005

Not exist

Setelah haena keluar dari rumah itu, dia terlanggar seorang budak lelaki. Budak itu terjatuh dah bola ditangannya terlepas.

"Adik , adik tak apa-apa ke?" Tanyanya kepada budak itu.

Budak itu hanya menggelengkan kepalanya. "Tu.. Bola.." Suaranya seperti hendak menangis. 

Haena memandang bola itu. Bola itu hampir terjatuh dari tangga. Haena cepat-cepat berdiri dan berlari ke arah bola itu untuk mengambilnya. Tetapi alangkah malangnya, baru sahaja haena hendak mengambil bola itu, ia telah terjatuh dari tangga. Haena pon cepat-cepat berlari menuruni tangga itu.

Sebaik sahaja dia menuruni anak tangga pertama, bola itu betul-betul menghala ke arah seorang lelaki, lelaki itu pon menyambutnya. Haena berasa lega tetapi dalam masa yang sama, dia berasa sangat terkejut, kaki nya terlampau laju sampai tak boleh nak berhenti.

Lelaki itu pula, selepas menyambut bola itu, dia pon memandang ke atas, apabila ternampak haena, dia pon terkejut. Haena pula memang dah tak boleh nak kawal pergerakan dia, dan akhirnya...

Gedebuk . dia pon terjatuh diatas badan lelaki itu.

Mereka terbaring. Haena masih berada diatas lelaki itu. kemudian, kedua-duanya duduk. Haena duduk di antara kedua - dua belah kaki lelaki itu. Kedua-duanya terdiam. Suasana menjadi seram sejuk. Jantung haena pulak berdegup macam nak meletup.

'Apa dah jadi ni?' Kata haena dalam hati.

Kemudia lelaki itu perasan sesuatu. Dia memandang ke atas dada haena.

"Hoi, kau tengok apa?" Haena yang baru sedar tentang itu cepat-cepqt memeluk tubuhnya. Muka lelaki itu merah padam. 

"Tengok apa? Jangan nak perasan lah" kata lelaki itu. 'Hisyh minah ni, perasan betullah, aku pon tak ingin lah nak tengok dia punya tu' kata lelaki itu dalam hati. *Haena tu memang. Kuat perasan.*

"Habis tu kau tengok apa?" Tanya haena. Muka dia berkerut. *apa lah haena ni, cepat tua baru tau.* 

"Rantai tu, kau punya ke?" Tanya lelaki itu sambil menunjukkan rantai yang haena pakai. 

Haena memandang rantai itu. 'Apa la mamat ni, aku tanya soalan, dia bagi soalan jugak. Tak boleh ke bagi jawapan ada titik kat belakang, bukan tanda soal?' Haena membebel sendiri. "Yela, kenapa?" Tanya haena. * eh, dia sendiri pon bagi jawapan ada tanda soal,cakap orang pulak*

"Mana kau dapat rantai tu" tanya lelaki itu lagi. "Hadiah" jawab haena. Dia sendiri pon tak tau kenapa dia main jawab je soalan lelaki yang tak dikenali macam tu. Asal tak menyusahkan orang sudah la.

"Baik kau serahkan rantai tu kat aku" tiba-tiba lelaki itu mengarahkannya. Haena membuat muka pelik. 'Patutlah lelaki ni tanya soalan banyak sangat.. Dia minat kat rantai aku rupanya.. Berharga sangat ke rantai aku ni? Jap, jap, ntah² lelaki ni..pen c u r i?!!' Haena dah dapat mengagak sesuatu yang buruk akan berlaku.

Satu.. Dua.. Ti.. Ga! "Arghh!! Pencuri!!" Haena cepat-cepat bangun dan berlari untuk ke atas semula. 

Lelaki itu masih terpinga-pinga. "Hei, aku bukan pencuri lah". Lelaki itu bangun dan mengejar haena. Haena yang sudah berada diatas berasa lega setelah melihat myungeun berada disitu.

" eonni!!!" Haena terus memeluk myungeun. Lelaki itu sudah pon berada diatas. Dia pon melangkah ke arah haena dan myungeun.

Haena pulak terus menyorok dibelakang myungeun dan memegang bajunya.

"Eh haena, boyfriend haena ke? Handsomenya" kata myungeun sambil tersenyum. Lelaki itu hanya memandang muka myungeun. Haena dibelakang myungeun membuat muka pelik+takut. 'Mamat pencuri ni dia kata handsome?'

Haena mencuri-curi pandang lelaki itu semula. 'Eh, handsome jugak dia ni' kemudian haena menampar-nampar mukanya. 'Apa benda aku merepek ni?'. Lelaki itu pula menundukkan badannya.

"Annyeonghaseyo, kim myungsoo imnida" 



Hai^^ sorry sebab update mcm siput sedut tergolek-golek

Sorry jugak kalau ade yg tak suka sbb sy letak nme sendiri and sorry kalau ade typo

Hope korg suka chapter ni . Jangan lupa comment and upvote okay? Syg korg , muahh ><

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
myungeunkim
this gonna be my first fanfic , hope you guys enjoy it~ ^^

Comments

You must be logged in to comment
yuraajung
#1
Chapter 6: i miss you author-nim.. haishh.. she's busy.. how can she has time tu update this story..
emailllll #2
good story!
Hyunheekim #3
Chapter 4: Update soon
exo_seventeen_hanmin #4
Chapter 4: Update soon!!!
b2stFanz
#5
Chapter 4: update soon authornimmm
bubble_na_baebeul #6
Chapter 2: Udate soon
EuriSung #7
Chapter 1: Update soon
sweet33 #8
Chapter 1: hahahahaha xD ape lah haena ni...btw update soon ^^