarik authornim...update soon..im waiting..