C.U.N : Club Under Nineteen
Description
Tertubuhnya Club Under Nineteen, bermakna bermulah kenakalan enam orang pelajar di Koreana High School. Kisah bermula apabila mereka semua mendapat bilik asrama yang sama. Pada mulanya, ada antara mereka yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan rakan baru sehingga berlaku pertengkaran. Jungkook sebagai maknae, merasakan tamparan hebat itu. Tapi lama-kelamaan, semakin banyak mereka menghabiskan masa bersama-masa, mengharungi cabaran bersama, ketawa bersama, menangis bersama( macam lirik lagu pula dah), mereka mula sedar bahawa mereka memerlukan antara satu sama lain untuk melengkapkan kehidupan seharian mereka.
"Nak tahu rahsia saya? Gunalah Qu'Puteh! Qu puteh, Qu puteh, baru...padan muka kau! Boleh PM saya terus, okay?" -Byun Baekhyun(19 tahun)
"Lakhanat punya lipas! Aku paling benci lipas! Nyah kau dari sini!" -Park Chanyeol(19 tahun)
"Jangan pandang rendah dengan ketinggian aku. Aku senior, okay. Lagi satu, aku tak selalu badmood. Dah muka aku macam ni sejak azali, nak buat macam mana?" -Do Kyungsoo(19 tahun)
"Kepada seluruh warga KHS, tolonglah berhenti judge saya. Saya pun manusia juga, ada hati dan perasaan. Saya tak tahu kenapa semua orang tuduh saya HANDSOME. Tolonglah. Saya penatlah." -Kim Jongin(18 tahun)
"Sejak saya kena ludah dengan Orang Utan, semua orang kata saya saingan kepada Orang Utan. Mereka siap gelar saya Mon-yet lagi sampai perangai saya pun dah macam monyet." -Kim Taehyung(18 tahun)
"Omma, saya rindu omma. Hyung-hyung satu bilik dengan saya semua menakutkan. Saya terlalu suci untuk tinggal dengan mereka semua." -Jeon Jungkook(17 tahun)
Apabila 6 karenah remaja yang berlainan ini disatukan, apa yang akan terjadi? Ikuti kisah mereka di bahagian yang seterusnya>>
Comments